Anda di halaman 1dari 3

Ilmu baru melalui pemerhatian Ini merupakan kali pertama saya berada di sebuah sekolah di mana hanya terdapat

pelajar lelaki. Oleh itu saya mendapati pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah disipling mereka sedikit berbeza dan lebih tegas dan kasar. Hal ini kemungkinan kerana para pelajar di sini kadangkala berada di luar kawalan dan hanya boleh dikawal menggunakan kekerasan. Kemudian, semasa saya menjaga kelas tahun lima pada saya mendapati bahawa tempoh perhatian mereka sangat singkat dan jika guru tersebut tidak bersikat tegas dari awal, para pelajar tidak akan gerun akan cikgu tersebut. Selain daripada itu, saya belajar cara-cara mengajar Bahasa Inggeris secara tidak langsung mengguanakn pelbagai aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar seperti menyanyi Nursery Rhymes yang

dilaksanakan setiap hari selasa sebelum perhimpunan. Aktiviti ini bukan sahaja berfaedah, malah masa pelajar tidak terbazir begitu sahaja dan secara tidak langsung mereka memeplajari beberapa aspek bahasa seperti kosa kata dan pembinaan ayat yang ringkas.

Ilmu baru melalui senarai semak Melalui senarai semak ini, saya telah belajar aspek-aspek yang perlu diberi perhatian semasa mengadakan sebarang lawatan ke sekolah terutamanya bagi Pengamalan Berasaskan Sekolah (PBS). Kriteria senarai semak ini telah membantu saya menganalisis situasi sesebuah sekolah dari beberapa perspektif yang berbeza. Kadang-kadang keputusan melalui pemerhatian tidak semestinya sama seperti yang didapati melalui temu bual. Selain daripada itu, dengan adanya senarai semak ini, saya dapat pastikan kerja yang dilaksanakan sentiasa sistemetik dan selaras degan maklumat yang diperlukan. Saya belajar bahawa semasa melaksanakan sebarang aktiviti, adalah penting untuk menyediakan satu senarai semak agar kita tahu apakah fokus kita dan apa yang diperlukan agar tidak tersimpang daripada misi asal selain daripada segala maklumat penting yang diperlukan dapat kita pastikan ada dan disemak.

Ilmu baru melalui temu bual Perkara utama yang telah saya pelajari melalui proses temu bual adalah kemahiran berkomunikasi. Jika kita mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, ia akan memudahkan kita untuk berhubung dengan orang lain. Sikap ramah akan membolehkan sesiapa sahaja bergaul dengan kita. Selain daripad itu, proses menyediakan soalan untuk temubual telah melatih diri saya untuk berfikir secara lebih mendalam untuk mencari isu-isu yang berkaitan dengan sekolah dan alam pembelajaran. Melalui temu bual yang telah dilaksanakan, saya dapati bahawa kebanyakkan pelajar disini terdiri daripada keluarga yang sederhana dan juga miskin. Hal ini menyumbang kepada masalah disiplin pelajar terutamanya ponteng sekolah kerana ibu bapa mereka tidak terdidik dan tidak sedar akan kepentingan pedidikan. Sata turut belajar cara-cara saya boleh memperbaiki diri saya sebagai seorang guru setelah meneliti langkah-langkah dan tidakan yang diambil oleh para guru untuk mengatasi masalah para pelajar dan juga dalam meningkatkat prestasi mereka.

Anda mungkin juga menyukai