Anda di halaman 1dari 16

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 1 PERANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK

1.1

SINOPSIS

Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancang pengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimana untuk merancang skema pengajaran tahunan atau semester dan juga merancang rancangan pengajaran harian dengan format yang betul. Pelajar juga akan tahu pentingnya pengurusan bilik darjah matematik yang berkesan dan pentingnya komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah. Pada akhir modul ini pelajar perlu tahu membezakan pengajaran mikro dan makro.

1.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: (1) (2) (3) (4) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum matematik menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancangan pengajaran harian (RPH) dengan format yang betul mengetahui kepentingan pengurusan bilik darjah dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan membezakan antara pengajaran mikro dan makro

(5)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

1.3

KERANGKA TAJUK

Merancang Pengajaran matematik

Semakan kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Menyediakan skema kerja untuk tahunan/ semester dan harian

Pengurusan dan Komunikasi bilik darjah

Pengajaran mikro dan makro

1.4

KANDUNGAN

1.4.1 SEMAKAN KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Sebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui dan memahami kurikulum matematik sekolah rendah sebelum merancang pengajaran. Kurikulum matematik merupakan panduan rasmi yang mesti diikuti oleh semua guru matematik. Kurikulum matematik digubal oleh Bahagian Pembangunan

Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dengan objektif-objektif yang tertentu. Matlamat Kurikulum matematik sekolah rendah adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan dan boleh mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Aktiviti 1.4.1 Dapatkan Kurikulum dan Huraian Sukatan Matematik Sekolah Rendah (KBSR) atau Dokumen Standard (KSSR) tahun Satu hingga tahun Enam. Sediakan skop dan urutan tajuk matematik sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6

1.4.2

Menyediakan Skema Kerja untuk Tahunan/Semester dan Rancangan Pengajaran Harian

Sebelum sesuatu pengajaran matematik dapat dilaksanakan secara berkesan guru perlu merancang dan menyediakan skema kerja untuk satu tahun atau satu semester. Berdasarkan skema kerja tahunan/ semester, guru merancang dan menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH).

RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTER

Rancangan tahunan/ semester ialah dokumen bercetak yang disediakan oleh guru atau panitia matematik sekolah berdasarkan kurikulum matematik bagi

mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Rancangan tahunan/ semester perlu menunjukkan agihan tajuk mengikut minggu.

Aktiviti 1.4.2 (1) Kumpulkan rancangan tahunan matematik di sekolah anda dari tahun 1 hingga tahun 6. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam folio

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang penting bagi seseorang guru. RPH adalah langkah-langkah kerja yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru dikelas bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetap. RPH sepatutnya mengandungi apa yang guru akan buat, bagaimana untuk melaksanakannya dan jangkaan apayang pelajar akan laksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

RPH yang dirancang dengan rapi dan teliti dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah. RPH hendaklah disediakan lebih awal sebelum sesi pengajaran berdasarkan format tertentu. Perkara-perkara berikut perlu ada dalam RPH: 1. Tajuk 2. Hasil Pembelajaran 3. Pengetahuan sedia ada 4. Media pengajaran 5. Set induksi 6. Perkembangan isi pelajaran 7. Penilaian 8. Penutup

Aktiviti 1.4.2 (2) Sediakan nota ringkas tentang kepentingan rancangan pengajaran harian kepada guru. Simpan nota anda dalam folio.

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh guru semasa menyediakan RPH. Perkara-perkara tersebut ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Hasil pembelajaran Peruntukan masa Pengetahuan sedia ada murid Saiz kelas Media pengajaran Tahap keupayaan murid Kemahiran berfikir dan nilai murni Pendekatan pengajaran

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR: Rancangan Mengajar Harian Berdasarkan PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN Topik Ukuran Panjang Kemahiran Memahami hubungkait antara unit ukuran panjang Tahun 4 Masa 1 jam A. Hasil Pembelajaran Selepas aktiviti pembelajaran murid boleh menyatakan: i. hubungan antara 1 cm dengan unit mm iaitu 1 cm = 10 mm dan 10mm = 1 cm ii. menyatakan ukuran dalam mm jika diberi ukuran dalam cm dan sebaliknya dengan menggunakan pembaris dalam sengatan cm dan mm
5

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

B. Media Pengajaran : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30 sentimeter & 300 milimeter), LCD, Laptop, lembaran kerja C. Kaedah : Inkuiri penemuan D. Aktiviti : Mengukur benda konkrit di dalam kelas menggunakan pembaris E. Pengetahuan sedia ada: Murid boleh mengukur objek dalam unit cm dan mm. Set Induksi (5 minit) : 1. Guru menayangkan 2 batang pen berwarna merah dan biru yang sama panjang disukat dengan klip kertas dan getah pemadam masingmasing. (Gambar: pen merah bersamaan panjang 6 klip kertas. Pen biru bersamaan panjang 2 batang getah pemadam) 2. Soalan Guru: Berapakah panjang pen merah? Berapakah panjang pen biru? Adakah pen merah dan pen biru sama panjang? Apakah kesimpulan yang anda boleh buat mengenai hubungan panjang klip kertas dan getah pemadam? (panjang 6 klip kertas = panjang 2 getah pemadam) 3. Guru menayangkan 1 batang getah pemadam dengan 3 klip kertas di sebelahnya. Guru membimbing murid membuat kesimpulan hubungan antara panjang getah pemadam dan klip kertas 1 batang pemadam = ______ klip kertas 4. Soalan guru: Apakah hubungan antara unit cm dan mm?

Perkembangan Langkah 1 (20 minit) Tahap Konkrit 1. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (4-5 orang satu kumpulan) 2. Murid mengenal pasti benda konkrit yang hendak diukur (ukuran

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

panjang meja, ukuran lebar buku teks, ukuran panjang pemadam papan tulis, dan lain lain) 3. Edarkan pembaris meter , pembaris sentimeter dan pembaris milimeter kepada setiap kumpulan. Kertas kosong untuk merekodkan bacaan hasil ukuran yang diperolehi. Contoh rekod murid: Kumpulan Pemadam papan tulis Panjang meja Sentimeter (cm) 9 60 Milimeter (mm) 90 600

4. Setiap kumpulan mengukur panjang setiap objek yang telah mereka kenal pasti dalam kumpulan masing-masing dan merekodkan bacaan ukuran objek yang mereka perolehi dalam unit yang berasingan.

Langkah 2 (10 minit) Tahap Semi Konkrit 5. Setiap kumpulan membentangkan hasil ukuran yang diperolehi di hadapan kelas dengan unit ukuran yang mereka gunakan. 6. Murid membandingkan hasil ukuran dalam unit yang berbeza pada benda konkrit yang sama. 7. Murid mendapati hasil ukuran pada benda konkrit yang sama mempunyai nombor dan unit yang berbeza.

Langkah 3 (10 minit) Tahap abstrak 1. Guru memberi penerangan tentang hubungkait antara unit ukuran panjang yang digunakan dalam pengukuran. Contoh : Ukuran meja murid 100mm = 10cm, ukuran pemadam papan tulis 7cm = 70mm.
7

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Unit dan nombor berbeza tetapi nilai ukuran panjang adalah sama. Guru memberi contoh contoh yang berkaitan. 2. Guru memberi garis AB panjang 1 cm yang dilukis pada sehelai kertas kepada 2 kumpulan murid. setiap kumpulan dikehendaki mengukur garis tersebut dalam unit cm dan mm. 3. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa 1cm = 10 mm dan 10 mm = 1 cm Penilaian Langkah 4 (10 minit) Tahap abstrak 1. Murid diberi lembaran kerja dan menyelesaikan secara individu. 2. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bentuk aras kecerdasan iaitu cerdik, sederhana dan lemah. 3. Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi daripada murid.

Penutup 1. Guru menayangkan video lagu bertajuk unit ukuran panjang. Guru membimbing murid menyanyikan lagu yang ditayangkan. 2. Rumusan isi pelajaran daripada murid dengan bimbingan guru, guru menegaskan 1 cm = 10 mm. 10 mm = 1 cm

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Contoh latihan yang disediakan oleh guru bagi pelbagai tahap kebolehan murid. Kumpulan cerdas :

Lukiskan garis mengikut unit panjang yang diberi dan ukur garis tersebut mengikut unit yang dikehendaki: 1. 1cm = ________mm 2. 12 cm =_______mm 3. 45 cm =_______mm 4. 68 mm=_______cm 5. 70 mm = _______cm 6. 5.2 cm = ______mm 7. 18.6 cm = ______mm

Kumpulan sederhana : Selesaikan : 1. 5 m = ________cm 2. 12 m=_______cm 3. 56 cm= _______m 4. 18 cm=______mm 5. 260 cm=______mm 6. 80 mm=______cm 7. 50 mm=______cm

Kumpulan lemah : Selesaikan : 1. 1 cm = _____mm 2. 2 cm = ______mm 3. 20 mm = _____cm 4. 15cm = ______cm 5. 40 mm = _____cm


9

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa 2. Tema/Tajuk 3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja) 4. Objektif Pembelajaran 5. Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P&P 7. Bahan Bantu Belajar 8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan, Fasa Tindakan 9. Penilaian P&P 10. Refleksi: i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P&P ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan )

10

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (Tanpa Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran dan kelas : Topik Masa Standard Pembelajaran : : :

Matematik Tahun Satu Damai Nombor Bulat Hingga 100 60 minit 1.1 (i) (a), (i)(b), (i)(c)

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: Menyatakan kuantiti secara a. Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek. b. Membandingkan dua kumpulan secara padanan. c. Pola berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Membezakan dua kumpulan objek banyak atau sedikit. o Di luar bilik darjah o Objek yang disediakan o Kad gambar. Membuat padanan objek yang berbeza dari segi bentuk, warna dan saiz. Membina kumpulan objek dengan susunan objek yang pelbagai. Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan memadan. Alam sekitar (pokok bunga). Bahan Bantu Belajar: Alat pembilang (Sida, guli, kerusi), tumbuhan dan objek sekeliling sekolah. Lembaran kerja. Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan. Refleksi: 5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.
11

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran Tajuk Masa Standard Pembelajaran

: : : :

Matematik Tahun Satu Damai Tambah 60 minit 2.1 (i), (ii) dan (iii)

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a. Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi. b. Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberi c. Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Murid Perdana 1. Perbincangan mengenai: o Dua kumpulan objek o Bilangan dua kumpulan objek yang disatukan o Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek. 2. Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan jumlahnya. 3. Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan objek. Murid LINUS (Numerasi) 1. Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor o Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul. o Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul o Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul. (aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula) 2. Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang berikutnya. 3. Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut berdasarkan garis nombor. Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi satu kumpulan objek) Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah. Bahan Bantu Belajar: Alat pembilang (cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.
12

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan. Refleksi: 90% murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

Aktiviti 1.4.2.(3)

Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu RPH untuk satu
jam pengajaran. RPH mestilah mengikut format yang telah ditetapkan dan mengambil kira perkara-perkara di atas. Simpan RPH dalam folio.

1.4.3

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN KOMUNIKASI Pengurusan dan komunikasi bilik darjah merupakan satu aspek yang penting ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengawalan disiplin dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi ianya juga berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara konsisten.

Bagi tujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, guru perlu tahu dan memahami murid dari aspek tingkahlaku, kedudukan murid

13

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

dalam kelas, termasuklah nama murid. Guru perlu juga mengadakan dan menguatkuasa peraturan dalam kelas.

Guru perlu mengawal masa bagi setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang supaya apa yang dirancang dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan secara berkesan. Walaupun begitu guru perlu bersikap fleksible dalam mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keupayan murid untuk belajar. Aktiviti 1.4.3(1) Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan kelas matematik yang kondusif. Kongsikan dapatan anda dengan rakan sekelas dan simpan dalam folio.

KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi adalah aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Komunikasi juga merupakan satu cara untuk guru dan murid berkongsi idea dan menjelaskan konsep matematik. Proses komunikasi membantu murid membina kefahaman konsep yang bermakna. Komunikasi yang berkesan boleh membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir.

Guru perlu menggalakan

murid berbincang tentang idea-idea matematik

supaya murid dapat meneroka konsep-konsep matematik dari pelbagai perspektif. Keadaan ini akan meningkatkan lagi pembentukan pemikiran matematik dalam minda murid.

14

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Ketika membuat RPH guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang menggalakan murid-murid berkomunikasi sesama mereka dan guru. Aktiviti-aktiviti seperti pembelajaran koperatif, pembentangan hasil kerja dan projek amat bersesuaian bagi meningkatkan komunikasi di dalam bilik darjah.

Aktiviti 1.4.3 (2) Rancangkan satu aktiviti matematik yang sesuai dijalankan dalam

bilik darjah di mana melibatkan komunikasi antara murid dan murid


serta murid dan guru.

1.4.4

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO Pengajaran mikro dan makro merupakan satu kaedah dalam latihan mengajar kepada calon guru bukan dalam kelas sebenar.

PENGAJARAN MIKRO

Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk menyediakan bakal guru dengan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran mikro dijalankan

dalam kumpulan murid yang kecil 4 hingga 5 orang. Masa pengajaran mikro adalah antara 10-15 minit. Kemahiran penyampaian pula difokuskan kepada satu aspek sahaja seperti set induksi, satu langkah aktiviti pengembangan atau penutup.

Selepas sesi pengajaran mikro, bakal guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran mereka. Refleksi ini bertujuan menambah baik pengajaran mereka dari semua aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran.
15

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran makro mempunyai objektif yang sama dengan pengajaran mikro, tetapi dalam situasi berbeza. Pengajaran makro merupakan sesi pengajaran sebenar tetapi dikalangan rakan sebaya dan bukan dalam suasana bilik darjah sebenar. Pengajaran mikro melibat bilangan murid yang ramai dan masa mengikut kelas sebenar.

Aktiviti 1.4.4 Kumpulkan maklumat tentang kepentingan pengajaran mikro dan makro. Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, banding beza pengajaran mikro dan makro.

16

Anda mungkin juga menyukai