Anda di halaman 1dari 4

WAHYU PERTAMA RASULULLAH

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...Warahmatullahi wabarakatuh.

KATA ALUAN
Awal kalam dengan Nama Rabbul Izzati
Solawat dan salam kepada junjungan Nabi
dimohon limpahan berkat segala nikmat yang diberi,
Hadirin sekalianDi Pentas bercerita kita bertemu lagi.

Yang dimuliakan;
Tuan pengerusi yang petah berbicara
Panel hakim yang arif sentiasa
Penjaga masa yang siap siaga

Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya,
Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya,
Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya

(Lagu cindai)
Inilah kisah, digua Hirak
Tatkala nabi asingkan diri,
Bagailah mana hendak berzikir
Andainya hidup uptak menentu

Begitulah tajuk cerita yang akan saya sampaikan buat anda sekalian pada pagi yang
berbahagia ini iaitu sebuah kisah al-quran iaitu Wahyu Pertama Rasulullah S.A.W.



Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nabi dan rasul terakhir yang diutus oleh Allah Swt. adalah Nabi Muhammad s.a.w Bin
Abdullah. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah. Baginda merupakan putera kepada
Abdullah & Siti Aminah.

(Lagu nasyid sepohon kayu)
Tersebut kisah Nabi Muhammad,
Dari Bani Hasyim keluarga terhormat,
Diutus Allah membawa rahmat,
Agar selamat dunia akhirat.
Lahir Muhammad di Tahun Gajah,
Tatkala Makkah diserang Abrahah,


Ketika berusia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad suka mengasingkan diri di Gua Hirak. Gua
Hirak terletak tidak jauh dari Jabal Annur. Dari kota Mekah jauhnya kira-kira 5 Kilometer.
Nabi Muhammad beribadat dan mengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada
masyarakat Arab yang tidak bermoral. Nabi Muhammad menguzlahkan diri di Gua Hira dan
mendekatkan diri dengan Allah. Dengan itu, ia dapat mempertahankan iman Nabi Muhammad
s.a.w.
Firman Allah dalam surah Ad-Dhuha ayat 7:
EEE}44 ".= OEE_ ^_
Dan didapatinya Engkau mencari-cari (jalan Yang benar), lalu ia memberikan hidayah
petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

Hadirin sekalian,
Bagaimana pula dengan umat Nabi Muhammad pada zaman ini? Ciri-ciri masyarakat jahiliah
pada masa itu telah menular dengan hebat pada zaman sekarang. Gejala keruntuhan moral
seperti berzina, membuang dan membunuh anak, riba dan sebagainya menjadi nanah di dalam
masyarakat Islam. masyaallah innalillahastagfirullah.ish..ish..ish.. Sungguh sedih...Moga
kita semua terpelihara.

Satu peristiwa penting telah berlaku menjelang 17 Ramadhan 610 Masihi, Malaikat Jibril
datang memeluk Nabi sambil berkata Bacalah. Jawab Nabi Aku tidak dapat membaca
Lantas Malaikat memegangi dan merangkul Nabi hingga sesak kemudian melepaskannya dan
berkata lagi Bacalah. Jawab NabiAku tidak bisa membaca. Lantas Malaikat memegangi
dan merangkulnya lagi sampai ketiga kalinya sampai Nabi merasa sesak kemudian
melepasknnya. Setelah kali ketiga, jawapan baginda tetap sama, Jibril akhirnya berkata
4O^~- c) El)4O Og~-.-
4-UE ^
4-UE =}=Oee"- ;}g` -U4N ^g 4O^~-
El4O4 N4O^- ^@ Og~-.- =^U4
U^) ^j =^U4 =}=Oee"- 4`
uu4C ^)
Maksudnya: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar
manusia dengan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Kawan-kawan, inti pati surah al-Alaq adalah amanah sulung Allah untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan. Bermula dari pengisytiharan Iqra oleh Jibril pada malam yang penuh berkat
tersebut, sejarah manusia berubah wajah. Banyak kemajuan kini seperti bidang sains,
teknologi, geografi, matematik dan seumpamanya adalah bersumber daripada usaha-usaha
awal umat Islam yang digerakkan oleh wahyu pertama, Iqra. Oleh itu, kita perlu banyak
membaca buku supaya mendapat ilmu dan menjadi pandai. Umat yang berjaya adalah kerana
mereka berilmu dan mengamalkan ilmunya.

Para hadirin sekalian,
Setelah berlaku peristiwa itu, Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar, lalu
diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Diceritakan kepada Khadijah
tentang kejadian yang telah berlaku. . Selepas itu dia membawa Rasulullah saw bertemu
dengan Waraqah Bin Naufal, seorang pendeta Nasrani. Setelah diceritakan peristiwa
tersebut kepadanya, tahulah Waraqah bahawa itu merupakan tanda bahawa Rasulullah saw
telah dipilih oleh Allah swt sebagai seorang Nabi dan Rasul bagi menyampaikan agama
Islam kepada seluruh manusia dan jin.

Al-Quran menceritakan melalui firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 146:

4g~-.- N_4LuO>-47 =U4-^-
+O4^O@Ou4C EE 4pO@Ou4C
-47.E4 W Ep)4 LC@O _uLg)`
4pO+-'4O E-E^- -4 4pOU;4C
^jg
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta
mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-
anak mereka sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan
kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan Yang demikian).

Kawan-kawan semua, anak-anak remaja kini segelintirnya mengalami masalah keruntuhan
akhlak. Mereka seharusnya diberikan nasihat supaya mereka hidup berpandukan ajaran
Islam yang membawa ke jalan yang benar. Sebagai penganut ajaran Islam , kita harus berikir
sebelum melakukan sesuatu perkara. Kita perlu meminta nasihat daripada mereka yang lebih
pandai dari kita agar kita berjaya menjadi manusia berguna.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan Rasul terakhir
mengajar manusia dan jin ke jalan yang lurus dan pembawa rahmat iaitu Islam. Firman
Allah dalam surah An-Nisaa ayat 79:
.E` El4= ;}g` lO4L=OEO =}g *.- W
.4`4 El4= }g` lOEjOEc }g
ElO^^^ _ ElE4UEcO4 +EELUg
LOc4O _ _O>E4 *.) -4OjgE+ ^__
Apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah;
dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
dan Kami telah mengutus Engkau (Wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia
sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang
membuktikan kebenaran hakikat ini).

Namun, kawan-kawan semua, terdapat juga mereka yang tidak beriman kepada Allah swt
pada masa kini. Ada juga yang murtad iaitu keluar daripada agama Islam kerena disesatkan
oleh Syaitan. Kita wajib yakin sepenuh hati bahawa Rasulullah saw adalah nabi akhir
zaman. Kita bersyukur kerana negara kita menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.


Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt dan
mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Moga kita
menjadi insan yang masuk ke dalam syurga Allah swt kelak.

Sekian, Wabilahhi taufik walhidayah wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai