Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 6 September 2013 melakarkan perubahan yang besar kepada dasar pendidikan kebangsaan, antaranya adalah bertujuan memupuk identiti nasional dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum bagi mencapai cabaran abad ke-21. 1. Bincangkan secara eksklusif sejauh manakah hasrat untuk membina masa depan Malaysia tersebut dapat direalisasikan berdasarkan kepelbagaian latar belakang etnik, sosiobudaya, sosioekonomi dan agama.

1.1 Pengenalan Aspek pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk kemajuan dan keharmonian sesebuah negara. Tidak hairanlah jika semua negara maju melaburkan berbilion-bilion ringgit dalam sektor pendidikan. Tidak ketinggalan juga negara kita. Hal ini kerana proses pembelajaran yang berlaku tidak kira di luar atau di dalam bilik darjah merupakan pengukur kemajuan sesebuah negara di masa akan datang. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad (1991) pernah berkata semasa pelancaran Wawasan Negara 2020. "Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini . Penyataan ini jelas membuktikan bahawa kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Pada dasarnya, negara yang rakyatnya mempunyai pendidikan yang tinggi dan berkesan akan menikmati kesenangan hidup yang harmoni dari pelbagai aspek. Sebagai contoh aspek ekonomi, kemudahan asas, pembangunan, pengangkutan dan keamanan.
1

Terdapat banyak perdebatan dilakukan oleh pelbagai pihak dalam mencari dan menyediakan sistem pendidikan yang terbaik untuk generasi muda bagi menghadapi cabaran masa kini. Ibu bapa dan masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada warga pendidik terutama guru dalam memberi pendidikan sewajarnya kepada anak-anak. Sudah semestinya satu sistem pendidikan yang baik perlu dirangka dengan serta merta bagi menghadapi arus global yang bergerak pantas. Walaubagaimanapun semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan segala perancangan yang dirangka mencapai matlamat yang ditetapkan. Pihak

kementerian, warga pendidik, masyarakat dan murid sendiri perlu memberi komitmen sewajarnya. Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah menjalankan kajian semula sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sebelum. Pelbagai dapatan telah direkodkan untuk dikaji baik buruk sistem pendidikan terdahulu. Tujuan kajian tersebut tidak lain dan tidak bukan untuk menambah baik sistem pendidikan negara. Hasilnya terciptalah Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Penambahbaikan yang dibuat adalah berdasarkan standard peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam menghadapi cabaran global masa kini. Terdapat pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan tersebut, antaranya ialah UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian juga meliputi pimpinan sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibentuk bagi menilai sistem pendidikan sebelum ini yang mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan aras standard antarabangsa. Tujuannya supaya sistem pendidikan negara mampu melahirkan insan yang boleh bersaing di peringkat global. Pelan ini juga bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan dalam pelbagai aspek. Pelan Pembangunan Pendidikan juga mensasarkan 11 anjakan strategik yang perlu dilaksanakan semua lapisan yang terlibat untuk mencapai visi yang ditetapkan. Usaha yang dilaksana diharapkan dapat difahami oleh semua pihak dan
2

bersama-sama membantu pihak kementerian demi kebaikan generasi negara pada masa hadapan. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 6 September 2013 melakarkan perubahan yang besar kepada dasar pendidikan kebangsaan, antaranya adalah bertujuan memupuk identiti nasional dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik, sosiobudaya, sosioekonomi dan agama di Malaysia memberi cabaran yang besar dalam membina masa depan Malaysia. Untuk menilai sejaumana hasrat masa depan Malaysia tersebut dapat direalisasikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, ia perlu dinilai berdasarkan empat aspek iaitu aspek kepelbagaian latar belakang etnik, sosiobudaya, sosioekonomi, dan agama. 1.2 Kepelbagaian Latar Belakang Etnik Dari aspek kepelbagaian latar belakang etnik, seperti mana yang kita tahu negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Konsep etnik secara umumnya mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Sebagai contoh orang Melayu memiliki ciri-ciri fizikal Melayu seperti berkulit sawo matang berketinggian sederhana dan berbadan tegap. Etnik juga boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, kepercayaan, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi, orientasi politik dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Perbezaan latar belakang etnik merupakan satu cabaran dalam memupuk identiti nasional dan perpaduan. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda terutamanya bagi kanakkanak dibangku sekolah. Justeru itu, pendidikan masa kini dilihat sebagai satu
3

wadah yang penting dalam mewujudkan perpaduan dalam masyarakat bermula peringkat akar umbi. Hal ini kerana, dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu ia perlu dibentuk sejak dari awal persekolahan kanak-kanak lagi. Perihal ini bertujuan bagi melahirkan perasaan cinta akan tanah air serta bersatu padu dalam menyumbang tenaga bagi mencapai misi taraf negara maju menjelang wawasan 2020 tanpa mengira perbezaan dari segi latar belakang etnik dan kaum. Antara kaedah yang dilakukan kerajaan dalam meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik ialah dengan meningkat kemahiran bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsan (SJK) Cina dan Tamil. Salah satu daipada tujuannya ialah untuk memudahkan peralihan ke sekolah menengah (SMK). Apabila murid daripada kaum Cina dan India menguasai dengan baik bahasa Malaysia ketika di sekolah rendah, mereka mampu berinteraksi dengan cemerlang dengan rakan pelbagai bangsa di sekolah menengah. Kemahiran berbahasa Malalysia juga amat penting untuk menjalin perpaduan yang erat. RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) merupakan ilham bekas perdana menteri Malaysia kelima Y.A.B. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Sekarang, RIMUP diberikan pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain. RIMUP sebenarnya memfokuskan kepada usaha menggalakkan murid pelbagai kaum berinteraksi melalui aktiviti sukan dan kukurikulum. Sebagai contoh dalam persatuan pengakap murid pelbagai kaum berinteraksi bersama semasa belajar dan membuat aktiviti. Selain itu, kerajaan juga perkenalkan komponen khidmat komuniti yang diwajibkan di sekolah. Khidmat komuniti memerlukan murid berkhidmat kepada komuniti (masyarakat) secara sukarela. Sebagai contoh, membersihkan sungai yang kotor, menanam tumbuhan hijau dan mengecat rumah orang tua. Aktiviti sebegini mampu menjalin hubungan yang erat dalam kalangan murid pelbagai kaum. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berlaku dalam tiga gelombang. Dalam gelombang pertama (2013-2015) fokus diberikan untuk
4

menyediakan asas perpaduan. Tumpuan diberikan untuk memudahkan peralihan bahasa pengantar bahasa Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) ke pengantar bahasa Malaysia semasa di Sekolah Menengah. Gelombang kedua (2016-2020) pula bertujuan untuk meningkatkan intervensi bagi memupuk perpaduan. Antaranya ialah dengan memperluaskan lagi program RIMUP. Kerajaan juga bercadang

mengukuhkan penyediaan pendidikan bahasa tambahan. Menjelang tahun 2020 pilihan bahasa tambahan (bahasa Cina, India dan Arab) akan ditawarkan di lebih banyak buah sekolah. Untuk gelombang ketiga (2021-2025) fokus diberikan untuk mengkaji semula pilihan sekolah dan struktur sistem. Bergantung kepada kualiti hasil, KPM akan mengkaji semula pelbagai pilihan persekolahan bagi menentukan sama ada perlu atau tidak sebarang perubahan untuk menjamin perpaduan murid pelbagai kaum. Secara kesimpulannya, pendidikan adalah satu alat atau elemen yang amat penting bagi memupuk identiti nasional dan perpaduan masyarakat pelbagai etnik. Justeru itu, dalam usaha ini semua pihak perlu bekerjasama untuk membina masa depan Malaysia tersebut terutamanya guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat. 1.3 Kepelbagaian Sosiobudaya Menjelang tahun 2014 rakyat Malaysia telah melepasi bilangan 30 juta orang penduduk. Secara kasar rakyat di negara ini terdiri lebih daripada 200 etnik. Di antara kumpulan yang terbesar ialah terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban, dan lain-lain. Kepelbagaian sosiobudaya dapat dilihat dari empat elemen iaitu bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan dan bahasa. Menurut kamus dewan edisi ke-empat sosiobudaya bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya. Hubungan ini melibatkan cara hidup, adat istiadat, pemakaian dan sebagainya. Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia membentuk budaya-budaya tersendiri yang berbeza. Ada sesetengah kebudayaan yang diamalkan boleh diterima pakai oleh masyarakat daripada kaum lain. Sebagai contoh budaya menghormati orang tua dan berjabat tangan apabila bertemu. Namun demikian, ada sesetengah budaya dalam sesebuah kaum tidak boleh diterima oleh kaum lain. Sebagai contoh kaum Cina memelihara anjing di dalam rumah sebagai
5

haiwan peliharaan, tetapi bagi kaum Melayu ia diharamkan kerana dianggap jijik. Walaubagaimanpun terdapat banyak persamaan budaya yang boleh diterima pakai oleh semua kaum. Dengan ini maka terbentuklah perkongsian budaya. Persekitaran sekolah yang terdiri daripada satu kaum sahaja memberikan cabaran besar kepada murid untuk mengenali dan berkongsi pengalaman dengan kumpulan etnik dan budaya yang lain. Mereka sukar untuk berinteraksi dengan baik. dengan ini KPM telah mengambil langkah proaktif dengan menambah baik persekitaran sekolah seperti menggubal kurikulum yang baru. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya setiap murid daripada pelbagai kaum menghargai kepelbagaian budaya dan etnik di negara. Dengan ini perpaduan mudah terbentuk. Pelbagai aktiviti dan program juga bakal dilaksanakan kementerian bagi

meningkatkan usaha memupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan lumba perahu naga, membuat wau dan sebagainya. Apa yang paling penting setiap pelajar dari etnik yang berbeza berkerjasama di samping menunjukkan kepakaran yang sedia ada. KPM juga memperkenalkan pendidikan sivik sebagai mata pelajaran khusus di sekolah. Objektifnya untuk menerapkan ke dalam kurikulum ilmu pengetahuan yang relevan, serta nilai sepunya dan unik dalam identiti nasional rakyat berbilang kaum di Malaysia. Melalui mata pelajaran sivik diharap murid dapat memahami dan menghargai sejarah Malaysia, kepelbagaian etnik rakyatnya, aspek budaya dan sebagainya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menyemai rasa bangga dan kasih kepada negara Malaysia yang unik ini. Pendidikan sivik merupakan satu jalan atau langkah bagi memupuk nilai yang digariskan dalam Rukun Negara. Terdapat lima teras utama dalam Rukun Negara yang sepatutnya dihayati oleh setiap rakyat negara ini. Dalam kurikulum terbaru sekarang, mata pelajaran sivik tidak diajar dalam satu subjek khusus tetapi diterapkan melalui mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam dan Kajian Tempatan. Harapannya murid berbilang kaum dapat menghargai persamaan dan perbezaan budaya yang dimiliki oleh setiap kaum. Sebagai contoh, orang Melayu berasa bangga dan gembira dapat menyarung dhoti walaupun pakaian tersebut asalnya milik orang India. Perasaan kekitaan ini menjadikan Malaysia sebuah negara aman.

1.4 Kepelbagaian Sosioekonomi Menurut kamus dewan edisi ke-empat sosioekonomi merupakan kaitan antara interaksi sosial (masyarakat) dan kegiatan ekonomi. Dengan kata mudah sosioekonomi merupakan kegiatan ekonomi atau pekerjaan yang dilakukan oleh sesebuah kelompok dalam masyarakat. Sebagai contoh, bagi masyarakat yang tinggal di pinggir laut kebanyakan daripada penduduknya menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan laut. Contohnya menjadi nelayan, pembaiki bot, penjahit jala dan penjual ikan. Bagi masyarakat yang tinggal di bandar besar seperti Putrajaya kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pegawai kerajaan, pekerja kilang, ahli korporat dan peniaga. Orang-orang yang tinggal di kampung atau pedalaman biasanya terdiri daripada golongan miskin dan sederhana, manakala sebaliknya di bandar besar. Sosioekonomi merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tahap pendidikan tidak seimbang di negara kita. Kementerian menyedari bahawa perbezaan status sosioekonomi

menimbulkan cabaran besar bagi mencapai kesamarataan dalam keberhasilan pendidikan. Ketaksamaan pendidikan biasanya disebabkan oleh dua faktor iaitu pendapatan ibu bapa murid dan lokasi sekolah. Faktor ini menyebabkan wujudnya perbezaan dari segi pencapaian murid termasuklah pencapaian dari segi akademik dan sukan. Bagi menangani ketaksamarataan ini pelbagai langkah dilakukan kerajaan. Banyak insentif termasuk bantuan kewangan disediakan kepada murid yang kurang berkemampuan dari segi sosioekonomi. Salah satu program kementerian yang telah dilaksanakan ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Ia merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan bantuan makanan berkhasiat kepada murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau per kapita RM80 dan ke bawah. Seramai 700,000 murid menerima RMT manakala anggaran 550,000 murid menerima PSS setiap tahun. Kerajaan berkemampuan juga menyalurkan bantuan kepada pelajar yang kurang

melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP). Ia

diwujudkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003 untuk membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak
7

tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. Pada tahun 2005, seramai 350,000 murid sekolah rendah diberi bantuan KWAPM. Bantuan ini mengurangkan beban ibu bapa yang miskin bagi menanggung persekolahan anak-anak sekali gus dapat mengurangkan jurang sosioekonomi. Diharapkan apabila anak-anak ini dewasa, mereka dapat mengeluarkan keluarga mereka dari kepompong kemiskinan. Pada tahun Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran juga memberi bantuan makanan asrama kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang layak. Syarat kelayakan adalah mereka yang memiliki pendapatan isi rumah RM1000 ke bawah. KPM juga menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan murid. Sekolah yang mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolah agama atau ke masjid. Untuk kemudahan dari segi sumber pembelajaran, kerajaan dengan penuh komited melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Bantuan ini disediakan kepada pelajar-pelajar tertentu yang layak menerima, yang pasti mereka datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Mulai tahun 2005, SPBT telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Bagi murid yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Igggeris, kerajaan telah menyediakan Skim Baucer Tusyen bagi murid sekolah rendah. Ramai murid yang kurang berkemampuan mendapat manfaat hasil daripada program ini, terutama sekali mereka yang tinggal di luar bandar. Satu lagi inisiatif kerajaan Malaysia bagi merapatkan jurang sosioekonomi rakyat ialah dengan menganugerahkan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) kepada pelajar sekolah menengah. Syaratnya, penerima mestilah menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. KPM juga menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Kebanyakan sekolah-sekolah orang asli di pedalaman kerajaan telah membina asrama harian dengan percuma termasuk makanan. Murid yang hadir pula di beri seringgit seorang setiap hari untuk menggalakkan mereka hadir ke sekolah. Sebagai contoh sekolah orang asli SK Balar, Gua Musang. Pihak kerajaan juga komited dalam menyediakan kemudahan asas untuk sekolah-sekolah di pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.
8

Keseluruhannya banyak bantuan dan inisiatif kerajaan Malaysia dalam merapatkan jurang pendidikan. Faktor sosioekonomi yang merupakan cabaran terbesar dalam merapatkan perbezaan tersebut harus kita sama-sama tangani. Semoga rakyat Malaysia termasuk dalam kalangan mereka yang bersyukur dan menggunakan segala kemudahan yang ada untuk memacu keluarga, masyarakat dan negara ke arah kemajuan.

1.5 Kepelbagaian Agama Agama pada lazimnya bermaksud kepercayaan kepada Tuhan atau sesuatu kuasa ghaib dan juga amalan serta institusi yang berkait pada kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan sangat berkait rapat. Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang komprehensif manakala kepercayaan lebih berkait rapat dengan aspek keimanan. Agama melibatkan satu komuniti manusia. Sebagai contoh di Malaysia kebanyakan masyarakat India beragama Hindu dan masyarakat Cina beragama Buddha. Namun agama tidak terhad kepada kaum-kaum tertentu dan lebih bersifat universal. Di Malaysia agama yang biasa diamalkan ialah Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Perbezaan agama tidak menjadi penghalang kepada setiap penganut untuk berkenalan dan berbaikbaik dengan penganut agama lain. Malah agama Islam contohnya, menyuruh umatnya berbuat baik sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Dari segi agama, Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus diikuti dengan agama Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Di Malaysia masyarakat diberi kebebasan dalam beragama. Justeru, wujud perbezaan agama antara anggota masyarakat.

Contohnya bangsa Melayu memeluk agama Islam, Cina memeluk agama budha, India memeluk agama hindu. Namun begitu ia tidak menjadi satu masalah untuk mengukuhkan hubungan perpaduan walaupun anggota masyarakat terdiri daripada latar belakang yang mempunyai agama yang berbeza. Banyak program yang telah dijalankan bertujuan memantapkan lagi pegangan agama khususnya bagi orang Islam. Salah satunya ialah Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral disemak semula dan

dilaksanakan. Penyemakan semula ini bertujuan supaya setiap pelajar bukan sahaja
9

memahami Pendidikan Islam atau Moral, sebaliknya menghayati apa yang dikehendaki oleh agama. Sejak kebelakangan ini gejala sosial yang bertentangan dengan nilai moral dan agama semakin menjadi ikutan muda mudi. Salah satu faktornya ialah kurangnya penghayatan aspek agama dan kesedaran. Semakan dan pelaksanaan semula itu diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang betulbetul menghayati agama, nilai dan moral. Sebagai agama rasmi dan agama terbesar yang dianuti di negara ini, kerajaan memperuntukkan banyak pelaburan kepada perkembangan dan kemajuan Islam. Salah satunya ialah dengan memperkenalkan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk murid sekolah rendah. Tujuannya memperlengkapkan generasi muda dengan ilmu agama yang mantap sebelum menjejak alam remaja. Kerajaan telah bertindak secara progresif pada gelombang 1 PPPM (20132015) dengan meningkatkan standard di sekolah agama tidak kira bantuan kerajaan atau persendirian. Kerajaan melalui KPM juga mengiktiraf sijil tahfiz yang dikeluarkan oleh sekolah-sekolah agama. Mereka yang ada sijil tahfiz berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di IPT-IPT terpilih di dalam dan luar negara. Antara institusi yang mengeluarkan sijil tahfiz ialah Darul Quran dan Maahad. Pendekatan baru ini juga secara tidak langsung membangkitkan minat generasi muda untuk mendampingi Al-Quran dengan lebih dekat. Untuk gelombang kedua PPPM (2016-2020) kerajaan berhasrat meneruskan dasar menukar sekolah agama swasta bertukar secara sukarela atau berdaftar menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Antara kelebihan SABK ialah Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah dan Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi. Selain itu banyak lagi kelebihan yang bakal diterima oleh sekolah, kakitangan dan pelajar seandainya mendaftar menjadi SABK. Contoh sekolah yang sudah bertukar menjadi SABK ialah sekolah Imtiaz Besut. Walaupun banyak peruntukan kerajaan diberikan untuk agama dan orang Islam, penganut agama lain bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing. Tiada halangan untuk sesiapa sahaja beribadah. Sikap tolak ansur antara pelbagai kaum inilah yang menjadikan negara Malaysia aman dan harmoni walapun berbeza agama.
10

1.6 Penutup Tuntasnya Pelan Pembangunan Pendidikan yang telah dilancarkan

sememangnya mampu melakarkan perubahan besar dalam memupuk identiti nasional dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia perpaduan merupakan agenda utama yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Tanpa perpaduan yang kukuh, segala visi memajukan negara tidak akan tercapai. Pendidikan juga merupakan penyumbang yang paling penting dari segi ekonomi, modal insan, perpaduan dan pembangunan. Ia juga merupakan pemangkin dan penjana inovasi yang melengkapkan genarasi muda dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Aspek ini penting supaya generasi ini mampu bersaing dalam pasaran kerja di peringkat tempatan atau global. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara dapat

dilaksanakan dengan lancar agar dapat memacu dan menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi dasar kepada kemajuan negara dalam pelbagai sektor. Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat, visi dan misi yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan pelbagai usaha dan inisiatif perlu dilakukan oleh semua pihak. Tiada masa lagi untuk terus leka memandangkan persaingan dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa semakin sengit. Seandainya terleka sejenak, sukar untuk kita bangkit kembali.

11