Anda di halaman 1dari 22

KPK0202

GURU DAN DASAR NEGARA

NAMA : LEONG CHEANG YENG


NO. K/P : 820725-07-5266
KHUSUS : KDP14M31
CREATIVE TEACHING IN
SCIENCE( SR )
1
PENSYARAH : EN. ZAHARI BIN ZAINAL

SENARIO 1

Piagam pelanggan merupakan satu komitmen bertulis jabatan/agensi kerajaan


terhadap penjaminan keluaran atau perkhidmatan kepada pelanggan. Piagam ini
merupakan jaminan jabatan/agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran atau
perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.

Sub tugasan

a. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan langkah-langkah pelaksanaan


piagam pelanggan di sekolah-sekolah.

2
Langkah-langkah pelaksanaan piagam pelanggan :

Pengetua atau Guru Besar mesti memastikan piagam pelanggan di sekolah


masing-masing disemak semula agar piagam itu benar-benar menggambarkan
kehendak sebenar pelanggan terhadap sekolah. Dalam menyemak kembali piagam
pelanggan,, pihak sekolah hendaklah memastikan ketiga-tiga pelanggan utama sekolah
ada disebutkan secara jelas dalam piagam itu, iaitu satu bahagian untuk pelajar, satu
untuk ibu bapa dan satu lagi untuk guru. Apa yang patut diperolehi oleh ketiga-tiga jenis

3
pelanggan tersebut patut disebutkan secara terperinci. Piagam pelanggan patut
diletakkan di tempat yang menjadi tumpuan para pelanggan sekolah seperti di depan
dewan, di pintu masuk dan di laluan utama. Maknanya pelanggan boleh membacanya
dengan mudah dan mengetahui apakah yang mereka bakal perolehi.

Berikut adalah Contoh piagam pelanggan Sekolah Kebangsaan Sendayan,Negeri


Sembilan.

Kami warga Sendayan dengan penuh tekad dan semangat berikrar dan berjanji akan
menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik seperti yang
dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Memastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu, beramal dan
berakhlak mulia.
3. Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan,
berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meninggikan martabat guru sehingga ke
taraf dunia.
4. Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibubapa/penjaga melalui saluran PIBG bagi

meningkatkan kemajuan, menjalin perpaduan dan hubungan baik sejajar dengan


slogan “Masyarakat Penyayang”
5. Memastikan sekolah sebagai sebuah institusi ilmu yang peka dan prihatin
terhadap kehendak pelanggannya

6. Berusaha menyediakan segala kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan


sebarang kesulitan samada dalam P & P , kokurikulum dan Negara.
7. Menjalin hubungan yang akrab lagi ikram antara sekolah dengan masyarakat
setempat dan agensi- agensi yang berkenaan.

4
b. Dengan merujuk kepada SATU situasi di sekolah, bincangkan bagaimana
piagam pelanggan diaplikasikan dalam situasi tersebut.

Dalam soalan ini, saya telah memilih Skim Pinjaman Buku Teks sebagai situasi saya.
Berikut adalah cara piagam pelanggan diaplikasikan.

PENGGUBALAN PIAGAM PELANGGAN

Mengenalpasti pelanggan memperoleh buku teks berkualiti yang menepati ciri-ciri


bertaraf dunia.

Mengenalpasti buku teks dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menghasilkan buku teks bertaraf dunia

 Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.

 Menyediakan buku teks yang mencukupi demi kecemerlangan pelajar

 Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan dan pendidikan


sepanjang hayat.

 Melahirkan pelajar yang berwibawa, berwawasan, dan cintakan ilmu.

Menyediakan piagam pelanggan

5
PROMOSI DAN SISTEM PEMULIHAN

Promosi piagam kepada pelanggan dengan menggunakan risalah dan poster

Menyediakan sistem pemulihan keluaran atau perkhidmatan .

a)Pemulihan secara reaktif

b)Pemulihan secara proaktif

PENGESAHAN DAN PEMANTAUAN

Menggunakan makanisma dalam jabatan yang sedia ada

Mewujudkan sistem maklumbalas dan sistem respon yang berkesan .Contoh : peti
cadangan , borang maklumbalas pelanggan

PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Jawatankuasa pemandu kualiti dan produktiviti

Pasukan-pasukan petugas

Kumpulan-kumpulan meningkat mutu

Berikut merupakan contoh piagam SPBT Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai
Pulau Pinang.

VISI
Menjelang tahun 2010, BBT berupaya menghasilkan buku teks bertaraf dunia yang
dapat melahirkan insan berpendidikan cemerlang dan mampu bersaing di peringkat
global.

6
MISI
Membuat perolehan buku teks berkualiti yang menepati ciri-ciri bertaraf dunia dan
dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.

MOTTO
Buku Bermutu Kecemerlangan Pendidikan

PIAGAM PELANGGAN
• Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan buku teks yang mencukupi demi kecemerlangan pelajar
• Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan dan pendidikan
sepanjang hayat.
• Melahirkan pelajar yang berwibawa, berwawasan, dan cintakan ilmu.

OBJEKTIF
1. Memastikan perolehan buku teks untuk kegunaan di sekolah adalah berkualiti.
2. Memastikan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dibekalkan
secukupnya ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.

FUNGSI
1. Mengurus hal-hal dasar buku teks.
2. Mengurus pemerolehan buku teks.
3. Mengurus pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan keperluan pasaran
terbuka.
4. Mengurus hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan sumber manusia dan
kewangan.
5. Mengurus aktiviti meningkatkan penggunaan buku teks.
6. Mengurus program penyelidikan dan pembangunan buku teks.
7. Mengurus program-program dan aktiviti-aktiviti Bahagian dan Kementerian
Pelajaran Malaysia.

7
Tujuan Piagam Pelanggan diaplikasikan
1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik seperti yang
dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan buku teks yang mencukupi demi kecemerlangan pelajar
- Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan dan pendidikan
sepanjang hayat.

2. Memastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu, beramal dan
berakhlak mulia.
- Melahirkan pelajar yang berwibawa, berwawasan, dan cintakan ilmu.

3. Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan,


berdisiplin dan sedia menyahut cabaran sehingga ke taraf dunia.
- Guru bertanggungjawab mengurus hal-hal dasar buku teks termasuk pemerolehan
buku teks.

4. Menjalin hubungan yang akrab lagi ikram antara sekolah dengan masyarakat
setempat dan agensi- agensi yang berkenaan. - Berupaya
menghasilkan buku teks bertaraf dunia yang dapat melahirkan insan berpendidikan
cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global.

8
SENARIO 2

Dasar Pendidikan Negara digubah bagi membantu mewujudkan perpaduan dalam


kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Sub tugasan:

a. Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah perpaduan rakyat ini dapat


dicapai melalui Dasar Pendidikan Negara.

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Strategi
Kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi baru yang berwawasan, kepada
mewujudkan perpaduan antara kaum melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, pelbagai
dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan perpaduan
antara kaum. Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak merdeka
hingga ke hari ini bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
di Malaysia.
Antaranya ialah:

Memantapkan Lagi Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan


Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di
sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pendidikan Negara yang menggunakan sukatan
pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa
penghantar yang sama. Pelajar-pelajar sering bergaul antara pelbagai kaum semasa
kegiatan ko-kurikulum, aktiviti luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dasar
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih
komunikatif antara satu sama lain.

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama

9
Berdasarkan Akta Pelajaran, 1961 Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Langkah
ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua


Pada asasnya Penyata Razak, 1956 mencadangkan sekolah rendah dibahagikan
kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang
menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Sekolah
menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun),
sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun). Satu jenis sekolah menengah
sahaja yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
matapelajaran wajib.

Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran


Sistem Sekolah satu aliran membantu mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum .
Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar
saja di sekolah-sekolah. Menerusi sistem sekolah satu aliran, penggunaan bahasa oleh
kawan-kawan lain tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda
lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib
bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja
daripada lain-lain etnik yang berminat.

Kurikulum Yang Sama


Berdasarkan Akta Pelajaran, 1961. Semua sekolah menggunakan kurikulum yang
sama tanpa mengira aliran sekolah.Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang
terkandung di dalamnya. Segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam
pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga

10
berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam
mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

Sukatan Pelajaran Yang Seragam


Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak,
1956 adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Kajian Tempatan memainkan peranan
penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran tersebut diharapkan dapat
membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam
masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Peperiksaan Yang Seragam


Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.
Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di
samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan


Sistem persekolahan yang sama diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai
keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik
lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing juga dihargai.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan


Sekolah Wawasan diwujudkan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid
yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Sekolah Wawasan adalah sekolah

11
rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama
tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah
berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain.
Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi
antara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi,
persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Sekolah
Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap
sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan
pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah
Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan
pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan,
gelanggang permainan dan padang. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat
merapatkan hubungan pelajar berbagai kaum.

12
b. Cadangkan TIGA langkah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah oleh
guru dalam mewujudkan perpaduan kaum.

Langkah-langkah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah oleh guru dalam
mewujudkan perpaduan kaum:

1. Program Patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang boleh membina jati diri serta
semangat kecintaan kepada bangsa dan negara seperti Kuiz Bina Bangsa / budaya,
Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Lagu Patriotik, Kem
Padu Anak Malaysia, Mantor-mentee, Kawat kaki (Kelab dan Persatuan), Homestay,
Perhimpuan / nyanyian dan Lawatan Integrasi / Anak Angkat / Pesta.

2. Program memupuk nilai diadakan pada setiap akhir P&P. Nilai-nilai murni seperti
cinta kepada Negara, tolerensi, hormat-menghormati harus ditekankan pada setiap
akhir pengajaran dan pembelajaran. Mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Kajian Tempatan memainkan peranan
penting ke arah matlamat perpaduan. Melalui pelajaran tersebut diharapkan dapat
membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam
masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Guru harus memastikan
murid-murid memahami definisi dan ciri–ciri nilai sejak dari sekolah rendah. Guru
boleh mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum semasa aktiviti P&P
dijalankan.

3. Program Promosi pula dibuat bagi memperluaskan hebahan kepada pelajar agar
kesedaran terhadap kepentingan perpaduan dan integrasi nasional akan sentiasa
subur. Antara aktiviti di bawah program ini adalah seperti Sayembara Cerpen
Remaja Perpaduan, Majalah / Buletin Perpaduan, Bulan Perpaduan (bulan Mei),
Brosur dan Segmen di Media.

SENARIO 3

13
Pada hari ini didapati kebanyakan pelajar remaja kita suka menghabiskan masa
lapang mereka dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti
melepak di pusat membeli-belah, bermain permainan komputer di kafe siber,
berbual kosong di kedai “fast food” sehingga menyebabkan mereka terjebak
dalam perlakuan negative yang boleh mengancam masa depan Negara.

Sub tugasan:

a. Berdasarkan pernyataan di atas mengapakan budaya yang dipaparkan


dalam senario di atas diamalkan oleh sebilangan remaja Malaysia hari ini?

Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah
sosial yang melibatkan remaja. Antara perbicaraan hangat isu remaja adalah berkisar
masalah keruntuhan akhlak dan moral, lepak, bohsia, vandalisme, jenayah dan
pelbagai isu negatif lain kerap mendapat tempat dalam masyarakat. Akhir-akhir ini
masalah ini dipandang serius kerana tekut merosakkkan nilai serta keperibadian
remaja, di mana remaja menjadi aset penting kerana remaja adalah pemangkin
kepimpinan negara di masa akan datang.

Isu lepak semakin kerap diperkatakan sekarang. Tingkahlaku remaja yang suka
menghabiskan masa lapang di tempat awam seperti kompleks membeli belah,
perhentian pengangkutan awam dan tempat tumpuan orang ramai dikenali sebagai
aktiviti lepak.

Menurut Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam
Pendidikan Kuala Lumpur: Satu kajian telah dijalankan oleh Kementerian Belia Dan
Sukan dengan kerjasama Universiti tempatan telah merumuskan beberapa punca
timbul tingkahlaku melepak di kalangan remaja diantaranya :

kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau
penjaga
14
Kebanyakkan remaja berhijrah ke kota akibat mencari sumber rezeki, melanjutkan
pelajaran dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Hidup mereka menjadi bebas tanpa
kawalan dari ibu bapa atau penjaga. Tambahan dengan tekanan hidup, sikap
mengejar kemewahan turut menyebabkan mereka sanggup melakukan perkara-perkara
seperti bohsia,jenayah dan sebagainya.

Keadaan rumah yang kurang kasih sayang


Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin
remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang asyik sibuk dengan kerja kerap memberikan
wang saku yang terlalu banyak sebagai bahan ganti kasih sayang . Ibu bapa dan anak
kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping
antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Perbuatan ini
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka dan
meterialistik. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya
yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula, sikap ibu bapa
yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja
mendorong pada kerosakkan ahklak.

Kelonggaran dalam instutusi keluarga seperti bebas tiada kawalan, kurang prihatin
terhadap remaja.
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam masalah sosial terdiri dari latarbelakang
keluarga yang hancur. Ibu bapa sering berkonflik atau mungkin bercerai berai.
Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai ‘role model’ juga semakin
menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran. Jika remaja diminta
menutup aurat, tetapi ibu bapa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara
ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan
secara keseluruhan. Jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga
masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang
bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan

15
masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam
masalah sosial.

Ketidakharmonian alam rumah tangga


Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit,
suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak
penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.

Sikap remaja yang mengagongkan konsep “ Kebebasan dalam masyarakat” yang


telah diterapkan oleh remaja barat.
Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku
para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan
yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan
mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Tidak dapat dinafikan, filem-filem barat terus
menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Golongan remaja
terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan dalam filem-filem barat yang tepu dengan
unsur-unsur ganas, seks dan aksi yang kurang bermoral.

kepincangan didikan agama


Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama.
Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik yang
melalaikan serta sosiol seksual di luar kawalan adalah antara anasir yang
dimaksudkan. Lebih malang, apabila remaja terpaksa berhadapan dengan kongkongan
konservatif yang menghalang serta menegah mereka secara mutlak untuk terbabit
dalam anasir tadi tanpa memahamkannya.
Trauma
Pengalaman pahit yang pernah melanda kehidupan remaja bermasalah menjadikan
mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral. Misalnya pada masa dahulu

16
kehidupan mereka yang sering mengalami penderaan secara fizikal dan mental
,gangguan seks dan sebagainyaturut menjadi punca mereka mula memberontak dan
mula terjebak dengan kancah sosial yang negatif.

Mudah berjumpa kawan.


Tidak dapat dinafikan rakan sebayalah yang mempunyai pengaruh yang lebih hebat
berbanding pengaruh ahli keluarga bagi kebanyakan remaja yang terlibat dalam kancah
yang negatif ini. Dalam menghadapi perkembangan masa transisi, remaja sentiasa
menghadapi masalah penyesuaian. Penyesuaian ini sering kali menyebabkan remaja
melakukan tindakan anti -sosial yang seterusnya menyebabkan masalah kena-kalan
remaja seperti melepak. Oleh itu didapati sesetengah remaja melepak disebabkan
hendak berjumpa dengan kawan-kawan.

Trend Remaja Masa kini.


Mengikut seorang ahli psikologi Robert J. Havighurst, salah satu daripada tugas penting
bagi remaja yang perlu diberi perhatian ialah membentuk perhubungan baru dan lebih
matang dengan kawan-kawan yang sama umur, tidak kira lelaki atau perempuan. Ini
menunjukkan bahawa mereka tidak begitu suka melepak secara perseorangan tetapi
mereka melepak secara kumpulan. Analisis mengenai perhubungan mesra dengan
rakan sebaya memperolehi dapatan yang menggalakkan iaitu 64.8% . Oleh itu cara
berinteraksi seseorang remaja dengan rakan sebaya adalah lebih terbuka kerana ahli-
ahli kumpulan tersebut mempunyai minat serta kegemaran yang sama. Selain daripada
itu ,menurut Manja (1990), apabila seseorang remaja itu sudah yakin dengan pemikiran
dengan rakan-rakan sebaya yang sama minat, maka hubungan mereka menjadi lebih
erat. Apa yang rakan lakukan maka ia juga akan turut melakukannya. Menurut Mohd
Salleh (1999) Pengaruh media khasnya TV , kadang-kadang boleh memberi kesan
yang buruk kepada pembentukan peribadi remaja, khasnya aktiviti melepak.
b. Cadangkan SATU pendekatan oleh pihak sekolah dan SATU pendekatan
oleh ibu bapa bagi mengurangkan gejala ini dalam kalangan remaja.

Sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita


seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti
17
masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta
mengawal selia anak sepanjang masa.

Pendekatan oleh pihak sekolah:

Peranan guru bukan setakat menyampaikan pengajaran tetapi mereka haruslah


mampu membentuk kefahaman dan cara fikir pelajar berteraskan nilai adab dan ahklak
serta berpandukan prinsip keagamaan yang tinggi. Sebagai contoh, guru dilantik
sebagai guru disiplin, sistem perundangan di sekolah dapat mengawal disiplin pelajar.
Selain itu, guru juga sebagai kaunselor dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan membantu remaja mengatasi masalah mereka. Ini boleh dilakukan
dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik
seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan
teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Pendekatan oleh ibu bapa:

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
18
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan
masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu
bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-
anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia,
amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibubapa
memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak seawal yang mungkin
kerana pendidikan bermula di rumah.Ibubapa hendaklah menunjukkan tingkahlaku dan
teladan yang baik kepada anak-anak seterusnya menjadi ‘role model’ kepada mereka.

BIBLIOGRAFI
Abdullah Ahmad Badawi “ Ada Kumpulan Dikesan Pesongkan Aqidah Remaja”
dalam. Berita Harian, 17 Ogos 2001 .
Ahmad Lisot (1988). Peranan Ibubapa Yang Berkesan. Kertas Kerja Konvensyen
Perkara Ketiga Di Subang.
19
Aishah K. Ahmad . “ Rumah sempit punca remaja berpeleseran “ dalam. Ummi Ogos
1993, halaman 50 – 51.
Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ee Ah Meng (1997). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Havinghurst, R.J. (1952). Developmental Tasks And Education. New York :
Longman Green.
Majalah Remaja, “Ponteng Sekolah Gejala Semasa” bil : 357 1 Julai 2001.
Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mansor Abu Talib . “Perkembangan remaja melibatkan Tiga Domain” dalam.
Mingguan Famili, Ogos 2001, Halaman 24-26.
Mohd Salleh (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Publications and
Distrubutors Sdn. Bhd.
Muhammad Hatta Sharom (1989). Ke arah Rumahtangga Bahagia. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Noor Shakirah Mat Akhir. “ pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak”
dalam. Visi, Julai 2001, halaman 24-26.
Ahmad Yani Abdul Manaf. (2000, Okt.) Perintis Sekolah Wawasan Negara. Dewan
Masyarakat, 24-25
Azhar Abu Samah. (7/12/2000). MCA Mula Terikut Rentak Dong Jiao Zhong.
Berita Harian, 27.
Aziz Ishak. (2000, Dis, 9-15). Mendepani ‘Kuasa’ Dong Jiao Zhong. Massa, 17

BIBLIOGRAFI
http://e-spbtsmtsppp.blogspot.com/

http://mozac.edu.my/index.php?page=piagam-pelanggan

20
http://sksendayan.zoom-a.com/PIAGAMPLANGGANSKS.html

http://sammps.wordpress.com/piagam-pelanggan/

http://www.lightzenith.net/viewthread.php?tid=17786#

http://sk-sungaigalah.blogspot.com/2008/01/piagam-pelanggan-sksg.html

http://www.jpa.gov.my/info/piagam-pelanggan/

http://gurubashid.com/blog/komuniti-sekolah/menyemak-semula-piagam-pelanggan-
sekolah.html

http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/03/22/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-
punca-dan-penyelesaian/

http://ahmedbadri.wordpress.com/2007/07/05/perpaduan-nasional-melalui-
keseragaman-pendidikan-kebangsaan/

www.geocities.com/cominglucky/dpn.htm

http://ganhongsu.blogspot.com/2009/06/blog-post.html

http://www.geocities.com/kavyan_kavya/raman0301.htm

http://www.geocities.com/kavyan2004/minda0401.htm

21
LAMPIRAN

22