Anda di halaman 1dari 1

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL KOD KURSUS : BBR 34203 KURSUS : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEK.

RENDAH PROJEK (KUMP) : POSTER: PROPOSAL KAJIAN

A. POSTER: PROPOSAL KAJIAN Berdasarkan proposal kajian yang telah anda bangunkan, anda diminta untuk menghasilkan satu poster yang bertepatan dengan proposal tersebut untuk dihebahkan kepada warga sekolah anda. B. OBJEKTIF TUGASAN Tujuan tugasan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada teknik menyampaikan sesuatu proposal kajian dalam bentuk poster. Penghasilan poster adalah untuk memaklumkan kepada pihak sekolah termasuk guru-guru, kanak-kanak dan ibu bapa tentang proposal kajian yang ingin dijalankan agar kerjasama semua pihak diperolehi demi menjayakan kajian yang bakal dijalankan. Poster yang dihasilkan mestilah dalam bentuk yang menarik. Di akhir tugasan ini, pelajar akan dapat: 1) Mengenalpasti maklumat yang perlu dimasukkan dalam poster 2) Menyampaikan maklumat ilmiah dalam bentuk yang lebih menarik 3) Menggunakan perisian tertentu untuk penghasilan poster 4) Menghasilkan sebuah poster yang bertepatan dengan proposal yang telah dibangunkan C. FORMAT PENGHANTARAN: 1) Kertas A4 (Glossy) 2) Cetakan berwarna 3) Softcopy (tidak melebihi 1MB, dihantar ke DROPBOX atau GOOGLE DRIVE) 4) Hardcopy (dikepilkan bersama tugasan proposal kajian di halaman Lampiran) D. PEMARKAHAN Jumlah markah tugasan adalah 10%.

E. TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN Selewat-lewatnya pada pertemuan yang terakhir (18 Mei 2015). Kelewatan menghantar tugasan pada waktu yang telah ditetapkan akan ditolak markah.

Anda mungkin juga menyukai