Anda di halaman 1dari 5

SOALAN LATIHAN EDU 3105

BAB 1

1.Apakah peranan lain teknologi pendidikan?

Antara peranan lain teknologi pengajaran ialah:

(a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan Dengan adanya teknologi pendidikan, pelaksanaan pengajaran berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan menjadi lebih berkesan, mudah, berteknologi terkini dan memberikan impak positif kepada pembelajaran murid dan seterusnya sistem pendidikan.

(b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran Teknologi pendidikan juga dapat menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional

(c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran Pengalaman pembelajaran murid akan lebih bermakna, mudah serta bermanfaat kepada sesi pembelajaran mereka.

2.

Mengapakah teknologi diperlukan dalam pendidikan masa kini.

Teknologi adalah bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. Penggunaan itu pula bukan dilihat dari sudut sains semata mata, tetapi juga seni. Jadi, jika papan hitam atau papan tulis yang usang di bilik darjah dicantikkan rupanya dan digunakan hingga membangkitkan kefahaman dalam pembelajaran, maka itulah teknologi. Istilah teknologi sering dikaitkan dengan alat-alat teknologi moden terutama alat-alat elektronik seperti televisyen, perakam pita video, permainan cakera laser, permainan cakera padat, perakam pita kaset, projektor LCD dan projektor lutsinar. Kadakala teknologi bermaksud pembangunan serta pemodenan dan biasanya

sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana kesan penggunaan alatalat teknologi itu sendiri. Dalam usaha membina modal insan yang seimbang dari sudut intelek, emosi dan spiritualnya, maka keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh mengabaikan peranan teknologi dalam membangunkan sahsiah dan personaliti unggul manusia. Penekanan terhadap pemilihan strategi penggunaan media dalam pengajaran mampu mengintegarsikan nilai kebudayaan dengan amalan pengajaran berserta sumber demi mencapai matlamat pendidikan yang seimbang dan bersepadu.

BAB 2 Buat banding beza antara Model ADDIE dan Model ASSURE

MODEL ADDIE ( 5 langkah )

MODEL ASSURE ( 6 langkah )

1. Analisis 2. Reka bentuk 3. Perkembangan

1. Analisis pelajar 2. Objektif dan hasil pembelajaran 3. pemilihan kaedah media dan bahan sumber

4. Pelaksnaan 5. Penilaian

4. Guna media dan bahan sumber 5. Libat pelajar dalam pembelajaran 6. Nilai dan semak semula.

Bab 3

(a) Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak.

1. Empat contoh bahan bukan bercetak. televisyen radio computer video

(b) Perbezaan antara media cetak dengan media bukan cetak

a. Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan seperti buku, surat khabar, majalah, dan lain-lain. b. Media bukan cetak atau media elektronik adalah sebuah media yang menyampaikan sesuatu, yang berbentuk elektronik.

Anda mungkin juga menyukai