Anda di halaman 1dari 25

PPPKB PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU [Type text]

[Type text]

Pengenalan. Bahasa adalah milik manusia yang istemewa dan paling penting. Bahasa juga yang membezakan mereka dengan makhluk-makhluk lain. Manusia menggunakan bahasa untuk berhubung sesama sendiri, melahirkan perasaan, memberi pendapat, mencipta keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban daripada satu generasi kepada satu generasi. Bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk

berkomunikasi, berbahasa atau pengeluaran perkataan. Menurut Heward, W.I & Orlansky, M.D (1980), Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala, menurut Bloom & Lahey (1978) Bahasa ialah pengetahuan menggunakan simbol untuk menggerakkan idea dan pendapat. Penggunaan bahasa membolehkan kita mengenal sesuatu objek, peristiwa atau peristiwa tanpa (reproducing) penghasilan semula. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik. Di kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran, bahasa merupakan satu kelemahan yang nyata. Kelemahan ini perlu ditangani oleh guru dimana perancangan aktviti pengajaran yang berkesan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu akan dapat menolong mereka agar mereka tidak lagi berdepan dengan pencapaian

prestasi akademik yang rendah ,bermasalah semasa berinteraksi serta tidak lagi mengamalkan tingkahlaku yang tidak sempurna. Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti kesukaran untuk mengingat kembali perkataan, Tiada keupayaan untuk menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak, Tidak kebolehan memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna, penggunan ayat yang tidak betull dan tidak lengkap, kesukaran dalam meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami juga tidak dapat menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis. Tidak boleh memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain. Serta tidak mampu mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza
1

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Untuk membolehkan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan mereka memerlukan kepada banyak pengalaman yang boleh dianggap dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Mereka seharusnya diberi peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi dan melahirkan perasaan mereka dengan gaya dan cara mereka tersendiri. Penemuan daripada hasil kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahli teori bahasa dapat memberi pengetahuan kepada guru bagaimana suatu masalah itu dapat diselesaikan dan mencari kaedah-kaedah tertentu yang dapat membantu murid yang bermasalah bahasa ini. Diantara teori pemerolehan yang hebat dan sentiasa dirujuk ialah teori Behaviorisma. Seorang sarjana linguistik bangsa Amerika iaitu Charles F. Hockett melihat bahasa dari sudut psikologi behaviorisma menyatakan bahawa bahasa adalah satu sistem tabiat-tabiat yang sangat rumit. Melalui teori mentalis tokohnya iaitu Chomsky menyatakan bahawa bahasa ialah sejumlah kalimat yang terbatas. Antara teori-teori lain yang diketengahkan untuk menghuraikan teori pemerolehan bahasa ialah teori kognitif melalui salah seorang pendokongnya iaitu Piaget bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan

perkembangan pemikirannya. manakala teori intrasionanis pula memberi pendapat perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. . Pendekatan-pedekatan tersebut boleh dimanipulasikan oleh guru untuk dilaksanakan atau diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan agar penguasaan murid terhadap bahasa ini lebih baik lagi.

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Rajah Pengurusan Grafik Definisi Bahasa

Prof. Sultan Takdir Alisybanna Bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur Mohd Khalil Hussain Wilhelm Von Humboldt Bahasa sebagai sintesis bunyi.

Bahasa sebetulnya ialah apa yang diucapkan orang untuk memberi atau menerima fikiranfikiran dalam masyarakat

Prof. Atan long

Bloch dan Trager Bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang diguna anggota masyarakat untuk berkomunikasi

Bahasa ialah

penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat manusia sahaja

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Rajah Pengurusan Grafik Masalah bahasa yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah pembelajaran

Masalah Bahasa dan Linguistik


Fornologi -Masalah dalam kemahiran lisan Morfologi - struktur ayat yang salah Sintaksis - Penyusunan ayaat atau taatabaahasa Semantik - perkembangan perbendaharaan kata Pragmatik - keupayaan memahaami atau menggunakan bahasa

Masalah Artikulas
penggantian

pengguguran
Pengubahan penambahan

Masalah Kefasihan dan Rentak


Gangguan kelancaran

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Rumusan. Bahasa lahir seiring dengan kehadiran manusia. Prof. Sultan Ali Syjahbana memberi pendapat atau mendefinisikan bahasa sebagai ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur. Mohd khalil Hussain pula berpendapat bahasa sebetulnya ialah apa yang diucapkan orang untuk memberi atau menerima fikiran-fikiran dalam masyarakat.. Bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilh dan disusun secara sewenang-wenang untuk digunapakai oleh sesuatu masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan berinteraksi. Definisi-definisi tersebut sudah jelas kepada kita bahawa bahasa adalah alat yang sangat penting kepada sesuatu masyarakat dimana kemampuan berbahasa dengan baik banyak memberi manfaat kepada individu itu, Kemampuan seseorang terhadap kebolehan berbahasa adalah anugerah yang teramat berharga tetapi murid-murid bermasalah pembelajaran adalah sebaliknya. Diantara masalah bahasa yang sering dihadapi oleh mereka ialah masalah bahasa dan linguistik yang melibatkan kesukaran untuk memahami arahan, masalah dalam bacaan, ejaan dan tulisan. Pemasalah ini boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian aspek bahasa yang meliputi fonologi, morfologi dan sintaksis manakala bahagian kedua ialah ilmu makna yang melibatkan semantik dan pragmatik. Masalah artikulasi juga merupakan masalah bahasa kanak-kanak khas ini. Masalah artikulasi melibatkan gangguan terhadap pengeluaran bunyi-bunyian pertuturan yang abnormal sehingga mengganggu percakapan. Masalah artikulasi melibatkan perkara-perkara seperti penggantian, pengguguran, pengubahan dan penambahaan. Masalah terakhir ialah masalah kefasihan dan rentak yang melibatkan gangguan terhadap aliran pertuturan yang mempengaruhi corak dan cara seseorang itu berkomunikasi diantaranya ialah gagap. Gagap dianggap masalah kerana setiap patah perkataan yang dilahirkan melalui ketegangan pada otot tekak akibat gangguan pada saluran pernafasan.

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Rajah Pengurusan GrafikTeori-teori Pemerolehan Bahasa.

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Pengurusan Grafik Prinsip-Prinsip Intervensi Bahasa

Mudah kepada sukar

Perkenal perkataan kemudian konsep atau cara bina ayat. Perkenalkan perkataan yang biasa digunakan Satu perkataan dikembangkan menjadi ayat Gunakan perkataan yang mudah dan berada di sekitar murid Menggunakan gambar

Sedikit kepada banyak

Struktur ayat yang baru

Meminimum kan jumlah perkataan

Pelbagai media

perkenalkan perkataan baru

mengembangkan ayat menjadi rangkaikata bermakna.

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Rumusan. Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan proses pembelajaran tetapi melalui cara memperolehi. Menurut Awang Mohammad Amin kebanyakaan penyelidik bahasa kanak-kanak berpendapat bahawa jangka masa umur kanakkanak di antara satu hingga lima tahun umur adalah jangka masa penguasaan

bahasa yang paling kritikal dan masa inilah mereka mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkaan kepada mereka. Empat teori pemerolehan telah diambil kira untuk untuk menerangkan asas pemerolehan bahasa seseorang. Teori behaviorisma melalui B.F.Skinner menyatakan manusia secara

semulajadi dilahirkan dengan keupayaan memperolehi bahasa. Manakala teori kognitif yang diperjelaskan oleh Piaget menyatakan perkembangan bahasa kanakkanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Teori mentalis melalui Noam Chomsky pula berpendapat bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan alat

pemerolehan bahasa yang bersifat universal, potensi kanak-kanak berbahasa adalah dari sifat semulajadi. Teori pemerolehan bahasa yang terakhir ialah intraksionalis yang menyatakan kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara mengambarkan makna kognitif dalam bentukbentuk linguistik yang jelas. Intervensi bahasa adalah perlu diberikan kepada Kanak-kanak berkeperluan khas yang berhadapan dengan masalah bahasa Cara perlaksanaannya ialah dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu kepada murid. Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar yang kedua adalah dengan cara
8

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

penggunaan perkataan baru yang biasa digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar, iaitu dari sedikit kepada banyak .Manakala ketiga pula adalah menggunakan kosa kata yang diketahui atau biasa pada murid untuk mengajar struktur ayat yang baru susu.

Prinsip keempat pula adalah dengan cara guru meminimumkan jumlah perkataan, daripada ayat yang mudah kepada yang kompleks.

seterunya yang kelima ialah dengan cara guru menggunakan gambar Terakhir adalah dengan cara guru memperkenalkan perkataan baru, menghubungkaitkan atau membentuk sekurang-kurangnya dalam 10 konteks yang berbeza. 3.0 Pilihan dan kepentingan Strategi Menangani Masalah Kemahiran

Berbahasa murid-murid Bermasalah Pembelajaran. Murid berkeperluan khas adalah mereka yang perlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Kaedah serta strategi yang dirancang mesti mengambil kira tahap kebolehan mereka. Pemilihan strategi yang tepat menjamin kepada keberkesanan pengajaran pada hari itu. Untuk kemahiran lisan iaitu aspek yang paling asas untuk dikuasai oleh latih tubi. Latih tubi ialah aktiviti

seorang murid saya telah memilih strategi

pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz., teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Manakala kemahiran bacaan pula kaedah fonik dipilih untuk tujuan strategi menangani masalah kemahiran bacaan. Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Murid menyebut bunyi sesuatu tanpa menyebut nama huruf. Dalam kemahiran tulisan pula strategi yang dipilih ialah aktiviti ejaan. Ejaan ialah keupayaan kanak-kanak membuat pemilihan huruf yang melambangkan bunyi dalaam sesuatu perkataan. Kemahiran ini berlaku setelah mereka mahir dalam pembentukan huruf-huruf mengikut bahasa
9

yang

mereka

pelajari.

Melalui

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

penguasaan yang baik dalam kemahiran ini kanak-kanak akan dapat menyampaikan pendapat, luahan idea dengan berkesan.

3.1 Kemahiran Lisan. Lisan adalah aspek kemahiran yang penting dan utama dan merupakan kemahiran asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh seseorang kanakkanak. Penguasaan bahasa oleh seseorang kanak-kanak daripada apa yang didengar dan dialaminya selepas itu Mereka akan cuba meniru dan

menuturkannya berulang-ulangkali. Persekitaran merupakan agen kepada penguasaan bahasa kanak-kanak. Sekiranya penggunaan bahasa dari

persekitaran adalah sempurna maka mereka akan belajar bahasa yang sempurna jika sebaliknya yang berlaku maka mereka akan mengalami kesukaran dalam proses pembelajaran mereka nanti.Teori psikologi dalam pengajaran bahasa menyatakan bahawa gerak kerja lisan mesti diutamakan sebelum mengajar aspek lain dalam kemahiran berbahasa ini. Kemahiran lisan sebenarnya melibatkan dua perkara iaitu bertutur dan mendengar. Seseorang itu perlu menguasai kedua-dua perkara tersebut supaya kemahiran lisan mereka baik.Seseorang yang bermasalah dalam pedengaran sudah pasti bermasalah juga dalam pertuturan. Dalam mengajar kemahiran lisan terdapat kaedah-kaedah tertentu yang boleh dilakukan supaya masalah bahasa dapat diatasi. Diantara kaedah-kaedah tersebut ialah:i. Teknik soal jawab.

10

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Teknik ini melibatkan proses dua hala iaitu guru dan murid. Biasanya guru yang sentiasa menyoal dan murid yang memberikan jawapan. Tujuan soal jawab ialah untuk mengesan penguasaan murid terhadap pengajaran guru. ii. Teknik main peranan. Teknik ini dijalankan dengan cara menetapkan watak yang perlu dimainkan oleh murid dan dilakukan secara spontan berdasarkan pengalaman sedia ada seseorang itu. iii.. Teknik lakonan/drama Kaedah ini memerlukan guru menetapkan skrip terlebih dahulu. Murid gunakan kemahiran bahasa seperti dengar dan tutur, unsur paralinguistik dan bukan linguistik dengan berkesan . Kaedah ini mampu menyuntik sikap keyakinan yang tinggi dalam diri seseorang. vi.. Teknik permainan bahasa Dalam kaedah ini aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti tekalah saya, memerhati dan mengingat, permainan berpasangan serta permainan kaya kata.
v. Teknik bercerita

Murid boleh melakukan teknik ini dengan cara menyambung cerita yang diberikan oleh guru secara spontan. Untuk penceritaan yang lebih menarik lagi seseorang itu boleh menggunakan boneka dalam sesi bercerita itu.
vi. Teknik perbualan

Dalam teknik ini tajuk atau situasi perlu ditetapkan terlebih dahulu dimana ia perlu sesuai dengan pengelaman seseorang dan tentukan had masa. Teknik ini melibatkan interaksi dua hala. vii. Teknik perbincangan. Teknik ini ialah mesyuarat, forum serta perbahasan.
viii.

Teknik penyelesaian masalah

11

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Teka teki, teka silang kata serta kuiz adalah aktiviti untuk teknik penyelesaian masalah. x. Teknik boneka Guru boleh mnggunakan boneka sarung tangan,.boneka tali,boneka kayu atau.boneka piring untuk menjalankan sesi pengajaran. xi. Teknik latih tubi Pengulangan fakta yang telah dipelajari secara berulang-ulang untuk mengukuhkan ingatan mereka terhadap fakta tersebut. 3.2. Kemahiran membaca

Membaca adalah proses kebalikan daripada proses penulisan yang melibattkan kebolehan seseorang menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan seterusnya akan menghuraikan pertuturan kepada pemikiran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran sentiasa berdepan dengan

pemasalahan bahasa ini. Strategi pengajaran kemahiran bacaan yang menepati keperluan murid ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan baik agar mereka menguasai kemahiran membaca dengan baik. Terdapat beberapa cadangan strategi pengajaran kemahiran bacaan untuk mengatasi masalah ini. Diantaranya ialah:i. Kaedah abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum
12

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

ii.

Kaedah

Pandang

dan

sebut/Kaedah

Seluruh

Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama

sekali.Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]
iii. Kaedah Fonik.

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan hurufhurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan

vi.

Kaedah gabungan bunyi Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata

13

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).
v. Kaedah khas pemulihan.

Kebolehan murid tidak sama diantara satu sama lain. Terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia, kanak-kanak pemulihan dan kanak-kanak

3.3 kemahiranTulisan Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Dalam kemahiran tulisan beberapa kaedah telah dikenal pasti dapat membantu untuk menangani masalah bahasa. Diantaranya ialah:i. Terapi fisio dan terapi cara kerja. Terapi ini membantu murid seperti cerebral palsy atau lumpuh untuk menggerakkan psikomotornya semasa menjalani aktiviti harian atau pembelajaran. Terapi cara kerja melatih murid melakukan kerja yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Terapi ini dipercayai dapat menjadikan kanka-kanak yakin diri dan mampu hidup berdikari.
i.

Aktiviti koordinasi motor & tangan Keupayaan murid dalam melakukan sebarang pekerjaan terutamanya dalam kemahiran motor halus amat berkait rapat dengan perkembangan fizikal mereka. Perkembangan motor halus melibatkanperkembangan pada otot-otot kecil dibahagianjari kanak-kanak membolehkan mereka

memegang benda-benda kecil.


ii.

Menulis huruf vokal dan huruf konsonan Keupayaan menguasai kemahiran menulis huruf vokal dan huruf konsonan
14

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

mengikut urutan yang betul. Guru menyebut huruf vokal kepada murid dan minta murid menulis huruf tersebut.
iii.

Aktiviti pembentukan huruf Dalam aktiviti ini keupayaan murid menguasai kemahiraan menulis huruf vokal dan konsonan mengikut urutan yang betul. Guru menyebut hurufhuruf tertentu dan murid menulis. Untuk menulis suku kata terbuka pula murid boleh diminta untuk mencantumkan

iv.

Ejaan Selepas murid belajar mengenali huruf-huruf dalam bahasa yang dipelajari maka mereka sudah berkebolehan memilih huruf tertentu untuk

melambangkan bunyi dalam sesuatu perkataan. Kemahiran ejaan ini penting kerana disini murid dapat meluahkan idea dan menyatakan pendapat.
v.

Menulis ayat mudah Murid boleh dilatih menyusun ayat atau menulis dari perkataan menjadi ayat yang betul. Sebagai galakkan kepada murid guru boleh juga menhyediakan perkataan terlebih dahulu dan murid menyusun ayat tersebut.

vi.

Rencana Guru menyediakan ayat-ayat ringkas yang bermakna kemudian murid diarahkan menyusun ayat-ayat tersebut menjadi satu karangan pendek. Guru juga boleh memberi peluang kepada murid untuk menulis sendiri karangan jika mereka telah menguasai kemahiran bacaa dan tulisan dengan baik.

15

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Tahun Mata Pelajaran Tarikh Hari Masa Bilangan Murid Tema Tajuk Kemahiran :Emas Berlian : Bahasa Melayu : 8 Januari 2012 : Ahad : 9.45 pagi : 9 orang : Tubuh badan saya. : Sukukata : 1) Kemahiran Bertutur 2.3.1 Perkataan dan ayat mudah a. Mendengar dan mengajuk bunyi perkataan i. ii. 2) Membaca. 4.1.1 suku kata a. Mengenal benda dan gambar i. ii. 3) Tulisan. 6.1.2 Huruf suku kata dan perkataan a. menyalin semula Membunyikan suku kata Mrembina perkataandaripada huruf atau suku kata. Mengikut sebutan guru Mengikut bahan yang mempersembahkan.

16

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

i. huruf ii. suku kata b.Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpadu Pengetahuan sedia ada Hasil Pembelajaran : Murid sudahmenguasai suku kata kv : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: 1. Menulis tiga daripada lima perkataan suku kata kvkv yang diberi dengan betul. 2. Murid boleh meletakkan gambar dan menulis semula perkataan suku kata kvkv tiga daripada lima dengan baik

Penyerapan matapelajaran Penggabungjalinan kemahiran Unsur terapi Penyerapan nilai:

:Pendidikan seni, sains. :Menyebut, dan simulasi/main peranan. :Terapi pertuturan dan pengamatan 1) Meyedari kebolehan diri sendiri 2)Bertanggungjawab terhadap tugas.

KBKK BBM

: Memadan dan menyebut. :Kad suku kata kv, Kvkv, kad abjad, kad bergambar, laptop, lembaran kerja.

17

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Langkah

Isi kandungan

Aktiviti pembelajaran

catatan

Set Induksi +_ 5 minit

Gambar manusia

tubuh Guru

meminta

murid Kaedah. Soal jawab. Penerangan

sebutkan anggota badan.

Guru mengagihkan keratan Cuba jaya anggota murid. badan kepada Nilai Yakin diri Murid diminta melekatkan .

gambar anggota badan pada Terapi papan putih. Pertuturan

Guru bersoal jawab dengan BBM murid berkenaan dengan Kad imbasan

kepentingan anggota badan .

Langkah 1

Suku kata kv:Da gu hi ku ka

Murid menyebut bunyi abjad yang ditunjukkan oleh guru Kaedah. (huruf vocal) Sebutan(fonik)

+ _ 20 minit

Mu ha pa

Murid diarahkan menyebut Terapi padanan suku kata kv yang Pertuturan diberikan.(secara rambang) Nilai. Guru meminta murid Berani

padankan kad suku kata kvkv BBM dengan dilakukan dimana gambar. secara murid Aktiviti Kad abjad individu Kad suku kata

melekatkan kv

18

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

kad suku kata pada papan putih. Kad suku kata kvkv

Langkah 2 + _ 15 minit

Kad abjad,.

Guru

meminta anggota

muird Kaedah. badan Perbincangan Sebutan bunyi huruf(fonik)

a, b, c, d, e, f, g, menyebut

h, I, j, k, l, m, n, o, yang digunakan untuk:p, q, r, s, t, u, v, w, x, y, z. i. ii. Kad gaambar iii. iv. v. Melihat - mata Berjalan - kaki Makan gigi Pegang - jari Sujud - dahi

Terapi. Pertuturan

Nilai Berani,

dan

anggota

lain

yang bertolak ansur

difikirkan sesuai. BBM. Guru edarkan kad abjad dan Kad gambar meminta murid membina Kad abjad

suku kata dari abjad-abjad tersebut. Aktiviti dijalankan secara kumpulan dengan

bantuan pembantu.
19

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Langkah 3 + _ 15 minit

Kad perkataan. Mata Pipi Gigi Kaki Jari Kuku Dahi

Murid

diminta

meyebut Kaedah perkataan

berulang-ulang

yang telah dibina dari suku Main peranan. kata tadi dengan cara Sebutan

sebutan atau bunyi. Aktiviti Individu. dijalankan secara:- Terapi Pertuturan

Murid Kad

diberikan

lembaran Nilai Rajiin

kerja bertulis. Murid perlu siapkan dua

lembran kerja . 1.Murid kosong. BBM 2.Murid perlu mengunting Kad gambar perlu isi tempat

dan menampaalkan gambaar Kad perkataan pada kotak yang dan telah Lembaran tuliskan kerja

disediakan

perkataan suku kata kvkv.

Guru secara murid


20

membimbing individu yang

murid

terhadap dapat

tidak

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

menguasai P&P pada hari ini

Lembaran dilampirkan

kerja

Penutup + _ 5 minit

Lirik lagu Bangun Guru Pagi Bangun

membuat secara

rumusan Kaedah. bersoal Penerangan Nyanyian. Terapi

pelajaran

pagi jawab dengan murid.

gosok gigi cuci

muka terus mandi Murid yang telah menguasai Pertuturan dan pakai baju minum pelajaran hari ini di beri pergerakan badan. Nilai Murid diperdengarkan lagu Yakin diri bangun pagi dari laptop. BBM Laptop. Guru membimbing lagu murid bangun

susu salam ayah ganjaran bintang. dan ibu

menyanyikan

pagi sambil melakonkan aksiaksi dari lirik lagu

21

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Refleksi. Keseluruhan. Refleksi saya terhadap penyediaan kerja kursus pendek Kaedah Pengajaran khas Bahasa Melayu ini merujuk kepada tiga situasi iaitu situasi sebelum , semasa dan selepas. Sebelum saya mendapat tugasan kerja kursus ini saya telah mencari maklumat dan pengetahuan serba sedikit berkaitan dengan PKB 3104 ini melalui modul dan dari bahan-bahan yang diperolehi melalui pencarian internat dan perbincangan dengan kawan-kawan yang bersam-sama dalam program

pengsiswazahan guru ini. Semasa proses melaksanakan tugasan sebenarnya barulah saya mula didatangi oleh pelbagai persoalan dan pelbagai masalah. Diantara permasalahan yang timbul ialah kengkangan masa. Pada sebelah pagi saya berada di sekolah sebagai seorang guru pendidikan khas, sebelah petang saya bersama-sama murid untuk aktiviti sukan. Sedangkan pada masa yang sama juga tugasan yang sangat penting sedang memanggil-manggil untuk disiapkan. Oleh yang demikian saya telah memperuntukkan masa untuk memyiapkan tugasan setelah selesai segala urusan keluarga pada sebelah malam sahaja.. Saya masih bernasib baik kerana dari awal lagi bahan untuk tugasan ini telah saya perolehi iaitu dari modul pembelajaran dari buku-buku ilmiah yang berada dalam pasaran dan juga melalui pencarian dari talian internat Sikap kawan-kawan yang sentiasa bantu-membantu banyak memberi manfaat kepada saya, Proses menyiapkan tugasan ini tidak mudah seperti yang difikirkan. Saya memerlukan kepandaian untuk mengarang bahan-bahan bacaan yang saya ada dan dipersembahkaan dalam bentuk esei yang bermakna. Setelah selesai menyiapkan tugasan ini saya telah memperolehi ilmu yang sangat berguna terutama dalam proses pengajaran saya nanti. Saya lebih maklum bagaimana pemasalahan bahasa memberi kesan kepada kanaak-kanak khas ini. Saya juga telah maklum dimana untuk pengajaran bahasa ini kita perlu menitik beratkan kemahiran lisan, bacaan dan tulisan. Perlaksaannya berasaskan strategistrategi tertentu. Bijak guru merancang pengajaran maka hasilnya nanti kanak-kanak khas ini akan dapat mengubah kebolehan berbahasa mereka nanti.

22

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Rumusan dan Penutup. Kemahiran berbahasa seseorang itu bermula seawal tiga bulan lagi dimana pada masa ini mereka telah menguasai pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi tersebut dan tidak digunakan dalam persekitaran mereka. Apabila umur mereka setahun mereka menggunakan kata tunggal seperti mama baba.. Manakala di kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran pula merupakan satu pemasalahan yang rumit. Mereka tidak mempunyai kemahiran tersebut dari awal lagi, kekurangan inilah yang menyebabkan mereka bermasalah dalam pembelajaran mereka. Kanak-kanak ini bukan sahaja mengalami masalah tersebut tetapi masalah dalam komunikasi dalam kehidupan seharian mereka. Kebolehan berbahasa dengan baik merupakan asset yang berguna kerana kanakkanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak dan sebagainya semasa berkomunikasi. Untuk menguasai kemahiran tersebut kanak-kanak tersebut perlu melalui alam pembelajaran yang hanya berlaku di sekolah secara formal. Di sekolah sahajalah semua kemahiran bahasa diajar. Guru sentiasa mempunyai perancangan serta strategi untuk menangani masalah bahasa kanak-kanak berpendidikan khas ini. Untuk tujuan tersebut kaedah pengajaran lisan, bacaan dan tulisan merupakan kaedah yang paling sesuai mengesan kebolehan murid. Bahasa adalah sebagai satu lambang atau sistem lambang perututran yang arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Pendapat Bloch dan Trager ini telah diperjelaskan lagi oleh ahli-ahli psikolinguistik moden seperti

Mangantar Simanjuntak (1982) yang mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unit yang dapat dimanipulasikan oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah kalimat yang tidak terbatas berdasarkan unsur-unsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia itu sebagai alat berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang itu Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita,
23

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Kemahiran lisan yang melibatkaan proses pertuturan dan pendengaran merupakan proses yang paling awal dikuasai oleh seseorang itu. Sungguhpun demikian sebagai guru kita perlu menyusun teknik pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran dengan cara yang telah dikenal pasti iaitu diantaranya ialah teknik soal jawab, main peranan, lakonan, permainan bahasa, teknik bercerita, teknik perbualaan. Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak juga adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak

mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang dicadangkan ialah kaedah fonik atau suku kata, kaedah pandang dan sebut, kaedah fonik, kaedah khas pemulihan, Kemahiran tulisan merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Tulisan juga mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan. Diantara strategi atau kaaedah dalam kemahiran tulisan ialah terapi fisio dan terapi cara kerja, aktiviti koordinasi motor dan tangan, aktiviti pembentukan huruf, meniru tulisan, ejaan menulis ayat mudah dan rencana. Kemahiran lisan, bacaan dan tulisan sekiranya dikuasai sepenuhnya oleh kanak-kanak khas ini berkemungkinan tahap keupayaan mereka dalam bidang akademik adalah ditahap yang boleh dibanggakan.

24

PKB 3104 KAEDAAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

Senarai Rujukan Laman Web http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/masalah-bahasa-dan-komunikasikanak.html http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html http://bobezani.tripod.com/teknik.htm Kaedahhttp://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2011/12/kaedah-membaca.html. http://notapismp.blogspot.com/2009/09/kaedah-dan-teknik-pengajaran.html

Rujukan Buku. Mahmood Nazar Mohamad, Pengantar Psikologi. Satu pengenalan Kepada Jiwa dan Tingkah laku, terbitan DewanBahasa dan Pustaka Kamarudin Hj. Husin, Pedagogi bahasa, Perkaedahan, terbitan kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin, pengajaran Dan Pembelajaran Lisan, terbitan, Kumpulan budiman sdn. Bhd.

25

Anda mungkin juga menyukai