PENDEKATAN
HURAIAN
Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini, penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik. Prinsip-prinsip pendekatan proses ialah: Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea. Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan prapenulisan, dan berakhir dengan penulisan semula. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.
Pendekatan Proses
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persoalan yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasikan pelajar. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan-bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalam
keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut.
Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.
Pendekatan Terkawal
Pendekatan ini mencadangkan pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara umumnya terdapat lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu: Peringkat meniru dan menyalin. Peringkat mengingat kembali. Peringkat menggabungkan. Peringkat penulisan berpandu. Peringkat penulisan bebas.
Pendekatan Bebas
Berdasarkan pendekatan ini guru perlu memberikan banyak latihan penulisan kepada pelajar. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi jenis dan format penulisan tersebut.
Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan, dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah dalam proses menulis: Langkah 1: Pramenulis Langkah 2: Membuat rangka dan draf Langkah 3: Menyemak dan memeriksa Kembali