Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 1203 KECERGASAN FIZIKAL SEMESTER JANUARI 2013

BATERI UJIAN KECERGASAN: PERANCANGAN UJIAN LOMPAT KUADRAN TAHUN 5 BESTARI SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI

Nama : Suhaiza binti Jaafar No. K/P : 780510-11-5108 Tel: 019-7345108 e-mail: suhaizajaafar@yahoo.com

Nama Tutor:Syed Muhd Kamal bin Syed A.Bakar

Semester Januari 2013

Isi Kandungan

Muka Surat

Soalan 1

1.0 Abstrak

2.0 Tajuk Bateri Ujian Kecergasan:Perancangan Ujian Lompat Kuadaran Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai

3.0 Pengenalan Ujian Ketangkasan Lompat Kuadran 3.1 Definisi Ujian Ketangkasan 3.2 Matlamat 3.3 Objektif 3.4 Prosedur Ujian Lompat Kuadran 4 5 5 5

4.0 Rancangan Pengajaran

5.0 Analisis Skor Ujian Lompat Kuadran

16

6.0 Kekuatan dan Kelemahan

17

7.0 Kesimpulan

18

8.0 Rujukan

19

1.0 ABSTRAK

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Definisi kecergasan fizikal: Falls (1980) "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi

fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya"

Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.

Ujian lompat kuadran adalah ujian ketangkasan untuk menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan pantas dengan melompat ke arah yang berlainan. Ujian ketangkasan ini lazimnya mempunyai tiga komponen iaitu pertukaran dalam arah larian, perubahan dalam kedudukan badan dan pertukaran arah sebahagian badan.

2.0 TAJUK Bateri Ujian Kecergasan:Perancangan Ujian Lompat Kuadaran Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai

3.0 PENGENALAN UJIAN KETANGKASAN LOMPAT KUADRAN

3.1 DEFINISI Ketangkasan adalah kebolehan dan keupayaan disamping mempunyai kemahiran untuk memulakan, menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh badan dengan pantas dan tepat tanpa kehilangan keseimbangan posisi tubuh badan. Menurut Sheppard dan Young (2006), menyatakan ketangkasan sebagai kecepatan seluruh pergerakan tubuh dengan perubahan velositi atau tindak balas kepada rangsangan.

Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor daripada koordinasi otot saraf selain daripada unsur faktor fisiomotor yang lain iaitu keseimbangan, kelajuan, masa reaksi dan kuasa. Koordinasi otot saraf yang melibatkan kepantasan dan ketepatan adalah diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilkan pergerakan yang diingini.

Untuk mencapai keupayaan ketangkasan yang tinggi, kombinasi berikut sangat diperlukan iaitu imbangan, kelajuan, kekuatan dan koordinasi. Imbangan yang dimaksudkan ialah keupayaan untuk mengekalkan equilibrium semasa statik atau dinamik (tidak jatuh) seiring dengan koordinasi fungsi sensori seperti mata dan telinga. Kelajuan pula keupayaan untuk menggerakkan sebahagian atau semua bahagian badan dengan pantas manakala kekuatan ialah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan. Koordinasi pula keupayaan untuk mengawal pergerakan badan seiring dengan fungsi sensori badan contohnya menangkap bola (koordinasi bola, mata dan tangan).

3.2 MATLAMAT UJIAN

Ujian lompat kuadran digunakan untuk mengukur komponen masa tindak balas 10 orang murid tahun 5 Bestari. Masa tindak balas merujuk kepada keupayaan seseorang individu bertindakbalas terhadap rangsangan dalam jangka masa yang singkat.

3.3 OBJEKTIF UJIAN

Objektif Umum Objektif umum bagi ujian yang ingin dilaksanakan ini ialah meningkatkan tahap ketangkasan 10 orang Tahun 5 Bestari melalui ujian lompat kuadran.

Objektif Khusus Secara khususnya, kajian ini ingin dilaksanakan bagi : i. Meningkatkan ketangkasan 10 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai menggunakan Ujian Lompat Kuadran yang merangkumi aspek ketangkasan. ii. Membantu murid-murid melepasi had ketangkasan mengikut klasifikasi untuk Ujian Lompat Kuadran.

3.4 PROSEDUR UJIAN LOMPAT KUADRAN

Ketangkasan - Ujian Lompat Kuadran

Objektif

: Mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi dengan cepat berdasarkan arahan lompatan.

Alatan

: Jam randek dan pita penanda.

Prosedur i. ii. iii. Subjek berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang disediakan. Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1, 2, 3 dan 4. Subjek dikehendaki melompat kedua belah kaki ke dalam petak mengikut urutan nombor 1, 2, 3 dan 4 dalam masa 10 saat. iv. Arahan sedia dan mula diberikan kepada subjek untuk melompat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak kuadran pertama, kemudian kedua, ketiga, keempat dan balik semula ke petak pertama. v. vi. Kekalkan corak lompatan begini sehingga arahan berhenti. Dua percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan.

Skor i. Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak yang betul dalam masa 10 saat. ii. Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan diambil kira sebagai skor ujian setelah skor bagi setiap kesalahan.

Kesalahan i. Setengah mata ditolak setiap kali pelaku melakukan kesalahan iaitu mendarat dengan kaki menyentuh garisan atau mendarat dalam petak yang tidak mengikut urutan sepatutnya.

Tambahan i. Dua orang penguji diperlukan, seorang pembantu mengira skor dan seorang lagi mengira bilangan kesalahan subjek.

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran Tarikh Tunjang Hari Tajuk Masa Sub Tajuk Kelas Bil Murid : Pendidikan Jasmani : 14 Februari 2013 : 1- Kecergasan : Selasa : Ketangkasan : 9.35 10.05 pagi : Ujian ketangkasan Lompat Kuadran : 5 Bestari : 31 (L :15 / P : 18) ( 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan dipilih untuk ujian)

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

Psikomotor

1) Melakukan aktiviti ketangkasan seperti melompat kuadran dengan tangkas dan cekap selama 10 saat tanpa henti dengan selamat dan betul. 2) Melaksanakan aktiviti permainan ketangkasan seperti galah panjang secara berkumpulan dengan betul dan selamat.

Kognitif

1) Menyatakan sekurang-kurangnya tiga bahagian otot-otot utama yang terlibat ketika Semasa melaksanakan aktiviti ketangkasan dengan tepat dan betul. 2) Menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada enam aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam permainan badminton.

Afektif

1) Menunjukkan sikap semangat kesukanan dan berkumpulan dengan bertepuk tangan dalam pertandingan secara kumpulan. 2) Menyatakan perasaan seronok semasa melakukan aktiviti ketangkasan dalam permainan kecil.

Pengalaman sedia ada Strategi utama Penggabungjalinan KBKK Nilai Murni

: Murid pernah menjalankan aktiviti ketangkasan semasa Tahun 4. : Teori kecerdasan Pelbagai. : Sains (Penggunaan otot yang terlibat) : Meneliti bahagian dan keseluruhan. : Mematuhi berdisiplin, yakin dan menyayangi tubuh badan.

Fasa

Strategi / Aktiviti

Fokus Pembelajaran

Organisasi

Catatan

Permula an (3-5 minit)

KKE :

Kemahiran

sosial komunikasi. Strategi Utama : Kecergasan 8

Kinestatik Kehadiran Kesihatan Pakaian

1. Regangan

Regangan Kaki dan paha. 1duduk Kedua-dua tangan cuba

a) Kaki dan Paha Murid dalam kedudukan separa petak.

menjangkau jari kaki kanan dan seterusnya kaki kiri dalam kiraan lapan. 2 - Kaki kanan dan kiri dilipat dan ditarik rapat ke badan dan siku Kedudukan untuk aktiviti 1 - Regangan kaki menolak bahagian paha. regangan Petunjuk : Guru Murid

Demonstrasi Guru Diikuti dengan perlakuan murid

Perlakuan : 1 - Kedua-dua tangan cuba menjangkau jari kaki kanan dan seterusnya kaki kiri dalam kiraan lapan. Duduk dalam kedudukan separa petak

Mata pandang guru Kaki kanan lunjur dengan lurus ke depan Tangan kiri menjangkau jari kaki kanan Badan dibengkokkan Kaki lurus semasa membuat

perlakuan Tukar kaki kiri dan tangan kanan menjangkau jari kaki kiri Demonstrasi Guru Diikuti dengan perlakuan murid

2 - Kaki kanan dan kiri dilipat dan ditarik rapat ke badan dan siku menolak bahagian paha dalam kiraan lapan. Duduk petak Mata pandang guru Kaki kanan dan kiri ditarik rapat ke arah badan Tangan memegang kaki Siku menolak bahagian paha untuk meregangkan otot groin 10 2 Regangan oto groin dalam kedudukan separa

Perkemb angan Langkah 1 (3 minit)

Strategi

utama

Kecergasan kinestatik 1) Konsep ketangkasan Penerangan guru Murid Ketangkasan ialah kecekapan individu dalam menukar arah dan posisi badan dengan cepat semasa duduk melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti melibatkan ketangkasan :Lari skip dan tukar arah Lompat kuadran Galah panjang Lari ulang-alik 4X10 meter Aspek keselamatan yang perlu diutamakan :Melakukan aktiviti mengikut kemampuan murid Melakukan aktiviti dengan 11 Petunjuk : Guru Murid 2) Aspek keselamatan Kedudukan Murid dan Guru Catatan : Melalui aktiviti murid ini, dapat 1)Konsep ketangkasan Alatan : Carta Alir

dalam kedudukan yang sama seperti aktiviti regangan Soal berlaku jawab antara

mengaplikasik an konsep

ketangkasan dalam kehidupan seharian.

guru dan murid

perlakuan teknik dengan betul Mendengar dan mengikut arahan guru Fleksikan lutut semasa melakukan ujian kuadran untuk menyerap daya semasa mendarat Petunjuk : 3) Penerangan mengenai ujian lompat kuadran Penerangan menerusi Carta Alir Perlakuan :Berdiri di garisan mula dan tangan di sisi Lompat dengan kedua-dua belah kaki ke petak 1 Lompat ke petak 2 Lompat ke petak 3 dari petak 2 Lompat ke petak 4 dari petak 3 Lompat ke petak 1 dari petak 4 Ulang siri lompatan selama 10 saat Guru Murid Perbincangan guru dan murid di padang

Lompat Kuadran 12

Langkah 2

Strategi

Utama

Kecergasan

(10 minit) kinestatik.

Ujian Kuadran

Lompat Ujian Lompat Kuadran Bilangan siri lompatan akan diambil sebagai tahap pencapaian murid Seorang akan diberi dua kali percubaan Setiap ahli kumpulan akan membantu guru untuk mengira bilangan siri lompatan setiap ahli kumpulan. Markah diambil untuk menilai prestasi dan tahap ketangkasan murid.

Alatan

3 1
MULA

2 4
1
2 3

Jam randik

Penerangan Guru 10 orang murid dipilih secara rawak meliputi 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan Ujian secara individu

2 3

4 1

Perlakuan murid : Berdiri tegak di kawasan MULA Mata pandang hadapan Tangan di sisi Fleksikan lutut Melompat menggunakan bebola kaki dan kedua belah kaki

3 1
MULA

2 4

13

Melompat ikut susunan nombor dalam lompatan kuadran Lompat secara berterusan dalam tempoh masa 10 saat.

Petak 1

Petak 2

Petak 3

14

Petak 4

15

5.0 ANALISIS SKOR UJIAN LOMPAT KUADRAN Skor Ujian Lompat Kuadran 10 Murid Tahun 5 Bestari SK Kangkar Pulai
Bil Nama Murid Ujian 1 Ujian 2 Purata Tahap Perempuan 1. 2. 3. 4. 5. Lelaki 6. 7. 8. 9. 10. Ikmal Syahrul Fikri Syabil Khuzainie 16 20 7 19 13 16 22 10 23 14 16 21 8.5 21 13.5 Baik Baik Sederhana Baik Baik Nurul Natasya Nurul Aisyah Emylia Nadia Natasya Athirah 14 7 9 11 13 14 10 11 14 21 14 8.5 10 12.5 16.5 Baik Sederhana Sederhana Sederhana Baik

Jadual Klasifikasi Ujian Lompat Kuadran


Lelaki > 31 lompatan 25 30 13 24 7 12 0-6 Tahap Cemerlang Amat Baik Baik Sederhana Lemah Perempaun > 33 lompatan 27 32 14 26 8 13 07

Ujian lompat kuadran telah dijalankan sebanyak 2 kali bagi setiap murid. Secara keseluruhan, pencapaian murid pada ujian kali ke 2 adalah lebih baik. Jika dibandingkan dengan Jadual Klasifikasi Ujian Lompat Kuadran, tiada murid yang dikategorikan dalam tahap lemah, seorang pelajar lelaki dan 3 orang perempuan dalam tahap sederhana manakala 4 murid lelaki dan 2 murid perempuan berada pada tahap baik. Pencapaian murid lelaki adalah lebih baik berbanding dengan murid perempuan.

16

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN Kekuatan Proses ujian berjalan dengan lancar melibatkan 10 orang murid yang dipilih secara rawak. Guru dapat mentadbir ujian mengikut masa yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan. Murid dapat memahami prosedur menjalankan ujian berdasarkan taklimat dan demostrasi yang dijalankan oleh guru.

Kelemahan Keputusan yang diperolehi tidak menggambarkan keseluruhan murid di dalam kelas. Justeru itu, semua murid perlu menjalankan ujian untuk menguji tahap ketangkasan bagi semua murid. Masa yang lebih panjang diperlukan untuk menjalankan ujian kepada semua murid. Murid yang mempunyai tubuh fizikal yang lebih berat dan besar cenderung untuk berada di tahap sederhana dan lemah. Mereka lebih perlahan berbanding dengan murid yang lebih ringan, kecil dan kurus. Guru perlu memberi lebih masa kepada semua murid untuk mencuba sebelum menjalankan ujian sebenar.

Keseluruhan Ujian Lompat Kuadran amat sesuai dijalankan untuk menguji tahap ketangkasan dan ketepatan. Ujian ini amat bergunan untuk memilih murid yang mempunyai ketangkasan khususnya untuk permainan yang memerlukan tahap ketangkasan dan ketepatan yang tinggi seperti sukan badminton, ping pong, tenis dan sebagai.

17

7.0 KESIMPULAN Daripada ujian yang telah dilakukan, didapati bahawa tahap ketangkasan murid lelaki lebih baik daripada pelajar perempuan. Dengan adanya ujian kecergasan ini juga setiap individu dapat menilai tahap kecergasan diri sendiri. Melalui ujian ini juga, murid-murid dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri mereka dan berusaha untuk memperbaiki tahap kecergasan diri ke tahap yang sepatutnya. Oleh demikian, latihan yang spesifik perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan diri sekiranya ingin meningkatkan tahap kecergasan diri. Melalui dapatan tugasan ini, ketangkasan murid adalah berbeza-beza mengikut faktor-faktor seperti saiz tubuh badan serta kecergasan mental dan fizikal murid.

Kekangan

Murid-murid kurang bersedia dari segi fizikal, kesediaan mental dalam melakukan ujian dan ini akan menjejaskan prestasi semasa melakukan ujian. Pemakaian baju dan seluar yang tidak sesuai akan mempengaruhi dapatan subjek. Norma-norma ujian ketangkasan yang sedia ada mungkin tidak sesuai dengan norma tempatan. Kawasan yang tidak sesuai. Memerlukan kawasan yang lebih luas untuk ujian. Tidak terdapat pakar dalam menjalankan ujian ini.

18

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Panduan Ujian Kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohd Taib Harun, Dr Norlena Salamuddin, Norkhalid Salimin, Yusop Ahmad dan Zolkifli Abd Ghani. (2007). HBPE1203:Kecergasan Fizikal. Selangor: Open University Malaysia

Rex Hazeldine. (2000). Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.

Vasudevan T. Arasoo. (1985). Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi. Ipoh : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. (1997). Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications.

19

20

Anda mungkin juga menyukai