Anda di halaman 1dari 1

IMPIAN MUMTAZ MANAGEMENT (IMM) - SEDAYU TEAM No.

41, Taman Impian Putra, Jalan Impian Putra 2/4, 43000 Bangi,Selangor. No. Pendaftaran : 001925191 - U Email : impian_mumtaz@yahoo.com No. HP : 017 387 4449 __________________________________________________________

Kepada - PENGETUA / GURU BESAR - IBU BAPA / PENJAGA - PIHAK YANG BERKENAAN

Tarikh : 15 Mac 2014 bersamaan 13 Jamadilawal 1435H Bil : imm/PP/03/14(HA)

YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik,
PERKHEMAHAN PERDANA MOTIVASI & KEPIMPINAN PADA 19 DAN 20 APRIL 2014 DI KEM ALANG SEDAYU, GOMBAK, SELANGOR
Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik, IMPIAN MUMTAZ MANAGEMENT (IMM) adalah sebuah syarikat pengurusan dan pembangunan program modal insan kepada institusiinstitusi pendidikan, agensi kerajaan dan swasta yang berpusat di Kuala Lumpur dan Selangor. Berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang ada, kami berbesar hati sekiranya dapat diberikan ruang dan peluang secara serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan institusi dalam membantu membina dan membentuk jati diri para pelajar, remaja dan belia dengan modul-modul bimbingan yang kami sediakan. Justeru, besarlah harapan kami agar usaha dan ikhtiar ini mampu memberikan sumbangan langsung kepada pembangunan modal insan negara dalam melahirkan individu yang cemerlang akademiknya dan terbilang sahsiahnya. Oleh yang demikian, IMM dengan rasa bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan akan menganjurkan Perkhemahan Perdana berkonsepkan Motivasi & Kepimpinan kepada para pelajar atau remaja yang berumur seawal 7 hingga 17 tahun. Perkhemahan Perdana 2014 menawarkan harga promosi sebanyak RM 50 selama 2 hari 1 malam termasuk kos makan, minum, penginapan peserta, khidmat fasilitator, jurulatih, modul, aktiviti, ekspedisi ke air terjun dan kembara malam. Berikut dilampirkan bersama risalah mengenai Perkhemahan Perdana untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi urusetia program di talian 017-387 4449 / 011-1874 8984 / 019-603 4068. Segala keprihatinan dan kerjasama daripada YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar,

ABDUL HAFIZ BIN ABDUL BAR

Anda mungkin juga menyukai