Anda di halaman 1dari 12

WAHHABI AL-MUJASSIMAH mengatakan solat tarawih 20 rakaat adalah bid`ah sesat masuk neraka...NAH!!!

Ini hujah kami Ahli Sunnah Waljama`ah!!! MUQADDIMAH Satu masalah agama yang menjadi perhatian pada setiap tahun iaitu masalah solat sunat Tarawih. Sembahyang tarawih dilaksanakan setiap tahun pada bulan Ramadhan dan kerana itu masalahnya tetap berulang tiap-tiap bulan Ramadhan. Orang-orang Islam dahulu di Malaysia dan Indonesia sembahyang tarawih 20 rakaat dan sepuluh salam, selepas itu solat sunat witir 3 rakaat. Selepas itu datang fatwa baru yang di buat oleh WAHHABI AL-MUJASSIMAH yang mengatakan bahawa rakaat solat sunat tarawih adalah 8 rakaat dengan 4 salam atau 2 salam. Mereka mengatakan pula orang yang buat solat sunat tarawih 20 rakaat itu BID`AH, SESAT DAN MASUK NERAKA. Disebabkan datangnya fatwa baru yang di buat oleh WAHHABI AL-MUJASSIMAH menyebabkan berlaku kekacauan dalam umat Islam. Oleh itu, kami akan memperjelaskan satu persatu permasalahan ini dan hujah untuk menolak dakwaan sesat golongan WAHHABI AL-MUJASSIMAH. SEMBAHYANG TARAWIH DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SALLALLAHU`ALAIHI WASALLAM: Berkata seorang sahabat nabi, Abu Hurairah radiyallahu`anhu: " : ." Maksudnya:

"Adalah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menyukai sembahyang pada bulan Ramadhan dengan anjuran yang tidak keras. Baginda bersabda: Barangsiapa mengerjakan sembahyang malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala [di atas puasa yang dilakukannya], nescaya akan dihapuskan dosa-dosa yang telah lalu". (Diriwayatkan oleh Muslim)
Huraian:

Maksud sembahyang dalam hadis ini ialah sembahyang sunat tarawih kerana sembahyang yang lima waktu adalah anjuran yang keras, kerana sembahyang lima waktu itu hukumnya wajib. Jadi, Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam mengarahkan umat Islam supaya memperbanyakan sembahyang sunat dalam bulan Ramadhan, hendaknya lebih banyak dari bulan-bulan yang lain. Dan diriwayatkan: " ." Maksudnya:

"Daripada `Aisyah radiyallahu`anha: Bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sembahyang di masjid, maka banyak orang mengikut baginda, begitu juga malam keduanya. Nabi sembahyang dan pengikut bertambah ramai. Pada malam ketiga dan keempat orang-orang banyak berkumpul menunggu Nabi tetapi Nabi tidak datang ke masjid lagi. Pagi-pagi Nabi bersabda: Saya tahu apa yang kalian buat malam tadi, tetapi saya tidak datang ke masjid kerana saya takut sekali kalau-kalau sembahyang ini diwajibkan ke atas kalian. `Aisyah radiyallahu`anha telah berkata: Keadaan ini berlaku dalam bulan Ramadhan". (Diriwayatkan oleh Muslim)
Huraian: Dalam hadis ini dinyatakan bahawa mula-mulanya Nabi sembahyang malam hari di masjid, iaitu sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan. Pada malam yang kedua, baginda datang juga sembahyang di masjid dan orang bertambah ramai datang. Pada malam yang ketiga dan keempat, Nabi tidak datang ke masjid lagi dengan alasan bahawa baginda takut sembahyang tarawih itu akan diwajibkan oleh Allah ke atas umat Islam. Tidak mustahil tiba-tiba perintah mewajibkan sembahyang tarawih kepada orang Islam kerana mereka sangat suka mengerjakannya. Kalau hal ini terjadi, tentulah ia akan menjadi berat bagi umat Islam. Alangkah bijaknya dan kasihnya Nabi kita kepada umatnya. Dapat di ambil kesimpulan daripada dua hadis di atas:

1. Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam hanya dua malam sembahyang tarawih beramairamai di masjid. Baginda menghentikannya kerana takut akan turun wahyu mewajibkannya. 2. Pada waktu sekarang iaitu sesudah Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam telah wafat, maka umat Islam boleh meneruskan sembahyang tarawih itu beramai-ramai setiap malam dalam bulan Ramadhan kerana wahyu yang akan mewajibkannya tidak akan turun lagi. 3. Sembahyang tarawih itu suatu sembahyang yang sangat di sukai oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dan di ajak orang untuk mengerjakannya. 4. Hitungan rakaat sembahyang tarawih tidak disebutkan di dalam hadis ini.

SEMBAHYANG TARAWIH DI ZAMAN KHALIFAH SAYYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ RADIYALLAHU`ANHU: Pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq radiyallahu`anhu, hal ini tidak berubah. Umat Islam sembahyang tarawih di bulan Ramadhan sendiri-sendiri atau berkelompok. Sembahyang tarawih dengan satu dalam satu masjid tidak ada pada zaman Khalifah Abu Bakar asSiddiqradiyallahu`anhu. SEMBAHYANG TARAWIH DI ZAMAN KHALIFAH SAYYIDINA `UMAR AL-KHATTAB RADIYALLAHU`ANHU: Dinyatakan dalam kitab SAHIH BUKHARI: " : ." Maksudnya:

"Daripada `Abdurrahman bin `Abdul Qarai, beliau berkata: Saya keluar bersama Sayyidina `Umar bin Khattab [khalifah pada masa itu] pada satu malam di bulan Ramadhan pergi ke masjid [Madinah]. Di dapati dalam masjid orang-orang sembahyang tarawih bercerai-cerai, ada orang yang sembahyang sendiri-sendiri, ada orang yang sembahyang dan ada orang dibelakangnya, maka Sayyidina Umar berkata: Saya berpendapat akan mempersatukan orang-orang ini. Kalau disatukan dengan seorang Imam sesungguhnya ia lebih baik, lebih menyerupai dengan sembahyang Rasulullah. Maka dipersatukan orang-orang itu bersembahyang di belakang seorang Imam namanya Ubai bin Ka`ab. Kemudian pada satu malam kami datang lagi ke masjid, lantas kami melihat orang-orang sembahyang

berjemaah di belakang seorang Imam. Sayyidina `Umar al-Khattab berkata: Ini adalah sebaik-baik bid`ah". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
Huraian: `Adurrahman bin `Abdul Qarai yang meriwayatkan perbuatan Sayyidina `Umar ini adalah seorang tabi`in yang lahir ketika Nabi masih hidup. Beliau adalah murid Sayyidina `Umar alKhattab radiyallahu`anhu, kemudian beliau telah wafat pada tahun 81 hijrah ketika berumur 78 tahun. Nampak di dalam hadis ini bahawa khalifah yang kedua iaitu `Umar al-Khattab memerintahkan agar sembahyang tarawih dikerjakan dengan berjemaah, bukan seorang-seorang sahaja. Dan Sayyidina `Umar al-Khattab radiyallahu`anhu berkata perbuatan itu adalah sebaik-baik bid`ah. Tersebut di dalam kitab al-Muwatta karangan Imam Malik, juzuk 1, halaman 138 menyatakan: : " ". Maksudnya:

"Daripada Malik, daripada Yazid bin Ruman, beliau berkata: Adalah manusia mendirikan sembahyang pada zaman `Umar bin al-Khattab sebanyak 23 rakaat". (Diriwayatkan oleh Imam Malik)
Huraian: Lihatlah, bahawa sahabat-sahabat Nabi ketika itu diperintahkan oleh Sayyidina `Umar untuk mengerjakan sembahyang tarawih sebanyak 23 rakaat iaitu 20 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat sembahyang witir selepas solat tarawih. Tersebut di dalam kitab hadis al-Imam al-Baihaqi: " ." Maksudnya:

"Bahawasanya mereka [sahabat-sahabat nabi] mengerjakan solat [tarawih] dalam bulan Ramadhan pada zaman `Umar al-Khattab dengan 20 rakaat". (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)

Huraian: Lihatlah, daripada keterangan-keterangan ini bahawa sahabat-sahabat Nabi telah ijma` [sepakat] mendirikan solat tarawih pada zaman `Umar al-Khattab sebanyak 20 rakaat. Ijma` sahabat menurut usul fiqh adalah hujah yakni adalah dalil syariat. Inilah pokok pangkal hitungan rakaat solat tarawih. Sayyidina `Umar al-Khattab adalah seorang sahabat Nabi yang dipercayai, Khalifah yang kedua memerintahkan solat tarawih 20 rakaat. Ini bererti bahawa beliau mengetahui bahawa banyaknya solat tarawih Nabi, baik di masjid ataupun di rumah sebanyak 20 rakaat. Kalau tidak, tentu Sayyidina `Umar al-Khattab tidak akan memerintahkan begitu. Ini namanya riwayat hadis dengan perbuatan. KEPADA GOLONGAN WAHHABI AL-MUJASSIMAH, kalian sekiranya hendak di bandingkan dengan Sayyidina `Umar al-Khattab, yang manakah lebih layak untuk kami ikuti??? Sudah semestinya Sayyidina `Umar al-Khattab kerana beliau hidup di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan merupakan sahabat Nabi yang dijanjikan syurga. Kita umat Islam disuruh oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam mengikut Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayyidina `Umar al-Khattab radiyallahu`anhuma. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: " ." Maksudnya:

"Ikutilah dua orang selepasku [selepas kewafatanku] iaitu Abu Bakar dan `Umar". (Diriwayatkan oleh
Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah) Dan dalam sebuah hadis lain, umat Islam diperintah oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam supaya mengikut khalifah-khalifah ar-Rasyidin. Baginda bersabda: " ." Maksudnya:

"Maka hendaklah kalian mengikut sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah ar-Rasyidin yang diberi hidayah selepasku [setelah kewafatanku]". (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi)
Al-Imam at-Tirmizi mengatakan hadis ini adalah hasan dan sahih.

Dan dapat di ambil kesimpulan daripada dalil-dalil di atas, bahawa hitungan rakaat solat tarawih adalah 20 rakaat dan sembahyang witir adalah 3 rakaat dan jumlahnya adalah 23 rakaat. Barangsiapa yang tidak mengerjakan sembahyang tarawih 20 rakaat, maka ia belum dinamai melaksanakan sembahyang tarawih dan belum mengikut jejak langkah Sayyidina `Umar al-Khattab, Khalifah ar-Rasyidin yang kita semuanya disuruh oleh Rasulullah mengikut beliau. FATWA-FATWA ULAMA FIQH: Ulama-ulama fiqh ikutan umat Islam dalam mazhab Syafi`e seluruhnya memfatwakan bahawasan ya rakaat sembahyang tarawih adalah 20 rakaat, selari mengikut fatwa Sayyidina `Umar alKhattab radiyallahu`anhu tadi. Al-Imam an-Nawawi telah berkata di dalam kitabnya al-Majmu, juzuk IV, halaman 32: " ". Maksudnya:

"Dalam mazhab kita, [solat] tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam, selain witir".
Al-Imam Khatib Syarbini berkata di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, juzuk 1, halaman 226:

"Dan tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam pada tiap-tiap bulan Ramadhan, demikian hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi mengerjakan sembahyang tarawih pada zaman `Umar al-Khattab dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat dan meriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab al-Muwatta sebanyak 23 rakaat tetapi alImam al-Baihaqi mengatakan bahawa tiga rakaat yang akhir ialah sembahyang witir".
Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli telah berkata di dalam kitab al-Mahalli, juzuk 1, hlaman 217: " ". Maksudnya:

"Dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan dalam Syarah al-Muhazzab, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi sembahyang [tarawih] pada zaman `Umar bin al-Khattab radiyallahu`anhu sebanyak 20 rakaat".

Al-Imam Sayyid Bakri Syatta di dalam kitabnya I`anatut Thalibin, juzuk 1, hlaman 265: " ". Maksudnya:

"Dan sembahyang tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam, tiap-tiap malam bulan Ramadhan kerana hadis Nabi: Barangsiapa mengerjakan sembahyang malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala [di atas puasa yang dilakukannya], nescaya akan dihapuskan dosadosa yang telah lalu. Wajib bagi salam setiap 2 rakaat, maka jika disembahyangkan 4 rakaat dengan 1 salam, tidaklah sah".
Al-Imam ar-Ramli telah berkata di dalam kitabnya Nihayah al-Muhtaj, juzuk 2, halaman 122:

"Dan sembahyang tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam kerana riwayat yang mengatakan bahawasanya sahabat-sahabat Nabi mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan pada zaman `Umar bin al-Khattab sebanyak 20 rakaat".
Demikianlah fatwa ulama-ulama besar mazhab Syafi`e radiyallahu`anhu iaitu mazhab diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan Indonesia. Hujah golongan WAHHABI AL-MUJASSIMAH: Golongan Wahhabi telah membuat bantahan mengenai bilangan rakaat tarawih. Mereka mengatakan bahawa bilangan rakaat sembahyang tarawih hanyalah 8 rakaat dan mereka mengatakan tidak boleh mengikut Sayyidina `Umar yang melakukan solat tarawih 20 rakaat dan ia adalah pekerjaan bid`ah. Kami sudah menyelidiki dalil yang digunakan oleh golongan WAHHABI AL-MUJASSIMAH, iaitu hanya satu hadis: " : : ." Maksudnya:

"Berkata `Aisyah radiyallahu`anha: Tidak ada Nabi menambah pada bulan Ramadhan dan bulan lainnya daripada 11 rakaat, baginda mendirikan solat empat rakaat , jangan engkau tanya keelokkan [solat tersebut] dan kepanjangan [solat tersebut], kemudian baginda melakukan solat sebanyak 4

rakaat, maka jangan kalian tanya keelokkan [solat tersebut] dan kepanjangan [solat tersebut]. kemudian baginda menunaikan solat 3 rakaat, maka `Aisyah berkata: Aku berkata wahai Rasulullah, adakah engkau tidur terlebih dahulu sebelum melakukan solat witir?, maka baginda bersabda: wahai `Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur, sedangkan hatiku tidak tidur". (Diriwayatkan oleh alBukhari) Berdasarkan hadis ini, golongan Wahhabi al-Mujassimah mengatakan Nabi hanya sembahyang 11 rakaat iaitu 8 rakaat sembahyang tarawih dan 3 rakaat sembahyang witir, tidak lebih dan tidak kurang. Maka golongan Wahhabi al-Mujassimah mengatakan orang yang mengerjakan solat tarawih lebih daripada 11 rakaat adalah bid`ah sesat masuk neraka. Wahhabi al-Mujassimah juga mengatakan: Golongan yang taksbub/fanatik pada mazhab Syafi`e sembahyang tarawih 20 rakaat adalah pembuat bid`ah yang sesat dan akan masu k neraka. Bagi Wahhabi orang yang mengikut Sayyidina `Umar al-Khattab juga adalah bid`ah sesat dan masuk neraka. HUJAH AHLI SUNNAH WALJAMA`AH KE ATAS GOLONGAN WAHHABI AL-MUJASSIMAH: Mari kita kupas masalah ini secara lebih terperinci: Kita keluarkan beberapa persoalan: 1. Hadis ini sahih yang telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, ini diakui kerana tersebut di dalam kitab hadis Sahih Bukhari, juzuk 3, halaman 275.

1. Perkataan `Aisyah radiyallahu`anha ini diakui kebenarannya, kerana ini memang ucapan beliau, tidak diragukan lagi.

Hanya yang menjadi persoalan ialah: Sembahyang apakah yang dikatakan oleh `Aisyah radiyallahu`anha ini, adakah sembahyang seluruhnya? Adakah sembahyang witir? Adakah sembahyang tahajjud? Adakah sembahyang tarawih? Adakah sembahyang sunat-sunat yang lain? Sembahyang apakah yang dikatakan bahawa Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallamtidak pernah sembahyang lebih daripada 11 rakaat???

1. Kalau dikatakan seluruh sembahyang malam, itu tidak mungkin kerana:

a) b) c) d) e)

Sembahyang Maghrib 3 rakaat. Sembahyang sunat selepas Maghrib 2 rakaat. Sembahyang sunat sebelum Isyak 2 rakaat. Sembahyang Isyak 4 rakaat. Sembahyang sunat selepas Isyak 2 rakaat.

Ini sahaja sudah 13 rakaat. Ini biasanya dibuat oleh Nabi dan banyak hadis-hadis yang termaktub dalam kitab-kitab hadis. f) g) Kalau ditambah dengan sembahyang tahajjud paling kurang 2 rakaat. Sembahyang witir paling kurang 3 rakaat.

Maka jumlahnya sudah menjadi 18 rakaat. Tidak mungkin maksud `Aisyah radiyallahu`anha itu adalah sembahyang-sembahyang ini. Nah! Kalau begitu apa yang dimaksudkan oleh `Aisyah radiyallahu`anha, yang dikatakan beliau bahawa Nabi tidak lebih 11 rakaat mengerjakan solat??? 1. Kalau dikatakan ini adalah sembahyang tarawih juga tidak mungkin kerana:

a)

Di dalam hadis ini dikatakan bahawa Nabi tidak sembahyang melebihi daripada 11 rakaat dalam

bulan Ramadhan dan selain bulan Ramadhan. Perkataan baginda: Dan tidak pula di luar Ramadhan, ini membuktikan bahawa maksudnya BUKANsembahyang tarawih, kerana sembahyang tarawih tidak ada dalam bulan selain bulan Ramadhan. Maka dalil yang digunakan oleh WAHHABI AL-MUJASSIMAH tidak sesuai untuk sembahyang tarawih. b) Kalau benar yang dikatakan `Aisyah bahawa maksudnya sembahyang tarawih, kenapa

Sayyidina `Umar al-Khattab radiyallah`anhu dan sahabat-sahabat nabi mengerjakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat pada zamannya??? c) Andai kata maksud `Aisyah adalah sembahyang tarawih, maka hal ini tidak boleh mengalahkan

Sayyidina `Umar dan sahabat-sahabat Nabi di zaman `Umar yang sudah sepakat mengerjakan sembahyang tarawih 20 rakaat kerana menurut usul fiqh:

". " Maksudnya:

"Yang menetapkan didahulukan atas yang meniadakan".


`Aisyah radiyallahu`anha hanya melihat Nabi sallallahu`alaihi wasallam sembahyang 11 rakaat tetapi sahabat-sahabat Nabi yang utama melihat Nabi sembahyang 23 rakaat. Orang yang banyak ilmunya didahulukan daripada orang yang sedikit ilmu pengetahuannya. Inilah erti kaedah usul fiqh itu, iaitu: Orang yang menetapkan didahulukan daripada yang

meniadakan.

1. Maksud ucapan `Aisyah adalah sembahyang tahajjud malam, sembahyang yang dikatakan oleh `Aisyahradiyallahu`anha yang bahawasanya Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam sembahyang tidak lebih daripada 11 rakaat itu adalah sembahyang tahajjud malam hari dan witir di belakangnya,BUKANNYA SEMBAHYANG TARAWIH.

a)

Nabi mengerjakan sembahyang 11 rakaat itu BUKAN SAHAJA DALAM BULAN

RAMADHAN tetapi di luar bulan Ramadhan juga sebagaimana yang diterangkan oleh `Aisyah radiyallahu`anha itu. Bukti bahawasanya sembahyang yang dikatakan oleh `Aisyah radiyallahu`anha bukan sembahyang tarawih kerana sembahyang tarawih tidak ada di bulan selain Ramadhan. b) Al-Imam al-Bukhari membuat Bab Hadis itu begini:

" ". Maksudnya:

"Bab sembahyang malam Nabi sallallahu`alaihi wasallam di dalam bulan Ramadhan dan di dalam selainnya [selain bulan Ramadhan]". (Sahih Bukhari, juzuk 1, halaman 142)
Ini petunjuk bahawasanya al-Imam al-Bukhari juga berpendapat bahawa sembahyang ini BUKAN SEMBAHYANG TARAWIH tetapi sembahyang tahajjud malam yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan dan selain bulan Ramadhan.

KESIMPULANNYA: 1. Rakaat sembahyang tarawih adalah 20 rakaat, kerana sudah ijma` para sahabat Nabi mengerjakannya pada zaman Khalifah `Umar al-Khattab dengan perintah `Umar alKhattab radiyallahu`anhu.

1. Kita umat Islam disuruh mengikut ijma`, apatah lagi ijma` para sahabat.

1. Barangsiapa tidak mengakui hitungan sembahyang tarawih 20 rakaat, maka dia telah menentang Sayyidina `Umar radiyallahu`anhu sedangkan seluruh umat Islam mengikuti jejak langkah Sayyidina `Umar radiyallahu`anhu.

1. Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam tidak mengerjakan solat tarawih sebanyak 8 rakaat.

1. Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang tarawih 8 rakaat, maka itu tidak dinamakan sembahyang tarawih dan ia dinamakan sembahyang di malam bulan Ramadhan [qiam Ramadhan] sahaja kerana tarawih adalah 20 rakaat. Ini adalah fatwa ulama di dalam mazhab Syafi`e yang telah diguna pakai di Malaysia dan Indonesia.

50Like

Share