Anda di halaman 1dari 3

NAMA : Izz Adam KELAS : 3 Elit

SOALAN 1 (Cara 1: Kaedah Standard) Cikgu Sarah : Adakah anda sering gagal atau lulus dalam subjek Matematik? Izz : Lulus

Cikgu Sarah : Tahniah. Jawapannya betul tetapi saya mahu tahu dengan lebih lanjut bagaimana anda menambah. Izz : 8 tambah 5 sama dengan 13. (Dia menulis 3 di bawah garisan di bawah 5 iaitu pada rumah sa, manakala 1 pula ditulis di atas 8 pada rumah puluh). 1 tambah 2 sama dengan 3 dan 3 tambah 1 sama dengan 4. Cikgu Sarah Izz : Jadi, berapakah jumlah keseluruhannya? : 4 puluh 3.

SOALAN 2 (Cara 1: Kaedah Standard) Cikgu Sarah : Tahniah. Jawapannya betul tetapi saya mahu tahu dengan lebih lanjut bagaimana anda menambah. Izz : 9 tambah 8 sama dengan 17. (Dia menulis 7 di bawah garisan di bawah 8 iaitu pada rumah sa, manakala 1 pula ditulis di atas 9 pada rumah puluh). 1 tambah 5 sama dengan 6 dan 6 tambah 9 sama dengan 15. (Dia menulis 5 di bawah garisan di bawah 9 iaitu pada rumah puluh, manakala 1 pula ditulis di atas 2 pada rumah ratus). 1 tambah 2 sama dengan 3 dan 3 tambah 5 sama dengan 8. Cikgu Sarah : Jadi, berapakah jumlah keseluruhannya? Izz : 8 ratus 5 puluh 7.

SOALAN 3 (Cara 1: Kaedah Standard) Cikgu Sarah : Tahniah. Jawapannya betul tetapi saya mahu tahu dengan lebih lanjut bagaimana anda menolak. Izz : 2 lebih kecil daripada 8 jadi tidak boleh tolak. Pinjam 1 puluh daripada 7. (Dia memangkah 7 dan menulis 6 di atas 7). 10 tambah 2 sama dengan 12. (Dia memangkah 2 dan menulis 12 di atas 2). 12 lebih besar daripada 8. 12 tolak

8 sama dengan 4. 6 tolak 1 sama dengan 5.


Cikgu Sarah : Jadi, berapakah baki yang tinggal? Izz : 5 puluh 4.

SOALAN 4 (Cara 1: Kaedah Standard) Cikgu Sarah : Maaf. Anda telah silap dalam menjawab soalan ini. Bolehkah anda terangkan bagaimana anda menjawab soalan ini. Izz : 7 darab 6 sama dengan 57. (Dia menulis 7 di bawah garisan di bawah 7 iaitu pada rumah sa, manakala 5 pula ditulis di atas 2 pada rumah puluh). 2 darab 7 sama dengan 14. 14 tambah 5 sama dengan 19. Cikgu Sarah : Jadi, berapakah hasil darab yang anda dapat? Izz : 1 ratus 9 puluh 7.

SOALAN 5

Cikgu Sarah

: Tahniah. Anda telah melukis gambarajah dengan baik dan cantik. Bolehkan
anda terangkan maksud gambar rajah yang anda lukis.

Izz

: Ada 5 kotak. Kotak pertama mengandungi 3 biji buah ceri. Kotak kedua mengandungi 3 biji buah ceri. Kotak ketiga mengandungi 3 biji buah ceri. Kotak keempat mengandungi 3 biji buah ceri. Kotak kelima juga mengandungi 3 biji buah ceri.

Cikgu Sarah : Jadi, berapa biji buah epal kesemuanya? Izz : 15 biji buah epal.

Cikgu Sarah : Bolehkah anda terangkan kaitan 5 x 3 dengan gambarajah yang telah anda lukis. Izz : Ada 5 kumpulan kotak. Setiap kotak mengandungi 3 biji buah ceri. Jadi, 5 kumpulan kotak yang mempunyai 3 biji buah ceri.

Anda mungkin juga menyukai