Anda di halaman 1dari 26

BIODATA

NAMA NO. K/P TARIKH LAHIR NO. MATRIK KURSUS ALAMAT

: SITI RAMLAH BT. DAUD : 691108035498 : 08 NOVEMBER 1969 : IPGKB: B77U-1106-0583 : PPG-PENDIDIKAN KHAS (UMUM) : LOT 2009 JLN. SEK. KEB. CHENG BATU 16250 WAKAF BHARU KELANTAN.

SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WAKAF BHARU 16250 WAKAF BHARU KELANTAN.

EMAIL

: siti.ramlah28@yahoo.com

TARIKH MULA MENGAJAR KELAS PEND KHAS: 01 JULAI 2 006

Sekalung Penghargaan Setulus Ingatan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, berkat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan kaum keluarga baginda. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah Subhanawataala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, maka dapatlah saya menyempurnakan tugasan yang diberi. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Noorwani Binti. Che Wil di atas jasa baik dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Mudah-mudahan segala jasa dan keterluangan masa yang telah diperuntukkan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah Subhanawataala. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

Siti Ramlah bt. Daud 691108-03-5498

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

... (SITI RAMLAH BT. DAUD I/C NO. NO. MATRIK : 691108-03-5498 : B77U-1106-0583

Tarikh : 06. 04. 2013

DAFTAR KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0

PENGENALAN DUA SAMPEL MURID UJIAN DIAGNOSTIK Rajah 3.1 Matlamat Ujian Diagnostik Rajah 3.2 Hasil Dapatan Ujian Diagnostik Rajah 3.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Matematik

1 4 6

4.0 5.0 6.0 7.0

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PENGALAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASALAH DAN CARA MENGATASI

8 11 13

HURAIAN PENGALAMAN YANG DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN TENTANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS 14 Rajah 7.1 Pendekatan Pengajaran Rajah 7.2 Kaedah Pengajaran Rajah 7.3 Kaedah Eksposisi

8.0

IDEA-IDEA BARU Rajah 8.1 Tiga Peringkat Asas Dalam Hirarki Matematik

16

9.0 10.0

PENUTUP REFLEKSI

18 19

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN 1 2 3 Soalan Ujian Diagnostik Hasil Kerja Murid Gambar Aktiviti Murid Sampel

21

1.0

PENGENALAN

Matematik dikatakan bersifat abstrak dan sukar untuk ditakrifkan. Keadaannya menjadi lebih rumit sekiranya pembelajaran matematik tidak dikaitkan dengan kehidupan seharian muridmurid. Justeru itu tidak memeranjatkan juga matematik sering dikatakan sebagai mata

pelajaran yang sukar dan menjemukan. Menurut Mok Soon sang (1995), matematik mengandungi unsur yang utama iaitu simbolnya seperti nombor, titik garisan, bentuk dan bahasa matematik seperti prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan matematik digunakan untuk menjalankan sesuatu operasi. Berdasarkan ini, ternyata matematik sangat berfaedah kepada murid-murid. Walau bagaimana pun ia tidak akan dapat menarik minat murid sekiranya tidak diajar dengan cara yang menyeronokkan. Asas matematik terbahagi kepada dua komponen iaitu komponen perkiraan dan komponen penyelesaian masalah.

Komponen Perkiraan

Komponen Penyelesaian Masalah

Rajah 1.1 : Dua Komponen Asas Matematik

Komponen pengiraan melibatkan manipulasi ke atas nombor-nombor yang mengikut peraturan praset untuk menentukan amalan dapatan. Hanya satu hasil dapatan boleh diterima. Ia terbahagi kepada 4 bidang kemahiran iaitu:

perkiraan nombor fakta nombor kesediaan

perkiraan nombor bulat dan pecahan

Rajah 1.2 : Empat Bidang Komponen Pengiraan

Komponen penyelesaian masalah merupakan aplikasi kemahiran yang telah siap dipelajari yang merangkumi cara berfikir bagi memahami beberapa situasi yang tidak diketahui. Ia mempunyai lima pendekatan iaitu:

mengkaji masalah dan mengenal pasti sumber masalah menyusun maklumat berkaitan dengan masalah membina strategi tindakan bagi penyelesaian masalah memilih dan mengaplikasi kemahiran pengiraan yang betul. menilai jawatan yang betul dan munasabah

Rajah1.3 : Lima Bidang Komponen Penyelesaian Masalah

Menurut Sabri Ahmad et al (2006), pendekatan pengajaran dan pembelajaran matematik yang lemah dan tidak professional menyebabkan kemahiran asas matematik yang mudah, menjadi sukar dikuasai dan sukar untuk diselesaikan oleh murid-murid. Justeru itu menjadi tanggungjawab guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian murid. Murid-murid harus mempunyai kesediaan belajar matematik dan kesediaan belajar nombor sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid harus mempunyai kesediaan fizikal, mental dan emosi sebelum mereka dapat menerima sesuatu pelajaran itu. Pembelajaran juga akan menjadi berkesan sekiranya ia dilakukan berasaskan pengetahuan sedia ada seseorang murid. Guru perlu memastikan seseorang murid mempunyai kesediaan untuk belajar dengan meminta semua murid duduk dan memberi tumpuan kepada pengajarannya sebelum memulakan pengajaran. Guru juga harus peka terhadap reaksi murid-murid sepanjang proses pengajaran dijalankan. Di samping itu murid-murid harus dipastikan mempunyai kesediaan belajar nombor sebelum guru menentukan topik pengajaran yang sesuai. Empat proses yang berkait rapat dengan perkembangan belajar nombor yang bermakna ialah:

Mengklasifikasi

Menceritakan

Membanding

"Ordering"- mengikut order

Rajah 1.4 : Empat Proses Kesediaan Belajar Nombor

Kanak-kanak sudah boleh mengklasifikasikan objek mengikut kumpulan yang sama bentuk, warna atau saiz. Contohnya ialah aktiviti permainan seperti menyusun butang mengikut warna. Kanak-kanak juga sudah boleh membandingkan siapa yang lebih tinggi di antara kawannya-kawannya. Bagi kemahiran ordering atau mengikut urutan, ia melibatkan kemahiran kanak-kanak membanding objek, set atau peristiwa menyusun kereta mengikut saiz kecil ke besar.

Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitik, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan

menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi memastikan matlamat pendidikan terlaksana. Justeru itu, guru perlu member perhatian dan memahami peranan pembelajaran di bilik darjah. dalam proses pengajaran dan

2.0

DUA SAMPEL MURID


Murid Bermasalah Pembelajaran yang telah dipilih dan dikenalpasti bagi tujuan sesi

pemerhatian ini ialah dua orang sampel murid iaitu murid A dan murid B dari kelas Emas Mutiara Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu. Kedua-dua murid ini mengalami sedikit masalah Sindrom Down.

Biodata Murid A

No. Rekod Sekolah Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir No. Surat Beranak Tempat Lahir Bil. Adik-Beradik Pekerjaan Bapa Pendapatan Bapa Pekerjaan Ibu Alamat Rumah

4880 : Perempuan

: : : : : : : : : :

Melayu Islam 16hb Mei 2001 AV 55258 Hospital Besar Kota Bharu 2 Orang Petani RM 500 Surirumah Kampung Alor Che Ismail, 16200 Chabang Empat Kelantan.

Jenis Kecacatan

Sindrom Down

BIODATA MURID B

No. Pendaftaran Sekolah: 4881 Jantina: Lelaki Bangsa: Melayu Agama: Islam Tarikh Lahir: 17. 01. 2001 No. Surat Beranak: Au 05048 Tempat Lahir: Kg. Chenderong Batu Bil. Adik Beradik; 7 Orang Anak Keberapa: 7 Nama Bapa: Mohd. Nor B. Ramli Pekerjaan: Kerja Sendiri Pendapatan: Rm 600.00 Nama Ibu: Tuan Rohana Bt. Tuan Abdullah Pekerjaan Ibu: Suri Irumah Alamat Rumah: Hadapan Sek. Keb. Chenderong Batu 16250 Wakaf Bharu Kelantan No. Tel: 019-9304279 Catatatan: Downs Syndrome

3.0

UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan murid dalam kemahiran Matematik. Berdasarkan kepada ujian diagnostik, guru dapat merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan berkesan. Antara aspek-aspek yang boleh diuji dalam ujian diagnostik ialah pengamatan, penglihatan dan pendengaran. Suatu ujian diagnostik dikatakan bermutu sekiranya ia mengandungi ciri-ciri yang tinggi daripada aspek kebolehpercayaan, kesahan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan

kemudahtafsiran.

mengesan daerah kelemahan dan kekuatan murid

mengenal pasti punca kegagalan murid menguasai aspek tertentu

membantu guru mengenal pasti kebolehan dan daerah kesukaran yang dialami

membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus untuk individu

Rajah 3.1 : Matlamat Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik telah dirancang dan dilaksanakan ke atas dua orang murid sampel A dan B. Ujian diagnostik tersebut mengambil masa satu jam untuk murid-murid menyelesaikannya. Guru telah berusaha untuk memujuk dan membimbing murid tersebut untuk menyiapkan ujian tersebut. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya, kerana murid sampel enggan berkerjasama. Namun setelah dipujuk dan di beri ganjaran, akhirnya ujian diagnostik ini berjaya juga disempurnakan dengan baik.

3.1

ANALISIS TERHADAP SAMPEL MURID A DAN B yang telah dijalankan ke atas murid, Hasil dapatan ujian

Berdasarkan ujian diagnostik

diagnostik adalah seperti berikut: BIL KEMAHIRAN


SAMPEL A

SAMPEL B Boleh Tidak Boleh

Boleh

Tidak Boleh

1.

Mengenal dan mengecam objek yang sama jenis

2.

Mengenal dan mengecam objek yang sama bentuk

3.

Mengenal dan mengecam objek yang panjang dan pendek

4.

Mengenal dan mengecam objek besar dan kecil

5.

Menyambung titik-titik menjadi nombor yang lengkap

6.

Memadankan nombor yang sama

7.

Memadankan gambar dengan nilai yang betul

Rajah 3.2 : Hasil Dapatan Ujian Diagnostik

Berdasarkan ujian diagnostik tersebut, dapatlah dilihat tahap penguasaan murid A dan murid B adalah hampir sama. Ini berkemungkinan kerana kedua-dua murid ini berada di kelas yang sama. Murid A dan murid B boleh mengenal objek yang sama jenis dan sama bentuk. Murid A dan murid B juga boleh membezakan di antara objek besar dan objek kecil serta objek yang panjang dan juga pendek. Murid A dan murid B sudah boleh menyambung titik-titik untuk membentuk nombor dengan betul walaupun hasil kerja murid B kurang kemas berbanding dengan murid A.

Di samping itu juga murid A sudah boleh mengenal bentuk nombor yang sama dengan memadankan nombor yang sama tetapi murid B adakalanya masih keliru dengan bentukbentuk nombor tersebut. Manakala kelemahann yang paling ketara ialah murid A dan murid B tidak dapat mengenal, mengecam dan mengetahui nilai nombor. Situasi ini boleh dilihat melalui ketidakupayaan murid ini untuk memadankan bilangan objek dengan nilai angka. Ini berkemungkinan kerana kemahiran ini memerlukan tumpuan yang tinggi dan latihan yang berulang kali.

Tahap Penguasaan Matematik Bagi Murid A dan Murid B

4 Kemahiran

Murid A 3 Murid B

Rajah 3.3 : Tahap Penguasaan Kemahiran Matematik Murid sampel

4.0

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian guru ke atas murid sampel A ialah murid ini agak pemalu, bersikap sabar dan boleh memberi perhatian dalam waktu yang singkat. Murid A mempunyai minat terhadap mata pelajaran matematik tetapi daya tumpuan yang agak terhad

menyebabkan murid A tidak dapat menguasai mata pelajaran ini dengan baik. Murid A terlalu mudah tertidur di dalam kelas dan situasi ini banyak mengganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Murid A, lebih cenderung belajar dengan menggunakan bahan maujud kerana bahan-bahan tersebut dapat menarik minat murid A untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Murid A memerlukan lebih perhatian daripada guru untuk membimbingnya memahami sesuatu tajuk yang diajar oleh guru. Guru mengajar dengan menggunakan tiga peringkat asas matematik untuk memudahkan murid belajar kemahiran yang diajar. Hasil daripada pemerhatian melalui pentaksiran Matematik, kekuatan murid A ialah boleh mengenal objek yang sama jenis dan sama bentuk serta dapat membezakan di antara objek besar dan objek kecil serta objek yang panjang dan juga pendek. Murid A juga boleh menyambung titik-titik untuk membentuk nombor dengan betul. Sehubungan dengan itu juga murid A boleh mengenal bentuk nombor yang sama. Namun murid A sukar memahami sesuatu yang abstrak, murid A tidak dapat mengenal, mengecam dan mengetahui nilai nombor. Situasi ini boleh dilihat melalui ketidakupayaan murid ini untuk memadankan bilangan objek dengan nilai angka. Mengikut hasil temubual dengan ibu murid A, beliau telah menjelaskan murid A mempunyai minat di dalam pembelajaran matematik kerana murid A sentiasa melakukan aktiviti matematik sewaktu dirumah. Murid A lebih memberi tumpuan di dalam mata pelajaran matematik berbanding dengan mata pelajaran bahasa Melayu. Ibunya sentiasa membimbing murid A untuk melakukan aktiviti-aktiviti matematik sewaktu di rumah. Murid A juga sentiasa peka dengan persekitaran yang boleh membantu dalam pembelajaran. Murid A selalu belajar dengan menggunakan alat-alat permainan dan juga buku-buku bergambar yang menarik. Namun begitu tabiat sering tertidur dan tumpuan yang terlalu singkat kerana mudah terganggu dengan persekitaran telah menyebabkan murid A lambat untuk menguasai sesuatu kemahiran. Walau bagaimana pun usaha yang tekun banyak membantu murid A untuk memahami sesuatu konsep dengan mudah. Sikap yang pemalu tetapi banyak

bertanya turut membantu murid A untuk mudah menguasai sesuatu yang di ajar. Menurut ibunya, beliau dan suami sentiasa membantu dan mengajar murid A semasa berada dirumah agar ianya menjadi kesinambunangan dengan apa yang murid A belajar di sekolah. Manakala murid B pula adalah seorang yang agak agresif, tidak boleh duduk diam dan sentiasa bergerak ke sana ke mari. Sikap yang sebegini telah menyebabkan dia tidak dapat memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun sikap peka dan prihatin murid B, sedikit sebanyak dapat membantu murid A untuk

memahami apa yang di ajar oleh guru. Sebagaimana murid A, murid B juga lebih berminat belajar dengan menggunakan bahan-bahan maujud yang menarik. Penggunaan bahanbahan maujud ini mendorong murid A untuk memberi tumpuan yang lebih lama terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Tahap penguasaan kemahiran matematik murid B ialah masih lagi di paras yang sederhana. Murid B boleh mengenal objek yang sama jenis dan sama bentuk. Murid B juga boleh membezakan di antara objek besar dan objek kecil serta objek yang panjang dan juga pendek. Murid B boleh menyambung titik-titik untuk membentuk nombor dengan betul walau pun tidak begitu kemas kerana murid B sentiasa melakukan kerja dengan tergopoh-gopoh. Murid B juga masih keliru untuk mengenal dan mengecam bentuk nombor yang sama. Masalah yang paling ketara ialah murid B tidak dapat mengenal, mengecam dan mengetahui nilai nombor. Murid B tidak boleh memadankan bilangan objek dengan nilai angka secara tepat. Hasil temubual dengan ibu murid B, telah menjelaskan bahawa murid B merupakan anak bongsu yang selalu dimanjakan di dalam keluarga semenjak dari kecil. Ini telah menyebabkan murid B sukar menerima teguran dan nasihat. Murid B malas untuk melakukan aktiviti matematik secara bertulis sebaliknya dia lebih suka secara lisan. Sikapnya yang agak agresif sukar untuk dipujuk, jadi kekerapan dia belajar adalah terlalu rendah. Aktiviti pembelajaran murid B juga banyak bergantung pada emosinya, sekiranya emosi murid A baik, maka dia boleh memberi tumpuan dengan baik. Selalunya ibu murid B dan kakak-kakaknya akan menyediakan ganjaran untuk menggalakkan murid A belajar. Ibu Murid B juga menyediakan bahan-bahan bantu belajar yang bersifat maujud dan menarik serta menggunakan buku-buku yang bergambar bagi menarik minat murid B untuk mengekalkan tumpuan. Walau pun tumpuan yang agak terhad, namun murid B masih boleh memahami beberapa kemahiran asas yang mudah.

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa murid A dan murid B mempunyai tahap penguasaan dalam kemahiran matematik yang hampir sama dan mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang serupa. Murid A dan murid B belum cukup bersedia dari segi mental untuk mempelajari sesuatu, lebih-lebih lagi hal-hal yang agak rumit pada pandangan mereka. Ini kerana perkembangan intelek tidak berkadar terus dengan perkembangan umurnya. Seterusnya tidak ada kesediaan afektif murid A dan B iaitu merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Murid A dan murid B juga belum cukup bersedia dari segi potensi fizikal untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

5.0

PENGALAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengalaman yang telah diperolehi oleh pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ke atas dua orang murid sampel ialah murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai beberapa persamaan ciri-ciri yang boleh dikenal pasti iaitu :

Kognitif Akademik Sosial Emosi

Tingkah laku

Rajah 5.0 : Ciri-ciri Murid Bermasalah Pembelajaran

5.1

Ciri kognitif

Murid sampel mempunyai masalah lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan yang terlalu singkat dan kurangnya perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga murid sampel mempunyai lemah daya ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Murid sampel menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru serta sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Perkembangan kognitif murid-murid bermasalah pembelajaran adalah lambat berbanding dengan murid normal.

5.2

Ciri Akademik

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran

bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Murid sampel tidak mempunyai kesediaan dan tidak berminat terhadap pelajaran yang diajar. Mereka lebih suka bermain dan melakukan sesuatu mengikut kemahuan mereka. Murid sampel tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Murid sampel menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran matematik.

5.3

Ciri Sosial

Murid sampel mempunyai kemahiran sosial yang lemah dan didapati sukar untuk mencari kawan. Murid sampel seringkali ketepikan oleh murid lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Murid sampel juga mempunyai sikap rendah diri kerana mereka sukar berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.

5.4

Ciri Emosi

Murid sampel mempunyai masalah emosi yang tidak menentu. Kecelaruan emosi telah memberi impak kepada tahap penumpuan mereka di dalam pelajaran. Mereka tidak mempunyai motivasi untuk belajar terutama sesuatu perkara yang dirasakan sukar. Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Ini merupakan kekangan dan halangan untuk mereka berjaya.

5.5

Ciri Tingkah Laku

Sebahagian murid bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Begitu juga dengan murid sampel tersebut, mereka sukar dikawal dan tidak mengendahkan sesiapa. Mereka tidak boleh duduk diam dan boleh bergerak tanpa henti. Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru dan murid lain. Masalah

tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri murid.

6.0

MASALAH DAN CARA MENGATASI

Masalah yang dihadapi oleh dua orang murid sampel ialah tidak mempunyai kesediaan dari segi fizikal, mental dan emosi untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Ketidakmatangan murid telah memberi impak kepada tahap kesediaan murid untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, murid sampel ini turut mempunyai masalah di dalam pembelajaran matematik kerana mempunyai masalah dalam mengingat pelajaran yang diajar oleh guru. Masalah persepsi juga merupakan faktor yang menyumbang kepada masalah dalam pembelajaran matematik. Sehubungan itu juga, kaedah pengajaran guru yang tidak menarik dan kurang berkesan turut menjadi masalah kepada murid-murid untuk menguasai konsep dan kemahiran matematik. Justeru itu, untuk menghadapi kekangan ini, pengkaji telah melaksanakan satu tindakan untuk mengatasi masalah ini. Cara mengatasi yang telah diambil oleh pengkaji ialah dengan memastikan murid sampel tersebut mempunyai kesediaan untuk belajar. pengkaji telah memastikan murid sampel duduk dan memberi tumpuan kepada pengajarannya sebelum memulakan pengajaran. Pengkaji telah menjalankan proses pengajaran dan

pembelajarannya berasaskan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid-murid agar pembelajaran menjadi lebih berkesan. Pengkaji juga sentiasa peka dan prihatin terhadap reaksi murid-murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji akan menghentikan pengajaran buat seketika sekiranya murid-murid ini mengantuk, berbualbual dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Sehubungan dengan itu, pengkaji sentiasa memastikan pengajarannya menyeronokkan dan menarik minat murid. Walaupun adakalanya murid sampel tersebut kurang dan sukar memberi kerjasama, namun guru berusaha untuk memikat dan cuba menarik perhatian dengan bahan-bahan yang menarik, menggunakan bahan yang berbantukan komputer dan menggunakan bahan yang berlainan untuk setiap sesi pengajaran. Ada waktunya, guru perlu memujuk murid-murid dengan menggunakan ganjaran demi meraih minat dan perhatian murid. Walau bagaimana pun semua masalah dapat di atasi dengan baik. 7.0 HURAIAN PENGALAMAN YANG DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN

TENTANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Melalui pengalaman yang diperolehi pengkaji setelah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah kejayaan guru memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif akan menghasilkan proses pengajaran yang berjaya. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, apabila guru berjaya mewujudkan situasi

pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid-murid.

7.1

Pendekatan Pengajaran

Di antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah melalui pemusatan kepada murid dan pemusatan bahan.

Pemusatan kepada murid

Pemusatan bahan

Rajah 7.1: Pendekatan Pengajaran

Strategi pemusatan murid memberi peluang kepada murid untuk memainkan peranan penting dalam aktiviti pengjaran dan pembelajaran. Murid-murid akan dilibatkan secara aktif di dalam kelas untuk melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Di dalam kerja kumpulan murid-murid diberi peluang berbincang, menyoal rakan, dan berinteraksi secara terkawal. Di samping itu, murid-murid juga boleh berinteraksi dengan guru. Fenomena ini, telah menunjukkan berlakunya interaksi tiga hala di antara murid dan rakan sebaya dan diantara guru dan murid. Strategi pemusatan murid telah menyediakan peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dengan lebih banyak dan memberi peluang kepda murid-murid untuk mempunyai sifat sosial yang positif seperti bantu-membantu, bekerjasama serta dapat merangsang tolong-menolong diantara satu sain lain. Manakala pemusatan bahan dapat menarik perhatian murid-murid melalui bahan bantu mengajar yang digunakan dengan berkesan. Guru-guru yang mempunyai kemahiran ICT

boleh menggunakan persembahan powerpoint. Persembahan Powerpoint yang dilengkapi dengan muzik, suara yang jelas dan gambar yang menarik dapat minat murid untuk mengikuti pelajaran. Ini kerana murid-murid yang lemah lebih suka menggunakan pancaindera mereka untuk melihat dan mendengar. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari matematik. Strategi ini dapat mengembangkan kemahiran murid dalam memanipulasi pelbagai jenis bahan untuk memupuk nilai-nilai sosial yang positif ketika murid-murid berkongsi sumber dan bahan. Pendekatan ini menggalakkan murid menggunakan domain kognitif dan psikomotor.

7.2

Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan dan keupayaan murid dapat membantu murid belajar dengan lebih berkesan. Kejayaan seseorang murid banyak bergantung kepada usaha dan kecekapan seorang guru menyampaikan ilmu. Di antara dua kaedah pengajaran yang dianggap sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid Pendidikan Khas ialah :

Kaedah Eksposisi

Pembelajaran Koperatif

Rajah 7.2 : Kaedah Pengajaran

Kaedah eksposisi adalah satu kaedah yang sesuai dengan tahap keupayaan murid tersebut. Melalui kaedah ini guru menyampaikan pengajaran melalui kaedah penerangan, tutorial, bercerita, kuliah atau demonnstrasi. Kaedah ini menggalakkan murid menumpukan perhatian

kepada guru terlebih dahulu, guru menerangkan fakta-fakta penting dengan jelas pada semua murid di dalam kelas.

Langkah 1

Menunjuk kan jenisjenis wang kertas di Malaysia

Langkah 2

Bagaimana untuk mengenali wang kertas dan nilainya.

Langkah 3

Perkaitan nilai dengan warna dan saiz

Langkah 4

Menunjuk kan contohcontoh Wang

Rajah 7.3 : Kaedah Eksposisi

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid belajar dalam kumpulan kecil. Melalui kerja kumpulan ini, mereka akan berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih berkesan. Jumlah ahli yang yang ideal ialah seramai empat orang. Mereka tidak hanya berbincang di dalam kelas atau dalam waktu persekolahan sahaja tetapi kumpulan kecil ini boleh diteruskan di rumah. Ahli kumpulan yang bijak akan membimbing rakan-rakan yang lemah untuk memahami pelajaran yang diajar. Mereka diasuh untuk bertanggugjawab diantara satu sama lain untuk memastikan mereka dapat menguasai tajuk pelajaran dengan berkesan. Mereka akan berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

8.0

IDEA-IDEA BARU

Seseorang guru harus dapat mengenalpasti hirarki pembelajaran matematik seseorang murid sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Underhill et al. (1980) di dalam Lovitt, C. Thomas (1992) di dalam Aminah Hj Samsudin dll (2007), terdapat tiga peringkat asas di dalam hirarki pembelajaran matematik iaitu :

Peringkat Konkrit

Peringkat Semi Konkrit

Peringkat Abstrak

Rajah 8.1 :Tiga Peringkat Asas Dalam Hirarki Matematik 8.1 Peringkat Konkrit

Peringkat ini merupakan peringkat pembelajaran di mana seseorang murid-murid itu perlu kepada sesuatu objek yang konkrit atau objek sebenar untuk dia menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat ini, murid-murid perlu melihat, mendengar dan menyentuh di mana ia melibatkan aktiviti seperti mengasingkan sesuatu mengikut ciri-ciri yang ditetapkan seperti bentuk, warna atau lain-lain, menyebut dan juga mewarna. Pendekatan menggunakan pelbagai sensori amat baik pada peringkat ini.

8.2

Peringkat Semi Konkrit

Murid-murid yang telah diperkenalkan dengan objek konkrit itu secara perlahan-lahan diperkenalkan dengan gambar-gambar yang mewakili objek tersebut. Penekanan diberikan terhadap menyesuaikan simbol yang abstrak seperti nombor kepada objek di dalam proses penyelesaian masalah. Oleh itu penerimaan maklumat yang disampaikan oleh guru diterima melalui pembacaan, melihat, mendengar dan menyentuh melalui aktiviti-aktiviti seperti menulis, mengasingkan mengikut ciri-ciri tertentu, bertutur dan juga melukis.

8.3

Peringkat Abstrak

Peringkat abstrak memerlukan murid menyelesaikan masalah menggunakan simbol abstrak seperti nombor. Pada peringkat ini, murid banyak belajar secara membaca dan mendengar dan pemprosesan maklumat yang berlaku dapat dilihat secara penulisan dan lisannya.

Dengan menggunakan tiga peringkat asas untuk mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

9.0

PENUTUP

Matematik adalah penting untuk dicambahkan ke dalam minda murid-murid bagi menghadapi dunia kehidupan yang sebenar. Melalui mata pelajaran matematik, murid-murid boleh menaiki bas yang betul. Menepati waktu dating ke sekolah, membuat panggilan telefon, menerima jumlah wang baki yang betul dari peniaga dan lain-lain lagi. Mengukur ukuran yang tepat bagi menghasilkan sesuatu binaan dan berbagai-bagai aktiviti harian yang terpaksa dilalui oleh semua orang di dalam dunia ini yang memerlukan matematik. Matematik boleh dipelajari dengan baik apabila program pembelajaran matematik tersebut menfokuskan kemahiran nombor asas seperti mengenal nombor, mengira, mengukur dan menyatakan waktu yang boleh terus diimplimentasikan di dalam kehidupan mereka. Perhubungan nombor-nombor di dalam matematik tidak boleh dipelajari dengan menyalin nombor dari papan hitam sahaja. Motivasi dan peluang untuk belajar matematik harus diberikan seluas mungkin kepada murid-murid supaya mereka dapat merasakan keperluan matematik di dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya kejayaan seseorang murid banyak bergantung kepada usaha dan kecekapan seorang guru menyampaikan ilmu.

10.

REFLEKSI

Pertama kalinya rasa amat bersyukur kerana sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi, jadi saya tidak mempunyai masalah yang besar dalam melaksanakan kajian tersebut. Setelah mengkaji beberapa kemahiran-kemahiran asas yang terdapat di dalam kurikulum mata pelajaran matematik, saya mula merangka dan membina ujian diagnostik yang bertujuan untuk mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah pembelajaran di dalam mata pelajaran matematik. Saya mencari soalan-soalan yang sesuai untuk diuji dan akhirnya berjaya menyiapkan soalan tersebut. Seterusnya saya mencari murid yang akan saya jadikan sampel dalam kajian ini dan saya telah membuat keputusan untuk memilih dua orang murid sindrom down iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dari kelas Emas Mutiara. Saya telah terpanggil untuk lebih meneliti murid-murid yang mengalami masalah Sindrom Down kerana ia merupakan salah satu populasi yang agak unik dalam Program Pendidikan Khas Integrasi. Meskipun murid Sindrom Down sukar bertutur dengan jelas, namun populasi ini senang untuk didekati dan lebih mudah untuk mengikat kemesraan dengan mereka. Sepanjang tempoh kajian dan pemerhatian, saya banyak dibantu oleh guru-guru Pendidikan Khas yang lain dan juga Pembantu Pengurusan Murid. Maka, saya dapat melaksanakan kajian dan pemerhatian ini dengan baik serta lancar. Meskipun, ada waktunya murid A dan murid B enggan memberikan kerjasama, namun proses pemerhatian ini dapat berjalan dengan baik. Di samping itu, saya banyak berbincang dengan Guru Penolong Kanan, guruguru mata pelajaran dan juga guru kelas. Saya juga berkesempatan untuk menemubual ibu bapa murid tersebut berkenaan dengan tingkah laku murid A dan murid B sewaktu di rumah. Berdasarkan kajian dan pemerhatian tersebut,, apa yang perlu kita fahami bahawa kanakkanak Sindrom Down ini bukanlah kanak-kanak yang bodoh. Malahan tahap kepintaran mereka juga berbeza-beza dan tidak semuanya lembap serta membosankan. Mereka juga berpotensi mempelajari aktiviti-aktiviti menjaga diri sendiri dan ini sepatutnya menjadi pembelajaran awal kanak-kanak Sindrom Down. Meskipun kanak-kanak Sindrom Down mengalami perkembangan agak lewat, hakikatnya mereka adalah seorang kanak-kanak yang riang dan tahu menghargai kasih sayang ibu bapa. Tahap penguasaan dalam kemahiran matematik adalah berbeza diantara setiap individu, walaupun dalam populasi yang sama. Kadar dan tempoh tumpuan yang berbeza menyebabkan tahap pencapaian yang tidak sama di antara mereka. Murid A yang agak pemalu dengan orang yang tidak biasa dengannya mempunyai tahap tumpuan yang lebih

tinggi berbanding dengan murid B yang agak lasak dan agresif. Namun begitu murid A dan murid B masih boleh menguasai beberapa kemahiran asas dalam matematik. Walau bagaimanapun dengan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan melalui strategi-strategi yang sesuai dapat meningkatkan tahap pencapaian matematik. Di samping itu juga penggunaan bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud dapat membantu murid A dan murid B memahami konsep matematik dengan lebih baik. Setelah selesai membuat pemerhatian ke atas murid A dan murid B, saya mula bertindak untuk mengumpul maklumat yang telah diperolehi. Draf kajian telah berjaya saya siapkan dengan sempurna walaupun banyak kekangan seperti tugasan mengajar dan hal-hal yang berkaitan. Saya banyak merujuk kepada guru-guru yang lebih berpengalaman dalam melaksanakan tugasan ini agar hasil yang akan diperolehi nanti dapat memberikan saya kepuasan. Walaupun sibuk dengan tugas di sekolah dan di rumah, namun saya berusaha juga untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna. Akhirnya saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berjaya menyiapkan kajian ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Walau pun ada halangan dan kekangan, namun saya mampu untuk menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan dengan baik. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya di dalam menyiapkan kajian ini.

Senarai Rujukan

Abdul

Rahim

Talib.

(2006),

Pengenalan

Pendidikan

Kanak-Kanak

Bermasalah

Pembelajaran. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Aminah Haji Samsudin, dll. (2007), Kaedah Pembelajaran Khas Matematik. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Khoo Phon Sai (1986), Belajar Untuk Mengajar Matematik Sekolah menengah. Kuala Lumpur. Berita Publishing SDN. BHD. Mok Soon Sang ( 1989), Penyuburan dan Perkaedahan Matematik. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noraini Idris (2005) Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan

Publications Seow Siew Hua (1995), Pengajaran Matematik KBSR. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd.

Anda mungkin juga menyukai