Anda di halaman 1dari 1

BAB 1: ISU PENDIDIKAN

Tajuk: Isu Gengsterisme di Sekolah Malaysia

1.0

Pendahuluan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dan mempunyai kekuatan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan rukun-rukun negara. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam suatu persaingan secara sihat serta memberi sumbangan terhadap perkembangan dan pertumbuhan masyarakat secara menyeluruh dan terancang. Matlamat utama pendidikan itu hanya boleh dicapai bergantung kepada kewujudan iklim sekolah yang kondusif and aktif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menyedari kepentingan ini maka Kementerian Pendidikan sentiasa memfokuskan kepada kepentingan pembentukan disiplin pelajar dengan

menyediakan berbagai-bagai panduan, peratuaran dan dasar disiplin yang dikuatkuasakan di sekolah-sekolah. Dalam masa yang sama semua Jabatan Pendidikan Negeri diwajibkan mengawal dan membendung kegiatan salah laku pelajar yang negatif. Pendekatanpendekatan yang dibuat untuk melahirkan suasana kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran.