Anda di halaman 1dari 7

1. Terangkan bagaimana bentuk awan dapat mempengaruhi keadaan cuaca serta kepentingan cuaca kepada manusia.

Pengertian awan Awan adalah sekumpulan wap yang terapung di atmosferaa dan kelihatan putih kelabu.

i.

Kelompok Awan Tinggi

Pada kawasan tropis, awan ini terletak di ketinggian 6-18 km, pada kawasan iklim sedang awan ini terletak pada ketinggian 5-13 km, sedangkan di kawasan kutub terletak pada 3-8 km. Awan yang tergolong ke dalam awan tinggi adalah :

a) Awan Sirrus (Ci)

Awan ini halus, dan berstruktur seperti serat dan bentuknya mirip bulu burung. Awan ini juga sering tersusun seperti pita yang melengkung di langit, sehingga seakan-akan nampak bertemu pada satu atau dua titik horizon.

Awan ini tidak menimbulkan hujan. Awan ini terdiri daripada halbor air yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada atmosfera. Awan Sirus ini ditiupkan angin timuran yang bergelora. Awan ini berwarna putih dengan pinggiran tidak jelas.

b) Awan Sirostratus (Ci-St)

Bentuknya seperti kelembu putih yang halus dan rata menutup seluruh langit sehingga nampak cerah, boleh juga kelihatan seperti anyaman yang bentuknya tidak teratur.

Awan ini juga menimbulkan hallo (lingkaran yang bulat) yang mengelilingi matahari dan bulan yang biasanya terjadi di musim kemarau.

c) Awan Sirokumulus(Ci-Cu)

Awan ini bentuknya seperti terputus-putus dan seperti sekelompok domba dan sering menimbulkan bayangan.

ii.

Kelompok Awan Sedang Pada kawasan tropis awan ini terletak di ketinggian 2-8 km, pada kawasan iklim sedang terletak di ketinggian 2-7 km, sedangkan pada kawasan kutub terletak di ketinggian 2-4 km. a) Awan Altokumulus(A-Cu)

Awan ini kecil-kecil, tapi jumlahnya banyak Awan Altokumulus berwarna kelabu atau putih dilihat pada waktu senja. Biasanya berbentuk seperti bola yang agak tebal. Awan ini bergerombol dan sering berdekatan sehingga nampak saling bergandingan. Tiap-Tiap elemen nampak jelas tersisih antara satu sama lain dengan warna keputihan dan kelabu yang membezakannya dengan Sirokumulus.

b) Awan Altostratus(A-St)

Awan Altostratus berwarna kekelabuan dan meliputi hampir keseluruhan langit. Awan ini menghasilkan hujan apabila cukup tebal. Awan-awan di atas terbentuk pada waktu senja dan malam hari dan menghilang apabila matahari terbit di awal pagi.

iii.

Kelompok Awan Rendah

Awan ini terletak pada ketinggian kurang dari 3 km, yang tergolong ke dalam awan rendah a) Awan Stratokumulus(St-Cu)

Awan ini berbentuk seperti bola-bola yang seringg menutupi daerah seluruh langit, sehingga tampak seperti gelombang. Lapisan awan ini tipis dan tidak menghasilkan hujan. Awan ini berwarna kelabu/putih yang terjadi pada petang dan senja apabila atmosfera stabil.

b) Awan Stratus(St)

Awan ini cukup rendah dan sangat luas. Tingginya di bawah 2000 m. Lapisannya melebar seperti kabut dan berlapis.

iv.

Kelompok Awan Dengan Perkembangan Vertikal Awan ini terletak antara 500-1500 m, yang tergolong dalam awan dengan perkembangan vertikal antara lain :

a) Awan Kumulus(Cu)

Merupakan awan tebal dengan puncak yang agak tinggi. Terlihat gumpalan putih atau cahaya kelabu yang terlihat seperti bola kapas mengambang, awan ini berbentuk garis besar yang tajam dan dasar yang datar.

Dasar ketinggian awan ini umumnya 1000 m dan lebar 1 km.

b) Awan Kumulonimbus(Cu-Ni)

Berwarna putih/gelap. Terletak pada ketinggian kira-kira 1000 kaki dan puncaknya punya ketinggian lebih dari 3500 kaki. Awan ini menimbulkan hujan dengan kilat dan guntur. Awan ini berhubungan erat dengan hujan deras, petir, tornado, dan badai.

Kepentingan cuaca kepada manusia:

Membantu manusia untuk meramal keadaan cuaca di masa akan datang contohnya ramalan cuaca yang bertindak sebagai organisasi mengenalpasti keadaan cuaca.

Membantu manusia dari segi ekonomi, perindustrian, sektor pelancongan, pekerjaan, perdagangan dan pengangkutan.

2. Apakah ciri-ciri fizikal bumi. Seterusnya bandingbezakan ciri-ciri fizikal bumi sekarang dengan ciri-ciri yang mungkin berubah jika bumi berada pada kedudukan diantara planet Zuhal dan Uranus.

Jika bumi berada pada kedudukan diantara planet Zuhal dan Uranus, terdapat beberapa kemungkinan iaitu i. Atmosfera bumi kemungkinan seperti planet Musytari dan Zuhal. Komposisi utama atmosfera ialah hidrogen dan helium dan mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsur hidrokarbon. ii. Komposisi gas berlainan - Gas di bumi akan berubah. gas nitrogen, oksigen, karbon dioksida akan berkurangan disebabkan oleh kedudukan bumi yang berjauhan dari matahari. iii. Bahan semulajadi seperti elemen-elemen di bumi berlainan akibat perubahan suhu. iv. v. Bumi sejuk dalam bentuk pepejal atau gas Manusia tidak dapat bernafas dan tumbuhan tidak dapat hidup akibat kekurangan cahaya matahari.