Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
UNIT : PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 Pensyarah : Encik Mohd Rafi bin Ghazali Pelajar : Azliza binti Mohamed Nurhaimi binti Abdul Rahman Nur Hafizah binti Bachok Ramizah binti Mahmood
Set Induksi Perkembangan o Kemahiran Peneguhan o Kemahiran menerangkan Ilustrasi o Kemahiran Menggunakan Papan Tulis o Kemahiran Variasi Rangsangan o Kemahiran Menyoal
Penutup
oKesimpulan
oPenilaian oTugasan oUlasan Kendiri
oObjektif Pengajaran
oIsi Pelajaran
Kemahiran lisan merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang lain iaitu membaca dan menulis
Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakanaktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan.
Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)
kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
c. Guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu : a. Murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan b. Guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.
b. Murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan c. Apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan d. Berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (a c), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya
Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk muridmurid yang lemah) dan aktiviti pengayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).
Kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur mempunyai objektif dan langkahlangkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti yang perlu dipatuhi oleh guru yang mengajar. Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR adalah untuk membolehkan murid-murid:
i.
Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan seharihari sama ada di dalam atau di luar sekolah; ii. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 1983 :3)
Objektif pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM adalah untuk membolehkan murid-murid : i. Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media massa; ii. Bertutur dengan fasih dan lancar serta memberi pendapat dan hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi.
Berdasarkan KSSR, objektif standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid-murid tahun 1 mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) adalah seperti berikut: i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul; iii. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat; iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
v. Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul; vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang di dengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan viii.Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.
Sehubungan itu, penyediaan langkahlangkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ketiga-tiga langkah tersebut ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya ( Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin, Fatimah Abd. Rahman, 1992:21-22) Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat, iaitu: i. Peringkat pramendengar (sebelum) ii. Peringkat semasa mendengar (semasa) iii. Peringkat selepas mendengar (selepas)
Peringkat Pramendengar
i. guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar. ii. Seterusnya , guru memberi gambaran yang menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan . iii. Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan ransangan dalam keadaan baik serta mencukupi. iv. Akhirnya, guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.
Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur atau digabungjalinkan dengan kemahiran membaca dan menulis. Pelbagai teknik yang menarik minat muridmurid boleh dijalankan oleh guru misalnya, teknik bercerita, soal jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian.
Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang berbeza ( Radiah Nordin dan Maimunah Samat, 1992 : 48-49, iaitu : a) Peringkat persediaan ( sebelum) b) Peringkat pelaksanaan aktiviti ( semasa) c) Peringkat susulan dan penilaian ( selepas)
Pada peringkat persediaan, terdapat tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu: i. Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau melakukan tunjuk cara serta memberi contoh. ii. Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti contohnya, kad kiu, kertas edaran dan peralatan lain yang mungkin diperlukan, iii. Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.
Pada peringkat pelaksanaan aktiviti, terdapat dua perkara yang dilaksanakan iaitu :
i. Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan ii. Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang menjalankan aktiviti.
Secara umumnya, bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada dua jenis, iaitu 1) Bahan pengajaran - Bahan yang digunakan oleh guru ( carta,graf,peta,model,gambar,slaid,radio, dsb) 2) Bahan pembelajaran - Bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran ( buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, dsb)
(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar - Tiga perkara penting dalam proses pengajaran
iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. - Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. - Antara prinsip yang perlu dipatuhi dalam penyediaan bahan ialah mudah kepada sukar, konkrit kepada abstrak, khusus kepada umum.
- Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu perlu mengandungi maklumat (fakta) yang tepat.
- bahan bantu mengajar berkenaan juga perlu mengandungi arahan yang jelas
KONSEP
Mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar
Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, Melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pembelajaran. ASPEK YANG DINILAI : Kefahaman konsep Pengetahuan fakta Pemikiran peringkat tinggi Kecekapan mendengar Penggunaan bahasa yang tepat Gaya persembahan / Kelancaran bahasa
Jenis Penilaian
Penilaian formatif Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Penilaian sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang p dengan p lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.
KAEDAH PENILAIAN
Lisan Penulisan Pemerhatian
RUJUKAN
http://www.scribd.com/mawar_sue/d/813286 19-Prinsip-Pembinaan-Instrumen-PenilaianKemahiran-Mendengar-Dan-BertuturPRESENTATION-BM Tuan Jah Tuan Yusof PhD, Faridah Nazir PhD,Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, Siri Pengajian Bahasa Melayu, Penerbitan Multimedia.