Anda di halaman 1dari 6

Dikemukakan oleh Chomsky (1968) dan rakan-rakan sebagai respons

terhadap kekurangan yangterdapat dalam teori behaviorisme. Menurutnya, adalah mustahil bagi seseorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun menguasai bahasa pada tahap yang begitu kompleks dengan hanya mendengar bahasa orang dewasa dan mengingatinya.

Beliau berpendapat kanak-kanak bukan sahaja menghafal input bahasa


satu per satu, malah mereka juga belajar peraturan-peraturan bahasa.

Maksudnya, bayi dilahirkan dengan kesediaan untuk belajar sesuatu bahasa. Menurutnya, bayi mempunyai satu mekanisme yang dikenali sebagai the language acquisition device (LAD) yang terdiri daripada kategori tatabahasa asas & satu set peraturan yang dikongsi oleh semua bahasa.

Menurut teori ini, LAD hanya beroperasi apabila kanak-kanak didedahkan


kepada sesuatu bahasa.

Menurut teori ini, kualiti input bahasa orang dewasa tidak penting & orang dewasa tidak perlu mengajar bahasa/ memperkukuhkan penggunaanya.

Apabila , kanak- kanak didedahkan kepada input bahasa, LAD akan


mengambil alih untuk membantu kanak-kanak memperoleh peraturanperaturan bahasa. Sebaik sahaja peraturan dikuasai , kanak-kanak akan memahami dan menghasilkan bahasa.

KELEBIHAN
Teori ini dapat memberi penjelasan terhadap fakta bahawa hampir semua kanak-kanak berupaya berbahasa tanpa latihan khas.

Teori ini juga dapat menjelaskan mengapa kanak-kanak menguasai bahasa dengan begitu cepat, seolah-olahnya mereka tidak diprogramkan sejak lahir untuk memproses peraturan-peraturan bahasa

KELEMAHAN
Menurut teori ini, input bahasa tidak memainkan peranan penting. Pada hakikatnya, kajian-kajian terhadap interaksi ibu bapa & anak menunjukkan bahawa, ibu bapa sering

menyesuaikan bahasa yang digunakan ketika berinteraksi dengan anak yang kecil.

Teori ini hanya berjaya menerangkan bagaimana kanak-kanak memperoleh sintaksis

bahasa, namun tidak dapat menjelaskan bagaimana elemen-elemen lain seperti peraturan
morfologi, semantik / pragmatik diperoleh.

Teori ini tidak memberi harapan yang tinggi untuk ibu bapa atau guru yang ingin membantu kanak-kanak yang bermasalah bahsa memandangkan kanak-kanak tersebut mempunyai LAD yang defektif sejak lahir.

Anda mungkin juga menyukai