Anda di halaman 1dari 3

BENGKEL PENGHASILAN BLOG ANJURAN PROGRAM SARJANA MUDA

PENDIDIKAN ( PENGURUSAN PENDIDIKAN )


SESI 2009/2011

1. PENGENALAN

Media massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat masa


ini. Penyebaran maklumat secara kontemporari khususnya penggunaan blog
terbukti sangat berkesan sehingga mampu memberi impak yang tinggi termasuk
berkongsi maklumat dengan individu, institusi mahu pun negara. Untuk
seseorang itu mengakses laman blog adalah terlalu mudah dan murah.
Keberkesanannya dalam menarik perhatian umum tidak dapat dinafikan. Justeru,
kaedah ini seharusnyalah dimanfaatkan bersama ke arah kebaikan khususnya
dalam memartabatkan dunia pendidikan.

2. RASIONAL
Kaedah kecairan dan sebaran maklumat telah berkembang dari menggunakan
bahan cetak kepada bahan elektronik. Lebih efesien lagi bahan elektronik
digabungkan dengan penggunaan digital khususnya melalui internet.
Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS), emel, blog, laman web dan portal
tidak asing lagi terutama dalam kalangan anak muda zaman ICT ini.
Sehubungan itu setiap warga pendidik seharusnya seiring dengan arus
perkembangan ini dan bijak memanipulasikan kemahiran pengurusan blog agar
objektif dan matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.

3. OBJEKTIF

Melalui kursus ini, para peserta kursus diharap dapat ;

3.1 Menghasilkan bahan blog sendiri.


3.2 Menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat dalam
menghasilkan blog.
3.3 Menyebar maklumat dan berkomunikasi melalui blog.
3.4 Merealisasikan ‘maklumat di hujung jari’ dalam kalangan warga
pendidik.
4. KOMPONEN KURSUS

Terdapat beberapa komponen dalam bengkel ini iaitu:

4.1 Ciri-ciri Blog


4.2 Pedagogi
4.3 Persembahan & Pemurnian

5. METODOLOGI

Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk:


5.1 Pendedahan blog
5.2 Tunjukcara bina bahan
5.3 Perbincangan
5.4 Bengkel
5.5 Persembahan & Pembentangan

6. TARIKH DAN TEMPAT KURSUS

Kursus ini dijalankan selama 1 hari seperti berikut:

6.1 Tarikh : 15.10.2009(minggu ke-13)


6.2 Masa : 2.00 ptg – 6.00 ptg
6.3 Tempat : TMNU 35
6.4 Jadual : (Rujuk Lampiran JD1)

7. KUMPULAN SASARAN

Seramai 30 peserta melalui PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN


(Rujuk lampiran A)

8. PENCERAMAH / PEMUDAHCARA

8.1 En.Saharidun bin A.Rani


9. PERASMI

9.1 Dr.Khuan Wai Bing

Ketua Jabatan Falkulti Perniagaan dan Ekonomi

10. SUMBER KEWANGAN

10.1 Yuran kelas

11. KOS PENGURUSAN


11.1 OS29000 - Makan Peserta

36 orang x RM5.00 x 1 hari = RM 165.00


- Saguhati Fasilitator
1 orang = RM 200.00
- Pelbagai = RM 100.00
- Jumlah = RM 415.00

12. HASIL YANG DIHARAPKAN

Adalah diharapkan peserta dapat keyakinan menguruskan blog dan menjadi


penulis blog di peringkat pengurusan nanti. Dengan terbinanya blog bagi setiap
peserta adalah diharapkan system penyebaran maklumat dan pengurusan
sekolah khususnya yang berkaitan kurikulum akan terurus dengan lebih efisien.

Anda mungkin juga menyukai