Anda di halaman 1dari 3

Kelas Bil Pelajar Komponen Tema Topik Kandungan Hasil Pembelajaran (Kurikulum) Hasil Pembelajaran (slot/aktiviti)

: Mukmin : 15 orang kanak-kanak : Kerohanian dan Moral : Pengembaraan : Mengenal Huruf Jawi : Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi 5.1 Mengenal Bahasa Al-Quran 5.1.1 Mengenal Bentuk Huruf dan Menyebut Huruf Hijaiyah : Pada akhir pengajaran kanak-kanak dapat : a. Mengenal Huruf Hijaiyah b. Menyebut Huruf Hijaiyah

Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak: a. Kanak-kanak pernah mendengar lagu "Alif Baa Taa". b. Kanak-kanak pernah melihat huruf-huruf Hijaiyah. c. Kanak-kanak telah selesai mempelajari semua Huruf-huruf Hijaiyah.

Alat / Bahan Bantu Mengajar: a. Alatan media: Komputer, Pembesar Suara. b. Video Lagu "Alif Baa Taa" c. Carta Huruf Hijaiyah d. Sebutan Huruf Hijaiyah e. Permainan Huruf Hijaiyah f. Lembaran Kerja Huruf Hijaiyah

Penggabungjalinan Komponen:

Bahasa dan Komunikasi ; Perkembangan Kognitif ; Perkembangan Fizikal ; Perkembangan Kerohanian dan Moral; Perkembangan Sosioemosi ; Kreativiti dan Estetika.

Pengembangan Isi Pengajaran

SET INDUKSI(5 minit) Nyanyian - Guru mengarahkan kanak-kanak berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu "Alif Baa Taa". - Guru memasang dan memperlihatkan kepada kanak-kanak video lagu "Alif Baa Taa". - Kanak-kanak yang sedia tahu menyanyikan lagu "Alif Baa Taa" akan turut menyanyikan lagu tersebut. - Kanak-kanak yang tidak pernah tahu akan mendengar dan cuba untuk mengikuti lagu tersebut.

AKTIVITI 1 (10 minit) Mengenal Huruf di Carta - Guru menunjukkan paparan Carta Huruf Hijaiyah di komputer untuk memperkenalkan sejumlah Huruf Hijaiyah. - Guru membuka paparan Sebutan Huruf Hijaiyah satu-persatu. - Guru menekan paparan Sebutan Huruf Hijaiyah satu-persatu. - Setelah itu, guru meminta kanak-kanak menyebut bersama-sama satu persatu Sebutan Huruf Hijaiyah. - Kanak-kanak menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru satu-persatu.

AKTIVITI 2 (10 minit) Susunan Huruf Hijaiyah - Guru memberikan setiap kanak-kanak satu Huruf Hijaiyah yang berbeza. - Guru meminta kanak-kanak untuk menyusun huruf-huruf tersebut di papan putih di hadapan kelas. - Semasa kanak-kanak datang kehadapan, guru meminta kanak-kanak menunjuk dan menyebutkan huruf yang diperolehi.

AKTIVITI 3 ( 10 minit ) Permainan Membunyikan Huruf Hijaiyah - Guru membuka paparan Permainan Huruf Hijaiyah. - Guru memanggil seorang demi seorang kanak-kanak ke hadapan untuk memilih huruf yang disukai dan membunyikan huruf tersebut. - Kanak-kanak akan datang ke hadapan dan memilih salah satu huruf hijaiyah yang digemari dan membunyikan huruf tersebut. - Kanak-kanak lain melihat dan menyebut bersama-sama huruf yang dipilih.

PENUTUP (5 minit ) Nyanyian - Guru memasang video lagu "Alif Baa Taa". - Guru dan kanak-kanak menyanyi lagu "