Anda di halaman 1dari 25

KOLEJ VOKASIONAL SG BULOH KM 22, JLN KUALA SELANGOR, 47000 SG BULOH, SELANGOR.

KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )

KURSUS

TEKNOLOGI ELEKTRONIK

TAHAP / SEM

2 / SEM 3

KOD DAN TAJUK MODUL

ETN303

INDUSTRIAL AUTOMATION 2

KOMPETENSI

K1 .HYDRAULIC CIRCUIT DIAGRAM K2 .HYDRAULIC COMPONENTS

NAMA PELAJAR

KURSUS/TAHUN

Tajuk : Rajah Litar dan Komponen Hidraulik Objektif : 1. Menerangkan rajah litar hidraulik dan komponen yang digunakan 2. Mengenali simbol dan fungsi komponen hidraulik

1. PENGENALAN SISTEM HIDRAULIK Sistem hidraulik merupakan suatu sistem yang menggunakan minyak untuk menghasilkan daya gerakan. Ianya merupakan satu sistem penting yang terdapat pada beberapa jenis jentera dan mesin.yang dapat membantu jentera mengangkat dan menurunkan beban yang berat Penggunaaan sistem hidraulik di dapati pada : o hidraulik bergerak (mobile hydraulics) - jengkaut, mesin gerudi batu, jentolak, jentera pertanian, kenderaan berat, traktor melakukan kerja-kerja rumit, lift, aircraft construction, ship building o hidraulik statik (stationary hydraulics) mesin penempa, Mesin pelarik kawalan komputer, mesin injeksi plastik (injection moulding machine), mesin die casting, process equipment, lifting and conveying device, transfer lines, production and assembly machines
PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah
UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

2. KEGUNAAN UTAMA SISTEM HIDRAULIK Menaikkan dan menurunkan beban Mengawal kedalaman pembajakan Menjalankan alat-alat hidraulik seperti lifting and conveying machine

3. KEBAIKKAN SISTEM HIDRAULIK Sistem hydraulic mudah dikawal. Dapat mengangkat beban berat dengan cara terkawal dan teratur. Sesuai mengendalikan pergerakan laju dan perlahan dengan sangat jitu(tepat). Dapat menghasilkan daya yang tinggi dengan mengunakan kecil. start-up under heavy load smooth operation and reversal favorable heat dissipation elemen-elemen yang

4. KEBURUKAN SISTEM HIDRAULIK Pencemaran dan kemalangan akibat daripada kebocoran minyak. Sensitif terhadap habuk (bendasing). Tekanan tinggi boleh mengakibatkan kemalangan. Sensitif terhadap perubahan suhu(kelikatan minyak) unfavorable efficiency factor

5. FIZIK HIDRAULIK KUANTITI, UNIT DAN HUKUM ASAS KUANTITI Length/panjang/jarak Mass/berat Time/masa Temperature/suhu UNIT meter (m) kilogram (kg) saat (s) kelvin (K)/celcius ( C)
0

DAYA Daya(Force) = Berat(Mass) X Pecutan(Acceleration) F =m X a = kg X m/s = 1N


2

unit N (newton)

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

HUKUM ASAS

Menurut Teori PASCAL : Tekanan sama nilainya pada mana mana titik A,B,C dan D

Tekanan

Tekanan(pressure) = daya yang dikenakan jumlah keluasan daya yang dikenakan p = F/A unit N/m (Pascal- Pa) Unit 1 bar = 10 Pa = 100kPa (= 10 N/cm = 14.5psi ) 1 Pa = 10 bar
2 -5 5 2 2

*5000 kPa = 500 N/cm (50 bar/725 psi) *100 kN = 100 000N *** psi pound per square inch 6. LITAR HIDRAULIK ASAS

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

Bagaimana litar hidraulik bekerja : Sistem hidraulik yang ringkas terdiri daripada dua buah silinder, iaitu satu silinder besar dan satu silinder kecil. Kedua-dua silinder ini disambungkan oleh paip. Di dalam silinder yang kecil terdapat satu omboh yang dikenakan daya ke atasnya. Di dalam silinder yang besar pula, terdapat satu omboh yang dinamakan omboh pelantak. Beban diletakkan di atas omboh pelantak. Keseluruhan sistem ini diisikan dengan cecair hidraulik iaitu minyak hidraulik. Daya yang dikenakan pada silinder kecil akan dipindahkan ke silinder besar untuk mengangkat beban. Dalam sistem hidraulik minyak bertekanan terdapat di dalam sebuah power pack. Pam digunakan bagi menyedut minyak yang dipacu oleh pengerak utama iaitu motor aliran elektrik bagi menghasilkan aliran bendalir. Arah aliran dan kadar aliran tekanan dikawal oleh injap yang bertekanan. Penggerak pula digunakan untuk menukarkan tekanan bendalir kepada pergerakan mekanikal (Kuasa). Jumlah keluaran kuasa yang terhasil bergantung kepada aliran bendalir, Kecekapan keseluruhan dan susutan tekanan merentasi sesuatu penggerak.

7. ENERGY CONVERSION IN HYDRAULIC SYSTEMS

ELECTRICAL ENERGY

HYDRAULIC ENERGY

HYDRAULIC ENERGY

MECHANICAL ENERGY

ELECTRICAL MOTOR

HYDRAULIC PUMP

HYDRAULIC CONTROL EQUIPMENT

HYDRAULIC MOTOR

TOOL

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

8. RAJAH LITAR HIDRAULIK Litar asas hidraulik untuk menggerakkan silinder

SILINDER

Injap kawalan aliran Injap kawalan berarah Penumpuk Injap pelega

Injap sehala Pam Penapis Tangki Motor

Susun atur komponen asas. Injap (Valve) Ianya berfungsi untuk mengatur tekanan dalam litar dan mengawal arah aliran minyak. Motor (Electric Motor) Berfungsi untuk mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi pergerakan putaran. Penapis (Filter) Berfungsi untuk menapis minyak hidraulik dari kekotoran. Pam (Pump)

Berfungsi untuk mengedar kuantiti minyak hidraulik ke seluruh sistem. Silinder (Cylinder) Berfungsi untuk mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi gerakan lurus(linear). Penumpuk (Accumulator) Ianya berfungsi sebagai penyimpan tekanan sistem, penyerap getaran dan penstabil tekanan sistem. Tangki (Tank) Berfungsi untuk menakung minyak hidraul dan menyejukkan minyak hidraul.
PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah
UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

9. SIMBOL KOMPONEN ASAS HIDRAULIK KOMPONEN HYDRAULIC PUMP/GEAR PUMP ELECTRIC MOTOR SIMBOL FUNGSI menjana tekanan bendalir kepada sistem menghidupkan pump bagi

mengepam minyak dari tangki RESEVOIR (TANGKI) PRESSURE RELIEVE VALVE/SAFETY VALVE (INJAP PELEGA/INJAP KESELAMATAN) FILTER (PENAPIS) PRESSURE REGULATING VALVE (INJAP PENGURANG TEKANAN) ACCUMULATOR (PENUMPUK) berfungsi sebagai cushion dan menapis habuk dan kotoran dari minyak menetapkan minyak aras tekanan pada menghalang meningkat tekanan sekiranya sistem Pressure menyimpan minyak sistem hidraulik

Regulating Valve tidak berfungsi

menghalang berubah-ubah

tekanan

minyak

CHECK VALVE (INJAP SEHALA) CONTROL VALVE (INJAP KAWALAN)

membenarkan

minyak

mengalir

pada arah yang ditetapkan sahaja mengubah actuator aliran bagi minyak di arah

mengubah

gerakan piston

LAMPIRAN - HYDRAULIC SYMBOLS

10. KOMPONEN SISTEM HIDRAULIK

boleh dikategorikan kepada 3 komponen :


Elemen Punca/Bekalan (Source element) Elemen Kawalan (Control element) Elemen Penggerak/Bekerja (Drive/Working element)

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

3 ELEMEN DI DALAM SISTEM HIDRAULIK

9.1 ELEMEN PUNCA/BEKALAN Membekalkan punca bekalan kepada sistem hidraulik dalam bentuk tekanan dan kadar aliran (pressure and flow rate) Terdiri daripada : Sistem Bekalan (Power Pack/Power System) : Pam (Pump) Motor (Electric motor) Injap Pelega Tekanan dan Tolok Tekanan (Pressure relief valve and pressure gauge) Tangki dan minyak hidraulik (Tank and hydraulic oil)

Penumpuk (Accumulator) sebagai penyokong (back-up power system)

A. PAM HIDRAULIK (HYDRAULIC PUMP) Pam digunakan untuk memberi pengaliran kepada bendalir supaya kerja boleh dilakukan. Semua pam menghasilkan aliran. Prisip kendalian pam dipanggil anjakan (displacement) di mana bendalir disedut dan dihantar ke sistem. Anjakan adalah pengaliran isipadu bendalir ke sistem semasa pam berkendalian. Anjakan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu: anjakan tetap ( Non-positive displacement) contoh : kincir air dimana pergerakannya berlaku disebabkan oleh arus yang diwujudkan oleh air itu sendiri
PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah
UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

anjakan berubah. ( positive displacement ) contoh : pam yang menggunakan kuasa motor elektrik untuk menghasilkan aliran bendalir

semua pam yang digunakan dalam sistem hidraulik adalah jenis anjakan berubah (dimana kebocorannya hanya sedikit sahaja dan boleh diabaikan)

Isipadu cecair yang dikeluarkan dari pam pada setiap pusingan aci pemacu pam adalah tetap/konsisten tanpa mengira keadaan tekanan dalam litar hidraulik.

Pam boleh dibahagikan kepada beberapa jenis : Gear Ram (Vane) Omboh (Piston) Skru

simbol :

Keratan Rentas Pam Jenis Bilah (Vane) / Ram

Gambar Sebenar Pam Jenis Gear Dalaman

Gambar Sebenar Pam Jenis Gear Luaran

Gambar Keratan Pam Jenis Omboh

Gambar Sebenar Pam Jenis Skru

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

B. MOTOR HIDRAULIK Ia merupakan penggerak jenis putaran (rotary actuator) Motor digunakan untuk menggerakkan pam (to drive the pump) Pada asasnya reka bentuk dan binaan motor dan pam adalah hampir sama tetapi berbeza dari segi fungsi. Fungsi motor hidraulik adalah untuk menukarkan kuasa bendalir kepada kuasa mekanikal (bendalir dipaksa masuk ke dalam motor dan menggerakkan gear), manakala pam pula berfungsi untuk menukarkan kuasa mekanikal kepada kuasa bendalir ( menyedut bendalir masuk dan menolaknya keluar). Kelajuan motor hidraulik boleh diubah dengan mengubah kuantiti kadar aliran minyak kepada motor. Arah pusingan aci motor juga boleh diubah dengan mengubah salur masukan menjadi keluaran dan salur keluaran menjadi masukan Motor boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti di bawah:-

Ram / bilah Gear Skru Piston

simbol :

Gambar Sebenar Keratan Rentas Motor Jenis Bilah (Vane) / Ram Motor Jenis Gear Dalaman

Gambar Sebenar Motor Jenis Omboh Gambar Sebenar Pam Jenis Gear Luaran

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

Gambar Sebenar Motor Jenis Skru

C. INJAP PELEGA (PRESSURE RELIEF VALVES) menetapkan tekanan maksima minyak sebelum minyak disalurkan ke dalam sistem hidraulik simbol :

Gambar Keratan Injap pelega

Aplikasi Injap Pelega (Pressure Relief Valve) di dalam Litar Hidrualik

Aplikasi Injap Pelega Tekanan di dalam Power Pack

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

10

D. TOLOK TEKANAN (PRESSURE GAUGE)

Tolok tekanan digunakan untuk mengukur tekanan di dalam sistem hidraulik. Penggunaan tolok tekanan adalah bagi memastikan tiada kebocoran atau perubahan tekanan yang boleh memberi kesan negative kepada prestasi sistem hidraulik tersebut.

Tolok tekanan yang biasa digunakan dalam sistem hidraulik dikenali sebagai tolok Bourdon. Tolok Bourdon menggunakan tiub dalaman melengkung yang berubah bentuk apabila tekanan cecair digunakan. Tiub disambungkan pada jarum penunjuk tolok. dengan menggunakan

sambungan mekanikal. Bentuk melengkung pada tiub akan berubah dan menyebabkan jarum penunjuk berputar ke kedudukan yang sepadan dengan tekanan dalam sistem. Tekanan hidraulik diukur dalam pound per inci persegi (psi) atau sebagai kedalaman cecair, dinyatakan di dalam inci air atau merkuri. Tolok hidraulik dibuat sesuai dengan julat tekanan yang berbeza-beza dan jenis bendalir yang digunakan. Tolok direka untuk menahan tekanan operasi, dan supaya sesuai dengan cecair yang digunakan di dalam sistem.

Untuk bendalir yang sangat menghakis atau yang beroperasi pada tekanan tinggi, bahan-bahan seperti titanium, aloi logam, kimia dan plastik tahan lasak digunakan untuk memastikan prestasi tolok pada ketahanan maksimum.

Tolok tekanan asas adalah dalam bentuk analog yang direka menggunakan keluli dan tembaga.

Tolok tekanan juga didapati dalam bentuk digital yang menggunakan bahan-bahan yang lebih berkualiti dan bacaan yang lebih tepat.

E. TANGKI menerima dan menyimpan minyak yang digunakan semasa operasi hidraulik penyejuk dan melesapkan haba keseluruhan tangki mengasingkan udara, air dan sisa pepejal pemasangan pam dan penggerak motor dan komponen-komponen hidraulik seperti injap, penumpuk dll. (supports a built-in or built-on pump and drive motor and other hydraulic components, such as valves, accumulators, etc)

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

11

F. CECAIR HIDRAULIK (HYDRAULIC FLUID) Funfsi Cecair hidraulik : Sebagai medium perpindahan tenaga. Pencegahan dari pengaratan komponen. menjadi pelincir kepada bahagian komponen yang bergerak bertindak sebagai penyendal kelegaan antara bahagian yang bertemu sebagai pelenyap haba

Sifat2 cecair hidraulik : pelincir (lubricant) yang baik kelikatan (viscoscity) : Mempengaruhi kadar pemindahan tenaga dan jangka hayat minyak hidraulik unggul (kinematic viscosity - unit: mm2/s or Cst) suhu kelikatan yang baik

kestabilan kimia dan persekitaran dan cegah karat tahan api ( tidak mudah terbakar ) kepadatan dan ketumpatan yang rendah, tidak larut di dalam air tidak mudah berbuih murah dan mudah didapati Mineral based berasakan mineral (For low risk of fire) Phosphate-ester based (Synthetic oil) (For high risk of fire)

2 kategori minyak :

Jenis2 minyak :

HL = Hydro Liquid
Meningkatkan perlindungan dari karat Tahan lama kerana molekul tidak berubah

HLP = Hydro Liquid Pressure Dapat meningkatkan perlindungan terhadap pengaratan.

HV = Hydro Viscosity Meningkatkan tahap kelikatan.

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

12

G. PENUMPUK (ACCUMULATOR) Accumulator merupakan satu komponen dalam sistem hidraulik yang berfungsi untuk tujuan keselamatan ia bertindak sebagai sumber bekalan tekanan simpanan bagi sistem hidraulik. bila bekalan tekanan utama dari Power Pack terputus, Accumulator dapat berfungsi untuk mengambil alih bebanan kerja yang ditanggung sebelum bekalan terputus Accumulator membenarkan sumber bekalan simpanan dicas kepadanya pada paras tekanan yang diperlukan ia perlu dicas semula apabila tekanan yang di simpan di dalamnya telah habis digunakan. jenis2 accumulator

(i)

(ii)

(i) Rajah Litar menunjukkan kedudukan penumpuk dan (ii)Gambar Sebenar penumpuk

9.2 ELEMEN KAWALAN Elemen Kawalan bertindak mengawal Elemen Penggerak/Bekerja untuk : Pergerakkan komponen hidraulik (pergerakan keluar/masuk dan putaran ikut jam (in/out and rotate clockwise)) Tekanan sistem hidraulik (tekanan ke atas piston dan torqe motor) Kelajuan di dalam sistem hidraulik (m/s dan rev/min)

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

13

Komponen Elemen Kawalan : Injap Kawalan Arah (Directional Control Valve) pergerakan komponen hidraulik Injap Kawalan Tekanan (Pressure Control Valve) tekanan sistem hidraulik Injap Kawalan Aliran (Flow Control Valve) kelajuan di dalam sistem hidraulik

H. INJAP KAWALAN ARAH (DIRECTIONAL CONTROL VALVES) berfungsi untuk mengawal arah aliran minyak 4 jenis Injap Kawalan Arah : Injap Rotor digunakan sebagai injap pandu untuk meneruskan aliran minyak ke injap lain mempunyai 4 hala keluaran dan masukan minyak digerakkan oleh sebuah tuil (lever) secara hidraul ataupun secara elektrik boleh diubahsuai untuk menggerakkan dua, tiga atau empat hala. dengan mengubah kedudukan ruang saluran dengan menambah / mengurangkan saluran minyak yang ada pada injap tersebut Injap Gelendong (Kili) injap kawalan arah yang sebenar digunakan sebagai injap pengawal untuk mengarahkan minyak bag

memulakan aliran minyak atau memberhentikan alirannya ke sistem mempunyai 2, 4 dan 6 batas (landas) dan selalu digunakan dalam cantuman injap boleh dikawal secara manual, gelung elektrik atau tekanan hidraul yang bertindak di penghujung kili itu dan alat penetap sentiasa digunakan untuk menentukan kedudukan injap pada setiap operasi Injap Pusat Terbuka dan Pusat Tertutup Injap pusat terbuka digunakan dalam sistem pusat terbuka , dimana pam akan bergerak secara berterusan walaupun injap kawalan arah berada dalam kedudukan neutral dan minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki Dalam Injap pusat tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam, menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak dan pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam Suis injap dikawal oleh tekanan minyak

Injap Kili Sebadan dan Kili Cantuman Dua atau lebih injap kili boleh digunakan dalam satu kumpulan injap untuk pengendalian pelbagai fungsi.

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

14

binaan injap kili bergantung kepada bilangan cantuman injap dalam operasi dan usunan untuk injap yang mempunyai 3 atau lebih kedudukan boleh dibuat dengan banyak cara.

Elemen Injap yang digunakan untuk mengalirkan minyak secara berterusan : Injap sehala - sebuah poppet yang bergerak pada kedudukan badan injap mengikut keadaan tekanan Injap rotor - sebuah gelendong rotor yang boleh dipusing untuk mengawal aliran minyak Injap kili - sebuah kili gelongsor yang bergerak ke hadapan dan ke belakang untuk mengawal aliran minyak

Kaedah menggerakkan Injap : Mekanikal Insani (manual) Hidraulik Elektrikal

Rajah simbol Injap Kawalan Arah


PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah
UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

15

Simbol Kaedah Menggerakkan Injap Kawalan Arah

Aplikasi Injap Kawalan Arah 4/3 Kawalan Insani (Directional Control Valve 4/3 way manual lever ) di dalam Litar Hidraulik

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

16

I. -

INJAP KAWALAN TEKANAN (PRESSURE COTROL VALVES) Injap kawalan tekanan digunakan untuk menghadkan atau mengawal tekanan sistem. mengurangkan tekanan beban sesebuah pam atau menetapkan tekanan minyak sebelum minyak itu disalurkan ke dalam litar hidraulik.

Injap kawalan tekanan boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu : Injap pelega tekanan (Pressure Relief Valve) merupakan injap keselamatan di dalam sistem dapat menghalang tekanan dalam sistem daripada meningkat ke tahap kritikal sekiranya tekanan meningkat terlalu tinggi, injap pelega akan mengalirkan bendalir balik ke takungan. terbahagi kepada 2 jenis : o o i) injap pelega terus ii) injap pelega pandu

Rajah Litar Hidraulik menggunakan Injap Pelega Tekanan

Simbol Injap Pelega Tekanan

Injap pengurang tekanan (Pressure Regolator Valve) digunakan untuk menghadkan tekanan dalam sebahagian dalam litar ke nilai lebih rendah yang diperlukan pada litar selebihnya. pengurangan tekanan pada litar sekunder, boleh menghadkan daya keluaran kepada nilai yang diperlukan oleh litar utama. terbahagi kepada 2 jenis : o o injap pengurang tekanan boleh ubah injap pengurang tekanan tetap

Simbol 2-way pressure regulator

Gambarajah Keratan Injap Pengurang Tekanan , 2-way pressure regulator

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

17

Injap penjujukan tekanan (Pressure Sequence valve) Ia mengesan perubahan tekanan dalam sistem dan menghantar isyarat hidraulik apabila mencapai nilai yang ditetapkan. injap ini boleh digunakan untuk memastikan keutamaan tekanan hidraulik dalam satu sistem sebelum yang lain beroperasi. sifat penting untuk semua injap jujukan ialah ia mempunyai sambungan saliran berasingan dari ruang pegas, di mana tekanan boleh berlaku dalam liang keluaran semasa dalam operasi biasa. penggunaanya ialah untuk mengesan agar komponen boleh dicekam sebelum memulakan peringkat seterusnya dalam operasi jujukan. apabila komponen itu dilepaskan, tekanan menurun dan injap jujukan tertutup. simbol :

Injap pemunggahan tekanan Injap ini biasa digunakan pada litar berpenumpuk (accumulator) selepas tekanan dalam penumpuk mencapai tekanan maksimum dan tekanan sistem mencapai tekanan yang dilaras, injap pemunggahan akan terbuka dan membenarkan minyak mengalir masuk ke tangki. ada keadaan tertutup, tekanan pegas akan menekan kili injap pada kedudukannya. pada masa ini tekanan dari saluran pengesan lebih rendah dari tekanan pegas. apabila tekanan pada salur pengesan melebihi tekanan pegas, kili injap akan terangkat dari kedudukannya dan membenarkan minyak dari pam mengalir balik ke tangki.

Injap imbangan lawan. Injap ini pada asasnya ialah injap pelega tetapi digunakan dalam penggunaan khusus untuk menghasilkan tekanan balik dalam litar. fungsi injap ini adalah untuk mengelakkan pergerakan tidak terkawal atau untuk menahan berat pada satu bahagian sistem semasa bendalir digunakan bagi komponen kerja di bahagian lain dalam sistem yang sama.

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

18

J. INJAP KAWALAN ALIRAN (FLOW CONTROL VALVES) Berfungsi untuk L mengawal kadar aliran minyak (To adjust the flow volume of oil in the pressure line) menghadkan aliran masuk /keluar dari komponen mengalihkan arah aliran dari komponen kelajuan aliran mudah dilaras

Injap kawalan aliran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu; Injap tak terpampas Menghadkan aliran masuk atau keluar dari komponen yang mana kelajuannya senang dilaras tidak akan terpengaruh pada perubahan tekanan. Apabila aliran masuk berubah, maka aliran yang melalui injap juga berubah biasa digunakan apabila kawalan aliran yang tepat tidak diperlukan. Contoh injap ini ialah injap jenis jarum.

Injap terpampas Mengalihkan arah aliran dari komponen yang mana kelajuannya senang dilaras Injap terpampas akan cuba mengekalkan kadar aliran walaupun aliran masuk ke injap berubah Injap ini akan melaraskan aliran sambil mengawal aliran masuk. beroperasi dengan konsep di mana saiz orifis yang sedia ada pada komponen mengawal kejatuhan tekanan pada orifis, menyebabkan kadar alir menjadi tetapi saiz lubang orifis pada hujung kili telah dipadankan dengan pegas.

5 jenis Injap Kawalan Aliran : Throttle valve Variable throttle valve Variable orifice valve 2 way flow control valve Variable one way orifice valve

simbol dan fungsi :

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

19

Gambar Keratan One way flow control valve :

Aplikasi Injap Kawalan Aliran di dalam itar Hidraulik :

9.3 ELEMEN PENGGERAK/BEKERJA (WORKING ELEMENT) Menghasilkan pergerakkan berulang ulang (oscillating movement) seperti gerakerja : menolak dan menarik (push and pull) menaikkan dan menurunkan (rise and lower) mencengkam (clamping) menekan (pressing)

Menghasilkan gerakan putaran seperti : proses menggulung (rolling process) putaran meja (rotary table) kren (crane)

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

20

Komponen2 hidraulik elemen bekerja adalah : Selinder Selinder 1 tindakan (Single acting cylinder) Selinder 2 tindakan (Double acting cylinder) Double rod cylinder Differential cylinder Telescopic cylinder Rodless cylinder

K. SELINDER HIDRAULIK (HYDRAULIC CYLINDERS) merupakan penggerak linear (linear actuator) digunakan untuk membuat sesuatu kerja dan menghubungkan tenaga hidraulik kepada tenga mekanikal bergerak sebagai lengan mekanikal untuk mengangkat, menolak atau menggerakkan sebarang alat-alat penggerak Silinder jenis piston Silinder terdiri daripada : tong (barrel) end caps piston rod piston.

Saiz silinder hidraulik biasanya bergantung kepada diameter gerek (bore) yang terdapat dalam tong (barrel) silinder tersebut dan panjang lejang (stroke) silinder tersebut.

Rod digunakan untuk menggerakkan piston dalam tong silinder. Piston digunakan untuk memerangkap minyak hidraulik dalam silinder. Piston memerlukan penyendal (seal), dan bearing manakala rod silinder memerlukan penyendal, bearing dan rod wiper. Penyendal berfungsi untuk membina tekanan tanpa kebocoran (leakage). Bearing memberikan kelegaan untuk rod atau piston bergerak keluar/masuk tong silinder.

3 jenis selinder : silinder tindakan sehala Bertindak terhadap tekanan pada satu hala sahaja dan kembali secara automatik apabila tekanan dilepaskan. Terdapat dua jenis iaitu : o jenis tolak(push) atau tarik(pull). menggunakan tekanan minyak dalam ruang silinder untuk mengangkat sesuatu beban dan akan kembali kedudukan asal apabila tekanan minyak dilepaskan. o jenis tarik mempunyai rod silinder yang terkeluar dan aktif bila beban diangkat menggunakan tekanan minyak.

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

21

Untuk memudahkan rod silinder kembali pada kedudukan asal, graviti atau spring dalaman digunakan.

silinder tindakan dua hala/dwi-tindakan silinder jenis ram / pelantak silinder jenis teleskopik

simbol dan fungsi :

Gambar keratan : selinder 1 tindakan hydraulic ram cylinder

selinder 2 tindakan Synchronous Cylinder

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

22

Aplikasi Selinder dua tindakan di dalam litar hidraulik :

9.4 AKSESORI KOMPONEN SISTEM HIDRAULIK DAN INJAP-INJAP LAIN YANG DIGUNAKAN

L. INJAP SEHALA (NON-RETURN VALVES)/ Check valves membenarkan aliran dalam satu aliran sahaja

Ball Poppet Valves

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

23

Aplikasi check valve di dalam litar hidraulik

Pump protection

Piloted non-return valve

M. PENAPIS (STRAINER AND FILTER) menapis minyak hidraulik dari kekotoran(yang mungkin wujud semasa penggunaan pada tekanan dan kelajuan tinggi) bagi memastikan penggunaan komponen-komponen hidraulik tidak rosak dan tahan lama

Rajah Keratan Penapis

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

24

Aplikasi Penapis di dalam litar hidraulik

Rujukan : 1. Hydraulics and Pneumatics, A Technicians and Engineers Guide - Third edition Andrew Parr MSc, CEng, MIEE, MInstMC 2. Pneumatics and Hydraulic Technology, KKTM

PREPARED BY : pn.hjh. fairos bt. hj.zakariah


UNIT ELECTRONIC KVSB 2014

25