Anda di halaman 1dari 52

1

BAB 1

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Penekanan kepada pembangunan sumber manusia merupakan antara perkara utama bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun sepenuhnya. Sumber tenaga yang utama adalah bergantung kepada tenaga belia yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, berpendidikan dan bersedia untuk dilatih. Golongan ini perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri samada golongan profesional yang lahir dari universiti tempatan atau luar negara. Semasa berada di peringkat pengajian inilah mereka seharusnya diberi pendedahan mengenai kefahaman tentang diri sendiri dan juga bidang kerjaya yang bakal mereka lalui kelak.

Setiap individu yang mula menginjak ke alam dewasa perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan perlu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, kerana kerjaya merupakan amalan utama yang menentukan cara dan gaya hidup seseorang. Dalam keadaan dunia yang semakin pesat membangun, baik dari segi ekonomi, politik, sosial dan kepercayaan beragama menjadikan pemilihan kerjaya menjadi permasalahan utama.

http://halimlading21.wordpress.com

Parson ( dalam Isaacson & Brown 1997 ; dlm Sidek Mohd Noah 1996 ) telah menyarankan bahawa pemilihan kerjaya yang baik mestilah mengandungi tiga perkara iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan.

Keputusan kerajaan Malaysia menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dahulunya Universiti Darul Iman Malaysia(UDM ) menjadi satu sejarah dalam perkembangan Institusi Pengajian Tinggi negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Ekoran dari pembangunan yang amat pesat ini, Unisza juga telah menawarkan berbagai kursus baru di peringkat Diploma mahupun Ijazah bagi menampung keperluan tenaga kerja negara.

Kewujudan peluang pekerjaan dalam pelbagai telah memberikan banyak pilihan kepada pelajar yang bakal mengisi keperluan tenaga kerja masa depan yang secara tidak langsung mencorak sistem pendidikan yang ada sekarang.

Selain itu, faktor individu itu sendiri sangat penting dalam memastikan kejayaan atau kepuasan kerjaya mereka. Antara aspek individu yang diambil kira ialah aspek personaliti, minat, nilai dan pencapaian.

http://halimlading21.wordpress.com

Menurut Crow ( dalam Ainon Mustapha, 1998 ), antara sebab utama seseorang individu itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan ialah mempunyai minat yang tinggi terhadap semua aktiviti pekerjaan dan berupaya secara peribadi memperolehi kepuasan daripada kerjaya yang diceburi. Dalam perkara ini minat kerjaya memainkan peranan penting terutama dalam menentukan apakah bidang yang benar-benar sesuai untuk mereka ceburi.

Berdasarkan perkara di atas, dapat kita fahami bahawa selain faktor penawaran kerja, minat kerjaya adalah satu aspek yang sangat penting dalam pendidikan dan pekerjaan di Malaysia, terutama dalam memastikan negara menjadi sebuah negara yang benar-benar maju.

Melihat kepada kepentingan ini, maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti minat kerjaya kalangan mahasiswa di Unisza. Kajian ini akan memberikan fokus pada pemboleh ubah yang dijangkakan akan mempengaruhi minat kerjaya seseorang individu iaitu ras, jantina, umur dan aliran pengajian.

http://halimlading21.wordpress.com

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti minat kerjaya di kalangan pelajar di beberapa buah fakulti di Universiti Sultan Zainal Abidin ( Unisza ). Di samping ingin meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di kalangan mahasiswa seperti ras, jantina, umur dan aliran pengajian mereka.

Untuk mencapai tujuan tersebut, persoalan kajian berikut di kemukakan :

1) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan Personaliti Kerjaya Realistik?

2) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Hijau dengan Personaliti kerjaya Investigatif?

3) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan personaliti kerjaya Artistik?

4) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Biru dengan personaliti kerjaya Sosial?

5) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan personaliti kerjaya Enterprising?

http://halimlading21.wordpress.com

6) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Emas dan personaliti kerjaya Conventional?

1.3 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadikan suatu pengetahuan yang amat berguna kepada pengkaji sendiri sebagai bakal kaunselor dan pensyarah dalam

menghadapi dan mengendalikan golongan mahasiswa dan permasalahan-permasalahan kerjaya mereka. Selain itu, kajian ini juga cukup berguna sebagai menambah perkembangan ilmu itu sendiri.

Dapatan kajian ini juga akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, terutamanya pihak universiti agar dapat menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi

kesedaran kepada mahasiswa tentang betapa pentingnya mengetahui dan memahami tentang personaliti peribadi dalam memastikan persediaan ke alam pekerjaan.

Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membebaskan pelajar daripada terus dipengaruhi oleh persekitaran dan kebudayaan masyarakat yang mereka anggotai. Mereka harus sedar yang mereka bebas untuk memilih kerjaya yang mereka minati selaras dengan cirri-ciri dan potensi diri. Pelajar mestilah sedar bahawa pada masa sekarang dunia pekerjaan telah menjadi begitu mencabar dan mereka terpaksa bersaing serta berfikiran terbuka untuk menceburi sebarang pekerjaan yang mereka minati.

http://halimlading21.wordpress.com

Peranan jantina bukanlah penghalang untuk mereka ceburi bidang yang sebelum ini dikuasai oleh sesuatu jantina, tetapi kebolehan, kelayakan, keberanian dan kemampuan diri untuk bersaing sesama mereka adalah ciri utama untuk Berjaya di dalam sesuatu kerjaya.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian lapangan, iaitu dengan melakukan soal selidik yang mana diedarkan kepada para mahasiswa tahun akhir di Unisza, di samping mendapatkan bahan rujukan seperti koleksi jurnal di perpustakaan, dan melalui internet (laman-laman web) yang berkaitan.

1.5 Sorotan Kajian Lepas

Kajian sebegini banyak dijalankan oleh penyelidik-penyelidik tempatan, menunjukkan bahawa kajian mengenai personaliti dan bidang kerjaya amat penting untuk dikaji. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Nor fadhila Mohd Amin dan Azman Ripin dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tajuk kajian mereka ialah Kesediaan Kerjaya Dikalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan kerjaya pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 160 pelajar tahun akhir bagi pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih sebagai responden kajian.
http://halimlading21.wordpress.com

Instrument kajian yang digunakan ialah set soal selidik bahagian B yang mengandungi 30 item. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.85. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS ( statistical Package for Social Science, Version 10.0) untuk mendapatkan nilai peratus dan frekuensi. Hasil kajian mendapati kurikulum Fakulti Kejuruteraan Elektrik berkesan dalam menerapkan kesediaan kerjaya.

Selain itu, kajian mengenai Hubungan Keserasian Pola Personaliti Persekitaran Enam Kerjaya Bidang Keagamaan Dengan Kepuasan Kerja Di Negeri Johor turut dijalankan. Kajian ini adalah untuk meninjau bentuk pola personaliti-persekitaran serta keserasian personaliti-persekitaran dengan kepuasan kerja di kalangan enam kerjaya bidang keagamaan (Peguam Syarie, Pegawai Tadbir Agama dan Penolong Hal Ehwal Islam, Pembantu Hal Ehwal Islam (Imam), Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam (Bilal) serta guru-guru sekolah agama) di negeri Johor Darul Takzim. Kerangka teori yang digunakan adalah berdasarkan Teori Tipologi Holland (1973). Seramai 40 orang sampel telah dipilih secara rawak kelompok bagi setiap jenis kerjaya. Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 240 orang. Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini adalah Self Directed Search (SDS)-Form Easy (Versy Terjemahan Amla, 1984) bagi meninjau pola personaliti-persekitaran responden. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti-persekitaran dengan kepuasan kerja bagi keenam-enam kerjaya agama.

http://halimlading21.wordpress.com

Kajian oleh Mohd Ashraf Bin Mohd Anuar (UKM 2007), dalam kajiannya yang bertajuk Hubungan Personaliti dan Minat Kerja Dengan Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja Dikalangan Pegawai Perubatan. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan personaliti dan minat kerja dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja di kalangan Pegawai Perubatan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 108 orang Pegawai Perubatan di lima buah hospital kerajaan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara personaliti dengan kepuasan kerja, personaliti dengan prestasi kerja, minat kerja dengan prestasi kerja, personaliti dengan minat kerja dan kepuasan kerja dengan prestasi kerja di kalangan Pegawai Perubatan di lima buah hospital yang dipilih. Hasil kajian juga turut mendapati bahawa Pegawai Perubatan yang mempunyai personaliti Kesetujuan dan Neurotisme yang rendah adalah lebih merasai kepuasan dengan kerja mereka.

Pegawai Perubatan yang mempunyai personaliti Neurotisme yang rendah juga dan meminati bidang kerja seni yang mendalam dilihat cenderung untuk prestasi kerja yang lebih baik. Di samping itu juga, kajian ini mendapati bahawa Pegawai Perubatan yang mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi cenderung untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih cemerlang.

http://halimlading21.wordpress.com

Selain itu, kajian Pemilihan Kerjaya Di Sektor Pembinaan Oleh Pelajar Pengajian Teknik Kursus Kejuruteraan Awam yang dijalankan oleh Adnan Ahmad, Dr.Sukri saud dan Norida Mohd Sharif (UTM), dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor pendorong kea rah pemilihan kerjaya di sector pembinaan bagi pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam. Seramai 121 orang responden terdiri daripada pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam di pilih secara rawak daripada sekolah Menengah Teknik di seluruh Negeri Melaka. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang melibatkan biodata responden dan bahagian B yang melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Dapatan kajian ini mendapati faktor-faktor seperti penguasaan mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam, pengaruh luar seperti ibubapa, guru, rakan sebaya dan media massa, situasi pekerjaan itu sendiri dan aktiviti Kelab Bimbingan dan Kerjaya mempengaruhi seseorang pelajar itu dalam melakukan pemilihan kerjayanya berada di tahap sederhana.

Siti Eshah bte Ishak (UTM, 2006) telah menjalankan kajian mengenai Hubungan Keserasian Darjah Kongruen Personaliti Persekitaran Dengan Kepuasan Kerja Di Kalangan Lima Jawatan Perubatan di Salah Sebuah Hospital Di Kedah. Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan darjah kongruen personaliti persekitaran dengan kepuasan kerja di kalangan kakitangan hospital di Kedah berdasarkan Teori Holland. Seramai 58 orang kakitangan telah mengambil bahagian daripada lima jawatan iaitu Jururawat, Juru-x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu Perubatan.

http://halimlading21.wordpress.com

10

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah antara kepuasan kerja dengan darjah kongruen di kalangan jururawat, bagi Fisioterapi dan Pegawai Farmasi mempunyai hubungan darjah kongruen dan kepuasan kerja yang kuat.

Manakala hubungan di antara indeks kongruen dan kepuasan kerja di kalangan Juru x-ray dan Pembantu Perubatan adalah sederhana. Kajian ini juga telah mengenalpasti kod-kod bagi pekerjaan Jururawat (SIC), Juru x-ray (SCI), Pegawai Farmasi (ISC), Fisioterapi (SIA) dan Pembantu Perubatan (SIC) dan dibandingkan dengan Holland dalam The Occupational Finder. Oleh yang demikian, kesimpulan kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan antara darjah kongruen dan kepuasan kerja pada tahap yang berbeza dikalangan kakitangan hospital. Ini menunjukkan kekongruenan personaliti persekitaran juga memainkan peranan untuk menentukan kepuasan kerja di hospital.

http://halimlading21.wordpress.com

11

1.6 Definisi Operasi

1.6.1 Personaliti

Personaliti berasal dari perkataan Latin Pesona, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 1961, (dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, persona membawa maksud watak rekaan di dalam cereka, drama, novel dan sebagainya. Makna yang lain, watak atau sifat seseorang seperti yang ditampilkan kepada orang lain atau seperti yang ditanggapi oleh orang lain. Manakala Personaliti membawa maksud keperibadian atau perwatakan.

1.6.2 Warna

Warna adalah kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya. Warna juga membawa maksud bermacam-macam atau berbagai-bagai (dlm kata majmuk). Selain itu, warna juga bererti ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu).

http://halimlading21.wordpress.com

12

1.6.3 Minat

Minat membawa maksud keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu.

1.6.4 Kerjaya

Maksud kerjaya dapat diberikan kepada dua, 1) Perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan. 2) Profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.

Kesimpulan

Daripada penjelasan di atas, dapat kita ketahui bahawa kefahaman mengenai personaliti diri amat penting dan sangat membantu dalam pemilihan kerjaya bagi setiap individu. Hal ini adalah untuk menjamin keserasian dan kepuasan kerja yang mereka ceburi kelak.

http://halimlading21.wordpress.com

13

1.7 Hipotesis Kajian

Melalui hasil penulisan ini pengkaji telah mengemukakan beberapa hipotesis untuk memperkukuhkan lagi kajian yang dijalankan ini. Di antara hipotesis yang telah dibina ialah:

1) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan Personaliti Kerjaya Realistik. 2) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personality Hijau dengan Personaliti kerjaya Investigatif. 3) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan personaliti kerjaya Artistik. 4) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Biru dengan personaliti kerjaya Sosial. 5) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan personaliti kerjaya Enterprising. 6) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Emas dan personaliti kerjaya Conventional.

http://halimlading21.wordpress.com

14

Kesimpulan

Bab ini telah melihat tentang definisi konsep personaliti warna dan juga minat kerjaya dikalangan pelajar Unisza, sterusnya ia telah dibincangkan dengan lebih lanjut. Di dalam bab ini juga telah membincangkan tentang perkaitan diantara personaliti warna dengan minat kerjaya dikalangan pelajar Unisza. Namun begitu, apa yang jelas cuba dipaparkan di dalam bab ini ialah apa yang dikatakan pesonaliti warna individu dalam persediaan menghadapi alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi kelak. Hal ini adalah untuk menjamin keserasian dan kepuasan kerja sepanjang tempoh perkhidmatan mereka nanti.

http://halimlading21.wordpress.com

15

BAB II

METHOD KAJIAN

Pengenalan

Bab ini akan membentangkan penghuraian terperinci tentang kajian yang telah dijalankan. Ianya termasuklah penerangan berkaitan rekabentuk kajian, subjek kajian dan pemilihan sampel, alat kajian yang digunakan, cara kajian dijalankan, cara pemarkatan dan akhirnya cara data dianalisis.

2.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah merupakan satu kajian lapangan yang dijalankan oleh penulis untuk melihat sejauh mana perkaitan personaliti warna seseorang individu dalam mempengaruhi minat kerjaya dikalangan pelajar Unisza, yang kini menuntut di tahun akhir di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Data-data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji. Terdapat dua jenis soal selidik yang digunakan oleh pengkaji, iaitu soal selidik Inventori Personaliti Warna (IPW), Sidek Mohd Noah, dan juga Teori Kerjaya Holland.

http://halimlading21.wordpress.com

16

Dua pemboleh ubah tak bersandar yang terlibat dalam kajian ini ialah personaliti warna dan minat kerjaya. Personaliti warna mempunyai empat aras iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Sementara personaliti kerjaya mempunyai enam aras iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).

2.2 Tempat Kajian

Pengkaji telah menjalankan kajian ini di Universiti Sultan Zainal Abidin kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Institusi pengajian ini dipilih memandangkan semasa kajian ini dijalankan pengkaji juga sedang mengikuti pengajian di sini dalam bidang Usuluddin dengan Kaunseling.

Kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI), Fakulti Pengurusan, Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) dan juga Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA).

2.3 Populasi Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir dari setiap Fakulti, iaitu Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI), Fakulti Pengurusan, Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) dan juga Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA).

http://halimlading21.wordpress.com

17

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam terdiri daripada empat program pengajian yang dipilih untuk kajian ini, iaitu Ijazah Sarjana muda Usuluddin, Ijazah sarjana Muda Dakwah, ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan juga Ijazah Sarjana Muda Syariah. Subjek kajian dari Ijazah Dakwah seramai 32 orang, Ijazah Usuluddin 50 orang, Ijazah Pendidikan 31 orang, manakala Ijazah Syariah seramai 35 orang. Subjek kajian dari Fakulti Pengurusan, Perniagaan dan Perakaunan pula seramai 35 orang, manakala dari Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa pula seramai 31 orang. Jumlah keseluruhan bagi semua subjek kajian ini adalah seramai 214 orang.

2.4 Alat Kajian

Dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digunakan. Bahagian-bahagian itu ialah Bahagian A: Biodata responden; Bahagian B: Inventori Personaliti Warna (IPW) dan Bahagian C: Vocational Preference Inventory (VPI) (Edisi 85).

Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diri responden. Ia dibentuk sendiri oleh pengkaji dan bertujuan untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian. Antara perkara yang dimuatkan untuk mendapatkan data peribadi ialah jantina, bangsa, umur, fakulti dan tahap akademik.

http://halimlading21.wordpress.com

18

Bahagian B soal selidik ialah IPW yang dibentuk oleh Sidek Mohd Noah (1997) bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti berasaskan personality warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Inventori ini telah diubah suai dengan menukar kedudukan item yang asal kepada item-item mengikut kategori warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Yang mana pada item 1 sehingga 25 mengandungi item berpersonaliti Emas. Item 26 hingga 50 mengandungi item berpersonaliti Hijau. Item 51 hingga 75 mengandungi item berpersonaliti Biru manakala item 76 hingga 100 mengandungi item berpersonaliti Jingga.

Bahagian C pula ialah alat ukuran VPI yang dibina oleh John, L.Holland bertujuan untuk mengukur minat kerjaya seseorang. Alat ukuran ini telah di alih bahasa ke dalam Bahasa Melayu menggunakan kaedah back translation oleh Sidek Mohd Noah (1998).

2.5 Prosedur Kajian

Kajian ini telah dijalankan dengan mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan Pengajian pengkaji dan penyelia kajian untuk mengedarkan borang soal selidik kepada para pelajar Unisza yang telah ditetapkan.

Sebanyak 230 borang soal selidik telah diedarkan, tetapi hanya 214 borang yang dapat dikumpulkan dan digunapakai untuk kajian. Baki selebihnya borang tersebut tidak diterima dan juga terdapat kekurangan jawapan pada item-item borang soal selidik tersebut dan dianggap rosak.
http://halimlading21.wordpress.com

19

Kesemua borang tersebut dikumpulkan melalui ketua kelas masing-masing dan diberikan kepada pengkaji untuk tindakan seterusnya. Segala makumat yang diperolehi diproses menggunakan SPSS 14 (Statistical Package for Social Science, Version 14.0), yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian-t.

2.6 INVENTORI PERSONALITI WARNA

Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan Inventori Personaliti Warna Sidek Mohd Noah (1997). Item-item personaliti tersebut telah diperincikan mengikut sifat-sifat dominan setiap jenis personaliti dalam inventori itu. Mengikut beliau, personaliti warna boleh dibahagikan kepada empat iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga berasaskan teori personaliti warna oleh Lowry.

Mengikut Sidek Mohd Noah (1998) individu yang berpesonaliti Emas dikatakan bersifat keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian. Kata kunci utama individu yang berpesonaliti Emas ialah peraturan dan saya bertanggungjawab. Personaliti Hijau pula cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan , cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik. Kata kunci utama personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

http://halimlading21.wordpress.com

20

Personaliti Biru melambangkan individu yang bersifat tulin, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan menyelami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama personaliti ini ialah romantic dan sukakan keharmonian.

Akhirnya personaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi semangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokan, berani, tabah, bertindak atas desaka fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Kunci utama personaliti Jingga ialah suka mengembara (Sidek Mohd Noah 1998).

Mengikut Falt ( 1999 ), sejarah penggunaan teori personaliti warna di mulakan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors. Don Lowry adalah usahawan dan anak murid kepada David keirsey. David Keirsey merupakan ahli terapi psikologi yang telah memperkenalkan jenis personaliti iaitu Apollonian, Dionysian, Promethean dan Ephimethean ( Hauck 1998 ). Don Lowry menggunakan model personaliti yang diperkenalkan oleh Keirsey untuk dijadikan asas bagi mencipta True Colors.

http://halimlading21.wordpress.com

21

Konsep True colors yang diperkenalkan oleh Lowry ini merupakan sejenis kad permainan yang berasaskan personaliti yang melibatkan empat jenis warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Warna Emas melambangkan seseorang yang mengikut peraturan, Hijau melambangkan seseorang yang mementingkan institusi pemikiran, Biru melambangkan seseorang yang mementingkan institusi perasaan dan Jingga

melambangkan seorang yang gemarkan pengalaman dan kehidupan yang mencabar ( Falt 1999 ).

Berasaskan kad-kad personaliti warna True Colors oleh Don Lowry, seorang lagi anak murid David Keirsey iaitu Carolyn Kalil telah menulis sebuah buku yang bertajuk Follow The True Colors To The Work With Love ( Beastley 1999 ). Dalam buku ini, Kalil menyatakan bahawa cara yang terbaik untuk meningkatkan konsep kendiri anda ialah dengan melakukan apa yang anda suka. Beliau juga menyebut bahawa terdapat empat jenis personaliti yang diklasifikasikan sebagai The True Colors System iaitu personaliti Emas menunjukkan seseorang yang berperancangan, Hijau menjadikan ilmu sebagai kuasa, Biru adalah seorang yang penyayang dan Jingga adalah seorang yang berorientasikan tindakan.

Alat ukuran Inventori Personaliti Warna (IPW) dibangunkan menggunakan pendekatan rasional berasaskan teori personaliti warna yang diperkenalkan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors. Alat ukuran IPW yang asal telah dibina oleh Sidek Mohd Noah dan Pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Putra Malaysia Terengganu (UPMT) pada 1997 semasa mengendalikan kursus penilaian dalam kaunseling (EDU3105) kepada kumpulan pelajar berkenaan.
http://halimlading21.wordpress.com

22

Draf asal alat ukuran IPW mengandungi 200 item yang mana setiap jenis personaliti warna diwakili oleh 50 item. Namun setelah proses pembinaan alat ukuran selesai, hanya 100 item yang benar-benar bermutu dan signifikan telah dimuatkan ke dalam borang akhir. Alat ukuran IPW mempunyai format jawapan Ya atau Tidak dan gerak balas individu terhadap item-item yang terkandung dalam alat ukuran tersebut dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu.

Alat ukuran IPW mempunyai empat skala iaitu yang mewakili personaliti warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga. lampiran 1. Contoh item alat ukuran IPW adalah seperti dalam

2.7 ALAT UKURAN MINAT KERJAYA.

Minat kerjaya merupakan sebahagian daripada pertumbuhan dan perkembangan personaliti seseorang itu (Darley & Hagenah 1955). Kepuasan atau ketidakpuasan seseorang individu itu terhadap sesuatu objek itu adalah bergantung kepada tindak balasnya. Sementara itu, Holland menyatakan bahawa minat atau pemilihan kerjaya adalah satu ekspresi diri individu dan oleh yang demikian,

Menurut beliau inventori minat adalah serupa dengan inventori personaliti. Minat merupakan konstruk psikologikal yang berbeza-beza mengikut dorongan-dorongan atau insentif-insentif yang tertentu selari dengan matlamat hidup seseorang itu dalam sesuatu budaya (Naqvi 1968:28).

http://halimlading21.wordpress.com

23

Ahli-ahli teori perkembangan kerjaya berpendapat bahawa minat kerjaya, nilai pekerjaan, nilai keperluan dan cirri-ciri personaliti seseorang itu dapat menentukan penglibatan, penumpuan dan pengekalannya dalam sesuatu bidang pekerjaan dengan bermatlamatkan kepuasan kendiri (Naqvi 1968:21). Minat adalah hasil usaha seseorang itu mengubahsuaikan keperluannya sehingga mencapai tahap kepuasan kendiri yang tertentu. Jalan menuju ke arah pencapaian kepuasan kendiri ini adalah berbeza-beza antara seseorang individu dengan individu yang lain (Super & Crites 1962:410).

2.7.1 UJIAN MINAT KERJAYA.

Dalam melakukan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang dibentuk oleh John L.Holland. alat ujian ini mengandungi sebanyak 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dan jenis personaliti seseorang.

Alat ini dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu boleh dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis personaliti memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.

Alat ukuran VPI mengandungi dua skala iaitu skala primer dan skala sekunder. Keenam-enam jenis personaliti dan bidang minat kerjaya yang diukur oleh skala primer ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). sementara itu, lima pemboleh ubah yang diukur oleh skala sekunder ialah Kawalan-Diri atau Self-Control (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST),
http://halimlading21.wordpress.com

24

Infrequency (INF) dan Acqueiscence (AC). Kesemua pemboleh ubah tersebut dan enam jenis personaliti ini merupakan 11 subskala dalam inventori ini.

Skor yang tinggi pada mana-mana subskala menunjukkan bidang-bidang utama yang diminati sementara skor yang rendah bagi subskala lain pula menunjukkan bahawa personaliti seseorang itu tidak selaras dengan bidang minat dan personaliti yang diwakili oleh subskala tersebut (Holland 1969).

Ward dan Walsh (1981) juga telah menguji kesahan serentak alat ukuran VPI dengan menjalankan kajian ke atas 102 wanita berkulit hitam yang bekerja di dalam keenam-enam bidang pekerjaan yang telah ditetapkan. Hasilnya didapati bahawa VPI mempunyai kesahan serentak yang tinggi.

2.7.2 ALAT UKURAN MINAT KERJAYA VOCASIONAL PREFERENCE INVENTORY (VPI)

Ujian minat adalah ukuran yang dapat mengenal pasti minat anda terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Alat ukuran VPI adalah alat ukuran yang mempunyai format jawapan Ya dan Tidak. Alat ukuran VPI mempunyai 160 item dan umumnya mempunyai dua skala iaitu skala Primer dan Skala Sekunder. Skala Primer mempunyai enam subskala iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). sementara Skala Sekunder pula mempunyai lima subskala iaitu Kawalan-Diri (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST), Infrequency (INF) dan Acquiescense (AC).

http://halimlading21.wordpress.com

25

2.8 TEORI KERJAYA HOLLAND

Teori kedua yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Holland yang merupakan salah satu teori kerjaya yang penting. Fokus teori Holland tertumpu kepada dua faktor, iaitu faktor personaliti dan faktor persekitaran. Dalam membincangkan mengenai tret personaliti dan model persekitaran,

Holland (1973; 1985) telah mengemukakan empat andaian asas yang menjadi teras dan tunjang kepada pembentukan teorinya iaitu:

Yang pertama, dalam budaya Amerika, kebanyakan individu boleh dikategorikan kepada satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). menurut Holland, setiap jenis personality ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini seseorang individu itu dikatakan akan menyukai aktiviti-aktiviti yang lain.

Seterusnya, aktiviti-aktivit ini akan semakin diminati dan minat ini akan mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan yang tertentu. Akhirnya minat dan kecekapan individu tersebut akan membentuk suatu sifat tertentu individu yang mengarahnya untu berfikir, membuat tanggapan dan bertingkah laku dengan cara yang tertentu.
http://halimlading21.wordpress.com

26

Asas yang kedua, terdapat enam jenis persekitaran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). menurut Holland, setiap persekitaran ini akan didominasikan oleh personaliti tertentu dan setiap persekitaran ini akan dikategorikan oleh kedudukan fizikal yang menghasilkan masalahmasalah dan peluang-peluang tertentu.

Misalnya, persekitaran Realistik akan didominasikan oleh Individu jenis Realistik, iaitu sebahagian besar peratusan populasi yang tinggal dalam persekitaran Realistik adalah menyerupai jenis Realistik. Manakala persekitaran Conventional pula akan dikuasai oleh individu jenis Conventional.

Asas yang ketiga pula Holland menyataka bahawa individu akan mencari persekitaran-persekitaran yang membenarkan mereka peluang mengamalkan kemahirankemahiran dan kemampuannya, melahirkan sikap dan nilai-nilai dirinya dan mengambil segala permasalahan dan peranan yang dipersetujui yang wujud dalam persekitaran tersebut. Sebagai contoh individu yang bersifat Realistik aka mencari persekitaran yang Realistik, sementara individu yang bersifat Sosial akan mencari persekitaran berbentuk Sosial sesuai dengan jenis diri masing-masing.

Manakala asas yang terakhir ialah Holland menyatakan bahawa tingkah laku individu adalah ditentukan oleh interaksi antara personaliti da persekitaran. Sekiranya kita mengetahui pola personaliti individu dan pola persekitarannya, secara prinsipnya, dengan menggunakan pengetahuan mengenai jenis personaliti dan model persekitaran,

http://halimlading21.wordpress.com

27

kita boleh meramal beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan tersebut. Ini termasuklah pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian vokasional, kecekapan personal, tingkah laku, pendidikan serta sosial.

Personaliti Realistik adalah jenis individu yang meminati aktiviti-aktiviti yang menggunakan objek, perkakasan, mesin dan haiwan dan tidak suka aktiviti yang banyak menggunakan fikiran. Tingkah laku pula cenderung kepada kerja-kerja berbentuk manual, mekanikal, elektrikal, teknikal dan pertanian. Jenis personaliti ini agak kurang melibatka diri dalam kegiatan sosial. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai sifat-sifat diri seperti pemalu, suka menurut perintah, berterus-terang, materialistik, praktikal, jujur, pemurah dan tekun.

Personaliti investigatif adalah jenis individu yang suka kepada kerja-kerja yang melibatkan penyelidikan, simbolik dan suka menyelidik hal-hal yang berhubung dengan fenomena fizikal dan biogikal dengan tujuan memahami dan menguasai fenomena tersebut. Sebaliknya mereka tidak suka kepada aktiviti-aktiviti yang bersifat sosial. Oleh yang demikian mereka sangat cenderung dan meminati aspek-aspek matematik dan saintifik. Mereka yang berpersonaiti jenis ini juga mempunyai sifat-sifat khusus seperti suka membuat pemerhatian, sangat analitikal, berhati-hati, kritikal, ingin tahu, bebas, introvert, rasional dan tidak popular.

http://halimlading21.wordpress.com

28

Personaliti Artistik pula ialah jenis individu yang meminati aktiviti-aktivit yang berbentuk bebas, tidak bersistematik dan kabur. Tingkah lakunya pula mirip dan cenderung ke arah aktiviti-aktiviti seperti seni, muzik, drama dan juga penulisan. Mereka lebih suka pekerjaan dan suasana artistik kerana pekerjaan dan suasana ini membolehkan mereka melahirkan segala potensi dan kebolehan mereka dengan bebas.

Kebolehan artistiknya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka menganggap dirinya sebagai ekspresif, original, lembut, tidak terikut-ikut, tidak teratur, bebas dan mempunyai kebolehan di dalam artistik dan muzik. Di samping menghargai nilai-nilai estetika, mereka sangat benci kepada aktivit-aktiviti yng berstruktur, rutin atau pekerjaan yang berulang-ulang.

Personaliti sosial pula lebih mengutamakan aktiviti yang memerlukan dan mempengaruhi orang lain kepada bentuk memberitahu, latihan, perkembangan, pemilihan di samping mengelakkan diri daripada aktiviti yang sistematik dan teratur yang melibatkan benda, perkakas dan mesin. Individu ini mempunyai kebolehan di dalam hubungan sosial untuk menyelesaikan masalah.

Holland pula menyatakan bahawa personaliti jenis ini suka menolong orang lain, mempunyai kecekapan mengajar tetapi kurang dalam bidang mekanikal dan juga saintifik. Dengan itu, sudah tentulah mereka mempunyai sifat-sifat seperti kerjasama, suka berkawan, murah hati, lemah lembut, suka menolong, idealistik, baik hati, daya pujukan tinggi, bertanggungjawab serta saling memahami dan bijaksana.

http://halimlading21.wordpress.com

29

Personaliti

jenis

Enterprising

meminati

aktiviti-aktiviti

yang

berbentuk

memanipulasikan orang lain untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu atau keuntungan ekonomi. Mereka sangat bencikan aktiviti berbentuk simbolik dan pemerhatian sistematik. Mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan, interpersonal dan juga daya pujukan tetapi kurang menyerlah di dalam perkara-perkara saintifik.

Sifat-sifat menarik yang terdapat pada diri mereka ialah berusaha bersungguhsungguh untuk memperolehi sesuatu, suka mengembara, bercita-cita tinggi, suka berbahas, ingin menguasai orang lain, suka menonjolkan diri dan suka bercakap.

Personaliti jenis Conventional pula sukakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan data seperti menyimpan rekod, menyimpan dan mengeluarkan semula bahan-bahan,

mengendalikan mesin kira-kira dan memproses data untuk mencapai matlamat ekonomi. Selain daripada itu, mereka tidak suka kepada perkara-perkara yang kabur, bebas dan tidak sistematik.

Mereka mendakwa diri mereka sebagai berperaturan dan mengikut arahan di samping mempunyai kecekapan perkeranian dan perangkaan. Sifat-sifat yang jelas pada mereka meyesuaikan diri dengan keadaan, bersungguh-sungguh dan teliti, cekap, tegas, sopan, tenang dan tidak khayal.

http://halimlading21.wordpress.com

30

2.9 PENTAFSIRAN PROFIL UJIAN VPI

Realistic R

Individu yang mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan haiwan. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari dalam bangunan.

Contoh pekerjaan ialah Jurutera Awam, Jurutera keretapi, operator mesin, Mekanik Kapal Terbang, Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan, Tukang Kayu dan lain-lain.

Investigatif I

Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai, dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerja saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan ialah Ahli Kaji Cuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Argonomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kaji Bumi, Penyelidik Sains, Antropologis dan lain-lain.

http://halimlading21.wordpress.com

31

Artistik A

Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Contoh pekerjaan ialah Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert, Penggubah Lagu, Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun, Penghias rumah, arkitek dan lain-lain.

Sosial S

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan pada orang lain. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

Contoh pekerjaan yang sesuai bagi golongan ini antaranya Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua Sekolah, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor Kerjaya, Kaunselor Peribadi dan lain-lain.

http://halimlading21.wordpress.com

32

Enterprising E

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dan berkebolehan dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan ialah spekulator, Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Jurujual Insurans dan lain-lain.

konvensional C

Jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.

Contoh pekerjaan ialah Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan, Akauntan, Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai Harta, Jurujual Insurans, Kerani Insurans dan lain-lain.

http://halimlading21.wordpress.com

33

BAB III

KEPUTUSAN

Pendahuluan

Didalam bab ini akan memuatkan keputusan kajian untuk menentukan samaada hipotesis yang telah dibina sebelum ini dapat diterima atau sebaliknya. Keputusan yang diperolehi adalah hasil dari penganalisaan data secara diskriptif dan inferensi. Penganalisaan secara deskriptif adalah menggunakan peratusan. Bagi melihat hubungan di antara dua pemboleh ubah digunakan kaedah Korelasi Pearson. Data-data serta hasil pengiraan adalah dibentangkan dalam bentuk jadual.

3.1 penganalisaan data secara diskriptif

Secara keseluruhannya latar belakang subjek dilihat dengan menggunakan analisa diskriptif. Dari segi umur, subjek yang berumur 19 hingga 21 tahun adalah seramai 79 orang iaitu (36.9%). Subjek yang berumur 22 hingga 24 tahun adalah seramai 130 orang iaitu (60.7%). Manakala subjek yang berumur 24 hingga 27 tahun adalah seramai 5 orang iaitu (2.3%). Hasi pengiraannya ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

http://halimlading21.wordpress.com

34

Jadual 3.1 Umur

Umur 19-21 22-24 25-27 Total

Bilangan 79 130 5 214

Peratus 36.9 60.7 2.3 100.0

36.9 60.7 2.3 100.0

36.9 97.7 100.0

Latar belakang subjek dari segi jantina pula, lelaki seramai 58 orang iaitu (27.1 %), manakala perempuan seramai 156 orang iaitu (72.9 %). Hasil pengiraan subjek berlatar belakangkan jantina ditunjukkan melalui jadual di bawah.

Jadual 3.2

Jantina

Jantina Lelaki Perempuan Total

Bilangan 58 156 214

Peratus 27.1 72.9 100.0

27.1 72.9 100.0

27.1 100.0

http://halimlading21.wordpress.com

35

Latar belakang subjek dari segi fakulti pula, FPKI adalah seramai 148 orang, iaitu (69.2 %). FPPP adalah seramai 35 orang, iaitu (16.4 %) dan FUHA seramai 31 orang, iaitu (14.5 %). Hasil pengiraan subjek berlatar-belakangkan fakulti dapat dilihat pada jadual di bawah.

Jadual 3.3

Fakulti

Fakulti

Bilangan KFI 148 FPPP 35 FUHA 31 Total 214

Peratus 69.2 16.4 14.5 100.0

69.2 16.4 14.5 100.0

69.2 85.5 100.0

http://halimlading21.wordpress.com

36

3.2 Penganalisaan data secara inferensi

Penganalisasan data ini dibuat dengan menguji hipotesis-hipotesis yang telah dibina. Data-data yang diperolehi daripada soalselidik IPW dan IMKH dianalisis dengan menggunakan statistik Korelasi Pearson dengan aras signifikan yang telah ditentukan pada .05. Keputusan pengujian hipotesis dinyatakan sepertimana dalam jadual 3.4 hingga jadual 3.9.

Hipotesis 1

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga dan minat kerjaya Realistik

Jadual 3.4 Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna jingga dan minat kerjaya Realistik

Personaliti Warna/Minat Kerjaya Jingga dengan Realistik

dk 214

r -.624**

sig.r .000

K < .05

http://halimlading21.wordpress.com

37

Keputusan kajian menggunakan kaedah korelasi Pearson mendapati bahawa wujud hubungan negatif yang signifikan antara personaliti jingga dengan minat kerjaya Realistik di mana [r (214) = -.624, p < .05]. Oleh itu hipotesis null kajian ini ditolak manakala hipotesis penyelidikan diterima disebabkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Realistik.

Hipotesis 2

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna hijau dengan minat kerjaya Investigatif

Jadual 3.5 Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna hijau dan minat kerjaya Investigatif

Personaliti Warna/Minat Kerjaya Hijau dengan Investigatif

dk 214

r .168*

sig.r .014

K < .05

http://halimlading21.wordpress.com

38

Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti hijau dengan minat kerjaya Investigatif di mana [r (214) = .168, p < .05]. Oleh itu hipotesis null kajian ini ditolak manakala hipotesis penyelidikan diterima disebabkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna hijau dengan minat kerjaya Investigatif.

Hipotesis 3

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna biru dengan minat kerjaya Sosial

Jadual 3.6 Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna biru dan minat kerjaya Sosial

Personaliti Warna/Minat Kerjaya biru dengan Sosial

dk 214

r -.592**

sig.r .014

K < .05

http://halimlading21.wordpress.com

39

Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan negatif yang signifikan antara personaliti biru dengan minat kerjaya Sosial di mana [r (214) = -.592, p < .05]. Maka itu hipotesis null kajian ini juga ditolak dan hipotesis penyelidikan diterima kerana terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna biru dengan minat kerjaya Sosial.

Hipotesis 4

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Artistik

Jadual 3.7 Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna jingga dan minat kerjaya Artistik

Personaliti Warna/Minat Kerjaya jingga dengan Artistik K < .05

dk 214

r -.868**

sig.r .000

http://halimlading21.wordpress.com

40

Hasil kajian mendapati bahawa wujud hubungan negatif yang signifikan antara personaliti jingga dengan minat kerjaya Artistik di mana [r (214) = -.868, p < .05]. Dengan ini hipotesis null kajian ini juga ditolak dan hipotesis penyelidikan diterima kerana terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Artistik.

Hipotesis 5

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Enterprising

Jadual 3.8 Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna jingga dan minat kerjaya Enterprising

Personaliti Warna/Minat Kerjaya jingga dengan Enterprising K < .05

dk 214

r -.551**

sig.r .000

http://halimlading21.wordpress.com

41

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara personaliti jingga dengan minat kerjaya Enterprising di mana [r (214) = -.551, p < .05]. Dengan ini hipotesis null kajian ini gagal diterima, maka hipotesis penyelidikan diterima kerana terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna jingga

dengan minat kerjaya Enterprising.

Hipotesis 6

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna emas dengan minat kerjaya Konvensional

Jadual 3.9 Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna emas dan minat kerjaya Konvensional

Personaliti Warna/Minat Kerjaya emas dengan Konvensional

dk 214

r -.624**

sig.r .014

K < .05

http://halimlading21.wordpress.com

42

Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan negatif yang signifikan antara personaliti emas dengan minat kerjaya Konvensional di mana [r (214) = -.624, p < .05]. Maka itu hipotesis null kajian ini juga ditolak dan hipotesis penyelidikan diterima kerana terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna emas dengan minat kerjaya Konvensional.

3.3 Penutup

Daripada keputusan yang di atas, kajian ini mendapati bahawa hanya terdapat satu sahaja hubungan yang positif, iaitu pada personaliti hijau dengan minat kerjaya investigatif. Manakala lima hipotesis yang lain masing-masing menunjukkan hubungan yang negatif.

http://halimlading21.wordpress.com

43

BAB IV

PERBINCANGAN KAJIAN

Pengenalan

Pada bab ini akan dijelaskan dan dibincangkan tentang dapatan-dapatan kajian yang telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 14.0 berdasarkan hipotesis-hipotesis yang telah dibina. Di dalam perbincangan ini juga akan dikaitkan dengan beberapa kajian lalu yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu.

4.1 Perbincangan Hipotesis

Hipotesis 1

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga dan minat kerjaya Realistik

Merujuk kepada hasil dapatan bagi hipotesis 1, ianya menunjukkan tiada perkaitan di antara personaliti warna Jingga dan minat kerjaya Realistik. Hasil dapatan kajian ini memberi gambaran bahawa minat kerjaya Realistik tidak berkait dengan personaliti warna Jingga seseorang individu.

http://halimlading21.wordpress.com

44

Hipotesis 2

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna hijau dengan minat kerjaya Investigatif

Hasil dapatan bagi hipotesis 2 menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara individu berpersonaliti warna hijau dengan minat kerjaya Investigatif. Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang tinggi antara minat kerjaya investigatif dengan personaliti warna hijau.

Dapatan kajian ini memberi gambaran bahawa mereka yang terlibat dalam bidang kerjaya Investigatif memiliki personaliti warna hijau. Secara tidak langsung dapatan kajian ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Jazimin Bin Jusoh dan Sidek Mohd Noah (dlm Jurnal PERKAMA 10,2003).

Hipotesis 3

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna biru dengan minat kerjaya Sosial

Hasil dapatan kajian bagi hipotesis 3 ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara personaliti warna biru dengan minat kerjaya sosial. Keputusan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa bidang kerjaya sosial itu tidak hanya tertumpu atau sesuai untuk mereka yang berpersonaliti warna biru.
http://halimlading21.wordpress.com

45

Hipotesis 4

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Artistik

Dapatan kajian mendapati bagi hipotesis 4 tidak terdapat hubungan positif yang signifikan di antara personaliti warna Jingga dengan minat kerjaya Artistik. Ini memberikan gambaran jelas bahawa individu yan berpersonaliti warna jingga tidak semestinya meminati bidang kerjaya Artistik, walaupun mereka dilihat cenderung ke arah kerjaya tersebut.

Pengkaji berpendapat bahawa kemungkinan mereka yang berpersonaliti warna Jingga meminati atau lebih berkecenderungan dalam bidang kerjaya Sosial, hal ini adalah kerana subjek kajian adalah merupakan mahasiswa pengajian tinggi dan masih belum terdedah dengan bidang kerjaya sebenar.

Hipotesis 5

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Enterprising

Bagi hipotesis 5, dapatan kajian mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Enterprising. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa individu berpersonaliti warna jingga tidak meminati atau
http://halimlading21.wordpress.com

46

cenderung ke arah kerjaya Enterprising. Hal ini adalah berkemungkinan kerana individu berpersonaliti warna jingga tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang diperlukandalam bidang kerjaya Enterprising.

Hipotesis 6

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna emas dengan minat kerjaya Konvensional

Dapatan kajian bagi hipotesis 6 ini jelas menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara personaliti warna emas dengan minat kerjaya Konvensional.

Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan yang ketara dengan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Jazimin Bin Jusoh dan Sidek Mohd Noah (dlm Jurnal PERKAMA 10,2003), yang mana kajian mereka menunjukkan hubungan positif yang signifikan di antara personaliti warna emas dengan minat kerjaya konvensional.

http://halimlading21.wordpress.com

47

BAB V

KESIMPULAN

Pengenalan

Bab ini akan merumuskan beberapa hasil penemuan kajian secara menyeluruh dengan mengemukakan rumusan kajian, implikasi, keterbatasan kajian serta beberapa saranan untuk diaplikasikan di dalam kajian yang akan datang.

5.1 Rumusan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji dan melihat personaliti warna yang dimiliki oleh mahasiswa di Unisza dan hubung kaitnya dengan minat kerjaya mereka. Subjek kajian yang dipilih adalah daripada mahasiswa tahun akhir, kerana mereka dilihat hampir kepada memasuki dunia pekerjaan selepas tamat pengajian mereka nanti.

Pengkaji turut melihat beberapa pemboleh ubah lain yang mungkin turut berperanan dalam menentukan atau mempengaruhi minat kerjaya mahasiswa. Antara pemboleh ubah lain yang turut diperhatikan ialah fakulti pengajian, bangsa, umur dan juga jantina. Pengkaji juga ingin melihat sejauh mana personaliti warna individu dalam mempengaruhi pemilihan bidang kerjaya yang diminati mereka.

http://halimlading21.wordpress.com

48

Seramai 230 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dari tiga buah fakulti dipilih. Iaitu fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan dan juga Fakulti Undang-undang Dan Hubungan Antarabangsa. Kajian dijalankan dengan mengedar soal selidik mengenai Inventori Personaliti Warna (IPW) dan Inventori minat kerjaya Holland kepada responden dan mengumpulnya kembali selepas diberi masa 30 minit. Walaubagaimanapun, hanya 214 soal selidik yang boleh digunakan kerana baki selebihnya dianggap rosak kerana terdapat kekurangan jawapan responden ke atas item soal selidik tersebut.

Alat kajian yang digunakan adalah terdiri daripada dua jenis soal selidik, iaitu Inventori Personaliti Warna oleh Sidek Mohd Noah. Soal selidik ini mengandungi 100 item yang mewakili empat warna personality iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Penyelidik telah mengubah suai inventori tersebut dengan menukar kedudukan asal item dengan menyusunnya mengikut kategori warna.

Satu jenis inventori lagi digunakan untuk mengukur minat kerjaya responden samaada mereka cenderung ke arah kerja Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan juga Conventional. Inventori yang digunakan ialah Vocational

Preference Inventory (VPI), sebanyak 160 item di dalamnya yang terdiri daripada beberapa jenis kerjaya. Inventori ini tidak diubah keadaan asalnya.

http://halimlading21.wordpress.com

49

Keputusan kajian menunjukkan hanya terdapat satu hubungan positif yang signifikan, iaitu di antara personaliti hijau dengan minat kerjaya Investigatif. Manakala lima hipotesis lain masing-masing menunjukkan hubungan negatif yang signifikan.

Analisis keputusan yang diperolehi bagi setiap hipotesis dalam kajian ini telah dijelas dan dihuraikan melalui statistik inferensi sebagaimana yang telah dikemukakan dalam bab 3 dan dilanjutkan dalam perbincangan di bab 4. Penghuraian melalui statistik inferensi digunakan bagi memerihalkan hasil keputusan menggunakan kaedah analisis korelasi Pearson serta ujian t.

5.2 Limitasi Kajian

Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik tidak dapat mengelak daripada berhadapan dengan aspek-aspek limitasi dalam menjalankan penyelidikan. Diharapkan aspek-aspek limitasi yang akan dibincagkan ini akan dapat membantu pengkaji-pengkaji pada masa akan datang dalam menentukan aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam kajian mereka di samping menjadi garis panduan dalam melaksanakan kajian yang lebih berkesan.

http://halimlading21.wordpress.com

50

Dari segi sampel kajian, saiz subjek kajian boleh dikatakan agak besar, namun dapat dilihat terdapat beberapa ketidakseimbangan pada penyelidik dari segi jumlah subjek kajian mengikut fakulti. Subjek kajian dari fakulti FPKI seramai 148 orang, FPPP seramai 35 orang manakala FUHA hanya seramai 31 orang. Adalah diharapkan pengkaji seterusnya dapat mencari dan seimbangkan di antara saiz subjek kajian.

Pengkaji turut berhadapan dengan karenah subjek kajian yang menjawab soal selidik dengan sambil lewa. Kesan daripada ini, beberapa soal selidik tidak dapat diterima pakai sebagai data dan dianggap rosak. Hal ini mungkin disebabkan oleh dua keadaan iaitu di sebabkan subjek kajian sudah terlalu biasa menjawab soal selidik bagi kajiankajian yang dilakukan sebelumnya.

Manakala sebab kedua ialah berkemungkinan disebabkan oleh sikap subjek sendiri yang menganggap bahawa menjawab soal selidik sebegini hanya membuang masa dan tidak menguntungkan mereka.

Meskipun demikian, secara keseluruhannya subjek kajian didapati telah memberikan kerjasama serta komitmen yang baik untuk menjawab dan menyudahkan borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka di dalam masa yang telah ditetapkan. Ini berkemungkinan kerana, soalan-soalan yang terdapat di dalam soal selidik agak mudah dan tidak memerlukan subjek berfikir lama.

http://halimlading21.wordpress.com

51

Secara keseluruhannya penyelidik masih boleh berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua subjek dan pihak yang terlibat semasa kajian ini dijalankan.

5.3 Saranan-saranan

Berikut akan dikemukakan beberapa saranan yang perlu diambil kira oleh penyelidik akan datang. Saranan-saranan ini diharap akan dapat membantu penyelidik seterusnya dalam usaha untuk menjelaskan dan memahami personaliti warna dengan minat kerjaya tidak hanya di Unisza malahan di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain.

Penyelidik

mengharapkan

penyelidik

seterusnya

agar

menambah

tetapi

seimbangkan saiz subjek kajian di antara jumlah dan juga jantina. Penyelidik seterusnya juga diharap dapat membuat satu kajian baru mengenai personaliti warna dan kepuasan kerjaya. Hal ini adalah kerana kajian sebegini terlalu amat sedikit dijalankan. Dengan ini kajian yang bakal dilakukan nanti boleh memperkukuhkan atau memperbaiki hasil-hasil penemuan yang terdahulu.

Adalah diharapkan dan disarankan juga penyelidik akan datang menitik beratkan soal pemilihan lokasi kajian. Dalam kajian ini penyelidik telah menjalankan soal selidik hanya di Unisza sahaja. Lokasi kajian seterusnya mestilah mengambil kira soal sejauh manakah ianya terdedah dengan kajian-kajian sebelum ini.

http://halimlading21.wordpress.com

52

Langkah ini difikirkan penting bagi mengelakkan subjek kajian berasa bosan untuk menjawab soal selidik yang bakal diedarkan nanti. Meskipun demikian, saranan ini tidak bermaksud agar penyelidik akan datang perlu mencari lokasi-lokasi kajian yang tidak pernah dikaji oleh mana-mana pihak. Memadailah dengan melihat atau meninjau keadaan lokasi kajian secara umum bagi menentukan keberkesanan soal selidik yang bakal ditadbirkan nanti.

Kesimpulan

Melalui kajian ini dapat dikatakan bahawa faktor personaliti warna tidak dapat dijadikan sebagai penyumbang utama kepada kecenderungan seseorang memilih bidang kerjaya yang diminati. Ini dapat dilihat pada dapatan kajian yang menunjukkan bahawa lima hipotesis mempunyai hubungan negatif yang signifikan dan hanya satu sahaja yang mempunyai hubungan positif yang signifikan.

Pada pandangan penyelidik berkemungkinan subjek kajian yang digunakan sudah tidak lagi mengutamakan personaliti warna diri sebagai faktor pengaruh pemilihan kerjaya memandangkan keperluan mencari pekerjaan yang semakin meningkat tidak seiring dengan keperluan tenaga kerja negara.

http://halimlading21.wordpress.com