Anda di halaman 1dari 1

Peraturan Semasa Kebakaran Dan Kecemasan 1.

Isyarat untuk sesuatu kebakaran atau kecemasan ialah bunyi loceng sekolah a. yang berpanjangan selama beberapa minit. 2. Apabila mendengar bunyi loceng tersebut, semua aktiviti dengan murid hendaklah diberhentikan serta-merta. 3. Semua murid keluar dengan teratur dan berjalan cepat turun ke padang sekolah, tanpa beg atau buku. 4. Guru yang berada di dalam sesuatu kelas, hendaklah membawa bersama BUKU DAFTAR KEDATANGAN MURID ke tempat murid-murid berkumpul iaitu di padang sekolah. 5. Pastikan bilik darjah benar-benar kosong tiada seorang murid pun yang masih berada di dalam kelas. 6. Pastikan murid-murid beratur dan tidak berebut-rebut ke padang dan kawal suasana supaya berkeadaan tenang. 7. Semua murid beratur mengikut kelas masing-masing melalui laluan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. 8. Setelah semua berkumpul di padang, guru kelas menyemak kehadiran murid berpandukan Buku Daftar Kedatangan Murid. 9. Sekiranya ada murid yang tidak berada di dalam kumpulan itu hendaklah segara dicari ke tempat yang berkemungkinan murid berkenaan berada. 10. Pulang ke kelas semula apabila mendengar bunyi loceng panjang terus menerus seberapa ketika memandakan keadaan sudah selamat. 11. Murid-murid yang berada di asrama perlu turun ke padang mengikut laluan yang telah ditetapkan. 12. PPM Asrama perlu memastikan bahawa semua murid pergi ke padang tempat berhimpun dengan senyap dan teratur. 13. Jika kecemasan berlaku ketika murid-murid sedang tidur di asrama, PPM mesti membangunkan mereka dan pastikan semua keluar mengikut laluan yang sama. 14. PPM akan menyemak kehadiran penghuni asrama berpandukan kehadiran penghuni minggu itu.

SEMUA WARGA BERGANDING BAHU DEMI KESELAMATAN SEMUA BERWASPADA SETIAP MASA

Anda mungkin juga menyukai