Anda di halaman 1dari 8

Teori Pembelajaran Fungsionalis [Haliday] Teori fungsionalis berkembang dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan.

Ahliahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Hal ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.

Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi : i. Bahasa menyampaikan idea :

Kita berfikir dan mencuba berkongsi pandangan dan pendapat dengan orang lain melalui bahasa. Secara umum ini disebut sebagai fungsi kognitif.

ii. Bahasa menyampaikan maklumat:

Bahasa mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur. Apabila seseorang itu bercakap, sama ada dia suka atau tidak, secara tidak disedarinya dia telahpun menyampaikan maklumat tentang dirinya. Bahasa menyampaikan partisipasi kita dalam proses berkomunikasi:

Hal ini bermakna bahasa itu digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi.Menurut teori ini, bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya tetapi perkara yang lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya sewaktu ia digunakan untuk berkomunikasi. Dalam perkataan lain, kajian-kajian bahasa adalah tertumpu kepada perubahan perubahan yang berlaku pads bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu berkomunikasi. Teori ini mengutarakan beberapa ciri penting :

a. Sistem bahasa yang digunakan pleh ahli-ahli masyarakat untuk berkomunikasi tidaklah merupakan satu system yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka.

b. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan-hubungan sintaksis. Semasa bahasa itu dituturkan ada terdapat kepelbagaiaan di dalamnya. Hal ini adalah kerana bahasa itu tidak statik dan bertindak mengikut sesuatu keadaan dan sistem sosial.

d. Bahasa adalah sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan dan oleh sebab inilah ia bukan sahaja berfungsi sedemikian tetapi juga dapat juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya. Oleh yang demikian, di sini dapat diringkaskan melalui rajah di bawahKesimpulan, bahasa dikatakan sebagai satu fungsi kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang menghubungkan individu antara satu sama lain. Ia boleh menyampaikan maklumat yang dapat memberi faedah kepada penuturnya. Dalam pembelajaran, bahasa dikatakan dapat memberi pengetahuan tentang penggunaan tatabahasa yang betul sama ada dalam pertuturan mahupun dalam penulisan. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa yang betul agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian.

PENGENALANTEORI STURKTURAL (BLOOMFIELD) Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield,Edward Sapir, de Sausure dan OttoJespersen. Mereka menganggap

bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. KONSEP

Dalam teori ini, bahasa merupakan satu sistem yang mempunyai talian antara unit fonem iaitu sebagai unit bahasa dengan morfem dalam satu unit bahasa.Di samping itu, teori ini menekankan bahasa dalam sebagai satu sistem pertuturan yang arbitrari.Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah,tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti.Dalam teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspek pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama.Kajian ini juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudian morfologi dan akhir sekali sintaksis.

RUMUSAN

Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa; i. bahasa ialah satu sistem bunyi ii. bahasa bersifat arbitrari iii. bahasa ialah alat perhubungan

CIRI-CIRI Dalam teori ini, bahasa dikaji sebagai sistem lambang pertuturan. Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat serta empirikal.Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian atau eksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji.Bahasa yang dianalisis ialah bahasa lisan dengan bersifat structured-centered. Konsituen yang paling kecil dalam teori ini ialah mengecilkan perkataan, diikuti frasa, klausa,subjek, dan predikat.Di samping itu, perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituen terdekat

HUBUNGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan rangsangan dan gerak balas.Bahan rangsangan untuk penguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata

lain, ia dijalankan secara formal.Teori ini tidak menekankan penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua.

CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF DARI SEGI ASPEK DAN STRUKTUR, DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERKEMBANGAN TATABAHASA BAHASA MELAYU. PENGASAS: AVRAM NOAH CHOMKSY

Avram Noah Chomsky (1928- ), ialah seorang ahli linguistik, pendidik, aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang profilik. Beliau telah dilahir dan dibesarkan di Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat pendidikan di Universiti Pennsylvania di mana beliau menamatkan mengajian ijazah pertamanya pada tahun 1945, pengajian sarjana pada tahun 1955 di bawah didikan Zellig Harriss seorang ahli bahasa Amerika Syarikat yang tersohor, di universiti tersebut. Dari tahun 1951 sehingga tahun 1955 ketika masih lagi menjadi mahasiswa, Chomsky telah pun menjadi junior fellow di Universiti Harvard. Beliau kemudiannya menjadi pensyarahbahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam tahun 1955, dan seterusnya menjadi Profesor dalam bidang bahasa asing dan linguistik dalam tahun 1976 di MIT (Gale Encyclopedia of Psychology 2001). Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif tersebut dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF Sistem tatabahasa transformasi yang diasaskan oleh Chomsky ini walaupun merupakan lanjutan daripada apa yang telah dibangunkan bersama Harris, namun terdapat perbezaan pendapat dengan apa yang telah dikemukakan oleh Harris. Ternyata sistem tatabahasa berdasarkan Chomsky ini telah menarik perhatian ramai dan telah menerima kesinambungan berterusan yang ekstensif. Chomsky seterusnya menyatakan bahawa teorinya dapat memperlihatkan ciri-ciri universaldalam mengkaji semua bahasa manusia. Menurut beliau semua bahasa yang digunakan oleh manusia adalah berasaskan peraturan yang sama. Teori transformasi generatif menyatakan bahawa ayat-ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad bilangannya. Walaupun tidak terhad, ayat-ayat ini terbina atas peraturan-peraturan pembentukan ayat yang terbatas bilangannya. Pembinaan ayat daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti yang dapat melalui proses transformasi. Ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat yang tidak diwarnai oleh sebarang suasana seperti pertanyaan, suruhan dan sebagainya.

Dalam tatabahasa transformasi generatif penentuan sama ada sesuatu ayat itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi seseorang penuturterhadap sesuatu yang disebut struktur dalaman, iaitu struktur yang sifatnya amat dasar dan menjadi asas kepada pembentukan atau penerbitan ayat-ayat lain yang lebih kompleks. Persepsi yang dimaksudkan ini memungkinkan seseorang penuturmengenali sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan suatu ayat yang lain, atau dengan kata lain, ia dapat mengenal pasti ayat-ayat yang berparafrasa. Oleh yang demikian, tatabahasa transformasi generatif melihat ayat sebagai mengandungi dua peringkat. Pertama, peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain membentuk semantik ayat. Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamai komponen fonologi. Chomsky berpendapat bahawa manusia memperoleh bahasa daripada dua komponen, iaitu komponen competence dan performance. Competence merupakankeupayaan manusia sejak lahir lagi untuk menguasai sejumlah peraturan yang terkandung di dalam kepala penutur. Performance pula merupakan pewujudan bahasa itu seperti yang dilihat dalam percakapan dan penulisan. Konsep competence yang dikemukakan oleh Chomsky ini lebih memberikan penekanan kepada penutur sebagai individu. Kenyataan yang berbunyi Competence to mean knowledge about cognitive and performative bermakna sejak lahir lagi manusiatelah disediakan dengan peraturan-peraturan pembentukan ayat di dalam otaknya (Ishak Ramly 1996).

Tata Bahasa Tradisional Pada zaman Yunani para filsuf meneliti apa yang dimaksud dengan bahasa dan apa hakikat bahasa. Para filsuf tersebut sependapat bahwa bahasa adalah sistem tanda. Dikatakan bahwa manusia hidup dalam tanda-tanda yang mencakup segala segi kehidupan manusia, misalnya bangunan, kedokteran, kesehatan, geografi, dan sebagainya. Tetapi mengenai hakikat bahasa apakah bahasa mirip realitas atau tidak mereka belum sepakat. Dua filsuf besar yang pemikirannya terus berpengaruh sampai saat ini adalah Plato dan Aristoteles. Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian. PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini. Teori Tatabahasa Tradisional oleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. IDEA ASAS PANINI Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yang lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada tatabahasa Inggeris yang amat

mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh huraian. pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan. Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan

kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus. KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu Logos. Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional Panini ( Zaman India 2- 200 SM)

Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )

Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )

Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance ) Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )

Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )

Anda mungkin juga menyukai