Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 2. Sense Ruang ( Individu ) Mohd. Al Azhar Bin Julio@M.

Zulkiflie

1. Apakah itu Teselasi?.

Kata teselasi berasal dari kata bahasa Inggeris iaitu Tesselation. Namun menurut MathForum, kata tessellate berasal dari bahasa Yunani,Tesseres yang dalam bahasa Inggeris ertinya adalah empat. Secara mudahnya,ia boleh diertikan sebagai corak yang mencakupi permukaan satah dengan memasang bersama-sama dari bentuk asas yang sama yang telah diciptakan oleh Alam dan bentuk. Contoh-contoh susunan dari corak heksagonal mudah seperti sarang madu lebah,jubin rumah,dan sebagainya. Menurut Wikipedia teselasi adalah proses mewujudkan satah dua dimensi menggunakan pengulangan bentuk geometri dengan tidak bertindih dan tiada jurang . Generalisasi kepada dimensi yang lebih tinggi juga mungkin. Tessellations sering muncul dalam seni MC Escher, yang mendapat ilham ketika mengkaji penggunaan Moor simetri dalam jubin Alhambra semasa lawatan beliau ke sana pada tahun 1922. Tessellations boleh dilihat sepanjang sejarah seni, seni bina purba seni moden. Teselasi terbentuk apabila bentuk diulangi berkali-kali meliputi tanpa apa apa jurang atau pertindihan. Menurut kamus perkataan "teselasi" bermaksud untuk membentuk atau menguruskan dataran kecil dalam corak imej berkotak-kotak atau mozek. Perkataan "teselasi"berasal dari versi Ionik perkataan Greek "tesseres," yang bermaksud "empat." jubin pertama telah dibuat daripada petak persegi. Dengan erti kata lain, Teselasi adalah satu bentuk pola yang melitupi sesuatu permukaan sepenuhnya, dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk yang berlaku. .

2. Kefahaman mengenai teselasi.

Mengikut kefahaman saya mengenai teselasi adalah, pada awalnya ianya merupakan satu corak yang terjadi secara semula jadi yang membentuk pelbagai bentuk dan ianya kelihatan unik. Hal ini dapat dilihat melalui corak yang terdapat sarang madu lebah, cengkerang kura-kura dan sebagainya. Corak tersebut kelihatan seperti di lekat atau di cipta dalam bentuk yang sama dan berulang. Teselasi juga adalah satu bentuk pola yang meliputi sesuatu permukaan sepenuhnya, dengan tiada ruang di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk digunakan. Contoh teselasi yang paling asas termasuklah jubin rumah, batu bata dan sebagainya. Terdapat juga bentuk-bentuk teselasi yang lebih menarik termasuklah teselasi Islam berbentuk bintang. Corak ini biasanya berulang. Selain itu, teselasi juga sangat berhubungkait antara matematik dan seni. Hal ini dapat di buktikan melalui kajian M.C. Escher (1898-1972) mengenai jubin dan karya beliau telah diiktiraf oleh konvensyen persatuan origami british sebagai bentuk seni. Beliau juga telah mendapat gelaran bapa teselasi. Dalam pembelajaran matematik, teselasi dapat digunakan untuk membantu para pelajar mempelajari konsep-konsep matematik secara lebih mendalam misalnya polygon, regular polygon, non-regular/irregular polygon, kongruen, sudut dalam, jumlah sudut dalam dari segi banyak yang saling bertemu pada titik sudut (vertex) teselasi, translasi, refleksi, dan pusingan. Teselasi adalah suatu konsep matematik yang digunakan oleh guru-guru misalnya untuk pelajaran seni dan matematik.

Teselasi juga terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya teselasi sekata, teselasi separuh-sekata, teselasi tidak sekata, teselasi ringkas dan teselasi kompleks. Teselasi sekata merupakan sepenuhnya daripada poligon sekata kongruen semua pertemuan bucu bertemu bucu. Hanya terdapat tiga teselasi sekata yang menggunakan segitiga sama sisi, segi empat tepat dan segi enam. Teselasi separuh sekata merupakan teselasi yang dicipta dengan dua atau lebih jenis polygon sekata yang dipasangkan bersama-sama sedemikian rupa supaya polygon yang sama dalam susunan kitaran yang sama mengelilingi setiap bucu. Terdapat lapan teselasi separa-sekata yang merangkumi pelbagai kombinasi segi tiga sama sisi, segi empat sama sisi, segi enam, octagons dan dodecagons. Teselasi tidak sekata merupakan teselasi yang tidak ada halangan dalam susunan polygon di sekeliling . Terdapat nombor infiniti di dalam teselasi. Tesalasi boleh direka dengan mempersembahkan satu atau lebih operasi asas, translasi, putaran dan pantulan pada polyiamond (gabungan segitiga sama sisi). Translasi ialah pergerakan polyiamond di sepanjang satah. Operasi translasi boleh diaplikasikan kepada semua polyiamond. Putaran ini memutarkan polyiamond di atas satah.Operasi putaran boleh diaplikasikan kepada semua polyiamond yang mana tidak mempunyai simetri bulat, contohnya hexiamond isi enam, yang mana tidak berubah. Pantulan merupakan dimana ia memantulkan polyiamond di atas satah, seperti yang terdapat pada cermin. Teselasi ringkas merupakan teselasi yang mengunakan operasi translasi. Manakala teselasi kompleks merupakan dimana ia menggunakan satu atau lebih putaran dan pantulan yang digunakan bersama-sama translasi. Satu atau lebih polyiamond boleh digabungkan untuk membentuk rajah yang boleh menteseslasikan satah menggunakan hanya operasi translasi..

3. contoh jenis-jenis teselasi Jenis teselasi Keterangan Contoh

Teselasi sekata

Terhasil daripada teselasi satu jenis poligan sekata yang kongruen. Hanya terdapat tiga jenis poligon sekata yang kongruen yang terdapat diteselasi iaitu segi tiga sama sisi, segi empat sama dan heksagon. Teselasi sekata yang berbentuk segi enam atau heksagon

Teselasi separa sekata

Terhasil daripada teselasi dua jenis atau lebih poligon sekata yang kongruen yang disusun secara cyclic order. Terdapat enam jenis corak teselasi separa sekata iaitu kombinasi oleh poligon-poligon segi tiga sama sisi. Segi empat sama, heksagon, oktogon dan dodekagon. Teselasi separa sekata yang terhasil daripada bentuk heksagon dan segi tiga sama sisi.

Teselasi tidak sekata

Teselasi yang melibatkan poligon yang tidak sekata. Terdapat banyak jenis teselasi tidak sekata.

Teselasi tidak sekata yang berbentuk bintang.

4. Teselasi dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan seharian kita, terdapat pelbagai corak teselasi yang dapat kita lihat. Corak-corak teselasi ini mempunyai corak yang menarik. Berikut merupakan contoh teselasi dalam kehidupan seharian kita.

a) Tingkap dan dinding.

b) Corak pada karpet.

c) Jubin dan pagar.

d) Pintu dan dinding batu bata.

e) Bumbung rumah.

5. Kesimpulan Secara kesimpulannya, teselasi merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia, teselasi telah banyak memberikan sumbangan kepada manusia sejak zaman berzaman lagi terutamanya dalam pembinaan. Teselasi merupakan gabungan corak geometri yang terdiri daripada segi empat, segi tiga, bulat dan banyak lagi. Bentuk teselasi bukan sahaja memberi pandangan mata yang menarik malahan ianya mampu untuk menghilangkan stress dan terapi minda apabila di hayati bentuk-bentuknya yang unik.. Dengan adanya teselasi, dunia manusia mampu untuk mempelbagaikan lagi reka cipta yang merangkumi pelbagai aspek khususnya dalam bidang pembinaan. Oleh itu, ciptaan teselasi yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh matematik telah banyak memberikan ihlam kepada wujudnya corak teselasi yang ada pada masa sekarang.

Anda mungkin juga menyukai