Anda di halaman 1dari 3

a. Huraikan LIMA (5) definisi Pendidikan Luar dengan mengambil kira pandanganpandangan daripada beberapa tokoh terkemuka.

Setelah itu buat perbandingan antara aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar pada zaman purba dan aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar yang dijalankan pada era moden ini. Perbandingan yang dibuat boleh disertakan dengan contoh-contoh dan gambar-gambar yang menarik.

Pengenalan Pendidikan Luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkat dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Memupuk, menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar juga merangsang peserta kursus menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian dinghi, tali temali, bantu mula, keyakinan di air, survival, snorkeling, pengurusan perkhemahan, wall climbing, orienteering dan sebagainya. Dengan kata lain pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dan aktivitinya dilakukan sebahagian besar di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan pendidikan luar dilihat akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta dapat meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan produk yang benarbenar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerja sama secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.

Definisi Pendidikan Luar Terdapat banyak tafsiran ataupun definisi yang diberikan mengenai konsep pendidikan luar tersebut. Definisi-definisi yang dikemukakan dalam tugasan ini adalah mengambil kira pandangan beberapa tokoh ataupun pakar dari dalam dan luar negara seperti mana yang dijelaskan seterusnya di dalam bahagian ini.

Pendidikan luar adalah berdasarkan falsafah ikhtiar hidup dari tamadun lampau Mesir, India, China, Rom dan Greek. Pendidikan luar dilihat dapat menyemai perasaan muhibbah

dan integrasi nasional dalam kalangan generasi muda masa kini. Di samping itu, pendidikan luar juga dapat menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan. Pelajar mungkin tidak dapat memperolehi pengalaman yang menyeluruh dengan hanya mengikuti P&P di bilik darjah sahaja. Pendidikan luar yang terancang memberi pengalaman yang sebenar yang mengutamakan konsep-konsep seperti berikut: a) Peningkatan pengetahuan b) Kemahiran c) Disiplin d) Keyakinan diri

Nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan diri. Penggunaan persekitaran sebagai makmal hidup yang menyediakan aktiviti terancang melalui kaedah: a) Pemerhatian b) Penyiasatan c) Penyelidikan d) Kerjasama e) Kesepaduan f) Motivasi g) Kreativiti

Menurut Hammerman (1985) menyatakan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenalpasti penglaman yang boleh dipraktikan dalam situasi harian. Walaubagaimanapun, Ford (1981), menyatakan pendidikan luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan P&P dalam kurikulum sedia ada. Knap (1981) pula menambah pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu organisasi.

Definisi seterusnya menyatakan bahawa pendidikan luar merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajarn yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan secara elektif dan bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengelolaan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru. Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait

rapat dengan masa dan tempat. Beliau menyatakan bahawa ruang lingkup pendidikan luar merangkumi aspek-aspek berikut: a) Aplikasi pengalaman di alam luar untuk mendidik dan pembangunan insan (The Outdoor Institute). b) Menarik perhatian kepada penggunaan deria-audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau untuk pemerhatian dan pemahaman (C.A.Lewis 1975, The Administration Of Outdoor Education Programs, Dubuque IA, Kendall-Hunt). c) Menyentuh ketiga-tiga domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran, dan sikap (Phyllis Ford, 1981, Principles dan Practices of

Outdoor/Environmantal Education, New York, Wiley). d) Satu perantaraan yang memberi peluang untuk pendidikan tak formal mengenai perkembangan kendiri dan sosial untuk Edinburgh). e) Satu istilah yang mempunyai maksud yang berlainan kepada manusia, tamadun dan organisasi. Tema yang sama meliputi penekaan ke atas pengalaman terus di alam luar untuk mencapai matlamat kendiri, matlamat sosial, pendidikan, pemulihan serta persekitaraan (Neill 2003). f) Suatu cara pengkayaan kurikulum, di mana proses pembelajaran berlaku di alam luar.Pendidikan luar merangkumi pendidikan persekitaraan, pendidikan konservasi, pendidikan cabaran, perkhemahan sekolah, terapi alam semula jadi dan beberapa aspek rekreasi luar (Edward Leppain 2000). individu dan masyarakat (Outdoor