Anda di halaman 1dari 7

Suasana dalam dewan peperiksaan sunyi dan sepi.

Semua pelajar SK Bandar Tun


Hussein Onn sedang serius menjawab soalan yang dikemukakan,termasuk aku.

"Masa dah tamat.Semua calon diminta meletakkan segala pen dan dan
pensil,dan berhenti menulis.Calon-calon dilarang keluar daripada dewan
peperiksaan selagi belum diarahkan..."

Semua pelajar kelihatan senyum dan gembira.Masakan tidak,hari ini adalah hari
terakhir peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Selepas ini,mereka
akan bebas.Tiada lagi kerja rumah.Tiada lagi leteran cikgu.Tiada lagi
sekolah.Ah,leganya...

"Semua pelajar dibenarkan untuk keluar dari dewan sekarang, dengan senyap"

"Senyap??Ah,untuk sekejap je.."kataku.

Sebaik sahaja semua murid melangkah keluar dari pintu dewan


peperiksaan,suasana bertukar menjadi konsert rock.

"Merdeka!!!!"

"Ah..lepas azab aku!!"

"Pergh..lega gila..."

"Yahoo...aku tak nak sekolah lagi la lepas ni.."

Hai...memang aku dah agak,semua ini akan terjadi.Biasalah budak-budak


sekolah rendah.Mereka belum pandai berfikir panjang.Aku pun tidak terkecuali.

"Jom pergi makan,"ujar teman baikku,Malik.

"Aku tak ada duit"

"Aku belanja kau hari ini,macam mana?"

"Sungguh?

"Pernahkah aku tipu kau?"

"Tipu itu memanglah tidak.Tapi bohong tu selalu!"sindirku

"Kau nak ke tak nak.Cepat,kalau tak melepas!"

"Baiklah.Jom pergi kantin,"kataku sebelum aku terlepas tawaran istimewa


ini.Lagipun,Malik terkenal dengan gelaran "Malik Kedekut".Jadi,memang susah
hendak dengar perkataan "aku belanja" dari mulut dia,sekalipun aku teman
baiknya.
Aku dan Malik terus menuju ke kantin.Namun,perjalanan kami terganggu dengan
satu suara manja memanggil namaku.Suara itu cukup ku kenal.

"Azmi...,"suara itu memanggilku.

"Ada apa Norin?"balasku sopan.

"Macam mana 'paper' tadi?Susah tak?"

"Biasa-biasa saja.Taklah susah sangat"

"Em..Saya ada sesuatu untuk awak..,"katanya sambil menghulurkan sekeping


sampul berwarna merah jambu.Baunya harum semerbak dan dihiasi tulisan tangan
bertulis namaku dengan cantik sekali.

"Apa ini,Norin?"kataku.Jantungku mula berdegup kencang.

"Nanti dekat rumah awak bukalah.Jangan tak baca tau.Saya pergi dulu
ya..Assalamualaikum,"katanya sambil berlalu pergi.

"Waalaikumsalam..,"balasku.

Norin...Cantik orangnya.Berkulit putih,berlesung pipit dan memiliki senyuman


menawan.Senyumannya itu mampu memikat sesiapa yang terpandang.Ayu
bertudung dan bersopan santun ketika berkata-kata membuat dia menjadi pelajar
perempuan pilihan ramai.Aku memang dah tahu dia memang minat kepada aku
sejak dari tahun lima lagi.Sudah beberapa surat dihantar kepada aku,namun tidak
satu pun aku balas.Tapi,dia tetap berusaha untuk mendapatkan aku.

"Ehem..merenung panjang nampak?",sentak Malik menghentikan lamunan aku.

"Mana ada...",kataku,menutup malu.

"Kau ni..Norin tu minat sangat kat kau.Kenapa kau tak nak dekat dia?Dah lah
cantik,baik, dan siap bertudung lagi.Kau memang suka perempuan bertudung kan?
Kalau kau terlepas.....hai,rugi besar tau!"

Memang benar kata Malik.Penampilannya berjaya menarik hati ramai


orang...kecuali aku.Kenapa?Sejak kecil lagi aku memang jarang bergaul dengan
perempuan.Hendak bercakap dengan pelajar perempuan lain pun payah.Kadang
kala sampai dimarahi cikgu.Ah..lupakan Norin..

"Jom Malik,kita pergi kantin.Perut dah lapar ni!"kataku kepada Malik.

"Kau ni,memang pandai tukar topik kan..Ye lah,jom pergi!"

---------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum warahmatullah.....Assalamualaikum warahmatullah.."

"Astaghfirullah hal-azim"

Selesai menunaikan solat Zohor,aku segera teringat tentang urusan yang belum
aku selesaikan lagi.

"Surat dari Norin!"

Aku bingkas bangun dan segera melipat sejadah.Tanganku cepat mencapai


sampul surat berwarna merah jambu pemberian Norin di sekolah tadi.

"Masih berbau harum..."ujarku.

Tanpa sebarang sekatan,aku membuka surat itu.Tulisan tangannya cantik dan


tersusun rapi serta mudah pula dibaca.

Kepada Azmi,

Sebenarnya,tujuan saya untuk menulis surat ini adalah untuk menyatakan


rasa isi hati saya.Saya dah lama memendam perkara ini dan hari ini,saya hendak
luahkan segalanya.

Awak tidak seperti lelaki lain.Awak baik,sopan, dan berbudi pekerti.Memang


susah nak jumpa lelaki seperti awak.Saya tahu awak tak akan balas surat ini,dan
saya memang tak harapkan awak buat begitu.Tapi,saya mahu awak tahu,saya
sukakan awak.

Yang Benar,Norin

Aku rasa bersalah.Aku rasa aku patut balas suratnya.Tapi,cuma untuk kali
ini.Aku segera mengambil pen biru kegemaranku dan sehelai kertas kajang.Aku
menulis..

Kepada Norin,
Pertama sekali,saya ingin meminta maaf kerana tidak pernah membalas
surat-surat awak yang terdahulu.Bukan apa,cuma saya belum bersedia untuk
menulis kepada awak.Sebenarnya,saya juga sukakan awak.Tapi hanya sebagai
kawan sahaja.Tak lebih dan tak kurang.Saya harap awak faham.

Yang Benar,Azmi.

Pena aku letakkan ke atas meja.Dengan teliti aku melipat surat itu dan ku
masukkan ke dalam sampul berwarna hijau,warna kegemaranku.

Aku bingkas bangun meninggalkan meja dan melabuhkan diriku belayar dibuai
mimpi pula.Yang sebenarnya,aku memang sukakan dia.Ya,memang
benar.Bukannya selama ini aku jual mahal,tetapi sifat malu tak bertempat yang
menebal dalam diriku ini sukar dihapuskan.

...dan surat itu akan aku berikan kepadanya pada hari terakhir persekolahan
nanti.

--------------------------------------------------------------------

"Pasti nanti aku rindu kau,"kata Malik.

"Betul ke..,"balasku.

"Betul.."

"Alah..tahun depan kan boleh jumpa lagi.."

"Ha'ah betul jugak kan,"

Suasana sekolah menjadi riuh rendah.Biasalah,hari terakhir persekolahan!

Aku hampir terlupa tentang sesuatu.Surat kepada Norin.Aku segera berlari-lari


anak mendapatkan Norin.

"Norin..,"panggilku dalam kepenatan.


"Eh,Azmi.Kenapa termengah-mengah ni.Awak OK ke?,"kata Norin.

"Ni..ada surat untuk awak,dari saya"

"Ssuu..rr..at..Surat untuk saya,"ujarnya tergagap-gagap

"Ya..untuk awak.Jika lapang bacalah"

"Sudah mesti..Er..awak dah makan?"

"Kenapa?"

"Kalau awak lapar,marilah makan dengan saya"

"Tak mengapalah Norin,lain kali saja"

"O..OK.Tak mengapalah.Jumpa lagi.Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam..."

Setiap kali menghentikan perbualan,perkataan 'Assalamualaikum' tak pernah


lekang dari bibirnya.Itu yang membuatkan aku terpikat dengan dia.

---------------------------------------------------------------------

Suasana kebun ayahku pada pagi itu cukup mendamaikan.Selesai sahaja


menunaikan solat Subuh,aku mengikut ayah ke kebun.Biasalah,cuti sekolah
kan..dah tiada kerja lain.

Aku mengambil cangkul dan memulakan tugasku membuat batas.Di situ nanti
akan ditanam buah tomato dan sayur sawi.Ayahku memang pandai
berkebun.Segala tanaman yang ditanamnya pasti menjadi.Entah apa ilmu yang
ayah gunakan..

Esok,keputusan UPSR akan diumumkan.Aku sudah tidak sabar lagi.Selesai tugas


di kebun,aku pulang ke rumah untuk mandi dan menunaikan solat Zuhur pula.

---------------------------------------------------------------------

"4A1B!!"
Itulah keputusanku.Aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan
kejayaan kepadaku.Walaupun bukan 5A,namun ianya sudah memadai.Tiba-tiba,aku
teringat seseorang.

"Norin!,"sentak hatiku

Aku berjalan sekeliling dewan sekolah untuk mencari Norin,tetapi tidak


ketemu.Aku cuba bertanya kepada kawannya pula.

"Awak ada nampak Norin?,"tanyaku kepada kawannya Lisa

"Oh..Dia dah balik.Dia datang awal pagi tadi"

"Bagaimana keputusan dia?"

"5A"

Memang sudah aku jangka.Norin bukan sahaja terkenal kerana


kecantikannya,tetapi juga kerana kepintarannya.Dia sering mendapat nombor satu
dalam kelasnya.Jadi,tak hairanlah 5A dalam genggamannya.Kemudian,aku
berfikir,apa perasaannya setelah membaca surat nukilanku tempoh hari?

---------------------------------------------------------------------

Lima hari lagi,sesi persekolahan bagi tahun 2007 akan bermula.Sepanjang cuti,aku
asyik teringatkan Norin.Kenapa dengan aku ni??

"Aku mula sukakan dia??"

Memang benar..Dan di sekolah menengah nanti,aku akan luahkan segalanya.

"Norin binti Amar...1A.."

Suara guru sekolah menengah yang mengaturkan kedudukan murid-murid yang


baru memasuki alam sekolah menengah.

"Norin kelas 1A?"

Memang dia layak memasuki tingkatan 1A,tingkatan teratas di sekolah ini,SMK


Bandar Tun Hussein Onn 2.

"Azmi bin Muhammad Yahya...1A.."


"Apa?"

Aku tidak menyangka aku akan dimasukkan ke dalam tingkatan yang sama
dengan Norin.Memang sangat tak dijangka.Aku fikir,usahaku untuk mendapatkan
hatinya akan menjadi lebih senang jika duduk dalam kelas yang sama.Tapi,aku
melihat Norin langsung tidak memandang aku.Pelik..Selalunya dia akan menegur
aku.

"Ah,mungkin dia masih tak biasa dengan alam sekolah menengah."

Aku mula melangkah masuk ke dalam kelasku..Riuh rendah suasananya.Ramai


kawan-kawanku yang datang dari sekolah lama.Tidak terkecuali pelajar baru yang
belum pernah aku kenal.