Anda di halaman 1dari 7

Komponen Kesejahteraan (Wellness) Menurut Ng Haw Kuen, Wellness/Kesejahteraan bukan sahaja bermaksud bebas dari penyakit dan keuzuran,

malah ia juga melibatkan aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Beliau menyenaraikan 8 komponen dalam model kesejahteraan. 1. Kesejahteraan Sosial - Kesejahteraan hubungan individu dengan orang lain, komuniti dan masyarakat. 2. Kesejahteraan Emosi - Kesedaran dan penerimaan perasaan diri sendiri dan orang lain serta kemampuan menguruskan, mengekspresi dan integrasi perasaan. 3. Kesejahteraan Fizikal - Mengekalkan kecergasan dan kekuatan badan. 4. Kesejahteraan Intelek - Perkembangan pengetahuan dan penggunaannya untuk mencapai kesejahteraan hidup. 5. Kesejahteraan Rohani - Kesedaran tentang hubungan harmoni dengan alam semesta. 6. Kesejahteraan psikologikal - Sikap optimis atau positif terhadap pengalaman hidup. 7. Kesejahteraan pekerjaan - Kepuasan dan kekayaan hasil dari pekerjaan serta peluang eksprerasi nilai. 8. kesejahteraan persekitaran - Stabiliti antara rumah dan pekerjaan serta hubungan individu dengan alam sekitar dan komuniti

Amanah Dalam Kerjaya Asas Kesejahteraan


Ditulis oleh Nor Hartini binti Saari.

Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja menjadi tunjang utama ke arah keberhasilan kerja yang dilakukan. Dalam konteks kerjaya amanah ialah tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik, menggunakan sepenuh keupayaan, potensi dan kepakaran yang dimiliki dalam melaksanakan sesuatu tugas tanpa sebarang pengabaian dan penyelewengan. Justeru, dalam kerjaya sifat amanah ini harus dimiliki oleh setiap individu baik daripada jawatan yang paling tinggi sehingga jawatan yang paling rendah. Jika ia dimiliki oleh setiap individu itu pasti dapat menyumbang kepada penghasilan kerja yang berkualiti di samping dapat melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini menjadi insan soleh. Sejarah telah membuktikan dengan sifat amanah yang ada pada Nabi Muhammad SAW telah membawa baginda memperoleh keuntungan yang besar dan berlipat kali ganda ketika menjalanakan tugas membantu perniagaan Abu Talib dan Saiyidatina Khadijah. Oleh itu, sebagai pekerja dalam menjadi pekerja yang baik kita perlu memiliki sifat amanah dan tanggungjawab dan tidak sesekali melakukan pekerjaan yang melanggar batas-batas syarak dalam Islam. Persoalannya bagaimana dengan sifat amanah dalam diri 1.4 juta orang pekerja yang berkhidmat di sektor awam di negara ini? Sejauh manakah mereka menyedari soal amanah dan tanggungjawab terutama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat? Berapa ramai pula daripada pekerja itu beramanah dengan bekerja bersungguh-sungguh, berdisiplin, menepati waktu bekerja atau hanya bekerja sambil lewa atau sekadar melakukan tugasan yang diamanahkan seperti melepaskan batuk di tangga? Bayangkan sebagai pekerja selama lapan jam atau satu pertiga daripada kehidupan seharian kita dihabiskan di tempat kerja. Ini bermakna setiap hari yang dilalui seharusnya kita memperbetulkan niat kita bekerja kerana Allah dalam mengisi setiap usaha dan ikhtiar untuk mencapai amanah diri dalam pekerjaan. Sebagai pekerja Muslim yang telah diberikan amanah, kepercayaan dan tanggungjawab yang besar seharusnya kita berusaha mencapainya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh; apatah lagi kita menyedari bahawa hasil daripada pendapatan itulah akan menjadi sumber rezeki yang halal dan punca kepada kebahagian untuk diri dan kesejahteraan keluarga. Sebaliknya, bayangkan jika kita makan daripada hasil titik peluh yang haram? Bagi sumber pendapatan yang tidak halal kepada anak-anak juga akan memberi kesan kepada lahirnya anak-

anak yang degil, sukar dengar cakap, isteri yang curang dan akhirnya menimbulkan persengketaan dalam keharmonian rumah tangga dan sebagainya. Begitu juga bagi pekerja yang tidak amanah yang cuba menipu majikan. Ini bermakna ia juga cuba menipu diri sendiri dan menipu Allah SWT. Sebab itu, jika kita sebagai pekerja dah benarbenar menyedari matlamat kita bekerja, maka tidak ada sebab-musabab lagi kita tidak bekerja dengan amanah dan rasa tanggungjawab. Walau bagaimanapun, amanah diri pekerja sering kali juga diganggu-gugat denga perkaraperkara buruk sebagai halangan untuk mencapai pekerja yang beramanah dan bertanggungjawab. Lihat sahaja dalam kalangan pekerja yang sering datang lewat ke pejabat, pekerja yang asyik mundar- mandir, pekerja yang asyik bergayut di telefon pejabat berjam-jam bercerita tentang gosip, promosi sana-sini dan sebagainya dan juga ada pekerja yang seringkali menaik turun gambar dalam facebook pada waktu pejabat. Di manakah amanah diri mereka sebagai pekerja pada masa itu? Dan sejauh manakah mereka ini menerima amanat kerja? Adakah mereka berbangga dengan hanya menerima kerja-kerja yang ringan, mudah mahupun senang? Ini juga sebenarnya merupakan halangan untuk pekerja itu menghasilkan kerja yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi. Persoalannya bagaimana untuk mengubah persepsi mereka ini kepada positif. Jika perilaku pekerja ini berterusan tidak melihat bekerja sebagai ibadah mahupun sebagai amanah diri, maka ia turut menjadi penghalang kemajuan pembangunan kerjaya diri individu terbabit terutama dari segi pembangunan kerjayanya. Bagi pekerja yang malas boleh dikategorikan antara mereka yang seringkali merungut berlebihlebihan, berkira, mengambil masa yang lama menyiapkan sesuatu tugasan, mengungkit kerja lebih atau bekerjanya sedikit tetapi penatnya itu berlebihan. Sifat malas dan putus asa dengan melakukan tugas sambil lewa adalah sifat buruk yang perlu dijauhi oleh semua pekerja Muslim. Justeru, adalah lebih baik sebagai pekerja kita perlu tahu dan bertanggungjawab untuk meningkatkan diri dalam kerjaya dengan menyedari matlamat bekerjaya. Dengan menyedari matlamat kerjaya, maka kita akan letakkan kerjaya kita itu satu amanah dan satu perjalanan bukan sekadar satu destinasi. Jika kita mengandaikan pekerjaan itu adalah satu perjalanan yang jauh maka kita akan terus berusaha bersungguh-sungguh terutama dalam meningkatkan amanah diri dalam kerjaya di samping terus berusaha meningkatkan kecekapan diri dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Bahkan amanah dalam diri pekerja akan menjadikan kita sentiasa tekun dan bersungguhsungguh serta dedikasi melakukan pekerjaan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu bekerja dengan tekun ( Riwayat Abu Daud) Seorang pekerja yang diberi amanah besar mestilah sanggup bersedia melaksanakan tugas dengan cekap, pantas, teliti dan sempurna dan tidak berkira dalam melaksanakan

tanggungjawab

dan

sentiasa

melakukan

kerja

yang

terbaik.

Begitu juga pekerja yang beramanah perlulah mengurus masa dengan baik, menggunakan masa dengan bijak, cekap dan berkesan dalama melaksanakan amanah. Sebagai contoh, pekerja yang menghargai masa sentiasa menepati masanya, tidak akan membuang masa dengan perkara yang sia-sia melakukan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak mengabaikan kualiti kerja. Namun, pekerja yang beramanah akan sentiasa memperbaiki kualiti kerja ke arah membangunkan diri terutama dalam dalam menangani cabaran semasa. Oleh itu, sentiasalah memperbaiki diri berusaha melaksanakan tugas dengan penuh amanah dalam mencari sumber rezeki yang halal kepada diri dan untuk kesejahteraan keluarga. Semaikanlah amanah diri dalam kerjaya di dunia dan pastinya kita akan dapat hasil atau tuaiannya nanti di akhirat. Ingat bekerjalah kerana Allah, bukan sekadar mengejar nikmat dunia tetapi apa yang lebih penting mengejar nikmat di akhirat, Sudah tentu kita mendapat bahagia dan sejahtera di dunia dan akhirat.

Tranformasi Kearah Kesejahteraan Kewangan


Bismillaahirrahmaanirrahim

Bersabar,Tekun & Berdisplin

Assalamualiakom Dan Salam Sejahtera,

Kesejahteraan kewangan atau bebas kewangan bermaksud pendapatan bersih melebihi


daripada hutang. Ada pula yang mengatakan apabila duit anda bekerja untuk anda siang dan malam , 24 jam sehari dan masa anda lebih banyak di tumpukan kepada keluarga, maka anda berada dalam kelompok kesejahteraan kewangan. Di sini saya akan terangkan 10 langkah terpenting yang harus di beri tumpuan untuk menuju ke arah kesejahteraan kewangan. Langkah Pertaman: Mengenali Diri Kita

Mengenali diri kita sendiri apabila berurusan dengan duit. Pernahkah anda mengalami masalah seperti duit gaji yang di terima, tidak pernah mencukupi untuk perbelanjaan sebulan. Anda akan bertanya diri anda dimanakah duit ini dibelanjakan? Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah berani menghadapi kesalahan anda, bersemuka dengan masaalah kedudukan kewangan yang di hadapi. Ubah cara pemikiran anda dan ubah perangai atau attitude untuk mengatasi kesilapan pentadbiran kewangan. Langkah kedua: Kenali Kedudukan Wang Anda Sebelum membuat perancangan kewangan, anda perlu memahami kedudukan kewangan semasa anda.Anda boleh buat pengiraan anda di http://www.akpk.org.my/aplikasi/kalkulator?cal=content_4. Seandainya nilai harta bersih anda didapati positif bermaksud anda mempunyai nilai harta bersih daripada hutang dan anda bebas dari masaalah kewangan. Apabila hutang melebehi apa yang dimiliki nilai harta bersih anda, bermakna anda berada dalam keadaannegatif. Apabila anda berada di dalam situasi sebegini, apa yang harus anda buat ialah dengan menambah kan tabungan (saving), kurangkan perbelanjaan yang kurang mustahak, kurangkan

hutang dan menjual aset bersih yang tidak mendatangkan hasil. Anda di galakkan mengkaji laporan kredit yang boleh di perolehi di Bank Negara untuk mendapat gambaran sebenar hutang anda. Langkah ketiga: Catatkan Perbelanjaan Anda Anda seharusnya mecatatkan perbelanjaan anda supaya anda dapat mengesan aliran wang. Buat catatan di buku catatan anda setiap hari kerana ianya sangat penting untuk menyediakan bajet peribadi anda. Secara am nya perbelanjaan boleh di bahagi kepada perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh berubah. Langkah keempat: Menetapkan Matlamat Kewangan Anda Dikategorikan kepada 3 bahagian. i)matlamat jangka pendek ii) matlmat jangka sederhana umpamanya perlukan masa 1-3 tahun untuk mencapainya contoh seperti membayar deposit rumah pertama sebanyak RM20,000. iii) matlamat jangka panjang yang memerlukan masa melebihi 3 tahun untuk mencapainya. Melibatkan jumlah yang banyak seperti pelan persaraan peribadi. Selepas mencatatkan matlamat anda, bezakan matlamat tersebut sama ada keperluan atau kehendak. Langkah Kelima: Buat Bajet Sebelum Perbelanjaan Bajet adalah anggaran yang di buat pada awal bulan dan dibandingkan dengan aliran tunai sebenar pada akhir bulan. Bajet dapat membantu anda untuk mencapai matlamat jika berdisplin dalam mematuhi bajet anda. Untuk menyediakan bajet yang terurus, haruslah mempunyai ciri ciri seperti bersabar dan berdisiplin, bersikap realistik dan bersikap fleksible. Langkah Keenam: Simpan Sebelum Belanja Masa mendapat gaji bulanan, adakah anda menjelaskan hutang atau menyimpan dahulu? Disarankan supaya menyimpan dahulu. Peruntukan 10% daripada gaji bulan untuk disimpan, kemudian gunakan duit selebihnya untuk membayar hutang bulanan dan selebihnya berbelanja apa yang ada. Jika anda mempunyai lebih duit, anda boleh buat pelaburan untuk mendapat pulangan yang tinggi. Langkah Ketujuh: Bersedia Untuk Situasi Kecemasan Sediakan tabung kecemasan untuk tempoh enam bulan gaji supaya dapat memberi masa seperti mencari kerja baru atau pun pulih dari kecerderaan. Malang tidak berbau , seperti pembuangan pekerja kerana kegawatan ekonomi dunia, kecerderaan yang ambil masa yang lama untuk pulih, maka anda harus menyediakan tabung kecemasan ini.

Langkah Kelapan: Menyelesaikan Hutang Tumpukan kepada membayar balik hutang dengan baki terkecil pertama. Kaedah ini sangat memuaskan kerana dapat dilihat kemajuan dengan cepat. Menumpukan kepada membayar balik hutang dengan kadar faedah tinggi. Kaedah ini dikatakan amat menjimatkan. Langkah Kesembilan: Mengurangkan Perbelanjaan Anda Untuk meningkatkan simpanan anda, disarankan mencari jalan mengkurangkan perbelanjaan.Terdapat beberapa cara membantu anda dalam mengurangkan perbelanjaan atau berbelanja secara berhemah. Langkah Kesepuloh: Merancang Untuk Persaraan Adalah lebih baik untuk merancang persaraan pada masa anda mula bekerja . Amat baik sekali memupuk tabiat menyimpan pada usia muda. Tidak hanya mengharapkan simpanan KWSP atau pencen kerana di takuti simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup yang selesa ketika bersara. Kadar inflasi juga patut diambil kira dalam merancang persaraan anda. Diharap segala petunjuk yang diberikan sedikit sebanyak dapat di praktikan demi mencapai matlamat kesejahteraan kewangan para pembaca budiman. Dari meja penulis Mohd.ariff

Anda mungkin juga menyukai