Anda di halaman 1dari 2

Faktor baka mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Baka Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu

u bapa kepada anakanaknya. Terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa iaitu sifatsifat yang berbeza mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangannya sifat yang berbeza itu. Faktor baka Faktor baka lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau cirri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan menguasai perkembangan manusia dan member sifat unik kepada setiap manusia. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh factor genetik individu tersebut.

Faktor baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan iaitu: Ciri-ciri Fizikal Contoh Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datuk dan nenek. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. Didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individuindividu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruho oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Faktor baka memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya.

Fisiologi

Sahsiah / emosi

Kecerdasan / mental