Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LATIHAN KAWAD KECEMASAN FASA 1, 2014

TARIKH
HARI
JAM
CATATAN MASA
LOKASI BERKUMPUL

: 13 FEBRUARI 2014 / 13 RABIUL AKHIR 1435H


: KHAMIS
: 9.49 PAGI
: 4 MINIT 44 SAAT
: PADANG SEKOLAH SK KG SHAFIE

PELAKSANAAN
:
1. Loceng kecemasan dibunyikan pada 9:49 pagi.
2. Semua warga sekolah termasuk guru, murid dan kakitangan tetap serta sokongan bergerak
mengosongkan bangunan berpandukan peta laluan dan prosedur yang telah dimaklumkan.
3. Pergerakan pengosongan bangunan diperhatikan oleh Ketua Insiden En. Syaifurusdi Bin
Ibrahim.
4. Pengosongan bangunan oleh semua warga sekolah mengambil masa kurang daripada 5 minit
berbanding sasaran yang ditetapkan antara 5 hingga 7 minit.
5. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Pengurus Insiden En.Ahma Yusdi Bin Ahmad Yusuf
dan Guru Besar SK Kg Shafie En. Ramli Bin A.Hamid.
KOMEN DAN CADANGAN
1. Semua guru, murid dan kakitangan sekolah telah terlibat menyertai latihan ini termasuk
pengawal keselamatan dan pekerja kantin.
2. Pergerakan individu semua warga sekolah yang terlibat dalam latihan ini teratur, lancar dan
amat baik. Semua telah mengetahui lokasi berkumpul apabila berlakunya sebarang
kecemasan seperti kebakaran.
3. Murid-murid boleh mengikut arahan guru dan bergerak pantas tetapi ada murid yang berlari
dan bertolak-tolak semasa menuruni tangga menuju ke tempat berkumpul.
4. Semasa prosedur pengosongan bangunan ada murid-murid dan guru-guru tidak mematikan
suis elektrik dan menutup pintu bilik darjah dan bilik-bilik utama seperti pejabat, bilik guru
dan pusat sumber.
5. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Latihan Kawad Kecemasan Fasa 1, 2014 berjalan lancar
dan berjaya mencapai matlamat dan objektif.
6. Latihan fasa kedua perlu diadakan dan dicadangkan pada latihan yang akan datang melibatkan
pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyampaikan taklimat mengenai keselamatan
bangunan serta mengadakan demonstrasi memadamkan kebakaran, agar kesedaran warga
sekolah ini mengenai keselamatan di sekolah dapat dipertingkatkan lagi.
DISEDIAKAN OLEH:

DISAHKAN OLEH:

(AHMA YUSDI BIN AHMAD YUSUF)


LAMPIRAN BERGAMBAR