Anda di halaman 1dari 25

CONTENT

TAJUK: Mengimpal sambungan tindih @ lekap Sambungan kembi Tee Meloyang

TUJUAN @ OBJEKTIF

1. Boleh mengimpal sambungan tindih, sambungan kembi T dan meloyang dengan betul dan baik. 2. Mengetahui cara cara mengimpal tindih, sambungan kembi T dan meloyang pada plat 50mm x 100mm x 1.5mm 3. Mengetahui langkah langkah keselamatan semasa menjalankan kerja kimpalan tindih, sambungan T dan meloyang.

PERALATAN ATAU BAHAN


1. Kelengkapan kimpalan gas oksigen dan gas asetilena. 2. Gogle 3. Berus dawai 4. Glove / sarung tangan 5. Pakaian keselamatan 6. Logam penambah ( mild steel ) 7. Logam penambah jenis loyang . 8. Pemetik bunga api ( spark lighter ) 9. 6 keping plat keluli lembut dan 1 keping plat tembaga berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm 10. 11. 12. Bahan lakur / fluks playar / penyepit logam muncung sumpitan

TEORI SAMBUNGAN TINDIH / LEKAP

1. Sediakan dua plat keluli lembut berukuran 50mm x 100m x 1.5mm. 2. Sediakan kelengkapan asa kimpalan oksi-asetilena . 3. Letakkan dua plat keluli yang telah dibersihkan diatas meja, sepertimana membuat sambungan temu. Kemudian, letakkan yang satu lagi diatas kedua dua logam yang diletakkan awal tadi. Tentukan kedudukan logam yang diatas terletak di setengah bahagian yang sama atas kedua dua logamdibawahnya. 4. Buatkan paku kimpal pada hujung kedua dua lpgam atas dan bawah. 5. Lakukan kimpalan sepertimana mengimpal sambungan kambi.

TEORI SAMBUNGAN KEMBI TEE (T- WELD)

1. Sediakan dua plat keluli lembut berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm 2. sediakan kelengkapan oksi asetilena 3. Letakkan satu plat keluli diatas meja dan satu lagi didirikan mengikut panjang logam yang dibaringkan itu, pada sudut 90 di atas logam tersebut. 4. Dengan menggunakan sesiku L, periksa ketepatan sudutnya. 5. Dengan menggunakan pengapit, buatkan paku kimpal di kedua dua hujung logam asas itu. 6. Tanggalkan penyokong dan mulakan kimpalan pada sudut sumpitan 60 mengarah ke hujung logam sambungan pada keadaan melintang. 7. Perhatian : kedua dua logam asas itu perlu dicairkan pada satu masa yang sama untuk mendapatkan andoh kimpal, baharulah di bubuhkan logam penambah. 8. Semasa proses menginpal, elakkan kimpal daripada makan bawah. Untuk mengelakkannya, tentukan logam penambah sentiasa berada diatas andoh kimpal. 9. Gerakkan sumpitan kimpaln pada bentuk bulatan atau pusingan serta gerakkanya dari arah kanan ke kiri.

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KIMPALAN GAS

Jangan nyalakan kimpalan arka pada selinder gas. Jangan membuat kimpalan pada bahan yang mudah terbakar. Jangan mengimpal bekas bekas yang mengandungi bahan pembakaran. Jangan mengimpal dalam ruang yang terkurung tanpa alat pernafasan. Jangan memengang bahan kimpalan yang masih panas. Jangan halakan nyalaan api pada hos oksigen dan asetilena Pastikan sambungan pada setiap peralatan kimpalan gas disambung dengan ketat dan baik. Jangan menggunakan mancis untuk menyalakan sumpitan api Mestilah memakai pakaian keselamatan seperti gogal, sarung tangan, safety boot dan baju keselamatan.

LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

Bahan bahan di dalam bengkel mestilah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan pensyarah. Jangan bawa apa-apa peralatan daripada bengkel. Jangan menguji apa-apa tanpa rahan daripada pensyarah Jika masuk sesuatu kedalam mulut, keluarkan dengan segera.selepas itu berkumur dengan air. Asid atau alkali yang terkena kulit atau pakaian mesti dibasuh dengan segera menggunanakan air yang banyak. Sebarang luka,melecur atau melepur atau lain-lain kemalangan hendaklah dilaporkan kepada pensyarah. Jika berlaku kebakaran,peraturan bomba Politeknik Merlimau hendaklah dipatuhi di dalam bengkel. Para pelajar tidak dibenarkan masuk ke bengkel tanpa kehadiran pensyarah.kelalaian akan mengakibatkan kemalangan yang teruk.

LANGKAH KESELAMATAN DIBENGKEL BAGI PELAJAR

Bengkel kawasan terhad,pelajar tidak boleh masuk tanpa kebenaran pensyarah. Peralatan bengkel tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran pensyarah. Peralatan bengkel yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ketempat asal. Semua peralatan bengkel hanya boleh digunakan atas panduan dan arahan pensyarah. Senua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Ujukaji tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan pensyarah. Setiap kerosakan, pecah atau kemalangan perlu dulaporkan dengan segera kepada pensyarah atau staf yang berada dibengkel. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel. Bengkel hendaklah kemas dan bersih selepas setiap waktu digunakan. Sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam sinki tetapi hendaklah dibuang didalam tong sampah yang disediakan.

Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam bengkel atau bilik persediaan. Beg atau topi keledar pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam bengkel. Dinasihatkan, air paip dikawasan bengkel jangan diminum. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan pensyarah. Leangkah-langkah keselamatan didalam bengkel mesti dipatuhi setiap masa.

SAMBUNGAN TEE

10

1. Bersihkan logam dengan berus dawai. 2. Letakkan kedua keeping logam pada kedudukan T. 3. Laraskan api pertengahan dan lakukan proses kimpal paku (spot weld) pada kedua-dua hujubg logam. 4. Mulakan kerja mengimpal dari hujung kanan logam ke hujung kiri. 5. Pegang sumpitan api dengan sudut 45 darjah diantara kedua keeping logam dan 45 darjah dari permukaan rata. 6. Sumpitan api hendaklah digerakkan dengan memusingkannya supaya membujur sedikit ke depan dan belakang. 7. Cairkan batang kimpal di sebelah logam yang tegak. 8. Perhatikan pergerakkan sumpitan supaya logam yang tegak tidak menjadi terlalu cair. 9. Tentukan kedua tepi logam cukup cair sebelum menambah batang kimpal dan sumpitan digerakkan ke arah mengimpal dengan perlahan. 10. Batang kimpal ditambah disebelah atas tepi kolam cairan logam pada sebelah logam yang tegak. 11. Buatlah kerja mengimpal dengan cermat supaya saiz kaki kumai adalah sama tinggi dan lebar. 12. Muka kumai yang betul berbentuk rata selebar 5 mm atau dua kali ganda ketebalan logam. 13. Jalankan kerja mengimpal hingga siap dan bersihkan logam sebelum dihantar kepada pensyarah.

11

SAMBUNGAN TINDIH

12

LANGKAH-LANGKAH KERJA
Bersihkan logam keluli lembut dengan berus dawai. Letakkan kedua keping logam pada kedudukan tindih. Laraskan api pertengahan dan lakukan proses kimpal paku (spot weld) pada kedua hujung logam. 4. Mulakan kerja mengimpal dari hujung kanan logam ke hujung kiri. 5. Pastikan kedua permukaan logam rapat dan dilakukan kimpal paku pada kedua hujung. 6. Jarak kon dalam api berada 1-2 mm daripada garisan kimpalan dengan gerakan separuh bulat. 7. Bila sambungan tindih telah cukup cair cecahkan sedikit rod penambah di tengah leburan logam dan gerakan sumpitan api untuk mengalirkan cairan logam pada kedua sambungan. 8. Jika leburan logam terlalu panas, jauhkan sumpitan sebentar kemudian dirapatkan semula untuk meneruskan kerja mengimpal hingga siap. 9. Kemudian jalankan proses yang sama untuk mengimpal sambungan sebelah logam. 10. Bersihkan logam dengan berus dan hantar projek kepada pensyarah untuk dinilai. 1. 2. 3.

13

PROSEDUR KERJA MELOYANG ( BRAZING WELD)

1. Bersihkan kedua dua kepingan plat keluli lembut yang berukuran 50mm x 100mm x 1.5mm dengan menggunakan berus dawai. 2. Buka injap hos oksigen dan asetilena. 3. Laraskan nyalaan api oksi asetilena sehingga mendapat nyalaan api yang sesuai iaitu nyalaan api pertengahan. 4. Letakkan kedua dua plat keluli yang telah dibersihkan di atas meja dengan kedudukan logam yang satu diatas logam yang satu lagi. Kedudukan logam yang diatas terletak disetengah bahagian yanga sama atas kedua dua logam di bawahnya. 5. Lakukan kimpal paku dikedua dua hujung plat tersebut. 6. Lakukan proses meloyang dengan memanaskan kedua dua kepingan plat logam sehingga merah. Setelah merah bubuhkan rod meloyang yang telah disalut dengan bahan lakur keatas logam tersebut. 7. Loyang yang dihasilkan mestilah cair bukan berbiji biji.

14

LANGKAH LANGKAH MENGHIDUPKAN SUMPITAN API

1. Pastikan sumpitan diketatkan dengan sempurna 2. Pakai pakaian bengkel yang sempurna 3. Tentukan injap-injap pada sumpitan ditutup. Kemidian laraskan alatur untuk mendapatkan tekanan gas yang sesuai. 4. Buka injap asetilena pusingan dan nyalakan dengan menggunakan pemetik api. 5. Setelah api dinyalakan buka injap asetilena dengan keseluruhannya. 6. Kemudian buka injap oksigen secara perlahan lahan sehingga memperolehi nyalaan api neutral. 7. Dengan hujung sumpitan dalam keadaan menyala laraskan api kepada nyalaan neutral dan tekan tuas pancutan oksigen beberapa kali untuk menyasuaikan nyalaan. 8. Untuk memadamkan nyalaan , Lepaska tuas tutup injap asetilena dahulu dan diikuti dengan injap oksigen.

15

GAMBAR PERALATAN

KELENGKAPAN KIMPALAN GAS(OKSIGEN DAN ASETELINA)

GOGEL

GLOVE
16

PEMETIK API

BERUS DAWAI

ROD PENAMBAH

BAHAN LAKUR

17

PAKAIAN KESELAMATAN

MUNCUNG SUMPITAN

PLAYAR

18

19

PIAWAIAN
Dalam amalan sebenar kejuruteraan, kita perlu menyemak garispanduan mengenai kimpalan yang telah disediakan oleh badan-badan piawai berikut: American Welding Society (AWS) American Institute of Steel Construction (AISC) American Society for Testing Materials (ASTM) American Society of Mechanical Engineers (ASME) American Petroleum Institute (API) British Standards (BS) - BS : 4360, 639, 1719, 1856, 2642, 499, etc. Contoh maklumat yang boleh diperolehi daripada piawai adalah ditunjukkan dalam rajah 8-7

20

21

22

23

PERBINCANGAN 1. Semasa proses mengimpal, letupadam dan nyalabalas sering berlaku. 2. Sudut sumpitan api semasa mengimpal tidak sekata. 3. Kelajuan pergerakan tangan tidak stabil dan sekata. 4. Muncung sumpitan api cepat tersumbat. Logam belum betul- betul panas.

24

KESIMPULAN 1. logam mestilah bersih daripada karat. 2. Pelajar Pelajar dapat menggunakan nyalaan yang sesuai bagi setiap kerja kimpalan yang di jalankan. 3. Setelah menjalani beberapa proses kimpalan, pelajar memperoleh pelbagai ilmu untuk mengimpal dengan baik dan sempurna. 4. Untuk mendapatkan kumai yang baik, pergerakan tangan hendaklah sekata, nyalaan api yang betul dapat mempraktik segala langkah keselamatan semasa menjalakan kerja amali di bengkel kejuruteraan am.

25

Anda mungkin juga menyukai