Anda di halaman 1dari 1

16 Hang Kasturi yang inginkan dayang-dayang kesayangan raja dan ini menyebabkan Sultan Mansur dan seluruh isi

istana berpindah ke istana lain dan tiada siapa yang berani mengusir Hang Kasturi. Akibatnya banyak dayang-dayang sultan tersebut telah dibunuh. Sultan Mansur menyesal kerana telah terburuburu membunuh Hang Tuah tetapi Seri Nara Diraja akhirnya memberitahu yang dia sebenarnya tidak jadi membunuh hang Tuah seperti yang telah diarahkan. Lalu hang Tuah dipanggil untuk mengalahkan Hang Kasturi dan akhirnya Hang Kasturi pun tewas ditangan Hang Tuah. Dengan kejayaan ini Hang Tuah telah diberi gelaran Laksamana dan Seri Nara Diraja pula diserahkan daerah Sening Ujung. Sultan Mansur tidak mahu lagi tinggal di istannya itu lalu membina istana lain yang sangat besar. Tidak berapa lama kemudian istana itu dibakar dan tiada siapa berani masuk ke dalam. Banyak barang yang dapat diselamatkan kecuali warisan dari kerajaan sang Nila Utama dan selepas itu sebuah istana dibina lagi untuk kediamana SultanMansur. Seri Nara Diraja jatuh sakit dan mewasitakan hartanya kepada anakanaknya Tun Tahir, Tun Mutahir dan Tun Abdullah. Bila Tun Tahir dan Mutahir besar mereka telah dipinjamkan emas sebagai modak untuk berniaga tetapi dipulangkan. Kerana kejujuran mereka inilah Bendahara telah menterhakan emas peninggalan ayah mereka. 17 Sultan Mansor Syah menitahkan Seri Nara Diraja menyerang Kampar yang dirajakan oleh Maharaja Jaya. Maharaja Jaya terus menitahkan Tun Demang untuk menghimpunkan semua rakyat untuk bertempur. Apabila melihat banyak rakyat Kampar mati, maka Maharaja Jaya menampilkan gajahnya untuk menempuh rakyat Melaka dan orang Melaka semuanya lari ke sungai. Maharaja Jaya akhirnya mati dibunuh Seri Nara Diraja berserta semua rakayat Kampar. Seterusnya Sultan Mansor Syah suruh menyerang Siak yang dirajakan oleh Maharaja Permaisura. Maharaja Permaisura turut mati dipanah di bahagian dada. Orang Melaka p uterus merampas segala harta yang ada di Kampar dan di Siak. 18 Anak Sultan Mansor Syah iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad telah besar dan Raja Muhammad hendak dijadikan penggantinya kerana disayangi Sultan. Terdapat satu peristiwa berlaku di mana Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar kerana tidak sengaja menjatuhkan Raja Muhammad semasa Tun besar bermain sepak raga. Apabila Sultan Mansor Syah mendapat tahu maka Raja Muhammad di tolak oleh bumi Melaka dan dihantar ke Pahang untuk menjadi Raja di sana.

Anda mungkin juga menyukai