Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM ZIARAH WARGA EMAS KAMPONG ENDAH Pada 21 Feb 2014, Sekolah Kebangsaan Kampong Endah telah

menganjurkan satu program komuniti dengan kerjasama antara guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam dengan Unit Hal Ehwal Murid SK Kampong Endah. Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan muridmurid dengan komuniti Kampong Endah di samping penerapan nilai-nilai murni terhadap masyarakat. Program ini juga dianjurkan bagi memenuhi tugasan guru pelatih dan salah satu program tahunan sekolah. Program Ziarah Warga Emas adalah satu pendekatan yang digunakan untuk mendedahkan generasi muda dengan masyarakat sekeliling di samping memberikan khidmat dan sumbangan semasa aktiviti ziarah tersebut. Aktiviti dilaksanakan seawal 8.40 pagi sehingga 10.40 pagi. Beberapa pengisian dilakukan bersama pengiring yang terdiri daripada guru pelatih. Pada jam 8.30 pagi, murid berkumpulkan dan diberi taklimat ringkas oleh Guru Penolong Kanan HEM, Encik Aziz B Md Said selaku penasihat program. Murid dimaklumkan apa yang perlu dilakukan dan diberi peringatan keselamatan sepanjang aktiviti berlangsung. Memandangkan kawasan aktiviti berdekatan dengan sekolah maka kami hanya berjalan kaki. Sepanjang perjalanan guru pengiring telah berkongsi dengan peserta adab semasa menziarah dan adab bersama orang yang lebih tua. Ini adalah salah satu penerapan nilainilai murni dalam diri generasi muda. Apabila mereka berhadapan dengan masyarakat, mereka lebih peka dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni. Malah ini adalah salah satu pelaksanaan amalan melalui sesi pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang mempunyai perkaitan dengan matlamat program ini. Setibanya kami di rumah warga emas tersebut yang dikenali sebagai Nek Muslimah , murid-murid telah bersalaman dan bertanya khabar. Sebelum memulakan aktiviti, guru telah membahagikan murid-murid dalam kumpulan kepada beberapa bahagian kawasan rumah untuk melakukan aktiviti gotong-royong. Ini adalah satu sumbangan khidmat sosial generasi muda kini dalam bersama-sama membantu warga tua di samping mengeratkan hubungan sillaturahim. Peserta telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan halaman rumah Nek Muslimah.

Sementara murid-murid melaksanakan aktiviti gotong-royong, seorang guru pelatih telah menemubual warga emas tersebut. Nama beliau adalah Muslimah yang berusia 85 tahun. Beliau lahir di Kapar, Klang dan telah berhijrah ke Kampong Endah setelah berkahwin dengan anak jati Kampong Endah dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan 9 orang anak. Dalam sesi temubual yang dilakukan, nek muslimah telah meluahkan rasa terkilan akan anak-anaknya yang tidak mengambil tahu akan dirinya. Guru pelatih telah memainkan peranan sebagai pendengar dalam mendengar luahan hati Nek Muslimah. Dalam masa yang sama, nasihat dan pandangan yang positif turut diberikan bagi meredakan perasaan dan mengurangkan rasa sedih dalam diri Nek Muslimah. Setelah guru pengiring memastikan kawasan rumah Nek Muslimah bersih dan memuaskan,murid dikumpulkan dan seterusnya sesi bersalaman dan penyampaian sumbangan dan bergambar. Sumbangan yang berupa keperluan harian telah disampaikan oleh Encik Aziz Bin Md Said kepada Nek Muslimah. Maka selesai sudah program ziarah warga emas yang dapat dianjurkan walaupun secara kecil-kecilan dan harap dapat diteruskan oleh warga sekolah ini pada masa akan dating bagi meneruskan amalan nilai murni ini. Generais muda seharusnya diterapkan dan diberi galakkan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat.

Disediakan oleh,

. ( Mohamad Nazrin Bin Abdullah ) Setiausaha Program Ziarah Warga Emas SK Kampong Endah

Refleksi : Program Ziarah Warga Emas SK Kampong Endah berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan bersama orang kampung dan murid-murid SK Kampong Endah. Matlamat projek dapat dicapai dan menepati objektif pelaksanaan program.

Gambar 1 : Murid berjalan kaki ke lokasi program

Gambar 2 : Murid-murid bersalaman dengan Nek Muslimah

Gambar 3: Murid-murid mengemas bahagian belakang rumah Nek Muslimah

Gambar 4: Murid-murid mengemas kawasan halaman rumah Nek Muslimah

Gambar 5: Guru pelatih bersama Nek Muslimah

Gambar 6: Sesi bergambar murid-murid bersama Nek Muslimah

Anda mungkin juga menyukai