Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI PANTUN

Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya .Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu .Ia bertujuan memperindahkan lagi sesuatu ucapan . Dalam konteks ini,pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaaan sendiri. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya .Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu .Ia bertujuan memperindahkan lagi sesuatu ucapan . Dalam konteks ini,pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaaan sendiri. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara.Orang melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap .Selain itu,pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa , kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan,dan sebagainya. Di samping itu,pantun mempunyai peranan tersendiri iaitu ,pantun merupakan adat memelihara bahasa ,menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir.pantun melatih seorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar.Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif.Bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.

Pantu juga merupakan warisan orang melayu sejak dari dahulu lagi.Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihatkan cipta pemikiran dan falsalah masyarakat melayu tradisional yang tinggi ,asli dan bernilai seni nusantara.Orang melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap .Selain itu,pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa , kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan,dan sebagainya. Di samping itu,pantun mempunyai peranan tersendiri iaitu ,pantun merupakan adat memelihara bahasa ,menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir.pantun melatih seorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar.Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif.Bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Pantu juga merupakan warisan orang melayu sejak dari dahulu lagi.Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihatkan cipta pemikiran dan falsalah masyarakat melayu tradisional yang tinggi ,asli dan bernilai seni
Ciri-ciri umum Pantun Bentuk Bilangan baris - baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis pantun iaitu pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat. Pembayang maksud dan maksud. Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah maksud. Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris. Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku kata. Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal. Pantun 4 kerat rima akhirnya ialah a-b-a-b iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.

Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat Pergi Ke sini.Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait Pergi Ke sini.Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa". Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan

Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.