Anda di halaman 1dari 4

Nilai-nilai Murni

Yau Ching Koon


Department of Chemistry, University of Malaya 50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia

Abstract Moral values learned during SPM 2003.

1. Baik hati Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain. 1.1. Belas kasihan Perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. 1.2. Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.

2.2. Berupaya bertindak sendiri Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. 2.3. Jaya diri Berusaha mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup. 2.4. Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak. 3. Hemah tinggi

1.3. Murah hati Sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral. 1.4. Saling memahami Kesanggupan untuk saling menerima pendapat serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing. 1.5. Sedia memaafkan Tidak menaruh dendam terhadap seseorang yang telah insaf akan kesalahannya. 2. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 2.1. Bertanggung jawab Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakannya dengan sempurna. Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. 4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa
Email address: yauchingkoon@gmail.com (Yau Ching Koon)

Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. 3.1. Kesopanan Bersopan santun, berbudi pekerti yang tinggi, tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. 3.2. Mengakui kesalahan diri Sikap sedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri. 3.3. Ramah mesra Suka bergaul mesra dan tidak mengasingkan diri. 4. Hormat-menghormati

Kewajipan dan tanggung jawap seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa.

Preprint submitted to Elsevier

October 4, 2010

4.2. Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin Menunjukkan rasa hormat kepada golongan tersebut dengan memberikan layanan yang baik. 4.3. Hormat kepada raja dan negara Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera dan lagu kebangsaan. 4.4. Hormat kepada hak asasi Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang individu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. 4.5. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia. 4.6. Hormat kepada keperibadian individu Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu, terutamanya golongan yang kurang bernasib baik. 4.7. Patuh kepada undang-undang Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang itu berada. 4.8. Patuh kepada ketepatan masa Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah. 4.9. Menghargai kebijaksanaan, pengalaman, dan jasa

5.3. Cinta kepada negara Bangga dan taat setia kepada negara. 5.4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian Suka hidup berbaik-baik antara satu sama lain dan mengutamakan kedamaian dan kesejahteraan hidup. 6. Keadilan Perlakuan, pertuturan, dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. 6.1. Adil Mempertimbangkan sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan wajar. 6.2. Saksama Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam sesuatu tindakan atau keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman. 7. Kebebasan Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat, dan negara. 7.1. Kebebasan di sisi undang-undang Boleh melakukan sesuatu dengan bebas asalkan tidak melanggar peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh keluarga, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.

Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman, peng7.2. Kebebasan dalam sistem demokrasi orbanan, dan jasanya dalam sesuatu lapangan. Sistem demokrasi memberi kebebasan kepada individu un4.10. Menghargai tenaga pekerja tuk melakukan sesuatu bagi menjamin kesejahteraan hidup. Dalam sistem demokrasi di Malaysia, kebebasan ini diperuntukkan Menghargai perkhidmatan, jasa, dan sumbangan golongan dalam Perlembagaan Malaysia. pekerja. 4.11. Menghargai maruah diri Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan sosialnya. 5. Kasih sayang Perasaan cinta, kasih, dan sayang yang mendalam dan berkekalan lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu. 5.1. Sayang kepada nyawa Menghargai dan tidak menganiayai makhluk yang bernyawa. 5.2. Sayang kepada alam sekeliling Sentiasa ingin memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk kesejahteraan hidup. 2 8. Keberanian Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana. 8.1. Berani dengan tidak membuta tuli Sanggup dan bersedia menghadapi sesuatu cabaran atau dugaan dengan mengambil kira kemampuan yang ada dan juga akibat daripada tindakan yang akan diambil itu. 8.2. Berani kerana benar Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan bukti-bukti yang nyata.

8.3. Berani mempertahankan pendirian 11.1. Cekal Teguh, tetap, dan tabah hati dalam melakukan sesuatu perSanggup mempertahankan sesuatu yang diyakini benar dengan kara. memberi alasan-alasan yang munasabah. 8.4. Berani bertanggung jawab Sanggup bertanggung jawab terhadap segala keputusan dan tindakan yang telah diambil. 9. Kebersihan zikal dan mental Kebersihan zikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersiahn mental pula adalah kebersiahan pertuturan, perlakuan, pemikiran, dan kerohanian. 9.1. Kebersihan diri Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup. 9.2. Kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran. 9.3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan Pertuturan dan kelakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain ke arah mencapai kebersihan rohani dan jasmani. 9.4. Pemikiran yang sihat dan membina Pandangan, cadangan, pendapat, dan pemikiran yang bernas dan ikhlas yang harus dipupuk untuk kebaikan diri dan masyarakat. 10. Kejujuran Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah, dan ikhlas tanpa mengharapakan sebarang balasan. 10.1. Amanah Sikap bertanggung jawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. 10.2. Bercakap benar Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan berselindung. 10.3. Ikhlas Kesucian hati tanpa mengharapkan balasan apabila melakukan sesuatu. 11. Kerajinan Usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara. 3 11.2. Daya usaha Berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif, dan kreatif untuk mencapai kejayaan. 11.3. Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara. 11.4. Gigih Usaha yang penuh semangat tanpa mengenal putus asa. 11.5. Tekun Sabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. 12. Kerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat, atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. 12.1. Persaudaraan Hubungan mesra sesama manusia tanpa mengira keturunan atau bangsa yang dapat melahirkan kerjasama yang erat untuk kesejahteraan umat manusia. 12.2. Tanggung jawab bersama Tanggung jawab atau kewajipan yang perlu dipikul oleh semua ahli kumpulan demi kepentingan dan kebaikan bersama. 12.3. Gotong-royong Turut serta dan membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai tanpa upah. 12.4. Toleransi Sanggup bertolak ansur, sabar, serta dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan. 12.5. Kebaikan bersama Kebaikan yang dirasai hasil daripada usaha saling membantu sesama manusia. 12.6. Perpaduan Suasana persefahaman dan kerjasama di peringkat keluarga, komuniti, masyarakat, negara, dan antarabangsa. 13. Kesederhanaan Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.

13.1. Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain Membuat pertimbanan supaya tidak terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak pula terlalu menjaga kepentingan orang lain sehingga boleh merosakkan diri sendiri. 13.2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku Pertuturan dan tingkah laku yang tidak melampaui batas kesopanan, tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dalam masyarakat. 14. Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh. 14.1. Berterima kasih Perasaan yang dilahirkan untuk menunjukkan pengiktirafan terhadap sesuatu jasa, sumbangan, atau pemberian. 14.2. Mengenang budi Mengingati jasa baik seseorang serta berhasrat untuk membalasnya. 14.3. Penghargaan Pengakuan seseorang terhadap jasa dan sumbangan yang diterima. 15. Rasional Boleh berkir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan. 15.1. Boleh membuat pertimbangan Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. 15.2. Boleh membuat penaakulan Mampu berkir dan dapat memberi alasan-alasan yang munasabah. 15.3. Berkiran logik dan terbuka Sikap dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah. 16. Semangat bermasyarakat Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat.

16.1. Bermuafakat Sentiasa mengutamakan persetujuan dan bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. 16.2. Kejiranan Hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga. 16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat Sentiasa menyedari, mengambil berat, dan berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan masyarakat untuk kebaikan bersama.

Anda mungkin juga menyukai