Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1. Guru besar menyuruh para pelajar berkumpul di dewan kerana ada _______________ (umum) yang akan dibuat.
A. diumumkan C. pengumimi
B. pengumuman D. umumkanlah
2. Berkat ketekunannya mengulangkaji pelajarannya, Salmi telah lulus dengan cemerlang dalam _______________ (periksa) itu. A. memeriksa C. peperiksaan B. diperiksakan D. pemeriksaan
3. Pada zaman _______________ (perintah) Jepun, ramai bangsa Cina yang telah dibunuh dengan kejam. A. diperintahkan C. Perintahkan B. memerintahkan D. pemerintahan
4. Bapanya bekerja sebagai buruh di sebuah _______________ (labuh) untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. A. pelabuhan C. diperlabuhkan B.melabuhkan D. memperlabuhkan
5. Pengerusi majlis itu sedang memberi taklimat dan _______________ (terang) kepada para hadirin. A. penerangan C. menerangi B. diterangkan D. keterangan
6. Kita haruslah menghargai segala _______________ (korban) ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban untuk membesarkan kita.
A. dikorbankan C. mengorbankan
B. pengorbanan D. kekorbanan
7. _______________ (pilih) ahli jawatankuasa untuk tahun hadapan telah bermula sejak pagi tadi.
A. dipilihkan C. pemilihan
B. memilihkan D. kepilihan
8. Masalah _______________ (angkut) awam di kawasan perumahan itu perlu diatasi dengan segera. A. mengangkutan C. penyangkutan B. diangkutkan D. pengangkutan
9. Kita harus mendapatkan _______________ (sah) daripada pihak atasan sebelum projek tersebut dapat dijalankan. A. disahkan C. mengesahkan B. pengesahan D. kesahan
10. _______________ (selisih) faham itu dapat diselesaikan akhirnya apabila salah seorang daripada mereka mengalah. A. penyelisihan C. pemelisihan B. keselisihan D. perselisihan