Anda di halaman 1dari 1

Padah Suka Makanan Manis

Sara kanak-kanak periang tetapi cerewet makan. Dia cuma makan aiskrim dan gula-gula. Ibu Sara selalu nasihatkannya kurangkan makan makanan kegemarannya itu. Sayang, gula-gula dan aiskrim tidak memberi khasiat pada badan kita. Sara jangan makan banyak-banyak sangat. pesan ibu Sara. Suatu hari, Sara diserang sakit gigi. Sara menangis sekuatnya kerana terlalu sakit. Ibu tolong Sara. Sakit. Ibunya terus membawa Sara ke klinik gigi. Sara, awak selalu makan makanan manis ya? tanya doktor gigi. Sara hanya menganggukkan kepala. Gigi awak berlubang. Awak kena kurangkan aiskrim dan gula gula. Awak kena makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan mesti gosok gigi setiap kali lepas makan atau sebelum tidur, pesan doktor gigi. Sara hanya membawa Sara ke menunduk dan diam mendengar nasihat doktor. Selepas dirawat, ibu pasar raya. Lihat! Buah oren ini segar. Tentu sedap. Lagipun buah ini kaya dengan vitamin C. Betik ini pun Sara hanya mengangguk sedap juga. Kaya pula dengan vitamin A. Kita beli ya Sara. kata ibu Sara. sambil tersenyum. Aku tidak mahu sakit lagi. Aku kena dengar cakap ibu dan ingat pesan doktor gigi.

Anda mungkin juga menyukai