Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI TUGASAN EDU 3105 PERANCANGAN P&P MODEL ASSURE

Disediakan oleh:

NAMA : NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN NO. KP : 750506 01 7460

NO. MATRIKS : 28087

SEMESTER : 4

KUMPULAN/UNIT : PPG PJJ AMBILAN JUN 2011 / PENDIDIKAN KHAS

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan berkat dari-Nya saya dapat menyempurnakan Tugasan Projek yang telah

diamanahkan kepada saya bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 4 ini. Tugasan inI telah saya terima pada 23 Februari 2013 iaitu pada sesi Interaksi yang kedua bagi Semester 4 ini.

Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap pelajar PPG PJJ Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011 bagi subjek Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran EDU3105. Tugasan ini adalah di bawah seliaan dan bimbingan En. Ridza Ahmad Nizam Bin Abd. Raof selaku pensyarah pembimbing kami bagi subjek ini. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Semasa menerima arahan tugasan, saya telah

mendapat penerangan yang

terperinci berkaitan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti dan menepati elemen-elemen yang dinilai. Tugasan projek kali ini mengkehendakkan kami menyediakan satu perancangan pengajaran dan

pembelajaran yang lengkap berpandukan Model ASSURE. Pensyarah Pembimbing kami telah memberi bimbingan, panduan dan penerangan yang jelas sebelum kami memulakan tugasan ini. Selain daripada itu, saya juga merujuk pada rakan-rakan guru yang lain agar tugasan yang saya laksanakan ini tidak tersasar dan menepati apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan. Saya memulakan tugasan saya ini dengan membuat rangka draf awal supaya saya dapat menjalankan tugasan ini dengan lebih sistematik.

Sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang berguna yang telah saya perolehi apabila saya membuat rujukan dari buku-buku, jurnaljurnal dan juga rujukan di internet. Saya merupakan guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran di SK Rantau Panjang, Perak. Berdasarkan apa yang telah saya lalui sepanjang tempoh menyempurnakan tugasan ini, saya dapat melihat tentang betapa pentingnya seorang guru pendidikan khas merancang sesi pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai, menarik dan berkesan bagi memastikan murid-murid

berkeperluan khas menguasai setiap kemahiran yang diajar. Sebagai guru pendidikan khas, saya seharusnya bijak dalam menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai mengikut perkembangan dan tahap kemampuan murid pendidikan khas. Pemilihan rekabentuk pengajaran dan media pengajaran yang sesuai dan menarik merupakan satu aspek yang amat penting dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Melalui tugasan ini saya dapat mendalami rekabentuk pengajaran berdasarkan Model ASSURE dengan lebih mendalam. Sesungguhnya model pengajaran ini merupakan model yang amat baik dan berguna untuk guru-guru dalam merancang sesi pengajaran yang afektif dan sesuai dengan tahap murid-murid. Langkah pertama dalam model ini iaitu analisis pelajar merupakan langkah penting yang seringkali dipandang remeh oleh guru-guru dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sedangkan aspek inilah yang perlu diberi perhatian kerana dengan memahami pelajar, saya dapat merancang pengajaran dan pembelajaran dengan membuat penentuan objektif yang tepat, memilih kaedah, bahan dan media pengajaran yang sesuai, dan membuat penilaian semula ke atas sesi yang telah saya jalankan. Perancangan yang saya buat dapat dilakukan dengan lebih sistematik mengikut langkah-langkah yang disarankan dalam Model ASSURE.

Pengalaman yang saya perolehi sepanjang tempoh menyempurnakan tugasan ini juga merupakan sesuatu yang amat berharga dan dapat dijadikan garis panduan dan rujukan untuk saya merancang setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di masa akan datang. Proses mendapatkan maklumat merupakan proses yang agak mencabar kerana kebanyakkan maklumat yang saya perolehi hanya merupakan maklumat asas berkaitan perancangan dan pelaksanaan pengajaran berdasarkan Model ASSURE. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci saya perlu merujuk pada kajiankajian terdahulu yang telah dibuat dengan cara melayari internet dan juga melalui pembacaan ilmiah. Di samping itu, hasil temubual dengan dengan rakan-rakan yang lebih senior dan lebih berpengalaman serta hasil perkongsian ilmu dengan rakan-rakan dari IPG yang lain telah dapat membantu saya dalam proses pengumpulan maklumat

ini. Alhamdulillah, dengan segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan ini juga telah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, pengalaman menjalankan tugasan ini juga telah dapat meningkatkan pemahaman saya terhadap perkembangan individu murid-murid berkeperluan khas. Berdasarkan Model ASSURE ini, saya lebih peka terhadap muridmurid yang hendak diajar dengan mengambilkira pelbagai aspek perkembangan muridmurid ini semasa membuat analisis pelajar dan juga semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Seorang guru yang bijak seharusnya memberi perhatian yang serius dan sentiasa peka terhadap perkembangan individu setiap anak muridnya. Dengan memahami murid-murid, saya dapat rasakan adalah lebih mudah untuk saya merancang dan menetapkan kemahiran, kaedah, teknik, media pengajaran, bahan dan menetapkan objektif yang sesuai dan bertepatan dengan tahap kemampuan muridmurid saya yang terdiri daripada murid-murid berkeperluan khas.

Pemilihan media pengajaran yang sesuai adalah penting semasa membuat perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Bertepatan dengan letusan era teknologi maklumat saya telah memilih melaksanakan pengajaran menggunakan interaktif media menggunakan perisian Power Point. Pembelajaran berbantukan komputer merupakan pendekatan dan bahan bantuan mengajar yang saya kira amat sesuai dan menarik untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Murid-murid saya sendiri sememangnya amat berminat dan teruja apabila sesi pembelajaran mereka dijalankan dengan berbantukan komputer. Semangat dan minat mereka dapat dilihat dengan jelas semasa aktiviti sebegini dijalankan.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan banyak masalah, gangguan dan kekangan yang terpaksa saya hadapi sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. Seperti yang sedia maklum, di sekolah memang terlalu banyak urusan pentadbiran yang terpaksa diselesaikan dengan segera. Jadi kekangan masa merupakan masalah paling

utama dalam saya berusaha menyempurnakan tugsan ini. Saya terpaksa bijak menguruskan masa di antara, tanggungjawab di sekolah, di rumah dan juga tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar yang perlu menyempurnakan segala tugasan yang diamanahkan. Namun begitu, kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh suami, ibu, rakan-rakan sekuliah dan rakan-rakan setugas, telah banyak membantu saya untuk mengatasi segala permasalahan dengan baik.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan ini dari mula hingga akhirnya terutamanya kepada En. Kamarul Bahrin B. Mohd. Radzi selaku pensyarah pembimbing bagi semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah, ahli keluarga dan semua rakan-rakan setugas yang tidak jemu membantu dan memahami keadaan dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Semoga Folio Jahitan saya ini juga dapat memberi info dan manfaat kepada mana-mana individu yang memerlukannya. Terima kasih sekalung budi kepada semua.