Anda di halaman 1dari 14

Soalan 1

Pengenalan
Cikgu! Esok kita belajar di bilik komputer lagi ya. Seronok belajar bila cikgu tunjuk gambar-gambar dan tengok perbentangan yang cikgu buat. Cantik dan mudah kami faham. Situasi berikut seringkali kita lihat di sekolah-sekolah apabila guru-guru berjaya menghasilkan alat bantu mengajar berbantukan komputer yang menarik serta menggunakannya secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Smaldino (2012) iaitu media dianggap sebagai media pengajaran untuk membantu proses komunikasi dan pembelajaran. Komputer sebagai media yang membantu menghasilkan alat bantu mengajar ternyata mempunyai kepentingan besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan reka bentuk visul yang dihasilkan berbantukan komputer sebagai salah satu alat bantu mengajar terbukti memberi impak yang mendalam dan baik kepada murid-murid dalam memahami pengajaran guru di dalam kelas berbanding kaedah lisan dan bertulis ataupun lebih dikenali sebagai kaedah chalk and talk. Namun, hal ini tidak akan menjadi kelebihan, andai kata reka bentuk visual yang digunakan sebagai alat bantu mengajar berbantukan komputer adalah tidak menarik. Penghasilan sesuatu reka bentuk visual yang menarik perlu berpandukan kepada beberapa prinsip. Dengan mematuhi bebrapa prinsip reka bentuk visual ini, maka hasil yang cemerlang akan diperolehi seterusnya matlamat guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan akan tercapai. Oleh itu, penulisan ini akan mengupas apakah prinsip-prinsip yang perlu ada pada sesuatu reka bentuk visual supaya ianya kelihatan menarik semasa digunakan sebagai alat bantu mengajar di sekolah. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi, dan akhir sekali harmoni. Hasrat guru adalah supaya murid-murid di sekolah mendapat manfaat yang besar dari proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah.

Simplisiti
Sesuai dengan namanya, prinsip simplisiti adalah berkaitan dengan sesuatu yang mudah dan ringkas. Maksud prinsip mudah dan ringkas dalam reka bentuk visual adalah hanya satu maklumat yang disampaikan dalam masa. Dalam erti kata lain sesuatu reka bentuk visual yang dihasilkan hanya mempunyai satu maklumat yang ingin disampaikan.

Sebagai contoh, reka bentuk visual tersebut jelas menunjukkan sejenis alat musik dipanggil marakas. Apabila guru menunjukkan visual ini kepada murid, murid hanya akan tertumpu kepada alat musik ini sahaja seterusnya mendengar maklumat yang akan disampaikan oleh guru mengenai alat musik ini. Tiada objek atau item lain yang terlibat dalam visual ini yang mungkin mengganggu perhatian dan tumpuan murid kepada subjek yang ingin disampaikan. Secara umumnya, sesuatu yang ringkas akan lebih mudah difahami dan mendapat perhatian. Tambahan pula bagi murid-murid yang akan mempelajari perkara baru, adalah penting untuk guru-guru memastikan reka bentuk visual yang ditunjukkan mempunyai prinsip simplisiti agar dapat menarik perhatian murid seterusnya membantu murid memahami proses pengajaran guru dengan lebih baik. Prinsip simplisiti pada sesuatu reka bentuk visual juga membolehkan pemahaman murid menjadi lebih pantas dan jelas seterusnya memudahkan tugas guru dalam proses memberi penerangan.

Dominan
Prinsip dominan pula adalah mengenai fokus kepada sesuatu objek atau item dalam sesuatu reka bentuk visual. Setiap objek atau item yang mahu diberi tumpuan perlu ditonjolkan supaya fokus yang lebih akan diberikan kepada objek atau item tersebut. Bukan itu sahaja, dengan adanya prinsip dominan ini, matlamat guru untuk memberikan penekanan kepada sesuatu bahagian dalam pengajaran secara langsung dapat dilakukan. Prinsip dominan ini dapat dihasilkan dengan menggunakan beberapa cara. Antaranya adalah dengan menggunakan warna atau bentuk yang kontra antara satu sama lain, saiz yang lebih besar, mewujudkan gerakan pada objek yang hendak ditumpukan, menggunakan lampu atau cahaya yang memancar, menggunakan garis pada objek yang ingin ditonjolkan, serta menggunakan anak panah sebagai penunjuk kepada objek utama.

Visual ini merupakan visual yang mempunyai prinsip dominan yang baik. Jelas kelihatan bahawa penekanan hendak diberikan kepada bunga tersebut. Saiz bunga tersebut adalah besar apabila ia mengambil hampir separuh daripada ruang reka bentuk visual tersebut. Kaedah pencahayaan juga digunakan apabila latar belakangnya dikaburkan bagi memberikan fokus kepada bunga tersebut. Oleh itu, bunga ini dilihat dominan dalam reka bentuk visual ini.

Pola
Reka bentuk visual yang mempunyai elemen pola adalah reka bentuk visual yang memaparkan objek atau item dengan susunan yang tersendiri dan kemas. Susunan yang unik dan kemas ini serta merta dapat menarik minat serta perhatian murid terhadap visual tersebut. Bukan

itu sahaja elemen susunan ini adalah penting kerana ia dapat memandu perhatian murid ke arah objek utama yang mahu diberi penekanan. Selain itu, penglihatan murid akan terarah dengan betul dari titik mula hingga ke titik akhir seterunsya mencakupi hingga ke seluruh visual yang ditayangkan.

Visual berikut menunjukkan sekumpulan murid sedang membaca Al-Quran bersamasama. Visual ini mempunyai prinsip pola dalam reka bentuk visualnya. Susunan yang kemas dan menarik membolehkan murid fokus kepada pola gambar dari mula hingga akhirnya sampai ke hujung barisan. Mata akan terarah dengan sempurna dari titik awal hingga ke titik akhir dihujungnya. Secara keseluruhannya, elemen pola bermaksud penyusunan setiap bahagian dalam visual secara menarik membolehkan perhatian murid kekal pada visual yang ditayangkan seterusnya memberi idea kepada mereka mengenai maksud yang cuba disampaikan oleh guru melalui visual tersebut.

Seimbang
Salah satu lagi prinsip reka bentuk visual yang penting adalah keseimbangan. Prinsip keseimbangan dalam sesuatu visual sememangnya dapat dilihat dengan jelas pada setiap gambar yang mempunyai prinsip ini. Sesuatu gambar itu dikatakan mempunyai prinsip seimbang apabila elemen-elemen dalam gambar disusun secara seimbang sama ada kiri atau kanan ataupun atas atau bawah. Seimbang jenis ini dikenali sebagai seimbang formal dalam prinsip seimbang reka bentuk visual. Manakala sejenis lagi prinsip seimbang adalah seimbang tidak formal yang

bermaksud pembahagian setiap elemen dalam gambar adalah tidak sama rata ataupun berselerak walaubagaimanapun masih seimbang. Keseimbangan pada visual yang dipamerkan akan membuatkan murid tertarik untuk menumpukan perhatian serta memberikan permandangan yang selesa pada mereka. Hal ini secara tidak langsung akan membolehkan proses pembelajaran berlaku lebih berkesan seperti yang diharapakan.

Visual ini memberikan contoh kepada prinsip seimbang formal iaitu keseimbangan antara kiri dan kanan gambar. Tanpa keseimbangan, gambar akan menjadi kurang menarik perhatian. Gambar ini boleh digunakan untuk sesi pengajaran mengenai tarian tradisonal melayu kita.

Variasi
Prinsip variasi adalah prinsip yang menyokong elemen pola yang bertujuan untuk meningkatkan daya tarikan terhadap visual. Jika visual tersebut mempunyai prinsip variasi ini, visual tersebut akan kelihatan lebih menarik dengan pola yang terhasil dari susunan pelbagai item dan objek. Hal ini akan menarik perhatian murid kerana perbezaan dan kepelbagaian dari segi warna, saiz, dan tekstur yang wujud pada visual. Dengan adanya prinsip variasi juga, visual yang lebih menarik ini akan kelihatan seperti hidup ataupun bergerak. Hal ini dapat dilihat pada contoh visual berikut.

Visual berikut menunjukan sekumpulan murid bersama guru sedang bersenam. Terdapat prinsip pola pada visual tersebut. Ditambah dengan kepelbagai warna serta saiz pada setiap objek dalam visual tersebut membuatkan gambar ini mempunyai prinsip variasi. Sudah tentu elemenelemen pada gambar juga dilihat seolah hidup dan menarik.

Harmoni
Sesuatu visual dikatakan harmoni apabila terdapat kesatuan pada setiap elemen yang wujud dalam gambar. Gabungan kesemua elemen, aliran persembahan dan juga hubung kait pada setiap elemen yang akhirnya mewujudkan kesatuan pada maklumat yang ingin disampaikan adalah maksud kepada prinsip harmoni ini. Disebabkan wujudnya kesatuan imej ini, murid akan berasa yakin kerana wujud kesinambungan idea dalam pemikiran mereka hasil dari gambaran visual yang ditunjukkan.

Visual ini menjadi contoh apabila elemen awan, matahari, cahaya, dan laut bersatu mewujudkan kesinambungan idea bahawa ciptaan Tuhan ini sesungguhnya sangat cantik. Murid akan tertegun dengan gambar ini seterusnya melahirkan idea-idea menarik dengan menggabungkan setiap elemen yang wujud seperti prinsip keseimbangan, pola serta variasi dalam visual ini.

Kesimpulan
Kepesatan pembangunan teknologi pada zaman sekarang memerlukan guru-guru lebih peka pada kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah yang perlu dipertimbangkan adalah reka bentuk visual yang dihasilkan dengan penggunaan komputer. Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan. Kenyataan ini telah membuktikan betapa pentingya penggunakan reka bentuk visual yang dihasilkan menjadi alat bantu mengajar berbantukan komputer. Reka bentuk visual ini akan menjadi alat bantu mengajar yang berkesan jika dihasilkan mengikut panduan prinsip-prinsip yang telah dibincangkan dalam penulisan ini. Penggunaan teknologi terkini itu penting, namun jika digunakan secara sembareno tanpa mengikut garis panduan serta prinsip-prinsip yang ditetapkan, maka hasil yang diingini tidak mungkin akan tercapai.

Soalan 2
Pengenalan
Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh manusia ada kaitan dengan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir dapat ditakrifkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai maklumat yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan dan tindakan, (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2007). Bagi mewujudkan proses intelektual ini, guru perlu menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai supaya proses pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan. Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah reka bentuk pengajaran yang dihasilkan sebagai alat bantu mengajar berbantukan komputer. Menurut Dick & Reiser, (1989) pula reka bentuk pengajaran adalah satu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Berpandukan kepada definisi reka bentuk pengajaran dan tafsiran kepada kemahiran berfikir, dapat disimpulkan bahawa reka bentuk pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir perlu melalui proses mereka bentuk, membangun, melaksana, dan menilai pengajaran yang mencetuskan proses intelektual murid. Proses intelektual ini pula perlu dicetus dalam diri murid melalui pembentukan konsep, aplikasi, analisis, sintesis, dan menilai maklumat pengajaran yang disampaikan. Hal ini dapat dicapai melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan atau komunikasi murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, melihat dari semua elemen yang perlu ada, penulisan ini akan mengupas mengenai reka bentuk pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir dikalangan murid-murid. Ciri-ciri yang terpilih yang akan dikupas adalah berpusatkan pelajar, fokus kepada prestasi dalam dunia sebenar, bersifat empirikal, serta berorentasikan matlamat. Sebuah laman web iaitu http://www.kidsmathgamesonline.com/ yang dirasakan mempunyai ciri-ciri ini akan dijadikan contoh dalam penulisan ini bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang ingin disampaikan.

Berpusatkan Pelajar
Menurut Estes & Cheryl, (2004) pembelajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan dalam pembelajaran yang berfokuskan kepada minat pelajar berbanding lain-lain perkara yang terlibat dalam proses pengajaran seperti guru-guru dan pentadbiran. Laman web ini secara keseluruhannya telah dibangunkan sebagai laman web yang berpusatkan pelajar berdasarkan definisi yang dinyatakan. Hal ini kerana, murid boleh mengakses laman web ini pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa mereka. Bukan itu sahaja, reka bentuk pengajaran dan visual yang digunakan dalam laman web tersebut turut menarik minat murid. Hal ini dibuktikan dengan contoh berikut.

Enjoy our interesting math facts, trivia and information related to the world of mathematics. Learn about numbers, read famous quotes and learn about shapes such as circles, squares,triangles, spheres and cubes. Interesting number facts Fun geometry facts for kids The history of mathematics Famous mathematicians

Reka bentuk visual ini sangat ringkas dengan prinsip simplisiti yang menyampaikan maklumat yang jelas dan tepat. Bukan itu sahaja, bahagian Facts yang disediakan dalam laman web ini memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir dengan melalui proses intelektual iaitu pembentukan konsep matematik dalam diri murid.

Fokus Kepada Prestasi Dalam Dunia Sebenar


Ciri berfokus kepada prestasi dalam dunia sebenar secara tidak langsung membolehkan murid mencetuskan proses intelektual iaitu aplikasi, analisis, serta sintesis melalui pengalaman dan pentaakulan. Bahagian Money dalam laman web ini membolehkan murid melalui pengalaman membeli-belah secara maya dengan mengaplikasikan ilmu matematik yang dipelajari. Contoh permainan yang dibina dalam laman web ini juga membolehkan proses intelektual analisis dan sintesis dialami oleh murid. Hal ini adalah melalui jenis soalan-soalan dengan aras analisis dan sintesis yang dibina pada bahagian ini.

Learn about money with these cool games for kids. Open your own coffee shop or lemonade stand, go shopping, check bus money, run a farm, count coins and enjoy other fun activities related to money. Shopping game for kids Lemonade stand game Money counting game Coffee shop game

Reka bentuk visual pada bahagian Shopping game dalam bahagian Money (http://www.kidsmathgamesonline.com/money/funshopping.html) pula mempunyai prinsip pola dalam reka bentuk visualnya. Elemen-elemen objek dalam visual tersebut disusun dengan kemas seterusnya mengekalkan perhatian murid pada laman web tersebut. Bukan itu sahaja, prinsip dominan juga diterapkan pada bahagian Shopping game apabila objek yang mahu ditonjolkan dicipta boleh bergerak. Animasi yang digunakan ini bertepatan dengan prinsip dominan dalam reka bentuk visual. Oleh itu, kesemua ciri ini secara tidak langsung menarik minat murid terhadap laman web ini.

Bersifat Empirikal
Empirikal bermaksud sesuatu yang konkrit dan mudah untuk dianalisis serta dinilai. Hasil pembelajaran dari laman web ini sememangnya boleh dinilai dengan mudah dengan mengumpulan data dalam bentuk emperikal. Murid-murid boleh menguji sejauh mana pembelajaran mereka dengan mengakses bahagian-bahagian yang telah disediakan, salah satunya bahagian Printable Worksheet. Oleh kerana laman web ini adalah mengenai pengajaran matematik, hal ini memudahkan lagi analisis empirikal dilakukan dengan mengumpul data-data pencapaian murid seterusnya jika kajian sebenar dibuat, statistik keberkesanan laman web ini boleh dihasilkan.

Find a range of printable math worksheets for kids and enjoy a range of free activities that parents and teachers can use to help students practice their subtraction, division, basic algebra and other math skills. Addition worksheet for kids Multiplication worksheet for kids Fractions worksheet for kids Number coloring pages

Bahagian ini juga membolehkan murid menguji kemahiran berfikir mereka pada proses intektual peringkat penilaian. Proses ini dicapai melalui pentaakulan yang dilakukan oleh murid secara langsung apabila menjawab soalan-soalan ini. Terdapat beberapa bahagian lain juga yang turut diadakan untuk menguji tahap pembelajaran murid. Reka bentuk pengajaran yang dibina oleh laman web ini juga terbukti lengkap apabila proses terakhir dalam reka bentuk pengajaran iaitu proses sistematik dalam penilaian pengajaran turut diadakan bukan sekadar menawarkan pembentukan konsep semata-mata tanpa penilaian.

Berorentasikan Matlamat
Matlamat laman web ini secara umumnya adalah memberikan kemudahan pembelajaran interaktif sukatan asas subjek matematik serta permainan-permainan matematik menarik secara percuma kepada kanak-kanak. Setiap bahagian dalam laman web ini sememangnya menarik perhatian dan minat murid untuk belajar seterusnya berlandaskan matlamat utamanya. Kanakkanak ternyata akan gembira apabila melayari setiap bahagian dalam laman web ini. Reka bentuk visual laman web ini juga menepati prinsip-prinsip reka bentuk visual menjadikannya sangat menarik perhatian.

Welcome to Kids Math Games Online! Enjoy a wide range of free math games, interactive learning activities and fun educational resources that will engage students while they learn mathematics. Find cool math games, interesting facts, printable worksheets, quizzes, videos and so much more!

Setiap elemen dalam reka bentuk visual dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid. Hal ini dibuktikan dengan pengalaman murid yang melibatkan proses pembentukan konsep, aplikasi, analisis, sintesis, serta menilai seperti yang telah diterangkan melalui contoh pada setiap ciri yang dinyatakan. Proses pengamatan, pengalaman, refleksi serta pentaakulan turut berlaku sepanjang murid melayari laman web ini secara keseluruhannya. Laman web ini juga telah memenuhi kesemua proses sistematik mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilaksanakan secara maya ini.

Kesimpulan
Kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada elemen utama di dalam kurikulum sekolah. Melalui kemahiran berfikir yang diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat mewujudkan daya berfikir yang baik dan berkesan selain dapat mengelak daripada melakukan kesilapan di dalam berfikir. Dalam kemajuan penggunaan teknologi media massa ketika ini, bidang pendidikan tidak ketinggalan untuk turut sama dalam memanfaatkan kecanggihan pelbagai gajet dan saluran yang tersedia bagi menyediakan dan melengkapkan murid-murid dengan arus globalisasi yang semakin hebat gelombangnya. Sehubungan dengan itu, kepelbagaian laman web yang ada di internet pada masa ini sebenarnya membantu guru dalam memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran, selain daripada menjadikan sesi tersebut lebih menarik serta mampu menarik minat murid untuk lebih tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, tidak semua laman web yang tersedia itu mengandungi bahan yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Oleh itu, sudah menjadi kelaziman di dalam tugas guru untuk memastikan, bahan yang dipilih melalui internet itu mempunyai kandungan yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid serta bijak menggunakan bahan tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran berfikir murid benar-benar dapat dirangsang.

2 584 patah perkataan

Rujukan
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum: Pendekatan Pedagogi Dan Wawasan Pendidikan Bestari. Penerbit Fajar Bakti. Estes, Cheryl. (2004). Promoting Student-Centred Learning in Experiential Education. Journal of Experiential Education, 27(2), pp. 141161. http://www.kidsmathgamesonline.com/ Mohd Azhar Abdul Hamid. (2007). Meningkatkan Daya Fikir. PTS Professional.

Smaldino, Sharon, E., Deborah, L. L., & James, D. R. (2012). Instructional technology and media for learning. Bostan : Pearson.

Anda mungkin juga menyukai