Anda di halaman 1dari 3

MENUKAR LCD SCREEN

Saya buat kerja gila skit baru ni dengan cubaan menukar sendiri skrin LCD laptop saya. Ianya sebenarnya tak la susah sangat sebenarnya. Memang ada risiko untuk mengalami kerosakan jika tidak berhati hati ketika menukarnya. Kalau nak cuba menukar LCD laptop yang pecah atau rosak, boleh cuba tutorial ini.

Antara petanda LCD laptop anda mengalami kerosakan:

1. LCD menjadi gelap. Anda mungkin nampak bayang-bayang dekstop pada skrin tersebut. Ia disebabkan oleh lampu atau LED skrin telah rosak atau terbakar. 2. Terdapat keretakan pada skrin anda. Yang ni pasti kena tukar baru. Bagi masalah 1, terdapat 2 cara untuk mengatasinya.

a. Tukar LCD screen baru.

b. Tukar LED yang terbakar.

Bagi orang kebanyakan seperti kita ni, lebih untuk menukar L CD baru. Jika ingin menukar LED, ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk solder balik LED pada skrin. Ia mungkin merosakkan terus skrin tersebut jika terlalu panas.

Cara untuk menukar LCD Saya merujuk laman BestStuff.com ketika menukar skrin saya sebelum ini. Ia memang banyak membantu walaupun tak berapa lengkap dalam tutorial tersebut. Ada lagi skru yang perlu dibuka yang tidak ditunjukkan. Namun, ia hampir lengkap. Langkah 1:

Buka penutup getah yang menutup skru di semua bahagian skrin laptop anda.

Langkah 2:

Buka semua skru yang ada kat tepi tu. Skru ini kecil jadi hati hati, jangan hilangkannya. Letakkan ke dalam satu bekas agar tidak hilang.

Langkah 3:

Buka penutup luar dengan berhati hati. Jangan ganas sangat. Nanti patah pulak.

Langkah 4:

Sebelum langkah ini, anda mesti bukakan skru disebelah kiri dan kanan skrin lcd ini. Jangan buka terus sebagaimana tutorial BestStuff.com. Nanti patah pulak pemengang skrin tersebut. Sekali lagi, jangan sampai skru hilang. Ia kecil.

Langkah 5:

Kemudian, buka kabel data video dengan berhati hati. Terdapat pin kecil yang mengunci kabel ini, tekan pin dan tarik dengan berhati hati.

Langkah 6:

Akhir sekali, buka power cable. Ia berada dibawah. Bagi screen ori, mungkin ada skru kecil yang perlu anda buka dibawah tu. Ia kecil dan nipis. Bagi LCD penganti, ia mungkin tiada lubang skru. Jadi tak perlu skru balik kalau takde.

Langkah 7: Pasang Kabel data video dan juga power cable. Masukkan LCD baru, pada pemegang skrin dan pasang balik skru pada tepi LCD. Anda boleh pasangkan laptop untuk menguji samada skrin anda dah okay atau tidak. Kalau dah ok, boleh pasang penutup. Kalau tidak, semak video data cable dan power cable dah dipasang dan dimasukkan dengan kemas.

Lepas tu, pasang la balik penutup luar dan skrukan balik kalau skrin anda dah berfungsi. Akhir sekali, letak balik penutup getah pada ruang skru.

Ok. Siap.

Dengan ini, anda menjimatkan duit daripada membeli laptop baru atau ditipu oleh kedai komputer yang membaiki laptop sedangkan ia sangat mudah untuk menukar skrin. Apa yang perlu anda buat, beli alat ganti.

Anda boleh survey di lelong.my untuk mencari penjual spare part yang anda perlukan. Saya beli skrin pada harga RM340. Saya pernah tanya di kedai komputer, dia mahukan RM550 dan memakan masa selama hampir sebulan untuk siap. Fuh lama gile.

Sedangkan untuk menukarnya hanya mengambil masa dalam 10 minit je. Yang menjadikannya mahal, dia kena hantarkanya kepada pihak ketiga untuk membaikinya. Pihak berkenaan mungkin mengenakan caj sekitar RM400 lebih, kemudian dia caj pelanggan RM550. Dapat untung atas angin

Sebab tu lah saya tak berapa suka hantar ke kedai komputer untuk buat pembaikan. Saya biasanya buat kerja repair sendiri. Kalau PC, memang saya dah mahir kerana ia adalah perniagaan sampingan ketika di universiti dulu. Kemudian, saya bekerja sebagai branch supervisor dan membuat kerja technician kalau takde kerja disebuah kedai komputer suatu masa dahulu.

Anda mungkin juga menyukai