Anda di halaman 1dari 1

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL KOD KURSUS : BBR 34203 KURSUS : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEK.

RENDAH TUGASAN : KRITIKAN/ ANALISIS ARTIKEL (INDIVIDU)

A. KRITIKAN ARTIKEL Dapatkan satu artikel Bahasa Inggeris dari jurnal atau online journal dalam apa-apa bidang (bebas). Artikel tersebut mestilah berbentuk emerical study (contohnya mempunyai data kuantitatif yang dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan analisis secara statistik) dan diterbit pada tahun 2004 ke atas. Anda diminta menganalisis dan memberi kritikan terhadap artikel tersebut dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. B. TUJUAN TUGASAN Tujuan tugasan ini adalah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menganalisis dan mengkritik bahan-bahan bacaan yang diperolehi. Di akhir tugasan ini, pelajar akan dapat: 1) Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal 2) Memilih maklumat yang penting untuk penulisan 3) Menyebarkan maklumat melalui penulisan ilmiah. C. FORMAT TUGASAN 1) Muka hadapan 2) Kritikan/ Analisis 3) Lampiran (salinan artikel asal) *anda dibenarkan membuat tambahan sub-topik yang bersesuaian FORMAT PENULISAN 1) Times New Roman, font 12; 11/2 spacing, normal margins 2) Muka hadapan (seperti dilampirkan) 3) Jumlah muka surat tidak melebihi 2-3 muka surat (tidak termasuk muka hadapan dan lampiran) D. PEMARKAHAN Jumlah markah tugasan adalah 10% *Jika anda didapati plagiat/ meniru tugasan, maka tiada markah yang akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak. E. TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN Selewat-lewatnya sebelum pertemuan yang ketiga (13-20 March 2014). Kelewatan menghantar tugasan pada waktu yang telah ditetapkan akan ditolak markah.