Anda di halaman 1dari 19

KEJOHANAN BOLA BALING SK KAPAR 2013

KERTAS KERJA
KEJOHANAN MINI BOLA BALING

TARIKH
11 NOVEMBER HINGGA 12 NOVEMBER 2013

TEMPAT
PADANG SK KAPAR,

ANJURAN
KELAB BOLA BALING SK KAPAR

KEJOHANAN BOLA BALING MINI 2013

1.0 PENGENALAN Bola Baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun, agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini. Menyedari hakikat ini, Melalui program 1 Murid 1 Sukan yang telah disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, SK kapar telah mengambil inisiatif untuk mecungkil bakat-bakat muda dengan menganjurkan Kejohanan Bola Baling mini.Ini adalah kesinambungan daripada matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Interlek. Penganjuran pertandingan ini diadakan untuk menyediakan murid supaya mendapat pengalaman dan mengaplikasikan dalam kejohanan Bola Baling yang sebenar peringkat Daerah dan Negeri kelak. Melalui pertandingan ini, para guru juga dapat memperkayakan diri dengan perkongsian ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan sahsiah dan etika perguruan. Justeru, dengan penganjuran ini, murid lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan yang sebenar pada masa akan datang. Bola baling sememangnya sudah tidak asing lagi kepada pelajar sekolah-sekolah rendah di daerah Klang mahupun seluruh negeri. Sebagai permainan yang berbentuk berpasukan, banyak nilai-nilai positif yang diterapkan, antaranya bekerjasama, berdisplin, semangat juang yang tinggi dan semangat kesukanan. Ia juga menjadikan seseorang lebih berdaya tahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial di samping membina kekuatan intelek dalam menghadapi dunia tanpa sempadan.Pengalaman dalam permainan dan pertandingan ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian bagi menghasilkan kualiti hidup yang lebih sempurna.

2.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini dikemukakan adalah bagi tujuan berikut :

1. Memohon persetujuan daripada pihak penaja bagi mendapatkan tajaan aktiviti yang akan dijalankan. 2. Mempromosikan nama Penaja dalam pertandingan yang akan diadakan. 3. merancang, menyelaras, menyelia dan menilai program sukan sekolah daerah Klang 4. meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan

3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Memenuhi kehendak dasar 1Murid 1Sukan dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi samada akademik mahupun kokurikulum. Objektif kejohanan ini adalah untuk :

1. Memartabatkan bola baling sebagai permainan yang disukai di kalangan pelajar sekolah.

2. Memupuk semangat kesukanan di kalangan warga sekolah melalui penyertaan

3. Menghasilkan pemain seterusnya individu yang seimbang dari segi kekuatan daya emosi, fizikal, intelektual serta kerohanian.

4. Mencapai saranan rekabentuk Modul Gaya Hidup Rakan Muda (Rakan Sukan ) iaitu melaksanakan aktiviti kesukanan yanng berasaskan semangat pertandingan dan kecergasan fizikal. Bagi membangun elemen remaja yang ceria, mencabar, menarik dan bersifat

penjelajahan untuk memberikan inovasi dan kreativiti dalam pembaharuan,peningkatan, futuristic dan kualiti serta bersifat berterusan dalam membangunkan sukan Negara.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut; 4.1 4.3 Tarikh : 11 Nov hingga 12 Nov 2013 8.30 pagi 12.00 tghari (Khamis) 8.30 pagi 10.00 pagi (Jumaat)

Masa pertandingan :

5.0

TEMPAT

5.1

Padang Sekolah Kebangsaan Kapar

6.0

KUMPULAN SASARAN

80 murid tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Kapar.

7.0 BILANGAN PASUKAN Sebanyak 8 pasukan yang telah menghantar penyertaan melalui rumah sukan masing-masing, semuanya terdiri daripada murid-murid tahun 6,5 dan 4. Setiap rumah sukan menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan. Berikut merupakan senarai pasukan yang bertanding : Kategori lelaki 1. 2. 3. 4. Pasukan jingga Pasukan biru Pasukan merah Pasukan kuning

Kategori perempuan 1. 2. 3. 4. Pasukan biru Pasukan jingga Pasukan merah Pasukan kuning

jingga Jingga Biru Merah Kuning

biru

Merah

kuning

8.0 PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA 8.1 Jawatankuasa Induk Penasihat En Mad Yusuf B Ahmad (Guru Besar SK Kapar) Pengerusi Pn Normah Bt Ali (PK Kokurikulum SK Kapar) Timbalan Pengerusi En Ridwan B Samad (PK Kurikulum) En Roslan B Khamis (PK Hem) Penyelaras Pn Norazmizah B Mohamed Setiausaha Pn Norani Bt tarwi Bendahari Pn Rozita Bt Tahir 8.3 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi Pn Normah Bt Ali (PK Kokurikulum SK Kapar) Timbalan Pengerusi En Ridwan B Samad (PK Kurikulum) En Roslan B Khamis (PK Hem) Penyelaras Pn Norazmizah B Mohamed Setiausaha Pn Norani Bt tarwi

Pengurus Pertandingan Teknikal

: :

Pn Norazmizah Mohamed En Azman B Jaafar En Sabri B salleh Pn Norazmizah Mohamed

Persiapan padang

En Rohizan B Abd Rahman Pekerja Am

Urus Setia

Pn Norazmizah Bt Mohamed Pn Norani Bt Tarwi En Rosli B Husin

Publisiti Hadiah dan cenderamata

: :

Pn Rosnah Bt Mat Isa Cik Norazila Bt Kamaruddin Pn Maznah Ali

Siaraya dan Dokumentasi

En Rosli B Dali En Mathias Sigam

Rayuan dan bantahan

Pn Norazmizah Bt Mohamed Pn Norani Bt tarwi En Azman B Jaafar

Makanan dan minuman

Pn Norhayati Bt Ahmad Pn Umi Kalsom Bt Abd Jalil Pn Noraisyah Bt Kadir

9.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN Peralatan dan kemudahan yang akan digunakan dalam kejohanan ini adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Baling Malaysia. Alatan ini akan dipinjam dari setor sukan SK Kapar. Di antara peralatan tersebut adalah: 1. Gelanggang

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Bola baling Pita keselamatan ( zebra reben ) Wisel Kad Heller Payung Papan skor Stop watch 2 unit 4 buah 2 buah 2 buah

10.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan mengikut Persekutuan Bola Baling Malaysia,MSSM kecuali yang tersebut dalam peraturan berikut.

10.1 PENDAFTARAN : 1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 7 pemain sahaja dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan.

10.2 PAKAIAN Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor masing-masing di depan dan belakang. Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan.

Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.

Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )

10.3 -

SAIZ BOLA

Saiz 1 : L12 / P12

10.4 -

MASA PERMAINAN Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 10 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit.

(b) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.

(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit : Semasa pasukannya mengawal bola. Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.

10.5 -

SISTEM PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan secara LIGA Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG. Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA : Menang Seri Kalah : 3 mata : 1 mata : 0 mata

WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.

Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah :

Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang. Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan. SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.

Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut.

10.6 -

SISTEM BALINGAN 7 METER Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang pemain. Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi. Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan. Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut mengambil balingan 7 meter. Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma. Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang. dibenarkan

Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

10.7

KELEWATAN

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 0.

10.8 -

BANTAHAN Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima. Keputusan Juri adalah muktamad.

10.9 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN - Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.

PERBELANJAAN KEJOHANAN MINI BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KAPAR KLANG 2013

Anggaran Perbelanjaan

Pentadbiran a) Alatulis Manila Kad Marker pen Pen b) Buku Program Kertas Warna Binding tape Hadiah / Cenderamata Johan (medal + hamper) N. Johan (medal + hamper) Ketiga (medal + hamper) 10 keping X RM 0.60 5 batang X RM4.00 12 batang X RM1.00

Jumlah

RM6.00 RM20.00 RM12.00

1 rim X RM13.00 3 gulung X RM5.00

RM13.00 RM15.00

7 X RM 15. 00 7 X RM 10. 00 7 X RM 8. 00

RM105.00 RM70.00 RM56.00 RM72.00 RM 320.00 RM120.00 RM 50.00

Keempat (medal + hamper) 7 X RM 8. 00 Hamper saguhati Cenderamata pengadil Cenderamata Perasmi 8 pasukan X RM 40.00 4 X RM30.00

Makanan Makanan dan minuman urusetia Minuman Pemain 5 tong X RM25.00 RM80.00 RM125.00

Kontigensi

RM120.00

JUMLAH

RM1101.00

. PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Di samping itu, program ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kerjasama di antara guru-guru dan murid-murid SK Kapar, ianya juga diharap dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan pastinya merupakan satu riadah yang menyihatkan tubuh badan. Semoga dengan penganjuran kejohanan ini dapat menyuntik semangat dan

memberi dorongan kepada murid untuk terus bergiat aktif di dalam bidang sukan dan menjadikannya sebagai satu budaya yang diamalkan setiap hari. Akhir sekali, adalah menjadi harapan pihak penganjur agar kejohanan sukan ini menjadi platfom kepada perpaduan antara guru-guru dan murid-murid yang lebih utuh selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah dilaksanakan.

Disediakan oleh,

Pn Norazmizah Bt Mohamed Setiausaha Kejohanan Bola Baling SK Kapar,

Rujukan

CClaire Mitchell-Traverner, Field Hockey (techniques & Tactics).The Premier Publisher for Sports & Fitnes. Julismah Jani, Pengenalan ilmu konten pedagogi dalam pendidikan jasmani dan sains sukan, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris tanjong Malim, 2007. Latif Awang, Buku Rujuka Pendidikan Jasmani (2004), permainan bola baling, Penerbit fajar Bakti. Modul Bola Baling 1murid 1sukan,Bahagian Sukan,kementerian Pelajaran Malaysia.

Sumber dari internet

http://www.google.com/bolabaling

http://www.humankinetics.com

http://www/moe.gov.my/sukan

http://wwwtgfu.com

http://www.yahoo/kemahiranasas.com

Bil
1 2

Nama

Tahun/Kelas

No Jersi

LAMPIRAN 01

Borang Penyertaan pasukan Karnival Bola Baling Mini 2013 Sk Kapar Nama Pasukan :___________________ Pengurus Pasukan :____________________

3 4 5 6 7

Adalah diakui senarai di atas adalah memenuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan oleh Piahak Penganjur.

Yang benar, . Pengurus pasukan

LAMPIRAN 02

Lakaran Padang /gelanggang Kejohanan Bola Baling mini Sk Kapar 2013