Anda di halaman 1dari 22

1.

Pendahuluan.

Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran bernilai tambah memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu atau kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan. Kemahiran-kemahiran tersebut dihuraikan dalaam bentuk grafik agar rantaiannya dapat dilihat dengan lebih mudah dan jelas. TUJUH KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


KEMAHIRAN KONTEKTUAL KAJIAN MASA DEPAN

KEMAHIRAN KONSTRUKTISMA

KECERDASAN PELBAGAI

1. KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.

Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.

KREATIF
Menjanakan idea Menghubung kaitkan Membuat inferens Meramalkan Membuat hipotesis Mensintesiskan Mengitlak Membuat gambaran mental Menganalogikan Mereka cipta

KRITIS
Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpul dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai

MENAAKUL

Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita Membuat kesimpulan membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

STRATEGI BERFIKIR
Logik berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi Strategi

peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa


Rasional

kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah

Dilaksanakan terutamanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan

Pelaksanaan KB perlu selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi

Memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Penerapan KB penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan

5
i

Membolehkan murid mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

2. KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Penggunaan ICT dalam p&p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.

Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

Mewujudkan pembelajaran menyeronokkan dan mencabar

Peluang belajar dengan bimbingan yang minimum dan meningkatkan kemahiran ICT
.

Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.

Membolehkan murid mengakses maklumat sukar diperolehi


.

Meningkatkan motivasi murid

3. KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar Cara Belajar ialah proses untukmemperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.

Membantu murid-murid menerokai alam pembelajaran yang lebih menarik.. Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa bimbingan guru. .Murid-murid dapat menggunakan pengetahuan yang sedia ada, bahan rujukan yang lain dan rakan-rakan sebaya sebagai sumber pembelajaran

Membantu murid menilai tahap pembelajaran sendiri dan membuat refleksi di akhir pembelajaran.

Murid-murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan dalam pengaulan seharian.

4. KAJIAN MASA DEPAN

,Satu cara kita menyusun pemikiran, kehidupan, tindakan seharianswerta jangka panjang keputusan yang kita buat

Mendidik murid-murid supaya bersedia menghadapi cabaran dan perubahan

Membantu murid menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan perubahan-perubahan tersebut penuh dengan cabaran dan dugaan.

Menambah keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan

Mengambil cabaran sebagai ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan

Melatih murid dengan disiplin ilmu yang berkaitan dengan cara-cara menangani perubahan dengan berwawasan, rasional, kreatif dan dinamik

5. KEMAHIRAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan . isikandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

Teori pembelajaran kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumbersumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

6. KEMAHIRAN PELBAGAI KECERDASAN

VERBAL-LINGUISTIK. kebolehan berbahasa .dan penguasan yang baik dalam lisan dan penulisan Contoh aktiviti : peraduan menulis karya, pertandingan bercerita, mendeklemasikan sajak, projek menerbitkan buletin, akhbar kelas dan memberi pendapat serta penerangan

LOGIK-MATEMATIK Penguasaan yang baik dalam memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab-akibat serta kebolehan menjangka.

NATURALIS Penguasan terhadap mengaplikasi tumbuhtumbuhan, galian dan bintang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna.

INTERPERSONAL Kebolehan memahami perasaan tabiat serta hasrat orang lain. Ia juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal contohnya menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.Contoh aktiviti forum,perbahasan pengajaran dan pembelajaran ialah wawan dan aktiviti rakan sebaya

INTRAPERSONA Kebolehan memahami diri sendiri dimana ia juga dapat membantu individu menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan atau kesihan diri.Contoh aktiviti menulis surat kiriman kepada sahabat berkenaan salah satu aspek dalam karya contonya menceritakan kisah rakan anda yang miskin dalam cerpen Hadiah Hari Guru.

VISUAL-RUANG Mampu mengesan dan menggambarkan bentuk ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.Contoh aktiviti :lakonan/ drama, membina diorama agenda tertentu

MUZIK Mampu mengesan irama dan lagu , termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah.Contoh aktiviti memasang lagu latar ketika mendeklemasikan sajak atau bercerita

KINESTATIK Menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, seperti kemahiran fizikal iaitukoordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan Contoh aktiviti main peranan, simulasipenyelesaian,

7. KEMAHIRAN KONSTUKTISMA

Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.

(Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain)

,. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid lain danguru. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama pentingdengan hasil pembelajaran.
.Menggalakkan

proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen sesuatu idea

Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid..

.Menggalakka

Menyokong pembelajaran secara koperatif.

n soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan

.Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baharu

Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

2.0 2.1

Perancangan Aktiviti Kemahiran Bernilai Tambah. Kemairan Berfikir.

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan

menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan aktiviti yang dicadangkan ialah menjawab soalan kefahaman dari unit satu yang bertajuk keluargaku Unit : 1. Tajuk : Keluarga ku Sayang (Muka Surat 08 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4) Objektif Pengajaran dan pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Berbual tentang sesuatu perkataan yang dialami, dilihat atau dibaca. 2. Menyatakan format pelbagai genre 3. Membina ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang diberikan. Rujuk Buku Teks Halaman 8. Cadangan Aktiviti. Menjawab soalan kefahaman dalam teks pada halaman 8. Cara-cara perlaksanaan. 1. Guru meminta seorasng murid menyampaikan cerita pada halaman 6 dan tujuh. 2. Murid meneliti teks, kemudian meminta murid membaca Diari Nizam pada halaman 8. 3. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan di kehendaki menjawab soalan pemahaman dalam teks pada halaman 8. Sayang.

Petikan soalan kefahaman.

Nizam Ahad, 9 januari Aku bertemu dengan seorang pengemis tua. Tersayat hatiku melihat keadaan dirinya. Mengapakah dia mengemis? Dimanakah anak-anaknya? Bagaimanakah keadaan ibuku sekarang? Adakah ibuku juga sepeti pengemis tua itu? Kasihan, ibuku. Hatiku meronta-ronta untuk bertemu dengannya. Aku berdosa kerana kerana mengaibkanmu, ibu. Oh, Tuhan! Maha Agung Engkau kerana mempertemukan aku dengan aku pengemis tua itu. Aku menyesal. Kini, aku benar-benar insaf.

Soalan. 1. Huraikan keadaan pengemis tua yang menyebabkan Nizam tersayat hati melihatnya. 2. Pada pendapat kamu, adakah Nizam akan insaf sekiranya dia tidak bertemu dengan 3. pengemis tua itu? Berikan sebabnya.

Sekiranya kamu berjaya dalam hidup seperti Nizam, apakah dua perkara utama yang akan kamu lakukan/ Nyatakan sebabnya.

4. a) b) 5.

Berdasarkan catata Nizam: Jawab soalan yang terdapat dalam catatan tersebut. Bina ayat dengan menggunakan perkataan yang dicetak berwarna Teks Hargai Jasa Ayah, ibu dan Diari Nizam terdiri daripada jenispetikanyang berbeza. Namakan ketiga-tiga jenis petikan tersebut.

Murid akan menjawab soalan tersebut secara lisan atau bertulis. Mereka akan menggunakan idea-idea yang krritis untuk menghuraikan pemasalahan yang diutarakan. Guru boleh membincangkan jawapan selepas murid selesai menyiapkan tugasan tersebut. Murid juga boleh memberi jawapan mereka secra bergilir-gilir dan guru memberi peneguhan terhadap tugasan mereka.

2.2.

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untukmenambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Unit : 9. Tajuk : Kelapa Sawit. (Muka Surat 120 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4) Objektif Pengajaran dan pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa . 2. Mencatat idea yang terdapat bahan yang dibaca. 3. Menulis maklumat mengikut prosedur yang betul. Rujuk Buku Teks Halaman 120. Cadangan Aktiviti. Mari mengesan mesej. Cara-cara perlaksanaan. 1. Guru menayaangkan gambar sebahagian daripada bahagian pokok kelapa sawit dan meminta murid meneka gambar tersebut. 2. Guru meminta murid membaca teks secara beramai-ramai kemudian secara individu 3. Guru menjelaskan cara mendapat maklumat umum daripada teks. 4. Secara berkumpulan, murid diminta menjalankan aktiviti perbincangan untuk mendapatkan maklumat penting daripada teks dan mencatat maklumat trersebut pada kertas sebak. 5. Setiap wakil kumpulan di minta melaporkan maklumat yang diperolehi kepada kelas. 6. Guru memberikan komen terhadap setiap maklumat penting ynang dilaporkan. 7. Guru meminta murid mencatat maklumat yang betul dalam buku tulis. 8. Guru meminta murid menyatakan makna perkataan yang dicetak berwarna dan menulisnya dalam buku tulis. 9. Guru meminta murid meneliti peta minda yang disediakan dan mencatat kegunaan bahagian kelapa sawit seperti tertera pada peta minda. 10. Murid diminta mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam teks pada halaman 120, kemudian, murid mengasingkan perkataan tersebut mengikut

katogerinya dalam borang yang murid sediakan berdasarkan contoh dalam buku teks. 11. Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai murnikan.

Petikan Teks kelapa Sawit Kenal pasti fakta.

Mari mengesan Mesej.

2.3.

Kemahiran Kajian Masa hadapan

Pengajaran berasakan kajian masa depan diperkenalkan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Ianya akan dapat membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak sama dengan masa sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahun kejadian masa depan, namun masa depan dapat diramalkan. Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar najis dadah pasti akan ditangkap dan dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dirancangkan untyuk kemahiran kajian masa depan ialah membuat laporan. Unit : 6 Tajuk : Melawat Ke Muzium Negara. (Muka Surat 74 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4) Objektif Pengajaran dan pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menyatakan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan 2.Menyatakan andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat atau tersurat yang terdapat dalam sesuatu bahan. 3. mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk. Rujuk Buku Teks Halaman 74. Cadangan Aktiviti. Laporan. Cara-cara perlaksanaan. 1. Guru memaparkan gambar beberapa buah muzium dan bersoal jawab tentang muzium dengan murid 2.4. kecerdasan pelbagai.Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya

kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Untuk menerangkan perancangan yang dilakukan untuk tujuan pengajaran ini kecerdasan Verbal-Linguistik dijadikan contoh aktiviti yang akan dijalankan. Kecerdasan Verbal-Linguistik iaitu kebolehan berbahasa .dan penguasan yang baik dalam lisan dan penulisan. Contoh aktiviti yang boleh dijalankanseperti: peraduan menulis karya, pertandingan bercerita, mendeklemasikan sajak, projek menerbitkan buletin, akhbar kelas dan memberi pendapat serta penerangan Unit : 4 Tajuk : Minggu Ko-Kurikulum (Muka Surat 45 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4) Objektif Pengajaran dan pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menyatakan dan melakukan arahan dengan betul 2.Menyatakan sesuatu keperluan dengan jelas 3.menyatakan maklumat yang tersirat daripada jadual. Rujuk Buku Teks Halaman 45. Cadangan Aktiviti. Berlakon. Cara-cara perlaksanaan.ms-45

2.5.

Kemahiran pembelajaran Konstraktifma

Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.
. Unit : 6 Tajuk : Melawat Ke Muzium Negara. (Muka Surat 74 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4) Objektif Pengajaran dan pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menyatakan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan 2.Menyatakan andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat atau tersurat yang terdapat dalam sesuatu bahan. 3. mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk. Rujuk Buku Teks Halaman 74. Cadangan Aktiviti. Laporan. Cara-cara perlaksanaan.

Anda mungkin juga menyukai