Anda di halaman 1dari 5

“Alamak! Dah terlambat. Macam mana ni. Habislah aku kena leter dengan dia lagi.

Semalam dah kena, hari ni kena lagi. Tulah, baca novel karya Ramlee Awang Murshid
tu lagi sampai tengah malam buta.” leter Arry pada diri sendiri.
“Aduh! Lecehlah laci ni. Time ni juga dia nak sepit jari aku. Sakit ‘giler’ dibuatnya,” Arry
melihat jarinya yang mula tampak kemerah-merahan itu.
Beg tangan yang terletak diatas katil ditarik rakus menuju ke pintu. Bunyi hon kereta
yang membingitkan itu mesti di hentikan segera jika tidak jiran-jiran pasti akan
mengamuk. Arry segera melihat jam tangan jenama GIRLZ berwarna pink yang dipakai
di pergelangan tangannya.
“Ya Allah! Dah pukul 7.45 a.m rupanya. Patutlah si betina di dalam kereta tu dah
mengamuk,”gumam Arry di dalam hati.
Arry berlari anak menuju ke kereta Chevrolet Aveo buatan luar negara berwarna hijau
muda metalik yang dipandu rakan sepejabatnya, Alia. Pintu kereta dikatup pantas.
Sebaik sahaja kereta mula bergerak, Alia meleterinya habis-habisan.
“Apa yang kau buat kat dalam rumah tu sampai lewat sangat macam ni? Nak kata ada
suami, boyfriend pun tak ada. Nak kata ada anak, suami pun belum ada macam mana
nak ada anak,”Arry hanya mendiamkan diri, sedar akan kesalahan yang telah
dilakukan. Mulutnya bergerak-gerak mengikut nada lagu Pudar nyanyian Rossa yang
berkumandang dari radio kereta itu. Lagipun, Alia ni kalau makin dilawan makin kuat
leternya. Sebab itulah dia malas nak melawan.
Arry melayani perasaannya sambil mengenang kembali kata-kata Alia. Dia akui bahawa
dia masih lagi tidak mempunyai teman lelaki sejak dikecewakan oleh seorang lelaki
bernama Azam. Dia menjadi anti lelaki semenjak Azam meninggalkan dirinya terkapai-
kapai mencari tempat mengadu kasih selain ibu bapa. Baginya tanpa lelaki pun dia
masih boleh berdiri dengan sendiri. Arry boleh dikategorikan sebagai wanita yang
cantik, romantik, tampak keras diluaran tepi lembut didalam hati. Namun luka lama
benar-benar membuatkan hatinya berparut.

Timbunan fail setia menunggu di atas meja. Arry mengeluh sambil berjalan menuju ke
mejanya.
“Ha, kenapa lambat sampai?,” Akmal yang telah lama menaruh hati pada Arry
menegurnya. Sengaja ditulikan telinganya. Malas nak melayan lelaki itu. Dia terus
duduk dan mencapai fail-fail yang tersusun di atas mejanya. Akmal yang terasa dirinya
tidak dilayan terus mendiamkan diri. Sangkanya, mungkin perempuan itu dalam zon
‘tidak stabil’. Maklumlah orang perempuan. Arry terfikir juga mengapa dia tidak dapat
menerima Akmal sedangkan ramai staf-staf perempuan di tempat kerjanya itu tergila-
gilakan Akmal. Apa kurangnya Akmal, rupa ada, duit ada, perangai pun o.k., baik hati,
pemurah. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia kurang senang dengan lelaki itu
sedangkan hanya Azam yang bersalah pada dirinya.

Tengah hari itu, Arry dan Alia makan tengah hari di Restoran Kimi-Zakura, sebuah
restoran Jepun di Berjaya Times Square. Hendak tukar selera kata Alia. Selalunya
mereka makan di restoran biasa sahaja. Tetapi hari ini Alia tiba-tiba teringin mengajak
Arry makan disitu. Arry tidak membantah lagipun Alia ingin membelanja dirinya.
Mereka memilih meja yang terletak ditengah-tengah restoran itu. Suasana dalaman
restoran itu cukup menarik. Sementara menunggu makanan tiba, Arry terus melayan
telefon bimbitnya sambil melihat-lihat para pelayan restoran yang berpakaian kimono.
Alia pula tidak menghiraukan Arry kerana dia tahu Arry bad mood hari ini. Tiba-tiba,
Arry terasa tudungnya basah. Dia segera menjerit. Alia yang terlihat kejadian itu
terdiam.
“I’m sorry, I’m so sorry.” Mata Arry menjeling tajam ke arah lelaki yang memohon maaf
itu. Lelaki itu menghulurkan tiga helai tisu kepada Arry. Dia memberi isyarat ingin
mengelap tudung Arry yang basah akibat tumpahan air jus oren tadi. Arry segera
menepis tangan lelaki itu.
“Amboi, nak speaking dengan saya ya. Where you put both of your eyes, ha? Allah bagi
mata bukannya nak digunakan. Kalau dah rabun tu, pakailah glasses power satu juta,”
Arry memperli lelaki itu.
“Eh, tak. Saya betul-betul nak minta maaf,” lelaki tersebut terus meminta maaf dari Arry.
“Awak ingat senang-senang je saya nak maafkan awak? Esok kita jumpa lagi kat sini
pukul satu tepat. Itu pun kalau awak ni menepati janji,” Arry terus menuju ke tandas.
Alia yang berada disitu meminta maaf atas sikap sahabatnya.
“Maaflah, kawan saya tu anti lelaki lepas dia clash dengan boyfrienddia beberapa bulan
lepas. Dia anggap cinta tu hanya boleh berlaku sekali sahaja dalam hidup sebab tulah
dia cukup benci dengan lelaki. Kalau awak nak dimaafkan, awak kena patuhi syarat-
syarat yang ditetapkan oleh dia. Dia kalau kenakan lelaki teruk sikit. Hati-hati tau.” Alia
memberi nasihat kepada lelaki tersebut. Lelaki itu terus meminta diri selepas
mengucapkan terima kasih.
“Kesian lelaki tu. Orangnya bersopan, handsome, tengok gaya macam orang berduit.
Tapi Arry tu kalau dah anti lelaki dengan antinya jugalah,” gumam Alia di dalam hati.
Dia memerhatikan lelaki itu makan lambat-lambat. Mungkin berasa bersalah atau takut
memikirkan nasihatnya tadi. Takkanlah lelaki boleh cuak dengan perempuan. Alia
teringatkan Arry yang masih berada di dalam tandas. Entah apa yang dibuat rakannya
di dalam tu. Tiba-tiba Arry muncul dari tandas menarik tangan Alia pantas mengajaknya
beredar dari situ.
“Memang lelaki suka sangat menyusahkan orang,” sengaja dikuatkan suaranya ketika
lalu berdekatan dengan meja lelaki itu.
“Arry, tak elok kau buat macam tu. Dia ada perasaan juga. Merah muka dia aku
tengok,” bantah Alia.
“Yang kau bela sangat dia tu kenapa? Kalau kau suka dia, kau ambil ajelah. Dahlah,
sekarang ni dah pukul berapa nanti lambat pulak balik ke pejabat.” Arry memprotes
Alia. Alia hanya mendiamkan diri. Kadang-kadang terfikir juga bagaimana dia hendak
mengubah sikap sahabatnya yang anti lelaki itu.

Arry pulang lewat ke pejabat dengan muka yang masam mencuka. Akmal hairan
dengan sikap Arry yang badmood. Dia menghulurkan satu bar coklat Cadbury Black
Forest kegemaran ramai kepada Arry. Arry tidak menghiraukan lelaki itu. Dia
meneruskan kerjanya menyemak fail syarikat. Akmal yang menyedari dirinya tidak
dipedulikan segera mengeluarkan kata-kata.
“Cik adik manis, kenapa lewat? Ni saya bagi coklat ni jangan lupa makan. Mahal saya
beli tau. Coklat ni boleh bagi badan kita tenaga. Jangan bazirkan dahlah ya,” ujar
Akmal. Arry sekadar memberi isyarat agar meletakkan coklat itu di atas meja.
“Arry, you ada masalah ke? Muram je I tengok. Takut I nak pandang muka you,” tanya
Akmal.
“Tak delah, I saje je nak masam muka. Yang you sibuk ni kenapa? Itak suka
sikap you yang terlalu ambil berat terhadap diri I. I tahu yousuka I tapi, boleh tak kalau
antara kita tak lebih dari kawan je?Please…..”pinta Arry.
“Okay, it’s not the matter for me. Friends?,” kata Akmal sedikit terkilan sambil
menghulurkan tangan tanda ingin memulakan persahabatan. Arry segera
menyambutnya tetapi dihatinya terselit perasan meluat. Alia yang menyangka Arry
benar-benar berubah bersyukur melihat perubahan rakannya itu.

Malam itu di Villa Dato’ Affendi. Ammar Mikail termenung di biliknya mengenangkan
kembali kejadian yang berlaku di restoran tengahari tadi. Sebenarnya dia terpegun
dengan kecantikan wanita itu (Arry). Otaknya ligat memikirkan cara untuk melembutkan
hati wanita itu yang anti lelaki. Ammar Mikail berfikir sambil berbaring di atas katil. Dia
meletakkan tangannya di dahi. Perlahan-lahan dia terlelap hingga keesokkan paginya.

Tepat pukul 1.00, Arry telah tiba di restoran itu demi bersemuka dengan lelaki yang
menumpahkan air ke kepalanya semalam. Di mindanya terfikir sehelai kimono Jepun
yang akan dimintanya daripada lelaki itu. Alia sekadar menuggu di dalam kereta kerana
ditegah keluar oleh Arry. Arry melangkah ke dalam restoran itu sambil matanya melilau
mencari lelaki itu. Sangkanya, lelaki itu pasti belum tiba lagi. Tiba-tiba matanya terhenti
pada satu sudut. Wah, lelaki itu sudah sampai lebih awal rupanya. Tidak seperti bekas
kekasihnya dahulu, hanya tahu beri alasan bila sudah lewat.
“Assalamualaikum, awal sampai?”
“Waalaikumussalam, adalah sepuluh minit yang lalu.Tak nak pesan apa-apa ke?”
“ Hmm…Saya nak carrot juice satu.”
“Awak ni seorang yang pentingkan khasiat ya,”
“Ewah-ewah, yang awak sibuk ni kenapa? Suka hati sayalah nak minum apa,”
“Okaylah, apa yang awak nak katakan pada saya hari ini,”
“Macam ni, awak pun tahu yang saya belum lagi maafkan awakkan sosaya nak awak
penuhi permintaan saya ini kalau awak nak saya maafkan okay, boleh?”
“Macam berat je bunyinya. Tapi takpelah demi kemaafan dari awak saya akan
tunaikan,”
“Okay, sebenarnya saya nak awak belikan saya sehelai kimono Jepun. Saya beri awak
masa selama seminggu dari hari ini. Hari ini 7 Februari so, awak kena serahkan kimono
tu pada 14 haribulan depan,”
“Kimono, mana aku nak cari benda tu. Ni Malaysia bukan Jepun. Apakata aku tanya si
Fitri Zainal Abidin, kawan aku yang pernah jadi peserta Akademi Fantasia 2 tu.
Sekarang ni dia dah ada butikkan. Apa ya namanya, ha.. Maju Junction. Nanti aku
tengok kat situlah,” bisiknya didalam hati.
“Hoi, apasal diam. Yang saya tahu benda tu mesti ada kat tangan saya pada tarikh
tu. Anyway nama saya Arisya Nafeesa and you can called me Arry. What is your
name? Saya ni susah nak percaya orang lebih-lebih lagi orang lelaki macam awak”
“Nama saya Ammar Mikail bin Affendi. Saya bagi awak kad saya untuk awak senang
nak detect saya jika saya larikan diri. Bukan semua lelaki sama dan saya tidak sesekali
serupa dengan mereka.You can’t judge a book by it’s cover. And by the way saya nak
awak tahu yang sebenarnya saya dah jatuh hati pada awak sejak kali pertama kita
bertemu di restoran semalam. Terpulanglah pada awak untuk menilai isi hati saya, yang
penting saya sudah pun meluahkannya dengan ikhlas. Saya tetap akan setia menanti
sebuah jawapan dari awak walau apa pun keputusannya,”
Arry terpempan mendengar kata-kata lelaki itu. Dia tidak menyangka sikap lelaki itu
amat mulia jika dibandingkan dengan Azam. Lelaki itu akhirnya berjaya melepaskan
rantai yang selama ini membelenggu jiwa gadis itu dari menerima seseorang yang
bernama lelaki. Arry terasa hatinya bagaikan telah diberi penawar penghilang parut.
Ammar Mikail segera meninggalkan Arry. Arry kaku seketika kerana tidak menyangka
pertemuan itu akan berlaku sebegini. Arry mengejar Ammar Mikail yang telah berada di
dalam kereta. Lif yang bergerak turun dirasakannya terlalu lambat.
“Awak berjaya mengubah persepsi saya terhadap lelaki,”
“Saya dah beritahu awak tentang isi hati saya tadi, saya lakukan kerana saya suka
pada awak. Saya suka awak sejak waktu first kita bertemu. Hati awak kesunyian. Oleh
itu, izinkan saya menghuni hati awak itu. Kimono yang akan saya beri itu merupakan
bukti cinta saya terhadap awak. Tunggulah kemunculan kimono itu,” Ammar Mikail terus
menutup pintu kereta lalu memecut laju.
Kata-kata yang bermakna itu menerobos jauh memasuki salur auditori Arry dan tiba di
gegendang telinga lalu dihantar ke tulang-tulang osikel yang akan pas segala bunyi ke
jendela bujur yang mempunyai cecair yang merangsang reseptor yang ada di koklea.
Disitulah impuls saraf dari saraf auditori akan dihantar terus ke otak Arry. Otak Arry
yang terangsang segera memberi tindakbalas……
“Saya akan tunggu “ia” seminggu lagi,” bisik Arry sambil tersenyum. Alia yang
menunggu di dalam kereta segera mendapatkan Arry yang masih berdiri memandang
kelibat kereta Ammar Mikail yang semakin menghilang.
“Arry, apa yang kau dengan mamat tu cakap ha?” soal Alia.
“Eh, cakap apa? Takde apa-apalah. Jomlah kita balik ke pejabat nanti marah pulak bos
kita tu.”Arry segera menidakkan. Alia terasa agak pelik dengan sikap rakannya itu.
Namun dia membiarkan sahaja rakannya itu.

Seminggu telah berlalu. Arry tertunggu-tunggu posmen yang sering menghantar surat
di kawasan perumahan Taman Serikandi. Hampir-hampir sahaja dia menyumpah,
kedengaran bunyi enjin motosikal posmen yang dinanti bagai separuh abad itu.
Posmen itu menyuruhnya menandatangani bungkusan yang diterimanya itu.
Arry segera membuka bungkusan tersebut dia terpegun dengan potongan pakaian
tersebut kerana ia merupakan gabungan diantara pakaian tradisi melayu iaitu baju
kurung dengan kimono. Di celah-celah lipatan pakaian tersebut terdapat sepucuk surat
bersampul pic dengan bau yang harum ibarat wangian Ambi Pur serta sehelai tudung
yang sepadan dengan kimono itu. Arry segera membaca surat itu.

Dear Arisya Nafeesa,


I’m thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it’s wrong to love you
Then my heart just wont let me
Cause I’ve drowned in you
And I won’t pull through
Without you by my side
Now wear the kimono tonight
I would like to have a date
With you, you and only you
For a Valentine dinner
Together tonight…
Ammar Mikail .
14 Februari 2005

Nukilan bersama : Impiana Mayana & Faza Hana


2 Rahmah 2005, SBPISB/INTESABER
‘’The Class of Future Leaders’’

Anda mungkin juga menyukai