Anda di halaman 1dari 2

Berbicara mengenai estetika atau kesenian Melayu, sudah tentu ia berkait rapat d engan budaya Melayu yang menyangkut

unsur-unsur kebudayaan yang universal yakni pandangan hidup, kesenian, kesasteraan, kuliner, upacara, adat, peralatan, busan a, artifak, bahasa, bangunan, perubatan dan hukum adat Melayu. Apakah yang dimak sudkan pandangan hidup (world view) Melayu itu? Ia adalah konsep atau cara panda ng manusia yang bersifat mendasar tentang diri dan dunianya yang dijadikan pandu an untuk meraih kehidupan yang bermakna. Cara pandang tersebut berfungsi sebagai sarana untuk memberi tindak balas dan menerangkan permasalahan kewujudan kehidu pan seperti, Tuhan, manusia dan dunia (alam semesta). Jadi apabila memahami pand angan hidup Melayu maka tentulah diasosiasikan dengan agama Islam, dan sistem ke percayaan yang mengakar serta tumbuh sekian lama sebelum Islam masuk ke rantau M elayu dan menjadi agama pegangan hidup mereka. Hal ini menunjukkan bahawa Melayu bukanlah sebuah entiti kebudayaan yang tunggal dan homogen. Justeru, Melayu bol eh kita ibaratkan sebuah rumah di dalamnya tinggal berbagai orang dengan cara pa ndang yang berbeza, bergantung kepada agama, ideologi, fahaman dan keyakinan mas ing-masing. Perbezaan inilah yang kelak menimbulkan perbezaan dalam adat istiada t, ritual, konsep kosmologi dan waktu (kala), sistem, hasil kesenian dan sebagai nya. Dalam konteks seni dan hasil sastera, sudah tentu pengarangnya, seniman atau sas terawannya juga mempunyai pandangan hidup yang tersendiri, melahirkan ekspresi s eni dan budaya (hasil karya) yang berbeza dan tersendiri, dan kerana itu memerlu kan daya ta akulan khalayak yang tinggi untuk kita memahami dan menghayatinya. Mak sud kesenian Melayu pula adalah perihal keahlian orang Melayu dalam melahirkan i dea-idea estetika sehingga menghasilkan benda, suasana, atau karya lainnya yang menimbulkan rasa indah dan dikagumi. Kesenian Melayu juga harus kita tafsir seba gai sebahagian usaha seniman Melayu untuk memberi tindak balas, memahami, menafs ir dan menjawab persoalan atau permasalahan yang mereka hadapi. Yang membezakan kesenian Melayu dan kesenian lainnya adalah latar belakang tradisi dan sistem bu daya berkaitan dengan pengetahuan, gagasan, kepercayaan, nilai dan norma. (Melay u Online). Oleh itu, pengertian keindahan dan teorinya mengikut tafsiran Barat, tidaklah se lalu tepat untuk diterapkan dalam karya-karya tempatan kita, lebih-lebih lagi da lam drama Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan yang mengambil akar dan teras t radisi. Dalam nashkah drama beliau juga begitu banyak unsur dan bobot makna yang tersirat, menjadi sebahagian sistem tanda (semiotik) Melayu yang wajar juga dit erjemahkan. Ada benarnya jika kita menerima pandangan Muhammad Haji Salleh, yang menyarankan agar kita kembali kepada cerita penglipur lara, pantun, mantera, ja mpi dan sebagainya yang wujud sebelum pengaruh luar masuk ke dalam kebudayaan Me layu. Hal ini disebabkan karya prosa yang indah itu adalah didaktik sifatnya (Mu hammad Haji Salleh, 1989: 36). Seperkara lagi yang mungkin dipertanyakan orang, tentang keunikan atau sifat kha s drama-drama Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan (selepas ini SNNH atau NH), dan kenapa beliau gemar memanfaatkan seni muzik, seni lagu, seni nyanyian dan t arian di dalam persembahan dramanya? Bahkan hampir seluruh karya dramanya akan m enjadi teater muzikal apabila dipentaskan? Hal ini akan dijelaskan berdasarkan p rinsip dan pengetahuan beliau sebagai seniman, sasterawan dan nasionalis Melayu yang memahami bidang ilmu lain, termasuk agama Islam dapat menjadi medium dakwah seninya yang berkesan. Dalam dunia Melayu, prinsip seni dan estetikanya adalah hasil adunan atau gabung an daripada seni wilayah dunia Islam dan dunia keseluruhannya, juga idea-idea pa ra seniman, pencipta seni, dan masyarakat pendukung seni itu sendiri. Hasilnya, seni dunia Melayu dan dunia Islam sangat berfungsi secara sosiokultural, dan mam pu memperkuat jatidiri kebudayaan masyarakat Islam, serta menjadi bahagian darip ada kesinambungan budaya Islam secara umumnya. Islam memberikan arahan atau petu njuk, bahawa setiap wilayah Islam, boleh sahaja membentuk kebudayaan yang khas d an kreatif bagi sumbangan kebudayaan Islam sejagat. Dengan itu, seni Islam dalam

dunia Melayu memiliki ciri khas dan roh intiqat masyarakat Melayu Islam, yang d igariskan mengikut adat dan resam wilayah Nusantara ini. Dalam konteks ini, Isla misasi dan Melayunisasi berjalan secara berimbang, sejajar berbanding kait dalam rangka mencari keredhaan Allah SWT (Muhammad Takari, 2008: 316-317).