Anda di halaman 1dari 13

Kata ganti nama tunjuk

Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR

Bagi menunjukkan sesuatu seperti : -manusia -haiwan -benda -tempat

Ini
Menunjukkan sesuatu yang dekat Ayat Contoh : 1. Ini sekolah saya. 2. Buah betik ini sedap rasanya.

Itu
Menunjukkan sesuatu yang jauh
Ayat Contoh : 1. Itu buku latihan saya. 2. Anjing itu sangat garang. 3. Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja.

Sini
Menunjukkan tempat yang dekat

Ayat Contoh : Saya tinggal di sini.

Situ
Menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh

Ayat Contoh : Letakkan pasu ini di situ.

Sana
Menunjukkan tempat yang jauh dan terhalang daripada pandangan

Ayat Contoh : - Jangan bermain di sana.

Pada setiap petang kami akan berjogging di taman permainan ________ . A. itu B. ini

Banyak lalat berterbangan pada sampah yang dibuang di _________ . A. sini B. situ

Cuaca pada hari ________ sangat baik, kata Natrah kepada Dewi. A. Itu B. ini

Pondok bacaan yang terletak di hujung padang _______ merupakan tempat kami mengulangkaji. A. sana B. situ

Klinik Hijrah terletak tidak jauh dari _______ . A. sini B. sana

Permainan Kotak muzik