Anda di halaman 1dari 3

A) Senarai perkataan emosi. Berikan huraian maksud bagi setiap perkataan tersebut?

Terdapat lebih daripada 2000 kalimah atau perkataan yang melambangkan tentang emosi dan perasaan. Emosi boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu emosi yang berbentuk positif dan emosi yang berbentuk negatif.

Antara emosi positif ialah :

1) Gembira

perasaan ini menunjukkan seseorang berada di dalam keadaan suka, bahagia dan jiwanya ceria. Emosi ini mampu dilihat melalui perlakuan ataupun bahasa tubuh seperti muka tersenyum.

2) Yakin:

Perasaan yang menjadikan individu lebih berani melakukan sesuatu tanpa peduli kepada pandangan orang lain, dengan kata lain percaya terhadap kemampuan diri.

3) Ceria :

Situasi bagi seseorang yang berada dalam suasana yang menggembirakan dan suka.

4) Senang :

emosi ini menggambarkan seseorang tidak berada di dalam sebarang masalah atau tiada halangan untuk melakukan sesuatu perkara.

5) Puas hati : Perasaan senang hati,lega dan bahagia kerana telah berjaya melakukan sesuatu perkara atau matlamat yang diusahakan memdatangkan hasil. 6) Minat : sifat yang menunjukkan tertarik dan berkeinginan terhadap sesuatu 7) Keriangan : dikaitkan dengan kejadian yang menghasilkan outcome yang diingini samaada kejayaan peribadi dan perkaitan interpersonal

8) Cinta : perasaan atau berperasaan sangat sayang. 9) Bangga : dikaitkan dengan perasaan megah atau besar hati 10) Kagum : berasa amat tertarik atau kagum terhadap sesuatu, peristiwa ataupun orang.

Antara bentuk sifat negatif : 1) Sedih : hati merasa pilu atau berdukacita terhadap sesuatu peristiwa seperti kematian 2) Kecewa : perasaan hampa atau dukacita apabila cita-cita tidak tercapai seperti harapan atau kehendak. 3) Marah : perasaan panas hati , berang, murka atau gusar seperti perasaan apabila mengetahui diri ditipu 4) Pesimistik : bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, segera berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu) atau lawan kepada optimis. 5) Dengki : kebencian atau kemarahan kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat. 6) Cuak : perasaan menakutkan ataupun mencemaskan 7) Curiga : perasaan was-was, syak wasangka atau sangsi 8) Gelisah :perasaan tidak tenang, tidak tenteram dan risau. 9) Jijik : meluat, mual,keji atau tidak suka melihat terhadap sesuatu. 10) Antipati : rasa benci atau tidak suka pada sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai