Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky dapat

memberikan implikasi yang amat berguna kepada guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori kognitif ini memainkan peranan yang amat penting khususnya kepada guru dalam memahami cara kanak-kanak berfikir seterusnya membantu kanak-kanak dalam perkembangan kognitif mereka.

Berdasarkan dua teori perkembangan kognitif, ianya merumuskan tentang cara bagaimana seseorang individu belajar dan membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan terdahulu mereka. Justeru, ia memberi panduan dan peringatan kepada guru prasekolah khasnya dalam menentukan strategi dan kaedah pengajaran di dalam kelas. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional sewajarnya ditukar kepada aktiviti-aktiviti hands-on dan minds-on dalam mewujudkan sebuah pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan bermakna kepada kanak-kanak.

Bahasa dan cara berfikir kanak-kanak adalah berbeza dengan orang dewasa. Keadaan persekitaran dan sosial sangat mempengaruhi tahap

pembelajaran mereka. Selain itu, guru perlulah memberi galakan dan peluang kepada kanak-kanak untuk bercakap dan bergaul dengan rakan-rakan mereka sama ada ketika bermain ataupun dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, guru hendaklah peka terhadap keadaan persekitaran pembelajaran di dalam kelas agar keperluan kognitif mereka selari dengan tahap

perkembangan kanak-kanak.

Tuntasnya, dalam membantu kanak-kanak membina konsep dan pengetahuan baru, struktur kognitif sedia ada pada mereka hendaklah dititikberatkan agar guru dapat membuat persediaan yang rapi dari segi teknik dan kaedah pengajaran kelak.

Anda mungkin juga menyukai