Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Saya berasa gembira dan bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus PSV 3109 Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR: Multimedia Kreatif dalam Pendidikan Seni Visual seperti yang dikehendaki dalam soalan dengan bimbingan pensyarah, Encik Shukri Bin Mat Yaacob.

Bag menyempurnakan kerja kursus ini, saya dikehendaki untuk menghasilkan sebuah buku cerita kanak-kanak di mana buku cerita kanak-kanak ini harus dihasilkan melalui mana-mana perisian yang sesuai seperti Photoshop, Illustrator, Paint, Word dan sebagainya. Manakala bagi tugasan kedua adalah menyediakan satu folio yang mengandungi proses semasa menghasilkan buku cerita tersebut.

Dalam penghasilan buku cerita, saya telah mempelajari beberapa teknik. Bagi saya, pemilihan teknik dalam menyempurnakan buku cerita adalah merupakan aspek yang paling penting kerana sekiranya teknik yang diaplikasikan adalah tidak sesuai, maka produk akhir sesuatu karya akan tidak sama seperti yang dirancang ataupun difikirkan. Saya telah memilih teknik manual, iaitu melukis di atas kertas terlebih dahulu lalu membuat salinan lukisan yang dilukis dengan menggunakan mesin percetakan. Melalui kaedah ini, saya berasa tidak perlu membuat belanjaan ke atas papan lukis (WACOM) yang mungkin bercecah ratusan ringgit. Memandangkan lukisan yang dilukis secara manual atas kertas dapat diterjemahkan ke dalam komputer saya dengan menggunakan mesin percetakan, maka papan lukis tersebut tidaklah begitu memanfaatkan saya dalam situasi sebegini.

Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, saya juga sentiasa memastikan kesemua aspek yang dibuat haruslah berpatutan dengan kriteria-kriteria yang dinyatakan di dalam rubric yang disediakan. Rubrik boleh dikatakan sebgai sebuah rancangan dan direka untuk memberi panduan kepada saya dalam penghasilan kerja yang menepati kehendak soalan dan secara tidak langsung hasil kerja juga saya boleh dikategorikan sebagai hasil kerja yang memuaskan. Sebagai contoh, dalam rubric kerja kursus, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah buku cerita kanak-kanak yang mengandungi 16 muka surat. Untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi, halaman muka surat yang dihasilkan oleh saya haruslah sama atau lebih daripada 16 muka surat. Dengan ini, hasil kerja saya adalah mengikut kehendak soalan. Dari sini, saya telah fahami bahawa sebagai seoraong bakal guru, haruslah mempelajari untuk mengikuti rancangan yang ditetapkan ataupun melaksanakan perancangan diri supaya setiap perkara yang dilakukan berjalan dengan sistematik dan teratur.

Kelemahan yang saya kesan ialah subjek kajian (watak) saya berada dalam posisi yang statik. Watak arnab yang juga diberikan nama sebagai Pi dalam buku cerita tersebut mempunyai pergerakan yang terhad dan menyebabkan ia berasa lebih kaku berbanding dengan watak kucing, Si Comel itu. Sebenarnya saya ingin menjadi sebagai tunnel book di mana ia berkongsi telinganya dari muka depan hinggalah ke muka surat terakhir. Akan tetapi, idea ini telah menyebabkan penangguhan masa dalam pelaksanaan tugasan ini seperti mana yang telah dirancangkan oleh saya.

Walaubagaimanapun, melalui tugasan ini, saya berpeluang untuk mendalami perisian-perisian terutamanya perisian Photoshop untuk menghasilkan buku cerita kanak-kanak dimana elemen multimedia seperti teks, grafik, warna dan sebagainya telah dimasukkan sekaligus. Pada masa yang sama, saya juga mempelajari menghasilkan sebuah video pendek mengenai buku cerita dengan menggunakan Movie Maker.

Untuk mengahubungkaitkan tugasan kali ini dengan peranan sebagai bakal guru Pendidkan Seni Visual, saya berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) harus diberi penekanan supaya ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses PdP. Sebagai contoh, guru boleh menghasilkan sebuah video yang berkaitan dengan pembuatan origami dan menunjukkan contoh-contoh origami walaupun bukan dalam bentuk realistik. Hal ini membantu murid dalam membina pengetahuan yang lebih luas mengenai origami selain dari penerangan oleh guru ataupun gambar-gambar yang disediakan sahaja,

Secara keseluruhannya, saya berharap agar semua yang dipelajari melalui tugasan kerja kursus ini dapat diaplikasikan pada pengajaran saya semasa praktikum yang akan datang dan juga masa menjadi seorang guru nanti. Dari masa ke masa, saya haruslah sentiasa meningkatkan kemahiran saya dalam bidang teknologi ICT supaya ia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kreatif dan meningkatkan keberkesanan proses PdP di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai