Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
3.1
SINOPSIS Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Ramai ahli psikologi yang terkenal telah menjalankan kajian, tinjauan dan eksperimen terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dan telah mengemukakan berbagai-bagai teori pembelajaran yang membawa kesan pesat terhadap kurikulum matematik masa kini. Bab ini juga akan mengemukakan secara ringkas beberapa teori pembelajaran yang memberi sumbangan besar dalam pendidikan matematik. Kita akan meninjau secara dasarnya teori behavioris, konstruktivis dan humanistik agar kita dapat memanfaatkannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita juga akan membincangkan implikasi teori teori pembelajaran terhadap proses pembelajaran dan pengajaran matematik dalam bilik darjah.
3.2
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat: 1. Menghuraikan konsep penting dalam teori-teori pembelajaran yang memperkukuhkan pengetahuan pedagogi. 2. Menghuraikan teori pembelajaran Behavioris, Kognitif, Konstruktivis dan Humanistik . 3. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pelaziman klasik dan pelaziman operan dan implikasinya kepada pembelajaran programmed. 4. Menganalisis teori Behavioris dan merumuskan implikasi teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik.
52
6. Menjelaskan prinsip-prinsip teori pembelajaran kontruktivis serta implikasinya kepada proses pembelajaran dan pengajaran 7. Membanding dan membeza antara pembelajaran kognitif dan konstruktivis 8. Menjelaskan prinsip-prinsip teori pembelajaran humanistik serta implikasinya dalam pembelajaran matematik.
3.3
KERANGKA TAJUK
Teori Behavioris
Teori Humanistik
Abraham Maslow
Carl Rogers
Jean Piaget
Teori Kognitif/ Konstruktivis
Wolfgang Kohler
53
3.4
Satu alat yang boleh digunakan untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mendalam adalah melalui teori. Teori boleh diertikan sebagai satu set prinsip dan definisi (Kerlinger, 1986, as cited in Noriati, Boon &Sharifah Fakhriah, 2009). Berbekalkan fahaman yang mendalam tentang satu-satu teori, maka individu mampu menghasilkan satu cara penyelesaian yang baru yang kreatif dan berinovasi semasa menghadapi masalah sesuatu fenomena.
Pembelajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang akan mengakibatkan perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan seseorang individu (Ormrod,1995). Oleh itu, bagaimana kita boleh mengaitkan teori dengan pembelajaran?
Bagaimana pula teori pembelajaran boleh membantu kita sebagai individu atau sebagai guru,khasnya? Sebenarnya, teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran berusaha untuk
menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran. Ahli-ahli psikologi pendidikan telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori.
Aktiviti 3.4 Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta hasil penemuannya. Kemudian anda harus
54
Tokoh
Ujikaji Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tibatiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng.(konsep rangsangan dan gerakbalas)
Hasil Dapatan
Komen
Ivan Petrovich Pavlov (1849 - 1936) Hirarki keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi, keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri. Abraham Maslow ( 1908- 1970) Jean Piaget (1896- 1980) Kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya. 55
3.4.1
Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan(secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut. Teori ini diwakili dengan perkataan RangsanganGerak balas (R-G). Perkaitan antara Rangsangan, Organisma dan Gerakbalas boleh diringkaskan seperti di bawah.
Rangsangan (R)
Organism a
Gerakbalas (G)
Rajah 3.1: Kesan rangsangan kepada organisma dan gerakbalas yang diperhatikan
Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh rangsangan(R) dari persekitaran, ii. iii. iv. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikan Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas berlaku dalam masa yang dekat v. vi. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.
Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan ialah i. loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran waktu, rehatatau balik. ii. iii. iv. cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru individu yang fobia selepas mengalami kejadian yang menakutkan sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun tidak lucu. 56
Pelaziman Klasik
Pelaziman Operan
Ivan Pavlov
J.B. Watson
B.F Skinner
E.L. Thorndike
AKTIVITI 3.4.1(1)
Berdasarkan Input 2 di atas cuba anda perhatikan rangsangan yang diberikan dan apa pula gerakbalas anda terhadap rangsangsan ini? Mengapa anda bertindak sedemikian? (Rangsangan, R) Apa Gerakbalas, G anda?
?
(Rangsangan, R) Apa G anda? 57
Ivan Pavlov (1849- 1936) Berbangsa Rusia, Belajar fisiologi di Universiti Leibzig, Jerman. Pemenang Hadiah Nobel: Fisiologi Pencernaan
Nama Pavlov memang sinonim dengan gambar di atas. Apa sebenarnya konsep dan eksperimen yang diperkenalkan oleh Pavlov? . Cuba perhatikan Rajah 3.3 sebelum kita pergi lebih lanjut tentang Pelaziman KlasikPavlov.
58
Rangsangan
Gerak balas
Nuetral
Semula jadi
Terlazim
Semula jadi
Terlazim
Rangsangan nuetral Semua objek, perkara atau peristiwa yang tidak ada hubungan langsung dengan diri kita, oleh itu tiada respon dari kita.
Rangsangan semulajadi Semua objek, perkara atau peristiwa yang ada hubungan semulajadi, maka respon semula jadi akan diberikan.
Rangsangan terlazim Rangsangan yang terhasil apabila rangsangan nuetral digabungkan dengan rangsangan semulajadi untuk menghasilkan gerakbalas yang serupa dengan rangasangan semulajadi.
59
Gerakbalas semulajadi (juga dikenali gerakbalas pantulan) Dimiliki olehsemua organisma yang mempunyai siatem saraf. Contoh, air liur yang meleleh apabila melihat makanan yang enak, kelipan mata apabila terdapat gangguan.
Teori Pavlov Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Minda manusia adalah seperti kotak hitam yang tidak boleh dibuka; yang hanya boleh kita perhatikan ialah rangsangan yang masuk dan gerak balas atau respons yang keluar sebagai reaksi kepada rangsangan. Contohnya ramai orang akan berasa takut bila berada di atas kerusi dalam bilik doktor gigi walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan anda. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik (classical conditioning) ialah sejenis pembelajaran yang berlaku apabila organism dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dengan rangsangan semulajadi.Pavlov melakukan eksperimen dengan anjingnya seperti rajah di bawah.
60
Gambar 1 (Before Conditioning): Makanan ialah rangangan semula jadi (unconditioned stimulus). Organisma akan memberi gerak balas semulajadi (unconditioned response) kepada rangsangansemulajadi
Gambar 2 (Before Conditioning): Loceng (bell) ialah Rangsangan neutral (Nuetral stimulus). Tiada sebarang gerakbalas atau reaksi dari organisma.
Gambar 3 (During Conditioning): Apabila loceng (rangsangan neutral) digabungkan dengan makanan (rangsangansemulajadi),ia akan menghasilkan gerak balas semulajadi. Gerakbalas atau reaksi ini adalah sama seperti apabila hanya makanan (rangsangan semulajadi diberikan). Kombinasi loceng dan makanan diberi berulang kali kepada anjing untuk mendapatkan gerakbalas yang sama.
61
Gambar 4 (After Conditioning): Hanya loceng dibunyikan (tanpa makanan) tetapi tetap mendapat respon atau reaksi yang sama. Kini, loceng berfungsi sebagai rangsangan terlazim (conditioned stimulus) dan reaksi anjing ialah gerak balas terlazim (conditioned response)
Oleh itu, pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila organisma dapat mengaitkan dua rangsangan, iaitu rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi. Menurut pelopor teori ini, manusia juga mempamerkan tingkah laku ini. Oleh itu, pembentukan tingkah laku pembelajaran di bilik darjah boleh dilakukan melalui kombinasi
rangsangan yang diberikan oleh guru. Contohnya bunyi loceng yang diberikan berulang kali telah menyebabkan semua murid di sekolah mengetahui bunyi loceng menandakan pertukaran waktu, rehat atau balik. Terdapat 3 tingkah laku yang boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasi:-
Penghapusan (extinction) Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (conditioned stimulus) diberikan berulang kali tanpa rangsangan semula jadi (unconditioned stimulus). Dalam erti kata ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan melibatkan proses melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan semulajadi. Contohnya
perasaan takut terhadap guru mata pelajaran dan guru matematik boleh dikurangkan sekiranya murid tersebut mendapat guru matematik yang memahami kelemahannya, pandai menggunakan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Generalisasi Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anjing 62
akan tetap melelehkan air liur sekiranya anjing tersebut mendengar bunyi wisel yang hampir sama dengan bunyi loceng. Hal ini kerana telah berlaku pemindahan pembelajaran (Noriati, Boon &Sharifah Fakhriah, 2009). Diskriminasi Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya memberi respons atau gerak balas tertentu sahaja. Contohnya, anjing tidak akan memberi gerakbalas kepada bunyi lain selain dari bunyi loceng. Bunyi-bunyi selain dari bunyi loceng adalah rangsangan neutral.
individu adalah
disebabkan oleh perbezaan pengalaman pembelajaran. Beliau juga membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara pelaziman klasik. Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal). Beliau pernah berkata, Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my own specified world to bring them up in and I'll guarantee to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select - doctor, lawyer, artist, merchant-chief and, yes, even beggar man and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and the race of his ancestors. (Watson, 1924, as cited in Classical Conditioning, n.d)
63
Watson terkenal dengan eksperimennya bersama seorang bayi berumur 11 bulan yang diberi nama Little Albert. Seperti gambarajah di atas, Albert diberi bermain dengan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada tikus ini, malah boleh bermain dengannya. Namun, beberapa saat selepas memperkenalkan tikus putih tersebut, Watson mengetuk penukul pada palang besi yang tergantung di belakang Albert. Bunyi hentaman tersebut menyebabkan bayi berkenaan menangis dengan kuat. Kejadian tikus bersama ketukan penukul ini diulangi sebanyak 7 kali selama 7 minggu berturut-turut dan setiap kali Albert akan menangis ketakutan. Akhirnya, Albert akan terus menangis apabila melihat tikus putih, walaupun tidak dirirngi oleh bunyi ketukan penukul.
Watson telah membuktikan bahawa Little Albert telah mengaitkan tikus putih dengan bunyi hentaman yang menakutkan. Malah bayi berkenaan juga menunjukkan rasa takut terhadap apa-apa sahaja yang berbulu dan berwarna putih (generalisasi). Di samping itu, Watson juga menunjukkan perkaitan antara pelaziman klasik dengan fobia. Pemerhatian ke atas Little Albert 10 hari selepas pelaziman menunjukkan rasa takut yang berkurangan (penghapusan), namun rasa takut ini berkekalan selepas 64
sebulan. Watson juga mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga reaksi emosi yang asas iaitu rasa takut, marah dan sayang.
Oleh itu, dalam bilik darjah, guru boleh memastikan pembentukan emosi positif di kalangan pelajarnya. Suasana bilik darjah yang mesra, adil, dan berdisiplin dapat membentuk persekitaran psikososial yang positif, yang seterusnya mempengaruhi emosi murid.
AKTIVITI 3.4.1 (2)
1. Tahukah anda mengapa seekor gajah yang besar boleh kekal terikat pada sebatang pokok yang kecil sedangkan gajah berkenaan mempunyai tenaga yang mencukupi mengheret beberapa batang balak sekaligus?
2. Cuba anda baca kembali eksperimen yang dilakukan oleh Watson terhadap Little Albert. Bolehkah anda kenal pasti yang mana ialah rangsangan semulajadi semulajadi (unconditioned (unconditioned response), stimulus), gerakbalas neutral yang
rangsangan
kemudian menjadi rangsangan terlazim (conditioned stimulus) dan gerakbalas terlazim (conditioned response)?
TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE Teori Pelaziman Operan (Operant Conditioning) merupakan satu bentuk pembelajaranyang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas. Perkaitan ini boleh diperkuatkan atau diperlemahkan melalui peneguhan atau dendaan. Teori iniperkenalkan oleh B.F. Skinner.
65
Ujikaji yang dilakukan oleh Thorndike adalah yang berhubung dengan hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerakbalas yang akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku tersebut menyeronokkan atau memuaskan. Sila buat rujukan tentang eksperimen Thorndike dengan seekor kucing yang cuba melepaskan diri dari sangkarnya.
Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dan gerakbalas akan menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Dalam hal ini, masa yang diambil oleh kucing untuk melepaskan diri dari kurungan menjadi semakin singkat apabila terdapat makanan (ganjaran) selepas ia berjaya melepaskan diri. Berdasarkan ini, Thorndike telah
a) Hukum Kesan Sesuatu gerak balas yang dikuti dengan kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan menyebabkan gerak balas tersebut diulang. Namun, sekiranya berlaku kesan yang tidak memuaskan, maka gerak balas tidak akan diulangkan. Secara ringkasnya,
= =
Dengan kata lain, Hukum Kesan mengatakan bahawa guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa berjaya. Sekiranya guru tidak kedekut dengan pujian, murid akan berasa puas hati dan gembira.
b) Hukum Latihan Hukum Latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan mengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipelajari atau diulangi. Oleh itu, hubungan R-G yang positif boleh diperkukuhkan sekiranya dibuat berulang kali. Sebaliknya, hubungan R-G akan menjadi lemah jika tidak diulangi.Dalam situasi bilik darjah pula, hukum ini menggalakkan guru-guru memberi latihan dalam pelbagai bentuk, latihtubi dan mengaplikasikan kemahiran dengan lebih kerap.
c) Hukum Kesediaan Hukum ini memberi perhatian kepada kesediaan organisma dari segi kognitif (pengetahuan lepas), afektif (perasaan, kecenderungan dan minat) dan psikomotor (fizikal). Bagi Thorndike, sekiranya tiada
persediaan yang mencukupi ia akan membawa kepada kekecewaan.. Contohnya, Murid bersedia, guru bimbing dengan baik kesan positif pada murid, pembelajaran berlaku Murid bersedia, tiada bimbingan dari sesiapa kesan negatif pada murid, pembelajaran tidak berjaya Murid belum bersedia, dipaksa untuk belajar
kesan
Oleh itu, mengikut hukum ini, guru perlu memastikan murid ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti
mencapai kejayaan sekiranya perkara yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka. Aktiviti 3.4.1 (3) Berdasarkan pendapat Thorndike, berikan satu contoh topik matematik di mana guru boleh mengaplikasikan Hukum Kesan, Hukum Latihan dan Hukum Kesediaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Salah sebuah dari buku Skinner yang popular ialah Walden II, sebuah fiksyen tentang prinsip behaviorisnya. Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada sama ada tingkah laku baharu, tingkah laku lama diteruskan atau diulanginya atau sebaliknya.Bagi pelopor pelaziman operan, kesan-akibat mempunyai perkaitan rapat dengan ganjaran dan hukuman. Oleh itu, tingkah laku baharu yang diingini boleh dibentuk melalui ganjaran dan peneguhan atau hukuman dan dendaan. Skinner sependapat dengan Pavlov tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner merumuskan pelaziman operannya seperti Rajah 3.9 68
Peristiw a awal
Kesanakibat
Tingkah laku
Rajah 3.5 Pembelajaran Behavioris mengikut Skinner Diterjemahkan dari Behavioural, (n.d). p.2.
Jadual 3.1: Pembelajaran dan perubahan tingkah laku Peristiwa Awal (Antecedents) Rangsangan luaran yang menyebabkan kita untuk bertindak. Untuk ahli behavioris, tingkah laku dibahagikan kepada dua kategori, yang diingini atau yang tidak diingini. Ahli Behavioris juga berpendapat, persepsi ialah segala-galanya. Contoh, keinginan seorang guru supaya pelajarnya menyiapkan kerja rumah bukan keinginan seorang pelajar berkenaan untuk berbuat demikian.
Kesan dan akibat ialah motivasi yang akan Kesan akibat menentukan sama ada meningkatkan atau (Consequences) menurunkan kemungkinan sesuatu gerak balas berulang semula.
Skinner membuktikan teori peneguhannya dengan Peti Skinner. Rajah di bawah menunjukkan Peti Skinner.
69
Dalam ujikajinya, Skinner memastikan tikus hanya akan mendapat makanan apabila tuil (lever) suis ditekan. Tikus akan melakukan cuba-jaya (trial and error), menghidu dan mencari-cari sehingga tertekan suis, lampu terpasang dan akhirnya mendapat makanan (ganjaran). Selepas itu, Skinner juga mengenakan kejutan elektrik (fungsi shock grid dalam gambarajah) apabila suis ditekan. Ringkasan uji kaji Peti Skinner boleh diperhatikan dalam Jadual 3.2. Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang murid itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.
70
Jadual 3.2 Contoh ringkasan uji kaji dalam Peti Skinner Tingkah laku Awal Rawak Tingkah laku/ Tindakan Tertekan tuil suis Menekan tuil suis Menekan tuil suis-lampu menyala Menekan tuil suis-kejutan elektrik Menekan tuil suis-kejutan elektrik Kesan Tindakan Makanan keluar Makanan keluar Makanan tidak keluar Makanan tidak keluar Makanan tidak keluar Teknik Kesan Tingkah Laku Diteruskan
Peneguhan
Terlazim Terlazim
Diteruskan Diteruskan
Terlazim
Terlazim
Jadual 3.3 : Konsep peneguhan dan hukuman mengikut Skinner Konsep Peneguhan Jenis Positif Penerangan Kemungkinan tingkah laku diteruskan apabila tingkah laku diikuti dengan rangsangan yang menyenangkan (ganjaran) Contoh Murid menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan, guru memuji. Pujian guru akan menyebabkan murid meneruskan usaha cemerlangnya
71
Negatif
Kemungkinan tingkah laku akan diulangi apabila rangsangan yang tidak menyenangkan ditiadakan
Guru sering menegur seorang murid yang tidak berpakaian kemas. Akhirnya, murid menjaga kebersihan dirinya dan guru tidak lagi berleter dan mengkritik murid berkenaan. Murid mengekalkan kekemasan dirinya. Murid ditangkap merokok di sekolah oleh itu dia dirotan. Murid didapati tidak menyiapkan kerja rumah, oleh itu dia tidak dibenarkan untuk keluar berehat.
Hukuman
Beri
Kemungkinan tingkah laku diulangi berkurang apabila rangsang diberikan. Kemungkinan tingkah laku diulangi berkurang hasil dari rangsangan yang selesa ditarik balik
Tarik
Di samping Jadual 3.3 di atas, Skinner telah memperincikan Peneguhan Positif danmembahagikan lagi kepada kategori mengikut Jadual 3.4
Jadual 3.4 Jadual peneguhan positif Peneguhan Berterusan Jenis Contoh Guru beri ganjaran bagi setiap langkah murid semasa membuat aktiviti sehingga murid selesai Berdasarkan isi kandungan Bagi setiap 5 soalan, murid dapat menjawab dengan betul, satu token akan diberikan. Token boleh ditukar dengan aktiviti atau benda yang disukai
72
Untuk menjawab soalan guru, murid perlu mengangkat tangan. Peluang untuk menjawab soalan tidak dapat dijangka. Berdasarkan masa Murid menghadapi ujian pada setiap akhir bulan Murid tidak tahu bila guru akan memberi ujian pop.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK 1. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna, Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai 2. Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran 3. Objektif hendaklah khusus
Buat analisis tugasan Pastikan tugasan yang diberi sesuai dengan kemampuan murid Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudah difahami
4.
Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah kepada sukar.
5.
Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan tingkahlaku Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai
6.
Aplikasi Hukum Kesediaan Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada 73
7. 8. 9.
Sediakan situasi yang merangsangkan Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi murid
Aplikasi Hukum Latihan Banyakkan pengulangan dan latih tubi Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai
Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat Adakan aktiviti pengukuhan Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai
Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai Amalan rutin belajar Amalan rutin keceriaan Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
Kesimpulan Prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli psikologi Behaviorisme adalah praktikal dan berkesan sekiranya guru
menggunakan dengan merancangnya terlebih dahulu terutama prinsip peneguhan positif dan negatif yang dikemukakan oleh Skinner. Tetapi guru mesti merancang bentuk peneguhan positif yang sesuai. Ini termasuklah apakah aktiviti sesuai yang hendak diberi peneguhan positif.
Berdasarkan Teori Pelaziman Operan yang dikemukakan oleh Skinner, huraikan cara guru boleh mengaplikasikan prinsip
peneguhan positif dan dua cara guru boleh mengaplikasikan prinsip peneguhan negatif dalam pengajaran matematik.
74
Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 1. Guru hendaklah menetapkan hasil pembelajaran atau standard
pembelajaran yang spesifik dan dinyatakan dengan jelas atau bersifat eksplisit. (mestilah boleh diukur, realistik dan boleh dicapai) 2. Sediakan langkah-langkah pengajaran secara berperingkat-peringkat. Mulakan daripada yang mudah membawa kepada yang sukar. Pastikan murid-murid sudah mahir isi pengetahuan serta kemahiran awal sebelum berpindah kepada tajuk yang lain. 3. Guru perlu mengaplikasikan teknik peneguhan yang sesuai. Misalnya peneguhan positif seperti pujian, penghargaan dan tunjukkan kasih sayang. Apabila guru memberikan pujian dan dorongan murid-murid akan timbul rasa minat untuk belajar dan membantu guru mengawal tingkah laku murid dalam bilik darjah. 4. Guru perlu bijak mengaitkan isi pelajaran yang baharu dengan pengetahuan sedia ada murid supaya murid lebih faham menjadikan pembelajaran murid lebih bermakna dan berkesan.Rangsangan dan memupuk rasa ingin tahu murid perlu diberi perhatian oleh guru. Dalam masa yang sama aplikasi kaedah pengajaran kontekstual elok diberi penekanan di mana sesuai. 5. Ada baiknya guru mengaplikasi hukum latihan. Sesuatu kemahiran dan pengetahuan yang ingin disampaikan kepada murid perlu diberikan latihan yang cukup dan latih tubi yang berterusan. Ini akan menggalakkan berlakunya pemindahan pembelajaran. 6. Guru juga boleh mengamalkan prinsip hukum kesan dan akibat. Misalnya memberikan ganjaran kepada tingkah laku yang baik dan hukuman kepada tingkah laku yang tidak diingini. Sehubungan dengan itu maka guru bolehlah menguruskan bilik darjah dengan berkesan dengan menyisipkan amalan rutin bilik darjah dan dinamika kumpulan secara lebih terancang.
75
3.4.2
Ada banyak pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan. Anda sudah belajar tentang teori
pembelajaran behavioris yang didokong oleh ahli psikologi seperti Skinner, Pavlov, dan Thorndike. Manakala teori pembelajaran kognitif pula dipelopori oleh Piaget. Bertitik tolak daripada pandangan teori
pembelajaran kognitif ini maka lahirlah satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar iaitu konstruktivisme.
Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir secara kritis dan kreatif, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan merupakan masalah dan yang sebagainya. memberi Pendekatan khusus Kognitivis kepada
pendekatan
perhatian
kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya.
76
Ciri-ciri PembelajaranKognitif
Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motif atau objektif tertentu, dan bukan aktiviti atau proses cuba jaya sahaja.
Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada adalah amat penting untuk pembelajaran.
Pembelajaran yang utama adalah yang berasaskan kepada struktur kognitif dan kesedarannya terhadap kewujudan rangsanganrangsangan baru.
Beliau merupakan ahli psikologi bangsa Swiss yang meyakini bahawa perkembangan mental setiap peribadi melewati empat tahap iaitu:
Sensori Motor
Operasi Formal
Pra Operasi
Operasi Konkrit
Rajah 3.7 :TahapPerkembanganKognitifmenurut Jean Piaget 77
1. Tahap sensori motor (0-2 tahun) Pada tahap ini anak-anak mengembangkan konsep pada dasarnya melalui interaksi dengan dunia fiksyen 2. Tahap pra-operasi (2-7 tahun) Pada tahap ini anak sudah mulai untuk menyatakan idea, tetapi idea tersebut masih sangat tergantung pada persepsi. Pada tahap ini anak telah mulai menggunakan simbol, belajar untuk membezakan antara kata atau istilah dengan objek yang diwakili oleh kata atau istilah tersebut. 3. Tahap operasi konkrit (7-12 tahun) Pada tahap ini anak mengembangkan konsep dengan menggunakan benda-benda konkrit untuk menyelidiki hubungan dan model-model idea abstrak. Bahasa merupakan alat yang sangat penting untuk menyatakan dan mengingat konsep-konsep. Pada tahap ini anak sudah mulai berfikir secara logik, berfikir logik. Ini terjadi sebagai akibat adanya kegiatan anak memanipulasikan benda-benda konkrit. 4. Tahap operasi formal (12 dewasa) Kanak-kanak sudah mulai mampu berfikir secara abstrak, dia dapat menyusun hipotesis dari halhal yang abstrak menjadi dunia realiti dan tidak terlalu bergantung pada benda-benda konkrit.
Piaget menekankan bahawa proses belajar merupakan suatu asimilasi dan akomodasi informasi ke dalam struktur mental. Asimilasi adalah proses terpadunya informasi dan pengalaman baru ke dalam struktur mental. Akomodasi adalah perubahan fikiran sebagai suatu akibat adanya informasi dan pengalaman baru, mereka secara aktif mencuba. Sebagai contoh dalam operasi penjumlahan, kanak-kanak memahami 5 + 3 = 8 dengan memanipulasi benda-benda konkrit yang telah dikenalinya.
78
Jerome S. Bruner adalah seorang ahli psikologi kognitif. Bruner menyatakan proses belajar daripada hasil belajar. Oleh sebab itu, menurut Jerome S. Bruner kaedah belajar merupakan faktor yang menentukan dalam pembelajaran dibandingkan dengan pemerolehan sesuatu kemampuan khusus. Kaedah yang digunakan oleh Jerome S. Bruner adalah penemuan melibatkan kegiatan mengorganisasikan kembali pelajaran yang telah dikuasai oleh seorang kanak-kanak. Kegiatan ini berguna bagi kanak-kanak tersebut untuk menemukan suatu pola atau keteraturan yang bersifat umum terhadap situasi atau masalah baru yang sedang dihadapinya. Jerome S. Bruner yakin bahawa dalam mempelajari matematik seorang kanak-kanak perlu secara langsung bahan-bahan manipulatif. Bahan-bahan manipulatif merupakan benda konkrit yang dirancang khusus untuk memahami suatu konsep matematik. Selain daripada itu, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih
dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan matapelajaran dan kemahiran tertentu. Teori Pembelajaran Kognitif:
Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Menurut Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut:
79
i)
Pembelajarani syarat
Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Misalnya, apabila loceng berbunyi pukul 7.30 pagi, semua muridakan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan mereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk. Ini merupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.
ii)
Pembelajaran
peneguhan. Ini bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkahlaku yang diingati.
iii)
Rangkaian
Rangkaian merupakan satu siri tingkahlaku yang berkaitan antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam permainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayunkan raket dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.
iv)
Pertalian berbahasa
Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Misalnya, apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola.
80
v)
Pembelajaran diskriminasi
Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerakbalas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakan antara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.
vi)
Pembelajaran Konsep
Ini berlaku apabila murid bertindakbalas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan menggolongkan kuning, merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai bentuk.
vii)
Pembelajaran hukum
Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk membentuk hukum.
viii)
Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum. Gagne telah menggunakan urutan-urutan penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey. Urutan langkah-langkah itu adalah seperti berikut: a) mengenal masalah b) mencari maklumat 81
Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif dalam Pembelajaran Matematik 1. Merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan bermakna 2. Menyediakan berbagai ABM dan Resos untuk pembentukan konsep yang betul 3. Perkaitan hendaklah dibuat antara konsep konkrit dengan konsep abstrak 4. Kandungan harus diatur mengikut tahap: i. Dari mudah ke kompleks ii. Dari umum ke specifik iii. Dari konkrit ke abstrak iv. Dari pengetahuan atau pengalaman sedia ada ke pengetahuan baru v. Dari pengalaman berasaskan persekitaran terdekat kepada pengalaman atau situasi yang belum dialami dalam persekitaran yang lebih jauh. 5. Pembelajaran dirancang berasaskan pola (patterns), bukan bahagianbahagian (parts). 6. Berikan satu overviu kursus dan hubungan antara tajuk-tajuk berkenaan 7. Pengajaran bukan secara langkah demi langkah; latih tubi; or penerangan arbitrari oleh guru
82
KONSEP KONSTRUKTIVISME
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut
pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada.
83
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONTRUKTIVIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Oleh sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan pendekatan berpusatkan murid tentunya peranan murid dan guru akan berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah perlu diubah supaya sesuai dan dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme. Antara implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran:
1. Guru mungkin akan berperanan sebagai murid atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai
84
3. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
4. Membantu
murid
menyedari
kerelevanan
kurikulum
kepada
5. Menggalakkan
murid
membuat
tugasan
yang
berbentuk
6. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
8. Murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segalagalanya.
9. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah.
10. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan dapat membantu murid mengukuhkan atau mengubah idea mereka. 85
11. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
Aktiviti 3.2.4 Kontruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan daripada orang lain (McBrien & Brandt, 1997)
(a)
Huraikan lima kelebihan pendekatan konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sehingga ia boleh menggalakkan percambahan pemikiran kreatif dan kritis
(b)
Berdasarkan pendekatan konstruktivisme, huraikan dengan menggunakan gambarajah bagaimana murid anda memperolehi rumus bagi isipadu kuboid iaitu :
86
Banding beza Pembelajaran Tradisional dan Konstruktivisme: Bilik Darjah Tradisional Pengetahuan dipindahkan sedikit demi sedikit dalam urutan yang sistematik Melibatkan murid bekerja secara individu di tempat duduk masing-masing. Guru membuat pembentangan/penerang an di depan dan murid dengar dengan diam Guru memberi satu contoh penyelesaian murid membuat latihan berulang dengan meniru penyelesaian guru Dalam penyoalan, guru memberi maklumbalas positif kepada jawapan betul dan mengabaikan jawapab salah Bilik Darjah Konstruktivis Mengambilkira perbezaan gaya pembelajaran murid Hands-on, berpusatkan murid, bahan manipulatif digunakan Aktiviti open-ended membolehkan murid menyelesaikannya pada kadar mereka sendiri Jawapan diterima tanpa penilaian (judgement) dan membuat kesilapan diduga dan diterima Kerja kumpulan atau pembelajaran koperatif membolehkan pelajar belajar dari satu sama lain Rutin bilik darjah berasaskan konstruktivism Perkembangan/pembelajaran konsep dan kemahiran adalah perlahan tetapi kukuh Pelbagai strategi penyelesaian masalah digalakkan Melibatkan kemahiran berfikir, berkongsi pemikiran dan pengembangan stategi penyelesaian masalah Naluri ingin tahu, penyoalan dan
87
penerokaan digalakkan
Pendekatan
humanistik
melihat
murid
sebagai
insan
berpotensi,
bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Bagi humanistik, manusia dilihat sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza dengan haiwan. Teori Humanistik percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minatdan nilai, dengan itu individu itu harus dilihat sebagai satu entiti.Pendekatan humanistik terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan mengiktiraf persepsi, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran yang berbeza. Ini bererti pendekatan ini memberi tumpuan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri murid.
Apakah objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik? Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner,1991).
i.
Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.
ii.
Mengembangkan
keupayaan
bertanggungjawab
ke
atas
pembelajaran dan perkara yang dipelajari. iii. iv. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan. 88
v.
Apakah prinsip-prinsip pendekatan pembelajaran humanistik? Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistik seperti berikut:
1.
Murid akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingindiketahui oleh mereka.
2.
Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan.
3.
Penilaian kendiri hasil kerja murid merupakan penilaian yang lebih bermakna,namun murid perlu mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan.
4. 5.
Perasaan adalah sama penting dengan fakta. Murid belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.
Antara tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan lain-lain. Dua tokoh utama bagi pendekatan pembelajaran humanistik ialah Carl Rogers danAbraham Maslow. Kita meninjau secara ringkas pandangan kedua-dua tokoh ini.
Carl Rogers
89
Carl Rogers (1902-1989) dilahirkan di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Beliauterkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien serta psikoterapiyang bukan bersifat mengarah. Pada mulanya beliau belajar teologi dan kemudiannya beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan.Carl Rogers berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika dijurus ke arah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani.
Bagi Rogers, insan yang sempurna memiliki kualiti berikut: i. Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat anggapan yang betul tentang pengalamannya. ii. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini bukan semalam atau esok. iii. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat iv. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri. v. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.
Dalam
pembelajaran,
Rogers
memberi
penekanan
kepada
hubungan personel antara guru sebagai fasilitator dengan murid. Oleh itu teori humanistik mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid. Prinsip umum pembelajaran bagi Rogers adalah:
Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya. Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam dan sebaliknya akan menjadi tenang jika tiada ancaman. 90
Bagi Rogers, pembelajaran berkesan akan terhasil jika murid berasa tenang dan bebasdaripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman murid diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya. Rogers menyarankan agar menerima semua murid sebagai individu yang memiliki potensi dan yang sedang berkembang. Dalam pendidikan Rogers terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman (experiental learning). Menurut Rogers semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaan murid tetapi puncanya suasana pembelajaran yang kurang sesuai.
Dalam menyediakan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar, guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran, membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai, mengimbangkan komponen intelektual dan emosi berkaitan dengan pembelajaran, dan berkongsi perasaan dan idea dengan mereka.
Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua bentuk. 1. 2. Pembelajaran Kognitif Pembelajaran pengalaman
Pembelajaran Kognitif dianggap kurang bermakna kerana melibatkan pembelajaran matapelajaran akademik semata-mata. Melibatkan proses belajar di dalam bilik darjah, membaca dan membincang tentang pengalaman dan hasil kerja orang lain. Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran jenis inimengambil kira keperluan dan kehendak murid. Oleh itu pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Pembelajaran pengalaman merupakan belajar melalui proses membuat. Murid terlibat secara aktif 91
dalam pembelajaran, yang merangkumi merancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dan kesan yang memberangsangkan. Melalui proses ini murid meneroka, mencari jalan penyelesaian, membuat uji kaji, kajian dan sebagainya. Melalui proses membuat sendiri, dalam kumpulan terutamanya, murid akan belajar bekerjasama, berfikir, merancang, menghayati nilai, dan memupuk sikap yang baik. Secara langsung murid belajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat.Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun 1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik.Maslow telah menghasilkan dengan teori perkembangan manusia terutamanya teori keperluan. Maslow mengutarakan pemeringkatan keperluan manusia yang perlu dipenuhi sebelum manusia mencapai potensi diri.
92
Keperluan estetika Keperluan pencapaian Intelek (Pencapaian akademik) Keperluan penghargaan (penghargaan, pengiktirafan)
Keperluan kekurangan
Keperluan kasih sayang (penerimaan dan kasih sayang drpd keluarga dan rakan-rakan )
Menurut Hiraki Keperluan oleh Maslow, keperluan manusia boleh disusun mengikut satu hierarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti 93
dengan keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri, kognitif, estetik dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri. Keperluan yang paling asas sekali bagi manusia ialah memenuhi keperluan fisiologi terlebih dahulu. Jika tidak seseorang itu akan berasa kurang selesa dan bimbang. Apabila keperluan fisiologi dipenuhi, seseorang itu akan memberi tumpuan kepadamemenuhi keperluan keselamatan dan perlindungan. Seterusnya bagi memenuhi keperluan untuk kasih sayang dan dipunyai. Termasuk dalam keperluan ini adalah keperluan untuk berkawan, sokongan keluarga, keahlian kumpulan tertentu dan perhubungan yang intim.Peringkat seterusnya bagi memenuhi aras keempat iaitu keperluan penghargaan diri dimana seseorang itu berusaha bagi mendapatkan pengiktirafan orang lain yang dimanifestasi dalam bentuk penerimaan, prestij, status, kompetensi, keyakinan diri dan sebagainya. Individu akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi
kecenderungannya dalam akademik atau seni estetik yang diminatinya. Peringkat akhir adalah keperluan penyempurnaan kendiri yang melibatkan keinginan berterusan untuk memaksimumkan potensi diri, umpamanya cuba merealisasikan bakat dan kebolehan agar menjadi individu yang menyeluruh dan sempurna.Keseluruhannya menurut Maslow keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diriuntuk melakukan yang terbaik.
Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan (deficiency needs) dan keperluan
perkembangan (being / growth needs). Keperluan kekurangan perlu dipenuhi peringkat demi peringkat sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan perkembangan. Sekiranya keperluan kekurangan belum dapatdipenuhi, menurut Maslow keperluan perkembangan tidak akan bermakna. Apabila keperluan kekurangan telah dipenuhi, seseorang itu 94
tidak bermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan bergerak ke hirarki yang lebih tinggi. Berbeza dengankeperluan perkembangan, seseorang itu tidak akan jemu memenuhinya dan terus berusaha untuk
mengembangkan lagi minat dan kecenderungannya dalam akademik atau seni estetik yang dicapainya. Ini seterusnya membawa kepada
penyempurnaan kendiri, iaitu mencapai potensi yang menyeluruh. Apakah Implikasi Teori Keperluan Maslow dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik? Seorang guru, perlu memberi perhatian agar murid dapat belajar dengan baik berdasarkan hirarki keperluan.
1.
Memastikan keperluan fisiologi murid telah dipenuhi, seperti makan minum,waktu rehat, cahaya dan pengudaraan bilik darjah yang baik.
2.
Memastikan keselamatan terjamin, seperti keadaan fizikal bilik darjah, tiada ancaman buli, peraturan dan rutin harian yang sesuai, wujudnya semangat setiakawan dan dinamika kumpulan.
3.
Sentiasa yakin bahawa setiap murid adalah insan yang ada potensi. Layani murid secara individu.
4.
Tugasan yang diberi biarlah sesuai dengan keupayaan murid supaya muridberjaya membuatnya. Kejayaan murid akan
menimbulkan rasa berjaya dan meningkatkan harga diri murid. Beri peneguhan dan pengiktirafan bagi hasil kerja murid. Setelah kita mengenali dan memahami Pendekatan Humanistik, dapatkah anda fikirkan implikasinya matematik? terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi
Pendekatan
Humanistik
terhadap
pengajaran
dan
pembelajaran matematik
95
Secara umum dapatlah disenaraikan secara ringkas implikasi Pendekatan Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran: 1. Fokus pengajaran adalah kepada murid dan bukannya subjek. Dalam memberi pengajaran subjek tertentu, utamakan murid dan kemudiannya pada matapelajaran. 2. Melayan murid sebagai insan kemudian barulah melayani mereka sebagaimurid. 3. Menerima setiap murid tanpa syarat. Layani perbezaan individu mengikut potensi dan keupayaan masing-masing. 4. Membantu murid menentukan matlamat yang realistik. 5. Sentiasa melibatkan murid dalam aktiviti kumpulan, seperti pembelajarankoperatif. Ini dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi. 6. Guru sebagai fasilitator bagi aktiviti kumpulan. 7. Untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik kepada murid, guruhendaklah menjadi dirinya teladan. 8. Sentiasa memberi ganjaran kepada gerak balas murid. 9. Isi pelajaran yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan aras pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan murid. 10. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari hendaklah ditentukan oleh murid. Ini bagi meningkatkan motivasi murid. 11.Perancangan pengajaran perlu mengambil kira minat,
kecenderungan, kesediaan belajar dan perbezaan individu. 12. Aktiviti/ program pemulihan dapat membentuk konsep kendiri yang positif bagi murid yang lemah. 13. Perasaan dan amalan saling hormat-menghormati dapat
membantu pembelajaran berkesan. 14. Percaya bahawa semua murid boleh belajar jika tempoh masa mempelajarinya mencukupi.
96
97